Search This Blog

Pages

Saturday, December 7, 2013

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN

Pembuka Bicara


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh

Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan  dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3.      Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4.      Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5.      Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
6.      Para pelajar yang di rahmati sekelian



Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu , kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita berkumpul dalam satu majlis pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak kolej bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga kolej. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Bacaan doa

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan perwakilan pelajar yang bertugas  untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*****************************************Bacaan Doa************************************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas yang bertugas di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluan
Hadirin  warga dewan yang di rahmati sekelian,

Program kesihatan ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga kolej demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, pensyarah dan seterusnya warga pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah , kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan  kesihatan.

Diantara tujuan utama
          Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
          Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti  merokok dan peyalahgunaan dadah.
          Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
          Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
          Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana mereka  berada.
          Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan  sihat dan ceria ketika di sekolah,
          Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.



Indah pemandangan di waktu senja,
Bulan timbul nampak ketara,
Menjaga kebersihan amalan mulia,
Menjamin kehidupan aman sejahtera.

Tumbuh tinggi pohon kuini
Tempat bermain anak kedidi,
Kebersihan asas pembangunan rohani,
Melahirkan insan luhur peribadi





TAYANGAN MULTIMEDIA

Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah tayangan khas sempena pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………….tayangan……………

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada .................. yang Berjaya menyiapkan tayangan informasi sehingga Berjaya di pertontonkan dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih



Tinggi-tinggi pohon sena
Tempat petani duduk bersandar;
Bersihkan tandas dengan sempurna,
Nescaya penyakit akan terhindar.

subur mewangi di dalam taman
lalu dipetik si bunga kekwa;
Kebersihan separuh daripada iman
Itulah tanda orang bertaqwa.



Ucapan perasmian oleh pengarah

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala hormatnya menjemput Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
untuk memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan majlis pelancaran program minggu kesihatan 2013.

majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*******************************Ucapan Perasmian pn nor asikin*****************************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Hadirin warga dewan sri gemilang yang dihormati sekelian,

Buat pengetahuan hadirin sekelian, tidak semua aktiviti yang bakal dijalankan terbuka kepada semua warga kolej. Selain daripada pemeriksaan kesihatan yang terbuka kepada semua warga kolej dengan bayaran 1 ringgit malaysia, kuiz dan tekanilai kalori hanya terbuka kepada seluruh pelajar kolej manakala derma darah hanya terbuka kepada warga pensyarah dan kakitangan kolej.

Buat makluman semua bagi aktiviti derma darah dan pemeriksaan kesihatan kita akan didatangi oleh pihak luar SMK juasseh, SK Pusat Juasseh dan SJK Yuk Chua. Di samping itu, mana2 pensyarah yang ingin membawa pelajar ke dewan semasa aktiviti amat di alu-alukan.

Penutup
Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya ucapan perasmian sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program minggu kesihatan ingin
merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program minggu kesihatan yang bakal dijalankan sepanjang minggu kesihatan 2013 ini.

Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.



11 comments:

asyran said...

assalamualaikum..izinkan saya copy..terima kasih

Ros said...

izinkan sy copy time kasih..semoga berpanjangan pahala

Unknown said...

Izinkan Saya copy...terima kasih....semoga berpanjangan pahala...🤗

Unknown said...

Izinkan says copy..TQ.

Nor Syakila said...

assalamualaikum. Mohon izin, dijadikan sebagai rujukan ya

Anonymous said...

Izinkan saya copy ye untuk tujuan belajar. Terima kasih.

Anonymous said...

Terima kasih kerana memberi panduan sy dalam teks ucapan... :)

Unknown said...

Izinkan saya copy terima kasih semoga berpanjangan pahala

Z said...

Mohon keizinan copy dan edit utk kegunaan sendiri. semoga beroleh ganjaran kelak. insya allah..

azman said...

Selamat Pagi..Mohon Izin Copy dan share

Anonymous said...

Izinkn sy copy n paste..tna ksih