Search This Blog

Pages

Thursday, February 4, 2016

IDA
 
Majlis Mesyuarat Agung PIBG KVJ


Aluan Ketibaan

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh  diiringi oleh Tuan Pengarah KV Juasseh dan para tetamu kehormat

Para hadirin diminta berdiri.....


Nyanyian lagu Negaraku

Majlis Perasmian mesyuarat agung tahunan kali ke 30 PIBG KVJ 2016 dimulakan dengan menyanyikan
Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.
 
...................selepas nyanyian........
Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.


Nizam (ucapan protocol)
 
 



Ucapan protokol

  1. Yang dipertua PIBG KVJ,  Tn Hj Ropie bin hj zainudin

  1. Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir

  1. Yang berusaha En Sarimen Bin Sapie Timbalan Pengarah Akademik Kolej

  1. En Samsudin Bin Mamat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

  1. Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, pensyarah-pensyarah KVJ, Ahli-ahli JawatanKuasa PIBG, Ibu bapa dan penjaga pelajar, pelajar-pelajar seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian

Assalammualaikum w.b.t dan salam satu malaysia.



Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua


IDA

 
 

Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami



Pada majlis yang penuh bermakna ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di dewan gemilang bagi menjayakan majlis mesyuarat agung PIBG kali ke 30

Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran kesemua tetamu kehormat dan para ibubapa dan penjaga kerana sudi menghadirkan diri  dalam majlis yang amat besar maknanya ini.  Semoga dengan kesudian Yg. Berbahagia Tetamu Kehormat kita meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis.



Melayang belatuk di hujung pekan
Diperdu peria makanan di cari
Kehadiran semua kami alukan
Majlis ceria bertambah seri

Nizam
 
 
Bacaan doa


Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

........................Bacaan doa

Pergi mengail ikan haruan
Buat selendang kain pelekat
Terima kasih kepada tuan
Doa dipohon semoga berkat

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
  
IDA

 
 

Sidang Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Buat pengetahuan hadirin dan hadirat,  Majlis mesyuarat agung pibg ini merupakan acara tahunan Persatuan Ibu Bapa dan guru kolej bagi membincangkan perjalanan aktiviti tahunan terkini . Seperti hadirin-hadirat sedia maklum, antara fungsi persatuan PIBG kolej ialah
untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan seperti berikut ;

a)     membantu dalam memajukan perkembangan pelajar dan menjagakebajikan pelajar

b)     menambah sumber kewangan kolej bagi menambah danmeningkatkan kemudahan di kolej;

c)     meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi danhubungan antara kolej dengan masyarakat setempat;
d)     meningkatkan kecerian premis kolej supya dapat mewujudkansuasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program Pendidikan
Nizam
 
 



 Manakala  antara Tujuan-tujuan Persatuan ialah:

a)      untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar-pelajar dalam kolej dalam meningkatkan imej kolej;

b)      untuk membantu dan menambah usaha kolej dalam memenuhikehendak dan keperluan kebendaan pelajar-pelajar dalam kegiatan mereka;

c)      untuk membolehkan ibu bapa dan guru –guru  bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

d)      untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru memperbaiki tarapendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan

e)      untuk membolehkan ibu bapa dan guru  berusaha menambah kewangan kolej dan meningkatkan kemudahan fizikal bagitujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan Pembelajaran

  
IDA

 
 

Ucapan Alu-aluan

Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha  Tuan Pengarah Kolej Vokasional  Juasseh Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir,
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.........................................Ucapan alu-aluan Pengarah
Majlis merakamkan jutaan terima kasih  atas ucapan alu-aluan Tuan Pegarah sebentar  tadi.

Nizam

 
 
Ucapan Perasmian

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Yang awal kita dahulukan,
Yang dahulu kita alu-alukan,
Ucapan perasmian kita nantikan,
Pelengkap majlis yang kita adakan.

Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang dipertua PIBG Kolej Tn Hj Ropie bin hj zainudin untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan perasmian Majlis mesyuarat agung pibg KV Juasseh 2016. Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan
........................................ucapan perasmian

Dengan bismillah kita mulai
Alhamdulillah wassala tannabi
Dengan takdir ilahi rabbi
Selesailah sudah upacara merasmi
                 
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang dipertua PIBG Kolej Tn Hj Ropie bin hj zainudin atas ucapan dan penyempurnaan perasmian Majlis mesyuarat agung pibg KV Juasseh 2016 sebentar tadi


IDA
 
Penyampaian Cenderamata

Bercabang tiga si gunung daik
Di kakinya subur pohon meranti
Budi luhur dibalas baik
Dalam ingatan tersimpul mati

Hadirin-hadirat yang dihormati,

Kini tibalah atur cara seterusnya iaitu pemberian cenderamata kepada Ahli jawatankuasa PIBG yang telah mengembeling tenaga dalam meneraju persatuan PIBG Kolej 2015.
Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei mengiringi  Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir bagi menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata
Dipersilakan.
................................................

Nizam

 
 



Majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berusaha YDP PIBG Tn Hj Ropie bin hj zainudin menerima cenderamata
.....

IDA
 
 
 Sumbangan Peribadi YDP PIBG projek pembinaan Tempat letak motosikal Pelajar

Hadirin dan hadirat yang di rahmati sekelian,

Buat pengetahuan semua, Kolej Vokasional Juasseh telah pun melengkapkan pengambilan kohort ke 4 baru2 ini untuk tahun 1 sijil vokasional malaysia  SVM seramai  229 pelajar. Terkini kesemua pelajar yang menuntut di Kolej ini hampir mencecah 900 orang. Berikutan pertambahan pelajar yang makin meningkat, pihak kolej dengan kerjasama PIBG sentiasa meningkatkan prasarana dan kemudahan asas bagi keselesaan para pelajar. Sehubungan itu, Pelajar 2 Diploma Teknologi Pembinaan yang merupakan tahun akhir di Kolej ini bersama-sama pensyarah teknologi pembinaan telah secara sukarela berkongsi kepakaran kemahiran dalam pembinaan tempat baru meletak kenderaan motosikal pelajar bagi menampung kenderaan pelajar yang kian bertambah. Namun begitu, dana yang diperolehi amatlah terhad. Pada majlis ini, pihak kolej sungguh bertuah kerana Yang dipertua PIBG dengan murah hati akan menghulurkan bantuan kewangan bagi menampung keperluan kewangan projek tersebut.


Nizam
 


Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha tuan pengarah kolej Pn Hajah Fatimah selaku wakil dari pihak kolej untuk menerima sumbangan peribadi dari Yang dipertua PIBG Tn Hj Ropie. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.



Akhir kata

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata dan sumbangan  itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

IDA
 
 
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu  wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.



Ikan berenang di dalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sireh pulang ke gagang

Nizam
 
 
Pohon kenangan elok merimbun
Tersenyum dara menyunting bunganya,
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya.



Dengan ini majlis diserahkan kepada yang Yang berusaha Tn Hj Ropie bin hj zainudin Yang dipertua PIBG Kolej untuk meneruskan aktiviti mesyuarat

Sekian sahaja dari kami akhiri dengan lafaz yang mulia Wabillahhitaufikwalhidayah…. wassalamualaikum  w.b.t.