Search This Blog

Pages

Sunday, September 28, 2014

Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT 2014
*************************************************************
Pengumuman Ketibaan
-Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia ....
dan semua tetamu kehorrmat, masuk ke dalam dewan
-Hadirin-hadirat diminta berdiri.

Bismillahhirrahmannirrahim
 الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia
Protokol

1.                  Yang berbahagia, Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh.
2.                  Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Hajah Fatimah Binti Md Akhir
3.                  Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4.                  Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda
5.                  Hj Suhaimi Bin Othman , Ketua Jaminan Kualiti
6.                  En Shahrizal bin mohd Sharif Penyelaras pertandingan dikir barat Kavot Zon Melaka dan Negeri Sembilan.
7.                  AJK Pengelola Pertandingan dikir barat KAvot zon melaka dan negeri sembilan  2014
8.                  Hakim-hakim pertandingan
9.                  Guru-guru pengiring dan para peserta dari Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Institut Latihan Perindustrian zon Melaka dan Negeri Sembilan yang mengambil bahagian,
10.             Guru-guru, para pelajar seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekelian




Ucapan  alu-aluan MC

Alhamdullillah….  bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia Nya pada hari ini, kita dapat bersama-sama berhimpun di Dewan Gemilang bagi melangsungkan Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT zon melaka dan negeri sembilan tahun 2014.
Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh, dan  para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa pada majlis pertandingan dikir barat pada kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita khasnya  dalam warga pendidik teknik dan vokasional

Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua



Bacaan Doa
Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita bersama-sama menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa. Jesteru,  majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  ……
untuk memimpin bacaan doa . Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.

****************************BACAAN DOA****************************************
 Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ……….
di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya, segala hasrat yang direncana...insyaAllah.

Taklimat Hakim Dan Peserta pertandingan

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Aturcara majlis pada pagi ini dimulakan dengan taklimat hakim dan peserta pertandingan. Jesteru majlis dengan penuh takzim mempersilakan En SHAHRIZAL BIN MOHAMAD SHARIF selaku penyelaras pertandingan untuk memberikan taklimat, dipersilakan.
...........taklimat

Majlis mengucapkan terima kasih atas taklimat yang disampaikan sebentar tadi.



Ucapan  alu-aluan MC
Hadirin yang di rahmati sekelian

Dikir barat merupakan salah satu warisan budaya negara yang masih kukuh bertahan di negara kita. Ianya merupakan satu permainan tradisional yang berasal dari negeri Kelantan dan sehingga ke hari ini dikir barat bukan sahaja digemari oleh rakyat Kelantan malahan turut diminati oleh rakyat seluruh Negara.  Dikir barat dianggotai oleh beberapa orang yang terdiri daripada juara, tukang karut, awak-awak dan pemain alat.

Jesteru, Karnival Asrama Vokasional Teknik saban tahun menyenaraikan pertandingan dikir barat sebagai salah satu aktiviti dalam Karnival asrama ini. Secara tidak langsung, hal ini dapat memeperkenalkan Dikir Barat kepada seluruh warga pendidik  vokasional dan teknik  dan kepada pelajar secara khususnya.

Selain itu, petandingan dikir barat juga dapat :

1.                  Menyemai semangat cintakan seni tradisional terutamanya Dikir Barat di kalangan pelajar.

2.                  Mengetengahkan bakat pelajar dalam seni budaya untuk memartabatkan lagi seni warisan kebudayaan Negara.

3.                  Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir, profesional ke arah membangunkan nilai keusahawanan industri kesenian negara;

Warga dewan yang di hormati

Terdapat 14 pasukan dikir barat  akan mempersembahkan kreativiti dan idea dalam pertandingan dikir barat untuk merebut gelaran juara pertandingan dikir barat KAVoT  zon melaka dan negeri sembilan tahun 2014.  Diantara pasukan yang terlibat adalah dalam pertandingan dikir barat ini adalah:



Dari Kolej Vokasional Zon Melaka dan Negeri Sembilan

1.            KV Melaka Tengah
2.            KV Port Dickson
3.            KV Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip
4.            KV Juasseh
5.            KV Ampangan
6.            KV Datuk Seri Mohd Zin
7.            KV Kuala Klawang
8.            KV Dato’ Lela Maharaja
9.            KV Jasin
Manakala dari Sekolah Menengah Teknik Zon Melaka dan Negeri Sembilan pula adalah:

1.            SM Teknik Tuanku Jaafar
2.            SM Teknik Bukit Piatu, Melaka

Dan tidak ketinggalan juga pasukan dari Institut Latihan Perindustrian Zon Melaka dan Negeri Sembilan iaitu:

1.            ILP Pedas
2.            ILP Selandar
3.            ILP Bukit Katil
Perkenalkan hakim
Hadirin warga dewan yang dihormati,
Sebelum pertandingan dimulakan, pihak majlis sukacita ingin memperkenalkan senarai hakim pertandingan yang mengadili pertandingan dikir barat pada kali ini, di antaranya ialah:
.........................................................
Pertandingan Bermula

Hadirin-hadirat yang dimuliakan
Tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan acara pertandingan dikir barat karnival asrama vokasional teknik kavot peringkat zon melaka dan negeri sembilan tahun 2014dengan dimulai dari Kolej Vokasional Melaka Tengah untuk memberikan persembahannya. Marilah sama-sama kita saksikan ...dipersilakan
……………persembahan……..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan dikir barat dari………..
KV Melaka Tengah sebentar tadi.

Seterusnya……….
Contoh persilakan persembahan
1. Majlis mempersilakan Pasukan dikir barat dari .............................................................. untuk memberikan persembahan, majlis dengan penuh takzim , mempersilakan

2 Pertandingan dikir barat karnival asrama Kavot  zon melaka dan negeri sembilan diteruskan lagi dengan mempersilakan giliran yang ................... untuk memberikan persembahan. Jesteru, majlis mempersilakan KV.................
Untuk memberikan persembahannya, dipersilakan

Contoh ucapan terima kasih atas persembahan
1. Demikian lah tadi persembahan dari pasukan dikir barat KV............................
Majlis mengucapkan syabas dan terima kasih.
2. Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan pasukan dikir barat KV.......................... sebentar tadi.
 (MAJLIS PENUTUP)-Perasmian majlis

Ucapan Alu-aluan

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya persembahan pasukan dikir barat dari KV Jasin sebentar tadi maka berakhirlah giliran persembahan pasukan dikir barat untuk di adili. Seterusnya kita teruskan acara penutupan dan penyampaian hadiah.

Bunga seroja diatas dahan
Di buat hiasan ditepi laman
Selesai sudah giliran pertandingan
Menyusul kini ucapan aluan

Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha tuan pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Hjh Fatimah Binti Md Akhir untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan

........................ucapan alu-aluan

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Yang berusaha tuan pengarah kolej Vokasional Juasseh Pn Hjh Fatimah Binti Md akhir sebentar tadi

Ulasan hakim pertandingan dan mengumumkan pemenang.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Seterusnya sebelum keputusan diumumkan,  kita akan mendengar ulasan tentang mutu persembahan rekabentuk  peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan dikir barat pada tahun ini.
Dengan itu majlis mempersilakan .....
selaku Ketua Hakim untuk memberikan ulasan,  
dengan segala hormatnya dipersilakan.

****************************************Ulasan Ketua Hakim******************

Demikianlah tadi ulasan Pertandingan dikir barat yang telah disampaikan oleh ....
selaku Ketua Hakim pertandingan dikir barat pada kali ini.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih



Ucapan perasmian dan penutup

Hadirin hadirat yang dikasihi,

Bunga melati di luar pagar
Dipetik oleh gadis bunian
Ucapan aluan telah didengar
Kini tiba ucapan perasmian

Jesteru  majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT 2014
majlis dengan penuh takzim mempersilakan

***************************Ucapan Perasmian tuan pengetua****************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berbahagia Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh atas ucapan dan penyempurnaan perasmian  MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT 2014 sebentar tadi.

Persembahan Caklempong warikh budaya

Hadirin-hadirat yang dirahmati Sekelian

Buah bernama buah kuini
Jadi idaman orang pekan
Pencetus kedamaian irama harmoni
Kumpulan chaklempong kami tampilkan

Mari sama-sama kita nikmati halwa telinga. Dengan itu majlis diserikan dengan persembahan cak lempong KV Juasseh. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
................caklempong

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang dipersembahkan sebentar tadi. Buat Pengetahuan yang berbahagia dan para hadirin kumpulan caklempong Warikh Budaya Kolej Vokasional Juasseh telah mencatat nama dalam ‘The Malaysia Book Of Record bermain caklempong selama 36 Jam tanpa henti di perhimpunan sejuta belia di putrajaya pada suatu masa dahulu.
Berikan satu tepukan gemuruh kepada kumpulan caklempong ini




Penyampaian hadiah
 Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Pohon meranti sekah sedahan
Berapit pulasan bersama kuini
Debaran hati tidak tertahan
Menanti keputusan sehingga kini

Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang berusaha Tuan pengarah Kolej Vokasional Juasseh Pn Hjh Fatimah
untuk menjemput dan mengiringi Yang berbahagia Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata dan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Pemberian Cenderamata hakim

Hadirin yang dikasihi, acara penyampaian hadiah dan cebderamata dimulakan dengan pemberian cenderamata kepada hakim-hakim pertandingan. Sehubungan itu,
Cenderamata pertama diberikan kepada ketua hakim pertandingan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .......................  
selaku Ketua Hakim untuk menerima sijil dan cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Penyampaian pemenang

Hadirin warga dewan gemilang sekelian,
kini tibalah kepada acara kemuncak majlis pada hari ini iaitu pengumuman keputusan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Diumumkan keputusan pemenang bagi Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT zon melaka dan negeri sembilan  2014 , Dimulakan dengan tempat ke 3 diberikan kepada


Ke 3 : _______________________________________________________________________

Naib Johan : ________________________________________________________________

Johan Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT zon melaka dan negeri sembilan  2014 di sandang oleh ______________________________________________


Penutup

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Ikan laut ikan pelata
Pabila dipanggang tiada tandingan
Jangan begitu para peserta
Menang kalah adat pertandingan

Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah yang Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada pertandingan yang akan datang

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat dan hadirin-hadirat sekelian yang telah sudi memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.



Pertandingan dikir dirai bersama
Kemenangan diidam menjelma lagi 
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali




Seterusnya dijemput yang berusaha ............................................ untuk mengiringi Tetamu Kehormat dan tetamu-tetamu jemputan, barisan panel hakim serta JK pengelola majlis untuk  ke majlis jamuan di tempat yang telah disediakan…..   dipersilakan.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.