MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN
Pembuka Bicara
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب
العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه
أجمعين.
رب اشرح لي صدري
ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني
يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT
Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program
minggu kesihatan kolej vokasional juasseh
Pergi
ke pasar membeli ikan,
Ikan
dimasak diatas bara,
Selamat
datang kami ucapkan,
Ucapan
bismillah pembuka acara
Dimulakan
lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..
Protokol
1.
Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,
Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.
Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn
Zaidah Binti Danial
3.
Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin
Sapiei
4.
Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5.
Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
6.
Para pelajar yang di rahmati sekelian
Alhamdulillah,
marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung
kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu ,
kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita berkumpul dalam
satu majlis pelancaran program minggu kesihatan
kolej vokasional juasseh
Buat
pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan yang
diusahakan oleh pihak kolej bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang
disasarkan iaitu pelajar dan warga kolej.
Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang
sememangnya kurang prihatin dan
mengambil berat mengenai kesihatan.
Bacaan doa
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,
Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita
bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan
mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan perwakilan
pelajar yang bertugas untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
*****************************************Bacaan Doa************************************************
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih
kepada pengawas yang bertugas di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Kata alu-aluan
Hadirin warga
dewan yang di rahmati sekelian,
Program kesihatan ini
merupakan satu program kesihatan untuk semua warga kolej demi melahirkan dan
memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, pensyarah dan seterusnya warga pelajar
mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah , kempen
menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan
cintakan kesihatan.
Diantara tujuan utama
•
Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi
terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap
kesihatan.
•
Menggembeling usaha
dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi
fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari
pelbagai ancaman gejala sosial seperti
merokok dan peyalahgunaan dadah.
•
Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai
agensi dengan masyarakat sekolah
bagi mencapai matlamat bersama.
•
Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai
kesihatan dengan menerapkannya
kepada para pelajar dan komuniti setempat.
•
Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di
kalangan pelajar walau di mana mereka
berada.
•
Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah,
•
Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang
bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan
tabiat merokok.
Indah
pemandangan di waktu senja,
Bulan timbul
nampak ketara,
Menjaga
kebersihan amalan mulia,
Menjamin
kehidupan aman sejahtera.
Tumbuh tinggi
pohon kuini
Tempat bermain
anak kedidi,
Kebersihan
asas pembangunan rohani,
Melahirkan
insan luhur peribadi
TAYANGAN MULTIMEDIA
Sebagai
pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah tayangan
khas sempena pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan
………………….tayangan……………
Majjlis
merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ..................
yang Berjaya menyiapkan tayangan informasi sehingga Berjaya di pertontonkan
dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih
Tinggi-tinggi
pohon sena
Tempat petani
duduk bersandar;
Bersihkan
tandas dengan sempurna,
Nescaya
penyakit akan terhindar.
subur mewangi
di dalam taman
lalu dipetik
si bunga kekwa;
Kebersihan
separuh daripada iman
Itulah tanda
orang bertaqwa.
Ucapan perasmian oleh pengarah
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,
Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala
hormatnya menjemput Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,
Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
untuk memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan majlis pelancaran
program minggu kesihatan 2013.
majlis dengan penuh takzim mempersilakan
*******************************Ucapan Perasmian pn nor
asikin*****************************
Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan
oleh Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin
Binti Md Shazilli. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian
sebentar tadi.
Hadirin warga dewan sri gemilang yang dihormati sekelian,
Buat pengetahuan hadirin sekelian, tidak semua aktiviti
yang bakal dijalankan terbuka kepada semua warga kolej. Selain daripada
pemeriksaan kesihatan yang terbuka kepada semua warga kolej dengan bayaran 1
ringgit malaysia, kuiz dan tekanilai kalori hanya terbuka kepada seluruh
pelajar kolej manakala derma darah hanya terbuka kepada warga pensyarah dan
kakitangan kolej.
Buat makluman semua bagi aktiviti derma darah dan pemeriksaan
kesihatan kita akan didatangi oleh pihak luar SMK juasseh, SK Pusat Juasseh dan
SJK Yuk Chua. Di samping itu, mana2 pensyarah yang ingin membawa pelajar ke
dewan semasa aktiviti amat di alu-alukan.
Penutup
Hadirin
dan hadirat yang diRahmati sekelian
Dengan berakhirnya ucapan perasmian sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program minggu kesihatan ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program minggu kesihatan yang bakal dijalankan sepanjang minggu kesihatan 2013 ini.
Saya
juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.
SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,
SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,
Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan terima kasih.
12 comments:
assalamualaikum..izinkan saya copy..terima kasih
izinkan sy copy time kasih..semoga berpanjangan pahala
Izinkan Saya copy...terima kasih....semoga berpanjangan pahala...🤗
Izinkan says copy..TQ.
assalamualaikum. Mohon izin, dijadikan sebagai rujukan ya
Izinkan saya copy ye untuk tujuan belajar. Terima kasih.
Terima kasih kerana memberi panduan sy dalam teks ucapan... :)
Izinkan saya copy terima kasih semoga berpanjangan pahala
Mohon keizinan copy dan edit utk kegunaan sendiri. semoga beroleh ganjaran kelak. insya allah..
Selamat Pagi..Mohon Izin Copy dan share
Izinkn sy copy n paste..tna ksih
Salam, izinkan saya copy, terima kasih
Post a Comment