Search This Blog

Pages

Saturday, December 7, 2013

Majlis Daialog Transformasi Pendidikan KV


Pengumuman

Untuk makluman warga kolej serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit dan bersedia untuk berdiri menyanyikan Lagu Negaraku sebaik sahaja Yang berbahagia Tn Hj Arshad Bin Md Yusof serta dif-dif kehormat mengambil tempat.

Aluan Ketibaan

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Tn Hj Arshad Bin Md Yusof diiringi oleh Tuan Pengarah KV Juasseh dan para tetamu kehormat

Para hadirin diminta berdiri.....


Nyanyian lagu Negaraku

Majlis dimulakan dengan menyanyikan
Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.
 
...................selepas nyanyian........
Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.

Pembuka Bicara

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis ceramah pemantapan kefahaman transformasi pendidikan vokasional

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Protokol
1.      Yang berbahagia Tn Hj Arshad Bin Md Yusof, Ketua Penolong Pengarah (kanan) Pengoperasian sekolah, Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Merangkap Pegawai Angkat KV dan SMT Zon Melaka dan Negeri Sembilan

2.      Yang berusaha Pn Rafidah Binti Abd Rahman Penolong Pengelola Kanan sektor vokasional BPTV. Pegawai Angkat KV Juasseh

3.      Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,

4.      Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei

5.      Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Jaminan Kualiti

6.      Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, rakan-rakan Pensyarah

7.      Staf Sokongan Kolej Vokasional Juasseh dan

8.      Tuan-tuan dan puan-puan di rahmati sekelian

Bershukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berhimpun pada pagi yang indah lagi permai ini bagi  majlis ceramah pemantapan kefahaman transformasi pemantapan vokasional

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat  yang telah sudi meluangkan sedikit masa bagi menjayakan program pada kali ini.

Mari pergi ke Bukit Cina
Untuk mencari si rama-rama
Hadir tuan meriah suasana
Datang duduk bersama-sama.

Semoga dengan kesudian semua pihak untuk berhimpun di dalam program ini akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita sedia mengenai kefahaman transformasi pendidikan vokasional ……  InsyaAllah



Padi segemal kepuk di hulu  
   Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
   Pasir sebutir jadikan intan.



Bacaan Doa

Hadirin-hadirat warga dewan yang dikasihi,

untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan Ustaz Hasbullah bin Ali untuk memimpin bacaan doa……  dipersilakan.

……………………………………………….Bacaan Doa………………………………………..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Jesteru  majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, untuk memberikan ucapan alu-aluan
majlis dengan penuh takzim mempersilakan

***************************Ucapan alu-aluan  tuan pengetua********************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli atas ucapan alu-aluan sebentar tadi






Kata Alu-aluan MC

Hadirin hadirat sekelian,

Seperti yang kita sedia maklum, Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa system pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina system pendidikan vokasional yang baharu yang dapat menyumbang kepada agenda tranformasi Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi

Sistem pendidikan vokasional baharu digerakkan oleh sumber manusia yang responsive kepada pelbagai inisiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industry bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan
Tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan berdaya saing , memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industry, berwatak professional dan diterima oleh pasaran kerja.
Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Tanpa melengahkan masa lagi, kita terus kepada agenda yang pertama pada pagi ini iaitu ceramah pemantapan kefahaman transformasi pendidikan vokasional.
Biodata….

Sebelum itu, izinkan saya membacakan serba sedikit biodata tentang Penceramah jemputan kita ini. ….

Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Tn Hj Arshad Bin Md Yusof, Ketua Penolong Pengarah (kanan) Pengoperasian sekolah untuk memberikan ceramahnya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan
 ………………………………………..Ceramah Pemantapan

Demikianlah tadi ceramah yang bertajuk ceramah pemantapan kefahaman transformasi pendidikan vokasional.yang telah disampaikan oleh mempersilakan Tn Hj Arshad Bin Md Yusof. Semoga segala yang disampaikan tadi dapat meningkatkan kefahaman kita semua dalam transformasi pendidikan vokasional

Soal Jawab

Hadirin warga dewan gemilang yang dikasihi,
Kini Majlis diteruskan lagi dengan acara soal jawab daripada warga vokasional juasseh kepada yang berbahagia Tn Hj Arshad Bin Md Yusof tuan penceramah pada kali ini. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...............
……………………………………soal jawab

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Arshad bin Md Yusof yang telah sudi menjawab segala persoalan yang diutarakan. Di harapkan segala persoalan yang diperbincangkan dapat mengukuhkan pemahaman kita  mengenai transformasi pendidikan vokasional

Cenderahati

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, Pihak sekolah berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah dan tetamu kehormat yang telah sudi menjayakan program pada kali ini. Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
untuk mengiringi yang berusaha  Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput ________________________________ untuk menerima cenderahati penghargaan dipersilakan



Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.




Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan pengarah yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

Hadirin hadirat sekelian,
Sesi kita berakhir di sini
Sebarang kesilapan harap dimaafi
Segala kerjasama disanjung tinggi
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita bertemu lagi


Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar tadi , maka majlis sudah sampai kepenghujungnya. Saya selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan saya sebagai makhluk Allah

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya  mempersilakan yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh untuk mengiringi yang berbahagia Tn Hj Arshad Bin Md Yusof, Ketua Penolong Pengarah dan semua tetamu kehormat untuk menikmati juadah yang telah disediakan di kantin sekolah.  majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tetamu kehormat meninggalkan majlis, dipersilakan

Dengan itu saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayah wassalammualaikum  w. b.t dan terima kasih.




No comments: