Search This Blog

Pages

Friday, March 3, 2017

Em Cee ..taklimat perkasa Kolej Vokasional 2017

MAJLIS TAKLIMAT OUTREACH KV DIKALANGAN KAUNSELOR-KAUNSELOR DAERAH KUALA PILAH DAN JEMPOL


Pembuka Bicara
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT

Protokol

1. Yang Berbahagia Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh
2. Yang Berusaha En Sarimen Bin Sapiei Timbalan Pengarah Akademik
3. En Samsudin Bin Mamat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
4. Pn Zanariah Binti Mat Din , Ketua Jaminan Kualiti
5. Ketua - Ketua Jabatan Kolej
6. Yang dihormati Guru-guru kaunselor Daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu
7. Jawatan kuasa pelaksanan program
8. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian

Alhamdullillah…..  bersyukur kita ke hadrat illahi dengan izin limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada pagi ini berhimpun di bilik gerakan kv juasseh dalam program taklimat transformasi  kolej vokasional  pada pagi ini.

Kata alu-aluan
Hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Apabila transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013, maka aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua. Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan Negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga. Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi negara untuk mencapai negara maju.


Tuan-tuan dan puan-puan
Taklimat ini juga diharapkan mampu memberi pendedahan kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vokasional) untuk menyertai program di kolej vokasional. Komponen pembelajaran di sini adalah seimbang dari teori dan amali. Objektif program di sini ialah membantu melahirkan pekerja separa professional seperti juruteknik/ pembantu teknik. Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak di bangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.


Bacaan Doa

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis dimulai dengan bacaan doa, Jesteru, majlis mempersilakan sdr mohd arsyad bin abd aziz
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

************************************bacaan doa***********************************
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada sdr mohd arsyad bin abd aziz di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.


Ucapan Alu-Aluan & Taklimat I ( hjh Fatimah)

Hadirin-hadirat yang dihormati sekelian,

Arena taklimat dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berbahagia pengarah kolej vokasional juasseh puan hajah fatimah  dan seterusnya memberikan taklimat yang bertajuk Transformasi Pendidikan  Kolej Vokasional, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan puan.

..............taklimat pengarah .............
Demikianlah tadi ucapan dan taklimat yang telah di sampaikan oleh pengarah kolej pn hjh fatimah bin md akhir sebentar tadi . Majlis mengucapkan terima kasih.

Taklimat II (En Sarimen)

Hadirin- hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan yang berusaha En Sarimen Bin Sapiei Timbalan Pengarah akademik  untuk menyampaikan taklimat mengenai standart kurikulum kolej vokasional. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat II****************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh En Sarimen Bin Sapiei sebentar tadi.

Rehat...

Hadirin dan hadirat yang di kasihi
Majlis berehat seketika. Di ingatkan kepada semua hadirin, aturcara seterusnya dijadualkan pada jam 10.30 pagi., sehubungan itu diminta kepada semua para hadirin untuk masuk kembali ke bilik gerakan pada masa yang telah di jadualkan. Majlis mengalu-alukan pengarah, timbalan pengarah, ketua jaminan kualiti, ketua jabatan dan semua kaunselor untuk ke kafeteria kolej bagi menikmati jamuan ringan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan


Selepas rehat
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT

Protokol

1. Yang Berbahagia Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh
2. Yang Berusaha En Sarimen Bin Sapiei Timbalan Pengarah Akademik
3. En Samsudin Bin Mamat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
4. Pn Zanariah Binti Mat Din , Ketua Jaminan Kualiti
5. Ketua - Ketua Jabatan Kolej
6. Yang dihormati Guru-guru kaunselor Daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu
7. Jawatan kuasa pelaksanan program
8. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian


Taklimat III (ketua jabatan) – 1. En Zahid

Hadirin-hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat diteruskan mengenai penerangan-penerangan program-program di KV Juasseh oleh semua ketua-ketua jabatan kolej. Sehubungan itu,  majlis menjemput dan mempersilakan yang  berusaha En Muhamad zahid bin Abdullah ketua jabatan teknologi kejuruteraan awam untuk memberi taklimat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat III **************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh En Zahid sebentar tadi.

Taklimat III (ketua jabatan) – 2. En Razali

Hadirin-hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat seterusnya oleh ketua jabatan teknologi kejuruteraan elektrik dan elektronik . Jesteru, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha En Razali Bin Mohd  untuk memberi taklimat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat III ***********************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh En Razali sebentar tadi.

Taklimat III (ketua jabatan) – 3. En Omar Azhar

Hadirin-hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat seterusnya oleh ketua jabatan teknologi kejuruteraan mekanikal dan pembuatan . Jesteru, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha En Omar Azhar Bin Zakaria  untuk memberi taklimat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat III ************************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh En Omar Azhar Bin Zakaria  sebentar tadi.

Taklimat III (ketua jabatan) – 4. En Muhd Ruslan Bin Abdullah

Hadirin-hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat seterusnya oleh ketua jabatan teknologi Maklumat dan Komunikasi . Jesteru, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha En Muhd Ruslan Bin Abdullah untuk memberi taklimat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat III **************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh En Muhd Ruslan Bin Abdullah sebentar tadi.



Taklimat III (ketua jabatan) – 4. Pn Zakiah

Hadirin-hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat seterusnya oleh ketua jabatan pernigaan . Jesteru, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha Pn Zakiah Binti Soid untuk memberi taklimat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat III ****************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh Pn Zakiah Binti Soid sebentar tadi

Ucapan Penutup – pn hjh Fatimah

Hadirin-hadirat yang dihormati sekelian,

Demikian lah tadi taklimat-taklimat oleh ketua-ketua jabatan kolej. Majlis diteruskan lagi dengan  dengan ucapan penutupan oleh Yang berbahagia pengarah kolej vokasional juasseh puan hajah fatimah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan puan.

..............taklimat pengarah .............
Demikianlah tadi ucapan penutupan yang telah di sampaikan oleh pengarah kolej pn hjh fatimah bin md akhir sebentar tadi . Majlis mengucapkan terima kasih.


Penutup

Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya ucapan sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya

Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawahlah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.