Search This Blog

Pages

Tuesday, December 24, 2013

majlis penutup kertas 4581/2

Majlis

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Majlis mengalukan-alukan kehadiran para hadirin

Di harap para hadirin dapat mengambil tempat yang telah disediakan

Memohon perhatian dan kerjasama para hadirin yang dihormati, supaya majlis jamuan malam ini berjalan dengan lancar

4581
buat perhatian warga dewan yang dihormati...dibacakan secara ringkas tentatif perjalanan majlis pada malam ni...

Sebentar lagi majlis akan dimulai dengan bacaan doa...seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh ketua pemeriksa pn hjh hendon dan en zahin pegawai lpm dan seterusnya dipanggil sekali lagi en azizi untuk bacaan doa acara jamuan makan. Di minta kepada semua hadirin supaya dapat memenuhi tentatif yang telah di susun bagi kelancaran majlis.

Sekian dimaklumkan, atas kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih
*************************************************************

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia en zahrin bin hj abu, penolong pengarah unit SPM SEKTOR PENGENDALIAN PEPERIKSAAN MENENGAH ATAS DAN LUAR NEGERI ( SPPMALN ) , diiringi ketua 2 pasukan masuk ke dalam dewan *************************************************************

ucapan protokol
Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah hirabbil alamin wassalatuwassalamuala ayrafilambiyai iwalmursalan waalaalihi wasahbihi ajmain

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

1. Yang berbahagia en zahrin bin hj abu, penolong pengarah unit SPM SEKTOR PENGENDALIAN PEPERIKSAAN MENENGAH ATAS DAN LUAR NEGERI ( SPPMALN )

2. Yang dihormati pn hjh hendon binti mamat,ketua pemeriksa kertas 4581/2
3. Yang berusaha barisan ketua2 pasukan pemeriksa kertas 4581/2
4. Para pegawai pemeriksa kertas 4581/2 seluruh malaysia

5. Pegawai-pegawai lembaga peperiksaan malaysia dan
6. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian
Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di dewan putra empress hotel sepang bagi menjayakan satu majlis jamuan makan malam sempena perpisahan pemeriksa2 kertas 4581/2 tahun 2013.
 kami selaku pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran kalian semua. Semoga dengan kehadiran kalian semua meluangkan masa pada malam ini akan menjadi detik kenangan manis pada majlis yang penuh keberkatan dan gemilang ini.


Bagi memberkati majlis pada malam yang berbahagia ini, majlis dimulai dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al fadhil en aziz bin ali untuk memimpin bacaan doa dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al fadhil en aziz bin ali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.


Warga dewan yang dimuliakan,

Seperti kita sedia maklum, sejak tahun 2009, sebahagian besar kita telah berkumpul dalam memulakan tugas pemeriksaan kertas 4581/2 bermula di regency hotel, May tower Hotel services ,  hotel royal tahun 2011, Radius International hotel 2012 dan berakhir di tempat bersejarah...di sini...diempress hotel sepang. Selama 5 tahun kita bersama pelbagai kenangan manis kita tempuh dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan....namun jodoh kita tidak berpanjangan. kini merupakan detik akhir tugas kita sebagai satu pasukan dalam menjalankan tugas yang di amanahkan berikutan berakhirnya kertas peperiksaan spm applied science pada tahun 2013.

hadirin-hadirat yang dikasihi,

Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
ucapan seterusnya menjadi  tumpuan
Persilakan tuan memberikan ucapan


Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang dihormati pn hjh hendon binti mamat,ketua pemeriksa kertas 4581/2 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.


(ucapan  ........)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan oleh pn hjh hendon binti mamat itu tadi.



tuan2 dan puan yang dihormati sekelian..
Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucapan oleh Yang berbahagia en zahrin bin hj abu, penolong pengarah unit SPM SEKTOR PENGENDALIAN PEPERIKSAAN MENENGAH ATAS DAN LUAR NEGERI ( SPPMALN )
Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia en zahrin bin hj abu diatas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.



Tanda sudah, key in pun sudah

Lpc lpu mencabar minda

Hati cemas gelana gundah

Tak sabar pulang ke kepangkuan keluarga



Empress hotel tempatnye indah
kenangan indah suka dan duka
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera



Hadirin warga dewan yang dihormati
L
Dengan berakhirnya acara ucapan itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Terbang sekawan burung tempua
Membuat sarang dirumpun pegaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga

P
Seterusnya, sebelum kita menikmati juadah , majlis dengan segala hormatnya mempersilakan sekali lagi Al fadhil en aziz bin ali untuk memimpin bacaan doa

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Selamat menjamu selera...

Saturday, December 7, 2013

Berakhirnya tahun 2013..

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN

Pembuka Bicara


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh

Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan  dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3.      Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4.      Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5.      Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
6.      Para pelajar yang di rahmati sekelian



Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu , kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita berkumpul dalam satu majlis pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak kolej bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga kolej. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Bacaan doa

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan perwakilan pelajar yang bertugas  untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*****************************************Bacaan Doa************************************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas yang bertugas di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluan
Hadirin  warga dewan yang di rahmati sekelian,

Program kesihatan ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga kolej demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, pensyarah dan seterusnya warga pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah , kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan  kesihatan.

Diantara tujuan utama
          Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
          Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti  merokok dan peyalahgunaan dadah.
          Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
          Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
          Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana mereka  berada.
          Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan  sihat dan ceria ketika di sekolah,
          Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.



Indah pemandangan di waktu senja,
Bulan timbul nampak ketara,
Menjaga kebersihan amalan mulia,
Menjamin kehidupan aman sejahtera.

Tumbuh tinggi pohon kuini
Tempat bermain anak kedidi,
Kebersihan asas pembangunan rohani,
Melahirkan insan luhur peribadi





TAYANGAN MULTIMEDIA

Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah tayangan khas sempena pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………….tayangan……………

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada .................. yang Berjaya menyiapkan tayangan informasi sehingga Berjaya di pertontonkan dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih



Tinggi-tinggi pohon sena
Tempat petani duduk bersandar;
Bersihkan tandas dengan sempurna,
Nescaya penyakit akan terhindar.

subur mewangi di dalam taman
lalu dipetik si bunga kekwa;
Kebersihan separuh daripada iman
Itulah tanda orang bertaqwa.



Ucapan perasmian oleh pengarah

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala hormatnya menjemput Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
untuk memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan majlis pelancaran program minggu kesihatan 2013.

majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*******************************Ucapan Perasmian pn nor asikin*****************************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Hadirin warga dewan sri gemilang yang dihormati sekelian,

Buat pengetahuan hadirin sekelian, tidak semua aktiviti yang bakal dijalankan terbuka kepada semua warga kolej. Selain daripada pemeriksaan kesihatan yang terbuka kepada semua warga kolej dengan bayaran 1 ringgit malaysia, kuiz dan tekanilai kalori hanya terbuka kepada seluruh pelajar kolej manakala derma darah hanya terbuka kepada warga pensyarah dan kakitangan kolej.

Buat makluman semua bagi aktiviti derma darah dan pemeriksaan kesihatan kita akan didatangi oleh pihak luar SMK juasseh, SK Pusat Juasseh dan SJK Yuk Chua. Di samping itu, mana2 pensyarah yang ingin membawa pelajar ke dewan semasa aktiviti amat di alu-alukan.

Penutup
Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya ucapan perasmian sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program minggu kesihatan ingin
merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program minggu kesihatan yang bakal dijalankan sepanjang minggu kesihatan 2013 ini.

Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.



TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013

TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013


Pembuka Bicara

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
Protokol

1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli

2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik kolej , En Sarimen Bin Sapiei
3.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Zaidah Binti Danial,
4.      Ahli –ahli  Jawatankuasa Pelaksana majlis program 3 penjuru  
5.      Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
6.      Pelajar – pelajar Kolej berserta penjaga dan keluarga serta
7.      Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian

Kata alu-aluan



Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu



Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam menjayakan program pertemuan 3 penjuru fasa 1tahun 2013 di dewan gemilang  yang serba indah ini
Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran kehadiran yang dikasihi En Alwi Bin sabtu, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru yang telah sudi meluangkan sedikit masa majlis yang penuh bermakna ini.



Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan







Bacaan Doa



Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,

Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan MC

Hadirin- hadirat yang  dihormati ,
Program tiga penjuru ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/pensyarah dan pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak mereka terutama di sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka diKolej Vokasional Juasseh. Hal ini juga dapat membuka peluang murid, pensyarah dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti.
Di antara objektif pertemuan ini diadakan adalah:
 1.  Ibu bapa / penaga berpeluang berkenalan dengan para pensyarah  yang mengajar anak mereka
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di kolej
4. Para Pensyarah dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah
5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan pensyarah kolej

Taklimat YDP PIBG

Para hadirin  yang dihormati sekalian,

Majlis dimulai dengan taklimat Yang dihormati YDP PIBG En Alwi Bin Sabtu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.

……………….Tamat Ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang dihormati En Alwi Bin Sabtu YDP PIBG atas taklimat sebentar tadi

Penerangan carta aliran pergerakan ibu bapa

Program diteruskan dengan pertemuan ibu bapa penjaga sehubungan dengan itu. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk seketika buku program yang telah diedarkan semasa pendaftaran tadi.

Jika ibu bapa merujuk carta alir pergerakan ibu bapa, sebaik sahaja selesai sesi taklimat YDP PIBG, bagi ibu bapa tingkatan 5 dan 4 SKM diminta untuk berada dilokasi yang ditetapkan. Ibu bapa tingkatan 5 dikehendaki bertemu pensyarah pembimbing di kelas masing-masing iaitu bangunan di belakang dewan. Manakala ibubapa dan pelajar tingkatan 4 skm diminta mengadakan pertemuan di bilik mesyuarat

Manakala ibu bapa pelajar kolej tahun 1 diploma kolej di kehendaki berada di dewan bagi  sesi tak limat dan diikuti pertemuan bersama pensyarah matapelajaran.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan ibubapa pelajar tingkatan 4 SKM dan ibu bapa pelajar  tingkatan 5 untuk meninggalkan dewan untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkan…dipersilakan

Ucapan TPA

Para hadirin  yang dihormati sekalian,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha  timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan

…………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha  timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie atas taklimat sebentar tadi

 Pengumuman

Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat ini, ibubapa dan para pelajar boleh lah mengadakan pertemuan bersama pensyarah matapelajaran d .....

Penutup

Sebelum kita bersurai,  pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.



Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa

puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan kami berlalu pergi
jangan ada dendam di hati



Kami akhiri majlis ini dengan  lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.













Majlis penyerahan projek pembangunan sekolah

Majlis penyerahan projek pembangunan sekolah


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

1.      Yang berbahagia Pn Hjh Talhah bin Abdullah
tuan pengarah Pendidikan dan pengajian tinggi, Ibu pejabat JKR Malaysia,

2.      Yang berusaha En Kamarudin Bin Nawawi
Tuan Pengarah cawangan arkitek JKR Malaysia

3.      Yang berusaha Ir Mohd Noor Azudin Bin Mansor
Tuan Pengarah cawangan kejuruteraan Awam struktur dan jambatan JKR Malaysia

4.      Yang Berusaha
Tuan Pengarah JKR Negeri Sembilan

5.      Yang berusaha
tuan pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM

6.      Yang berusaha
Ketua penolong pengarah JKR cawangan kejuruteraan elektrik

7.      Yang berusaha
Ketua penolong pengarah JKR cawangan kejuruteraan mekanikal

8.      Yang berusaha
Tuan  pengarah pelajaran negeri sembilan

9.      Yang berusaha
Tuan pegawai pelajaran daerah kuala pilah

10.  Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli

11.  Yang berusaha
Pegawai Detik Horizon (M) sdn Bhd

12.  Yang berusaha
Laluan Bina enterprise

13.  Yang berusaha
Pewaris teguh enterprise

14.  Yang berusaha
Elektrik seri mega

15.  Yang berusaha
Kejuruteraan tenaga upaya sdn bhd

16.  Yang dihormati En Sarimen Bin Sapiei
 Timbalan Pengarah Akademik kolej Vokasional Juasseh,  

17.  Ketua-ketua jabatan kolej, juruteknik-juruteknik kolej, jurutera-jurutera daerah, tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekelian

Bersimpuh duduk mengayam mengkuang
Diayam oleh Si Anak Dara
Pemanis Kata Selamat Datang
Lafaz Bismillah pembuka bicara

ALHAMDULILLAH, bersyukur ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam suatu majlis ringkas majlis penyerahan projek ubahsuai dan naik taraf bengkel kursus vokasional bagi smt juasseh daerah kuala pilah.

Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia....... serta semua tetamu kehormat dan tuan-tuan dan puan-puan sekelian dalam Majlis penyerahan projek ini.  Semoga dengan kesudian meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis ini.



BACAAN DOA

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon taufik dan hidayah sempena Majlis penyerahan projek  ini. Jesteru, Majlis mempersilakan 
Ustaz Hasbullah Bin Ali
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

....................... Bacaan Doa

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Ustaz Hasbullah Bin Ali
di atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan pengarah
Hadirin-hadirat yang dihormati

Pergi ke kota beli selasih,
mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh
Yang berusaha .............................
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************************Ucapan Pengetua********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan ..............................
itu tadi.

Ucapan tetamu kehormat
Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
ucapan seterusnya menjadi  tumpuan
Persilakan tuan memberikan ucapan

Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan oleh ....

*********************************Ucapan Perasmi***********************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang ....

Penyerahan projek

Hadirin-hadirat warga dewan gemilang yang dikasihi,

Acara diteruskan lagi dengan menandatangani dokumen penyerahan projek dari ……………
Kepada ……………….
Dengan segala hormatnya dipersilakan
penutup
Warga dewan yang dirai,

kita telahpun sampai ke penghujung majlis, oleh itu maaf jua dipinta di atas sebarang kesilapan dan kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung.



Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan


Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.