Search This Blog

Pages

Friday, March 15, 2013



Cari ilham baru....malasnya...esok dah nak majlis....hu...hu...sesapa ada idea???? meh la kongsi....please......hu...hu..

Saturday, March 9, 2013

Majlis Mesyuarat Agung PIBG KVJ



Aluan Ketibaan

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah diiringi oleh Tuan Pengarah KV Juasseh dan para tetamu kehormat

Para hadirin diminta berdiri.....


Nyanyian lagu Negaraku

Majlis Perasmian mesyuarat agung tahunan kali ke 27 PIBG KVJ 2013 dimulakan dengan menyanyikan
Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.

...................selepas nyanyian........
Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.



Ucapan protokol

1. Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek wakil rasmi
Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah

2. Yang berusaha En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG KVJ

3. Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli

4. Yang berusaha En Sarimen Bin Sapie Timbalan Pengarah Akademik Kolej

5. Yang dihormati Hj Zainal Bin Hj Abd Hamid, NYDP PIBG Kolej

6. Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, rakan-rakan pensyarah, Ahli-ahli JawatanKuasa PIBG, Ibu bapa dan penjaga pelajar, pelajar-pelajar seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian

Assalammualaikum w.b.t dan salam satu malaysia.


Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua


Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami


Pada majlis yang penuh bermakna ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di dewan sri gemilang bagi menjayakan majlis mesyuarat agung PIBG kali ke 27

Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah serta hadirin-hadirat kerana sudi menghadirkan diri dalam majlis yang amat besar maknanya ini. Semoga dengan kesudian Yg. Berbahagia Tetamu Kehormat kita meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis.


Melayang belatuk di hujung pekan
Diperdu peria makanan di cari
Kehadiran Yg berbahagia kami alukan
Majlis ceria bertambah seri





Bacaan doa

Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

........................Bacaan doa


Pergi mengail ikan haruan
Buat selendang kain pelekat
Terima kasih kepada tuan
Doa dipohon semoga berkat

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.



Sidang Hadirin warga dewan yang dihormati,

Buat pengetahuan hadirin dan hadirat, Majlis mesyuarat agung pibg ini merupakan acara tahunan Persatuan Ibu Bapa dan guru sekolah bagi membincangkan perjalanan aktiviti tahunan terkini . Seperti hadirin-hadirat sedia maklum, antara fungsi persatuan PIBG kolej ialah


untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan seperti berikut ;

a) membantu dalam memajukan perkembangan pelajar dan menjagakebajikan pelajar

b) menambah sumber kewangan kolej bagi menambah danmeningkatkan kemudahan di kolej;

c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi danhubungan antara kolej dengan masyarakat setempat;

d) meningkatkan kecerian premis kolej supya dapat mewujudkansuasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program Pendidikan



Manakala antara Tujuan-tujuan Persatuan ialah:

a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar-pelajar dalam kolej dalam meningkatkan imej kolej;

b) untuk membantu dan menambah usaha kolej dalam memenuhikehendak dan keperluan kebendaan pelajar-pelajar dalam kegiatan mereka;

c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru –guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan

e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan kolej dan meningkatkan kemudahan fizikal bagitujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan Pembelajaran






Persembahan Multimedia Kecemerlangan Pibg

Dari Kelantan pergi ke kedah
Dari kedah ke kuala lumpur pula
Doa selamat dipohon sudah
Mari kita beralih acara

Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian

Seterusnya kita akan di sajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti yang dijalankan hasil usahasama oleh pihak kolej dan PIBG sepanjang tahun 2011 sehingga kini. Marilah kita saksikan bersama-sama

.................tayangan multimedia

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang menyiapkan persembahan multimedia sehingga Berjaya di pertontonkan dalam majlis yang penuh bermakna ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih



Ucapan Alu-aluan

Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.........................................Ucapan alu-aluan Pengetua
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan alu-aluan Tuan Pegarah sebentar tadi.









Ucapan YDP PIBG

Acara ucapan diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahgia En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG Kolej untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................ucapan YDP PIBG

Petang hari menanam selasih
Selasih berbunga indah berwarna
YDP PIBG setinggi-tinggi terima kasih
Ucapan diberi penuh bermakna

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan oleh YDP PIBG itu tadi.



Ucapan Perasmian

Yang awal kita dahulukan,
Yang dahulu kita alu-alukan,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucapan perasmian oleh tetamu kehormat kita Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah unit akademik dan kemanusiaan, Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan
........................................ucapan perasmian

Dengan bismillah kita mulai
Alhamdulillah wassala tannabi
Dengan takdir ilahi rabbi
Selesailah sudah upacara merasmi

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek Penolong Pegawai Pelajaran daerah Kuala Pilah atas ucapan dan penyempurnaan perasmian Majlis mesyuarat agung pibg KV Juasseh 2013 sebentar tadi







Penyampaian Cenderamata

Bercabang tiga si gunung daik
Di kakinya subur pohon meranti
Budi luhur dibalas baik
Dalam ingatan tersimpul mati

Hadirin-hadirat yang dihormati,

Kini tibalah atur cara seterusnya iaitu pemberian cenderamata kepada Ahli jawatankuasa PIBG yang telah mengembeling tenaga dalam meneraju persatuan PIBG Kolej dari 2011 hingga kini.

Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan Tuan Pengarah mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek bagi menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata
Dipersilakan.
................................................



Majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berusaha YDP PIBG En Roslan Bin Abd Rashid menerima cenderamata
.....

Cenderamata Perasmi

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek Penolong PPD Kuala Pilah atas penyempurnaan majlis perasmian sebentar tadi, majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang berbahagia tuan.

Justeru itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengarah untuk memberikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek...di persilakan





Terima kasih kepada VIP

Burung nuri burung merpati
Hinggap di beranda hinggap ditangan ,
cenderamata di beri seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Kamanizam Bin Hj Tindek dan Tuan Pengarah yang telah sudi menyempurnakan penyampaian cenderamata sebentar tadi.




Persembahan Dikir Barat

Hadirin-hadirat yang dirahmati Sekelian

Mari sama-sama kita nikmati halwa telinga. Dengan itu majlis diserikan dengan persembahan dikir barat kolej. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
................dikir barat



Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang dipersembahkan sebentar tadi. Buat Pengetahuan yang berbahagia dan para hadirin kumpulan dikir barat Kolej vokasional Juasseh telah dinobatkan johan dalam Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT 2012 dan tukang karot kumpulan dikir barat ini juga di iktiraf sebagai tukang karot dikir barat terbaik semasa pertandingan yang sama.

Berikan satu tepukan gemuruh kepada kumpulan dikir barat ini




Akhir kata

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.


Ikan berenang di dalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sireh pulang ke gagang
Gugur menguning buah kuini
Menghijau pohon subur dibaja
Majlis kita berakhir disini
Silap dan salah lupakan sahaja





Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Pohon kenangan elok merimbun
Tersenyum dara menyunting bunganya,
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya.




Jamuan Ringan

Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat, para jemputan dan semua hadirin-hadirat dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan majlis Perasmian mesyuarat agung tahunan kali ke 26 PIBG SMVJ 2012

Sebelum mesyuarat agung diteruskan, dijemput dengan segala hormatnya Tuan Pengetua mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Mat Rohani Bin Kamar meninggalkan majlis .



Dengan ini majlis diserahkan kepada yang Yang berusaha En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah untuk meneruskan aktiviti mesyuarat

Sekian sahaja dari kami akhiri dengan lafaz yang mulia Wabillahhitaufikwalhidayah…. wassalamualaikum w.b.t.