Search This Blog

Pages

Sunday, September 28, 2014

Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT 2014
*************************************************************
Pengumuman Ketibaan
-Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia ....
dan semua tetamu kehorrmat, masuk ke dalam dewan
-Hadirin-hadirat diminta berdiri.

Bismillahhirrahmannirrahim
 الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia
Protokol

1.                  Yang berbahagia, Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh.
2.                  Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Hajah Fatimah Binti Md Akhir
3.                  Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4.                  Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda
5.                  Hj Suhaimi Bin Othman , Ketua Jaminan Kualiti
6.                  En Shahrizal bin mohd Sharif Penyelaras pertandingan dikir barat Kavot Zon Melaka dan Negeri Sembilan.
7.                  AJK Pengelola Pertandingan dikir barat KAvot zon melaka dan negeri sembilan  2014
8.                  Hakim-hakim pertandingan
9.                  Guru-guru pengiring dan para peserta dari Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Institut Latihan Perindustrian zon Melaka dan Negeri Sembilan yang mengambil bahagian,
10.             Guru-guru, para pelajar seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekelian




Ucapan  alu-aluan MC

Alhamdullillah….  bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia Nya pada hari ini, kita dapat bersama-sama berhimpun di Dewan Gemilang bagi melangsungkan Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT zon melaka dan negeri sembilan tahun 2014.
Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh, dan  para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa pada majlis pertandingan dikir barat pada kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita khasnya  dalam warga pendidik teknik dan vokasional

Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua



Bacaan Doa
Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita bersama-sama menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa. Jesteru,  majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  ……
untuk memimpin bacaan doa . Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.

****************************BACAAN DOA****************************************
 Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ……….
di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya, segala hasrat yang direncana...insyaAllah.

Taklimat Hakim Dan Peserta pertandingan

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Aturcara majlis pada pagi ini dimulakan dengan taklimat hakim dan peserta pertandingan. Jesteru majlis dengan penuh takzim mempersilakan En SHAHRIZAL BIN MOHAMAD SHARIF selaku penyelaras pertandingan untuk memberikan taklimat, dipersilakan.
...........taklimat

Majlis mengucapkan terima kasih atas taklimat yang disampaikan sebentar tadi.



Ucapan  alu-aluan MC
Hadirin yang di rahmati sekelian

Dikir barat merupakan salah satu warisan budaya negara yang masih kukuh bertahan di negara kita. Ianya merupakan satu permainan tradisional yang berasal dari negeri Kelantan dan sehingga ke hari ini dikir barat bukan sahaja digemari oleh rakyat Kelantan malahan turut diminati oleh rakyat seluruh Negara.  Dikir barat dianggotai oleh beberapa orang yang terdiri daripada juara, tukang karut, awak-awak dan pemain alat.

Jesteru, Karnival Asrama Vokasional Teknik saban tahun menyenaraikan pertandingan dikir barat sebagai salah satu aktiviti dalam Karnival asrama ini. Secara tidak langsung, hal ini dapat memeperkenalkan Dikir Barat kepada seluruh warga pendidik  vokasional dan teknik  dan kepada pelajar secara khususnya.

Selain itu, petandingan dikir barat juga dapat :

1.                  Menyemai semangat cintakan seni tradisional terutamanya Dikir Barat di kalangan pelajar.

2.                  Mengetengahkan bakat pelajar dalam seni budaya untuk memartabatkan lagi seni warisan kebudayaan Negara.

3.                  Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir, profesional ke arah membangunkan nilai keusahawanan industri kesenian negara;

Warga dewan yang di hormati

Terdapat 14 pasukan dikir barat  akan mempersembahkan kreativiti dan idea dalam pertandingan dikir barat untuk merebut gelaran juara pertandingan dikir barat KAVoT  zon melaka dan negeri sembilan tahun 2014.  Diantara pasukan yang terlibat adalah dalam pertandingan dikir barat ini adalah:



Dari Kolej Vokasional Zon Melaka dan Negeri Sembilan

1.            KV Melaka Tengah
2.            KV Port Dickson
3.            KV Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip
4.            KV Juasseh
5.            KV Ampangan
6.            KV Datuk Seri Mohd Zin
7.            KV Kuala Klawang
8.            KV Dato’ Lela Maharaja
9.            KV Jasin
Manakala dari Sekolah Menengah Teknik Zon Melaka dan Negeri Sembilan pula adalah:

1.            SM Teknik Tuanku Jaafar
2.            SM Teknik Bukit Piatu, Melaka

Dan tidak ketinggalan juga pasukan dari Institut Latihan Perindustrian Zon Melaka dan Negeri Sembilan iaitu:

1.            ILP Pedas
2.            ILP Selandar
3.            ILP Bukit Katil
Perkenalkan hakim
Hadirin warga dewan yang dihormati,
Sebelum pertandingan dimulakan, pihak majlis sukacita ingin memperkenalkan senarai hakim pertandingan yang mengadili pertandingan dikir barat pada kali ini, di antaranya ialah:
.........................................................
Pertandingan Bermula

Hadirin-hadirat yang dimuliakan
Tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan acara pertandingan dikir barat karnival asrama vokasional teknik kavot peringkat zon melaka dan negeri sembilan tahun 2014dengan dimulai dari Kolej Vokasional Melaka Tengah untuk memberikan persembahannya. Marilah sama-sama kita saksikan ...dipersilakan
……………persembahan……..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan dikir barat dari………..
KV Melaka Tengah sebentar tadi.

Seterusnya……….
Contoh persilakan persembahan
1. Majlis mempersilakan Pasukan dikir barat dari .............................................................. untuk memberikan persembahan, majlis dengan penuh takzim , mempersilakan

2 Pertandingan dikir barat karnival asrama Kavot  zon melaka dan negeri sembilan diteruskan lagi dengan mempersilakan giliran yang ................... untuk memberikan persembahan. Jesteru, majlis mempersilakan KV.................
Untuk memberikan persembahannya, dipersilakan

Contoh ucapan terima kasih atas persembahan
1. Demikian lah tadi persembahan dari pasukan dikir barat KV............................
Majlis mengucapkan syabas dan terima kasih.
2. Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan pasukan dikir barat KV.......................... sebentar tadi.
 (MAJLIS PENUTUP)-Perasmian majlis

Ucapan Alu-aluan

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya persembahan pasukan dikir barat dari KV Jasin sebentar tadi maka berakhirlah giliran persembahan pasukan dikir barat untuk di adili. Seterusnya kita teruskan acara penutupan dan penyampaian hadiah.

Bunga seroja diatas dahan
Di buat hiasan ditepi laman
Selesai sudah giliran pertandingan
Menyusul kini ucapan aluan

Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha tuan pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Hjh Fatimah Binti Md Akhir untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan

........................ucapan alu-aluan

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Yang berusaha tuan pengarah kolej Vokasional Juasseh Pn Hjh Fatimah Binti Md akhir sebentar tadi

Ulasan hakim pertandingan dan mengumumkan pemenang.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Seterusnya sebelum keputusan diumumkan,  kita akan mendengar ulasan tentang mutu persembahan rekabentuk  peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan dikir barat pada tahun ini.
Dengan itu majlis mempersilakan .....
selaku Ketua Hakim untuk memberikan ulasan,  
dengan segala hormatnya dipersilakan.

****************************************Ulasan Ketua Hakim******************

Demikianlah tadi ulasan Pertandingan dikir barat yang telah disampaikan oleh ....
selaku Ketua Hakim pertandingan dikir barat pada kali ini.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih



Ucapan perasmian dan penutup

Hadirin hadirat yang dikasihi,

Bunga melati di luar pagar
Dipetik oleh gadis bunian
Ucapan aluan telah didengar
Kini tiba ucapan perasmian

Jesteru  majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT 2014
majlis dengan penuh takzim mempersilakan

***************************Ucapan Perasmian tuan pengetua****************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berbahagia Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh atas ucapan dan penyempurnaan perasmian  MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT 2014 sebentar tadi.

Persembahan Caklempong warikh budaya

Hadirin-hadirat yang dirahmati Sekelian

Buah bernama buah kuini
Jadi idaman orang pekan
Pencetus kedamaian irama harmoni
Kumpulan chaklempong kami tampilkan

Mari sama-sama kita nikmati halwa telinga. Dengan itu majlis diserikan dengan persembahan cak lempong KV Juasseh. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
................caklempong

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang dipersembahkan sebentar tadi. Buat Pengetahuan yang berbahagia dan para hadirin kumpulan caklempong Warikh Budaya Kolej Vokasional Juasseh telah mencatat nama dalam ‘The Malaysia Book Of Record bermain caklempong selama 36 Jam tanpa henti di perhimpunan sejuta belia di putrajaya pada suatu masa dahulu.
Berikan satu tepukan gemuruh kepada kumpulan caklempong ini




Penyampaian hadiah
 Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Pohon meranti sekah sedahan
Berapit pulasan bersama kuini
Debaran hati tidak tertahan
Menanti keputusan sehingga kini

Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang berusaha Tuan pengarah Kolej Vokasional Juasseh Pn Hjh Fatimah
untuk menjemput dan mengiringi Yang berbahagia Tuan Hj Ropie Bin Hj Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata dan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Pemberian Cenderamata hakim

Hadirin yang dikasihi, acara penyampaian hadiah dan cebderamata dimulakan dengan pemberian cenderamata kepada hakim-hakim pertandingan. Sehubungan itu,
Cenderamata pertama diberikan kepada ketua hakim pertandingan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .......................  
selaku Ketua Hakim untuk menerima sijil dan cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Penyampaian pemenang

Hadirin warga dewan gemilang sekelian,
kini tibalah kepada acara kemuncak majlis pada hari ini iaitu pengumuman keputusan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Diumumkan keputusan pemenang bagi Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT zon melaka dan negeri sembilan  2014 , Dimulakan dengan tempat ke 3 diberikan kepada


Ke 3 : _______________________________________________________________________

Naib Johan : ________________________________________________________________

Johan Pertandingan Dikir Barat Karnival Asrama Vokasional Teknik KAVoT zon melaka dan negeri sembilan  2014 di sandang oleh ______________________________________________


Penutup

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Ikan laut ikan pelata
Pabila dipanggang tiada tandingan
Jangan begitu para peserta
Menang kalah adat pertandingan

Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah yang Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada pertandingan yang akan datang

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat dan hadirin-hadirat sekelian yang telah sudi memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.



Pertandingan dikir dirai bersama
Kemenangan diidam menjelma lagi 
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali




Seterusnya dijemput yang berusaha ............................................ untuk mengiringi Tetamu Kehormat dan tetamu-tetamu jemputan, barisan panel hakim serta JK pengelola majlis untuk  ke majlis jamuan di tempat yang telah disediakan…..   dipersilakan.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.


Friday, July 4, 2014

Jadual  kursus 2 Pengurusan Perniagaan semester 4....Selamat Belajar anak2 murid ku pada minggu depan...

Sunday, January 26, 2014

Majlis Pelancaran 5S kali ke 3 dan penutup minggu haluan pelajar

Pembuka Bicara

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
Terima kasih kepada perwakilan pelajar yang bertugas

Protokol

1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Hjh Zaidah Binti Danial,
3.      Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti Kolej, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda,
4.      Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua bengkel , ketua-ketua unit Kolej Vokasional Juasseh
5.      Para Pensyarah kolej serta
6.      Para pelajar tahun 1 dan 2 yang dikasihi sekelian

Kata alu-aluan





Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan kepada  kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi menyempurnakan majlis pelancaran 5s kali ke 3  dan  majlis penutup minggu haluan pelajar tahun 1 Kolej  Vokasional Juasseh bagi  tahun 2014.



Ucapan alu-aluan MC

Yang berbahagia dan warga dewan yang dikasihi
Seperti yang kita sedia maklum, Kolej Vokasional Juasseh telah Berjaya mendapat pensijilan amalan persekitaran berkualiti 5s sejak 10 Mei 2012. Berkat kesepaduan tenaga seluruh warga kolej vokasional juasseh, tanggal 29 April 2013 kolej vokasional juasseh sekali lagi Berjaya menyambung pensijilan 5s setahun lagi apabila lulus nya audit peneguhan 5s oleh MPC salah satu perbadanan yang mengiktiraf amalan 5s di seluruh Malaysia.
Amalan berkualiti 5s seperti kita ketahui, suatu amalan yang terbukti berkesan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan kolej. Hal ini dapat dibuktikan apabila ia mampu mengurangkan tempoh pengurusan pelanggan dan mengurangkan masa pencarian dokumen. Maklumat inventori juga menjadi lebih mudah apabila kebanyakan bilik-bilik khas dan bengkel-bengkel di label peralatannya dengan secara sistematik. Hal ini selaras dengan tagline/ motto 5s kv juasseh iaitu 5s amalan berkualiti, bermaksud amalan persekitaran berkualiti yang telah menjadi budaya kita sehari-hari.
Tarikh 29 April 2014 kita bakal di datangi sekali lagi oleh pegawai mpc bagi memantau pelaksanaan 5s di kolej vokasional juasseh bagi penyambungan pensijilan 5s kali ke tiga tahun 2014. Melalui  semangat berpasukan seluruh warga kolej diharapkan dapat menjayakan amalan persekitaran berkualiti 5s bagi tahun 2014.
Warga dewan yang dikasihi sekelian,
Pada hari isnin 20 Januari 2014 yang lepas, kolej kita telah di datangi sekumpulan pelajar tahun 1 yang baharu mendaftar bagi mengikut pengajian di kolej vokasional juasseh. Seramai 123 orang pelajar baharu telah didaftarkan dengan pelbagai bidang yang ditawarkan di kolej vokasional juasseh. Bagi membimbing dan membiasakan suasana yang baharu di kolej vokasional juasseh, pihak kolej telah mewujudkan minggu haluan pelajar sepanjang minggu lepas.
Di antara objektif program minggu haluan pelajar adalah:
  1. pelajar dapat memahami secara jelas kurikulum, kokurikulum dan budaya belajar di kolej
  2. pelajar dapat menyediakan diri sama ada dari segi fizikal, mental dan emosi dikolej
  3. mengeratkan hubungan yang baikantara pelajar baru dengan warga pensyarah dan warga kolej amnya
  4. melahirkan pelajar yang boleh berdikari, berkeyakinan tinggi dan berkemahiran
TAYANGAN MULTIMEDIA

Hadirin warga dewan gemilang yang dihormati sekelian,
Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah persembahan multimedia khas sempena pelancaran 5s kali ke 3 2014 dan juga tayangan sempena majlis penutup minggu haluan pelajar tahun 1 2014.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………………….tayangan……………

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada cik nazira zulkiply dan para pelajar yang menjayakan persembahan sebentar tadi
Ucapan pengarah
Warga dewan gemilang yang dikasihi
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Untuk itu,  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan pelancaran 5s kali ke 3 danmajlis penutup minggu kaluan pelajar tahun 1 2014. Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada atas ucapan perasmian tuan pengarah kolej sebentar tadi

Penyampaian hadiah

Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada aktiviti-aktiviti sepanjang minggu haluan pelajar  yang telah dijalankan. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej Pn Hjh Zaidah Binti hj Danial untuk menjemput dan mengiringi Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir,  bagi menyempurnakan penyampaian hadiah, dipersilakan

Senarai pemenang
a.     Bagi anugerah persembahan kumpulan terbaik di menangi oleh kumpulan 8
b.     Anugerah kerjasama terbaik dalam kumpulan dimenangi oleh kumpulan 1 dan kumpulan 5
c.     Anugerah kumpulan kreatif dimenangi oleh  3 kumpulan iaitu kumpulan 4 dan kumpulan 6 dan 12
d.     Anugerah kumpulan bersahsiah terbaik dimenangi oleh kumpulan  3,  kumpulan 7 dan kumpulan 10
e.     Anugerah kumpulan paling berdisiplin di menangi oleh kumpulan 2 dan kumpulan 11
f.        Dan anugerah bagi kumpulan terbaik secara keseluruhan diberikan kepada kumpulan 9
**********
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengarah  dan Timbalan pengarah sokongan akademik atas kesudian menyempurnakan pemberian hadiah sebentar tadi. Buat pengetahuan hadirin, hadiah yang diberikan sebentar tadi merupakan sumbangan ikhlas peribadi  pn hjh zaidah, majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih.

Penutup

Sebelum kita bersurai,  pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.



Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.




Kami akhiri majlis ini dengan  lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Monday, January 20, 2014

TEKS PENGACARA MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1 KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2014

Pengumuman dari semasa ke semasa

  1. Selamat Datang kepada semua para penjaga bersama pelajar semester 1 kolej vokasional juasseh. Di ingat kan kepada semua hadirin supaya memenuhkan tempat duduk dihadapan.

  1. Makluman juga kepada semua penjaga pelajar, semasa pendaftaran anda telah dibekalkan buku program, nombor pendaftaran , senarai keperluan koperasi dan borang apdm. Sehubungan dengan itu, majlis memohon  kerjasama pelajar untuk melengkapkan borang-borang yang telah dibekalkan terutama senarai pembelian barang koperasi dan maklumat apdm.

  1. Perhatian juga bagi senarai keperluan koperasi  bahagian yang di gelapkan dan juga fail akademik serta fail MPAV adalah wajib di beli. Selain itu, keperluan asrama juga wajib di beli jika pelajar ditawarkan kemudahan penginapan asrama.

  1. Penjaga juga di maklumkan untuk membaca maklumat2 yang diberikan didalam buku program pendaftaran, terutama muka surat 5 dokumen/ butiran yang diperlukan semasa pendaftaran. ....baca...
Jika penjaga atau pelajar tidak membawa salinan yang dikehendaki, pihak kolej menawarkan perkhidmatan fotokopi/ fotostat di koperasi kolej.

5.  Jika dilihat pada mukasurat 6 dalam buku program, telah dicatatkan carta alir pendaftaran pelajar. Selepas selesai pendaftaran dan taklimat kursus, ibubapa atau pelajar bolehlah mendaftar kursus di tempat yang telah disediakan di kiri dan kanan dewan. Ibubapa yang berhasrat ingin menjelaskan yuran PIBG, adalah amat digalakkan semasa pendaftaran kursus.

6.   Sebaik selesai pendaftaran kursus, ibubapa atau pelajar di kehendaki membuat pendaftaran koperasi dengan mengemukakan senarai keperluan koperasi yang telah dilengkapkan. Setelah selesai pelajar yang telah ditawarkan kemudahan penginapan asrama dikehendaki membuat pendaftaran asrama di dewan makan asrama. Bagi pelajar tidak ditawarkan kemudahan penginapan asrama, ibubapa boleh membawa anak tuan/puan berehat di kafeteria atau berehat diluar kolej, namun begitu, semua pelajar dikehendaki berkumpul semula di dewan ini pada jam 2 petang bagi mengikuti Minggu haluan pelajar sehingga jam 5 petang. Begitu juga halnya bagi pelajar yang selesai menjalani pendaftaran asrama..harap maklum






















Mengumumkan Ketibaan
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir, Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, PPD , tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan- puan, hadirin dan hadirat serta pelajar tahun 1 kolej yang bakal mendaftar pada hari ini. Selamat datang kami ucapkan.

Pembuka Bicara

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
Protokol

1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir

2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Hjh Zaidah Binti Danial,
3.      Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti Kolej, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda,
4.      Yang berusaha NYDP PIBG KVJ , Tn Hj Ropie bin hj zainudin,
5.      Ahli –ahli  Jawatankuasa Pelaksana majlis pendaftaran tahun 1 Kolej Vokasional Juasseh
6.      Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
7.      Pelajar tahun 1 Kolej berserta penjaga dan keluarga serta
8.      Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian

Kata alu-aluan



Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu



Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan kepada  kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi menyempurnakan majlis pendaftaran pelajar tahun 1 Kolej  Vokasional Juasseh bagi  tahun 2014.  Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengucap kan selamat datang pelajar semester 1 tahun 1 pra diploma vokasional malaysia sesi  2014-2017 kolej vokasional juasseh dan juga  kepada hadirin dan hadirat yang dirahmati sekelian.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan



Bacaan Doa



Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,

Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.


Ucapan alu-aluan MC

Hadirin- hadirat yang  dihormati ,
Buat pengetahuan hadirin dan hadirat, kolej vokasional juasseh telah melalui transformasi pendidikan vokasional dimana ia ber kola borasi dengan industri  bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan. Hal ini, secara tidak langsung bakal melahirkan graduan diploma kemahiran yang diktiraf kerajaan bagi persediaan melanjutkan pengajian vokasional yang lebih tinggi atau usahawan yang berdaya saing.
Kolej Vokasional juasseh juga masih mengekal kan program pengajian diploma vokasional malaysia dalam  pelbagai bidang, diantaranya adalah
1.Bidang Teknolgi kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dibawah kursus..
a. PEMESINAN INDUSTRI                  CVAM (PI)
b. TEKNOLOGI KIMPALAN                CMWT (TK)
c.TEKNOLOGI AUTOMOTIF              CMAT (TA)
d. TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA      CMAC (TPPU)

2.Bidang Teknolgi kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di bawah kursus…

a.TEKNOLOGI ELEKTRIK                    CEEK (TE)
b.TEKNOLOGI ELEKTRONIK              CEEN (TEN)

3.Bidang Teknolgi kejuruteraan Awam di bawah kursus…

a.TEKNOLOGI PEMBINAAN             CCCT (TP)


4. Bidang Perniagaan di bawah kursus…

            a. PENGURUSAN PERNIAGAAN      CBBA (PP)
            b. PERAKAUNAN                              CBAC (PA)

5.Bidang Teknologi maklumat dan komunikasi di bawah kursus…

            a.  SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN     CICS (SKR)


Ucapan  Alu-aluan NYDP

Para hadirin  yang dihormati sekalian,
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan


Untuk itu,  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di hormati NYDP PIBG Kolej Tn Hj Ropie Bin Hj Zainudin  NYDP  Kolej Vokasional Juasseh  untuk menyampaikan taklimat dan  ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha hormati NYDP PIBG Kolej Vokasional Juasseh atas taklimat dan ucapan alu-aluan sebentar tadi

Taklimat TPA
Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti Kolej, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan

…………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti Kolej, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda atas taklimat sebentar tadi

Ucapan pengarah
Para hadirin yang dihormati sekalian,

tampak cahaya jauh di kuala
kerdipan cahaya menawan hati
Tuan Pengarah kita persila
ucapan perdana kita hayati
Untuk itu,  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir untuk menyampaikan ucapan dan taklimat sempena majlis pendaftaran pelajar tahun 1 kolej vokasional juasseh sesi 2014-2017. Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada atas ucapan tuan pengarah kolej sebentar tadi

 Pengumuman
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat pendaftaran ini, ibubapa dan murid-murid yang bakal mendaftar boleh lah meneruskan sesi pendaftaran kursus seperti yang dijadualkan dalam buku program yang telah dibekalkan. Sebaik sahaja selesai, para pelajar /penjaga diminta untuk membuat pendaftaran koperasi dan seterusnya pendaftaran asrama bagi murid-murid yang ditawarkan tinggal di asrama.

Penutup

Sebelum kita bersurai,  pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.


Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa

Asap api embun berderai
Patah galah berderai semalu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu


Kami akhiri majlis ini dengan  lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.