Pembuka Bicara
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب
العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه
أجمعين.
رب اشرح لي صدري
ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني
يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT
Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan
program guru penyayang tahun 2013
Bertudung
biru si anak dara,
Teruna
melihat hati membara,
Pantun
Melayu penglipur lara,
Dibuat
orang pembuka bicara.
Protokol
1.
Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,
Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.
Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn
Zaidah Binti Danial
3.
Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin
Sapiei
4.
Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5.
Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
6.
Para pelajar yang di rahmati sekelian
Bershukur
kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berhimpun pada
petang ini bagi sesi taklimat/ ceramah
keselamatan daripada pegawai bomba
Terlebih
dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran penceramah jemputan yang telah sudi meluangkan sedikit masa bagi menjayakan
program pada kali ini.
Mari pergi
ke Bukit Cina
Untuk
mencari si rama-rama
Hadir tuan
meriah suasana
Datang duduk
bersama-sama.
Semoga
dengan kesudian semua pihak untuk berhimpun di dalam program ini akan dapat menambahkan
lagi ilmu pengetahuan kita sedia ada untuk merealisasikan impian kita dalam mempunyai
kesedaran tentang keselamatan yang terbaik ……
InsyaAllah
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Bacaan Doa
Hadirin-hadirat
warga dewan yang dikasihi,
untuk
memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan Ustaz Hasbullah
bin Ali untuk memimpin bacaan doa…… dipersilakan.
……………………………………………….Bacaan
Doa………………………………………..
Majlis
merakamkan jutaan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.
Kata
Alu-aluan MC
Hadirin
hadirat sekelian,
Diantara tujuan utama program hidup sihat tanpa aedes dan chikungunya ini di adakan
adalah untuk:
1.
Membasmi
tempat-tempat berpotensi tinggi sebagai tempat pembiakan nyamuk
2.
Mewujudkan
persekitaran sekolah yang bersih dan selamat
Selain itu, melalui program ini juga semua
warga SMT DSMZ yang terdiri daripada para guru, staf sokongan sekolah dan
pelajar akan bekerjasama membanteras pembiakan nyamuk berbahaya ini sekaligus
menjauhkan diri daripada jangkitan demam denggi dan chikungunya. Buat
pengetahuan hadirin, selepas kita mendengar ceramah daripada penceramah
jemputan kita ____________________________ , kita akan mengadakan sesi
gotong-royong perdana , dimana kita semua akan dibahagiakan kepada 11
kawasan utama yang setiap satu nya akan
diselia oleh seorang guru sebagai ketua .
Pergi
mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Hadirin-hadirat
warga dewan yang dihormati,
Tanpa
melengahkan masa lagi, kita terus kepada agenda yang pertama pada pagi ini
iaitu ceramah tentang program hidup sihat tanpa
aedes dan chikungunya.
Biodata….
Sebelum
itu, izinkan saya membacakan serba sedikit biodata tentang Penceramah jemputan
kita ini. ….
Majlis
mempersilakan ______________________________________ untuk menyampaikan
ceramahnya tentang program hidup sihat tanpa
aedes dan chikungunya,
Majlis dengan segala hormatnya di persilakan.
Demikianlah
tadi ceramah yang bertajuk program hidup
sihat tanpa aedes dan chikungunya yang telah disampaikan oleh ___________________________________
Semoga segala yang disampaikan tadi dapat dijadikan panduan dalam kita membanteras pembiakan nyamuk aedes bagi mengelakkan
jangkitan demam denggi dan demam chikungunya.
Cenderahati
Hadirin
hadirat yang dikasihi sekelian,
Di
kesempatan ini, Pihak sekolah berbesar hati untuk memberikan cenderamata
sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi
menjayakan program program hidup sihat tanpa
aedes dan chikungunya pada kali ini. Sehubungan dengan itu, majlis
mempersilakan En Abd Aziz B Abu Guru Penolong Kanan HEM
merangkap pengerusi program untuk mengiringi yang berusaha tuan pengetua yang
di kasihi Pn hjh semah bt mohd noh untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,
Majlis
dengan segala hormatnya menjemput ________________________________ untuk
menerima cenderahati penghargaan dipersilakan
Dewa sakti
melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.
Majlis merakamkan terima kasih
kepada Yang berusaha Tuan pengetua yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu
tadi.
Hadirin
hadirat sekelian,
Seterusnya
kita beralih kepada aktiviti berikutnya iaitu gotong royong perdana, sebelum itu, dipersilakan En Md Amin B Hj
Dahlan selaku penyelaras program untuk
Memberikan
sedikit taklimat berkaitan dengan aktiviti gotong royong ini, dipersilakan……
Demikian
lah tadi taklimat serba ringkas yang telah diberikan oleh penyelaras program,
Untuk pengetahuan hadirin sebaik sahaja aktiviti gotong-royong yang bakal
berlangsung selama satu jam ini di laksanakan,
Para
hadirin akan berhenti dan rehat dan selama setengah jam. Sesi P&P akan
disambung seperti biasa bermula jam 10.30 pagi.
Para
tetamu kehormat dan penceramah jemputan pula,
dijemput menikmati jamuan ringan yang telah di sediakan sebaik sahaja
habis aktiviti gotong royong perdana itu nanti.
BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,
BINTANG TIMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI
BINTANG TIMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI
Dengan
itu saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayah wassalammualaikum w. b.t dan terima kasih.
No comments:
Post a Comment