Search This Blog

Pages

Sunday, June 3, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PROTOKOL

1. Yang berusaha pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SMV Juasseh
2. Yang diraikan Hj Abd Rahman Bin Ahmad, guru bengkel smvj 2012
3. Yang dihormati En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah
4. Hjh Rusnawati Binti Juda, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
5. Guru Kanan Matapelajaran,
6. Rakan-rakan guru serta
7. Murid-muird yang dikasihi sekelian


Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.


PENGENALAN




Alhamdullillah bershukur kita ke hadrat illahi, dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi yang permai ini sempena majlis persaraan guru yang dirai

Terlebih dahulu bagi pihak majlis, kami juga mengalu-alukan kehadiran yang di rai hj abd rahman bin ahmad atas kesudian meluangkan masa bersama-sama kami warga vokasional juasseh dalam meraikan majlis penuh bermakna ini. Di harapkan, sentuhan majlis ini mampu mengukir kenangan terindah dan mencatat nostalgia abadi dalam lipatan sejarah yang dirai pada masa yang mendatang

Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu


Bacaan Doa
Warga dewan gemilang yang di rahmati sekelian
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Suhaimi bin Mohammad/ Ustaz Hasbullah bin Ali
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Suhaimi bin Mohammad/ Ustaz Hasbullah bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Alu-aluan Pengerusi majlis

Hadirin warga dewan yang dihormati

Buat pengetahuan hadirin, di kesempatan majlis persaraan ini juga warga vokasional juasseh bakal marasai kehilangan tiga orang lagi pendidik berikutan tamatnya tugas mereka sebaik sahaja minggu persekolahan penggal pertama ini. Mereka yang dimaksudkan adalah Cg Lim Chui Mien, Cg Nur Adibah Binti Mohd Hazni dan Cg Siti Mahfuzah Binti Sahul Hamid.

Warga dewan yang dikasihi, Minggu ini merupakan minggu terakhir Cg Lim Chui Mien di SMVJ berikutan lulusnya permohonan perpindahan guru ini ke sekolah yang baru. Manakala dua orang guru lain yang bakal mengikut jejak perpisahan ini adalah guru kontrak sementara yang dipertanggungjawabkan dalam menggantikan tugas guru yang bercuti iaitu cikgu Nur Adibah dan cikgu Siti Mahfuzah.


Terbang bebas si rama-rama,
Indah panorama menghias alam;
Di kala ini wajahmu purnama,
Esok lusa tampak berbalam.

Indah panorama menghias alam,
Tampak dari Tanjung Agas;
Esok lusa tampak berbalam,
Rinduan kami tetap berbekas


TAYANGAN MULTIMEDIA

Sebelum lidah terus berbicara, moleklah kiranya kita semua saksikan sedikit tayangan informasi menceritakan serba sedikit perjalanan hidup yang dirai hj abd rahman. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………….tayangan……………

Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu.

Demikian lah tadi sedikit biodata dari yang dirai. Majjlis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada cik cik nazira zulkiply yang Berjaya menyiapkan tayangan informasi sehingga Berjaya di pertontonkan dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih


UCAPAN YANG DIRAI

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Dirai Hj abd rahman bin ahmad. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
………………..ucapan
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dirai Hj Abd rahman bin ahmad atas ucapan itu tadi.


Tampak dari Tanjung Agas,
Menggamit rindu datang ke mari;
Rinduan kami tetap berbekas,
Kenangan bersama memahat memori.
Menggamit rindu datang ke mari,
Teman sepermainan di tengah laman;
Kenangan bersama memahat memori,
Tautan kasih sepanjang zaman.


UCAPAN PENGETUA

Hadirin yang diRahmati sekalian

Majlis sanjungan budi lambaian kasih diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh . Dipersilakan.

………………………………………ucapan pengetua

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Warga dewan gemilang sekelian,

Hadirin yang dihormati sekalian

Persembahan 5BB1

Warga dewan yang dikasihi

Buah peria diperdu tualang
Buat mainan dijadikan lemparan
Majlis hiba bertukar gemilang
Dengan sajian pelbagai persembahan

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan sebuah persembahan sempena majlis persaraan hj abd rahman, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

………………..persembahan


Demikanlah tadi persembahan yang telah diberikan dari kelas 5 bb1, majlis merakamkan jutaan terima kasih

Kampung Dermawan di Pulau Ara
Mari singgah menjengkal rotan
Walau hj akan bersara
Budi dan jasa kekal di ingatan

PENYAMPAIAN HADIAH/CENDERAMATA

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Hj abd rahman bin ahmad dan juga perpisahan tiga guru lain yang telah di maklumkan sebentar tadi.

Sehubungan dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan yang di hormati guru penolong kanan pentadbiran En sarimen bin sapie untuk menjemput dan mengiringi pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SMV Juasseh untuk menyempurnakan pemberian cenderamata kenangan daripada seluruh warga sekolah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

………….
Majlis pemberian cenderamata dimulakan dengan pemberian kepada

1. Cikgu Nur Adibah Binti Mohd hazni dipersilakan..
Guru ini telah berjasa mendidik kelas 4 skm, 4 ppn2 dan 4 ppu 1 dalam matapelajaran matematik

2. Cikgu Siti Mahfuzah bt Sahul Hamid
Guru ini telah berjasa mendidik kelas 5 ppu,5auto, 5 kfl, 4 pkom, 4 auto, 4 ee2 dan 4 ppu 1 dalam matapelajaran bahasa inggeris

3. Cikgu Lim Chui Mien

Buat pengetahuan hadirin cg limchui mien telah berkhidmat di sekolah ini sejak …..

Seterusnya majlis mempersilakan

4. Hj Abdul Rahman Bin Ahmad

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan

1. ...................untuk menyampaikan hadiah dari .....................

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli atas penyempurnaaan penyampaian cenderamata kepada kalian yang dirai sebentar tadi

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.

PENUTUP

Para hadirin sekalian,

Setelah berakhirnya penyampaian cenderamata tadi, kita telah pun berada di hujung acara.


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Sebelum itu, Majlis sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dirai hj abd rahman bin ahmad kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Dirai Hj bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian di suasana yang baru.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

JAMUAN & THUMB PRINT

Hadirin yang di kasihi sekelian

Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Dirai hj abd rahman bin ahmad akan menyempurnakan upacara thumb print sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan.

Sejurus selepas itu, kepada semua guru di minta ke kantin bagi meraikan kalian yang dirai dengan satu jamuan ringkas yang akan di adakan di kantin sekolah. Buat pengetahuan guru-guru semua, yang dirai hj abd rahman juga turut menyumbang juadah sebagai tanda terima kasih beliau kepada pihak sekolah nanti.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha tuan pengetua bersama-sama semua untuk mengiringi yang dirai hj abd rahman bagi menyempurnakan upacara thumb print di bangunan pejabat sekolah. Majlis dipersilakan.

.........................Para Pelajar di minta berdiri


Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.