Search This Blog
Pages
Showing posts with label majlis persaraan. Show all posts
Showing posts with label majlis persaraan. Show all posts
Tuesday, September 11, 2012
MAJLIS PERSARAAN
Bismillah………. Alham dulilliah.....
1. Yang berusaha Tn Pengetua SMT DSMZ, Pn Hjh Semah Bt Mohd Noh
2. Yang diraikan En Ismail B Mohamad dan Pn Hamidah Bt Mohammad
3. Yang dihormati Pn Hjh Patimah Bt Hj Othman Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah
4. En Abd Aziz B Abu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
5. Pn Halimah Bt Hj Ahmad, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
6. Guru-guru Kanan Bidang,
7. Guru-guru cemerlang
8. Barisan guru mithali smt dsmz,
9. Dan para pelajar yang dikasihi lagi dirahmati sekelian
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Bershukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi ini bagi meraikan MAJLIS PERSARAAN En Ismail B Mohamad DAN MAJLIS PERPIndahan Pn Hamidah Bt Mohammad.
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Duduk bersama satu tujuan
Indah majlis gilang gemilang
Mohon doa kupohon tuhan
Semoga Majlis peroleh keberkat
Untuk itu, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa. Jesteru, majlis mempersilakan Uz. Jaini Bin Saiman untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.
Bacaan Doa
Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.
*************************************************************************************************************
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustadz Jaini Bin Saiman di atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi.
Yang berusaha tuan pengetua dan hadirin sekelian
Buat pengetahuan hadirin semua, Jika kita soroti perjalanan en ismail b mohamad di perkampungan teknik datuk seri mohd zin ini, beliau merupakan seorang staf sokongan sekolah yang telah berkhidmat di sini bermula pada tahun nov 1978. Bapa kepada 3 orang anak hasil perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercinta Pn Ani Bt mat jan ini sangat penyayang dan gigih berusaha. Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama 31 tahun sewaktu menabur keringat di bumi teknik khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor perkhidmatan awam.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.
Hadirin yang di hormati sekelian,
Warga teknik md zin juga bakal kehilangan seorang lagi staf sekolah berikutan perpindahannya di atas kenaikkan pangkat. Pn hamidah mohd telah pun berhijrah di SMK Durian Tunggal. Majlis dengan sukacitanya merakamkan sekalung tahniah di atas penghijrahan puan. Ibu kepada 8 orang anak ini merupakan insan yang sentiasa di senangi oleh warga teknik berikutan sifatnya yang penyayang dan bertanggungjawab tinggi terhadap tugas. Hasil sokongan padu suami tercinta en saat b bakar, menjadikan pn hamidah menyahut cabaran untuk menjawat tugas lain yang lebih mencabar. Warga teknik dengan sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa bakti yang dicurahkan selama hampir 20 di perkampungan teknik md zin ini.
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi puan kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Oleh itu diharapkan sentuhan majlis pada hari ini dapat di jadikan tanda kenang-kenangan di dalam lipatan sejarah kalian berdua.
Warga dewan yang di rahmati sekelian,
Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua SMTDSMZ, tuan Hj Mohd Shaari Bin Hussain , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan Tn pengetua*************************************
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Yang berusaha dan hadirin sekelian
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di rai en ismail b mohamad untuk memberikan ucapan, dipersilakan
*************************************************************************************************************
Terima kasih di atas ucapan en ismail sebentar tadi...
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Inderagiri pasirnya lumat,
Kerang berjemur dengan lokan;
Bagaimana nabi kasihkan umat,
Begitulah kami kasihkan tuan.
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Majlis dengan penuh hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk memberikan ucapan.
Majlis mempersilakan....
*************************************************************************************************************
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Pn hamidah memberikan ucapan
Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata
Hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Warga dewan yang dikasihi,
Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga SMTDSMZ , Pihak majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata untuk yang dirai. Jesteru, majlis mempersilakan dihormati Yang berusaha Tuan pengetua, Tuan Hj. Mohd. Shaari bin Hussein untuk menjemput dan mengiringi en ismail b mohamad untuk menerima hadiah dan cenderamata.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...
*************************************************************************************************************
Terima kasih diucapkan kepada en ismail b mohamad
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk menerima tanda kasih dari kami warga teknik datuk seri mohd zin, dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha tuan pengetua dan pn hamidah atas penyempunaan pemberian hadiah sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
Ada pasang ada surutnya
Ada pangkal ada hujungnya
Ada hulu ada hilirnya
Ada pertemuan ada perpisahannya
Ada hilang ada gantinya
Ada awal ada akhirnya
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal melabuhkan tirainya
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yg berusaha Tn Pengetua dan Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga teknik datuk seri mohd zin yang telah memberikan sumbangan masa dan tenaga secara langsung atau tidak langsung sewaktu menjayakan majlis ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.
Harum baunya Si bunga cengkih
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.
BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,
BINTANG T IMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI
Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua dan tetamu kehormat untuk mengiringi yang dirai En ismail dan pn hamidah ke bangunan bulat bagi menyempurnakan perarakan beramai-ramai menaiki Jeep Khas ke pintu hadapan pagar sekolah untuk lambaian terakhir, majlis dipersilakan.
Para Pelajar di minta berdiri
Sunday, June 3, 2012
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PROTOKOL
1. Yang berusaha pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SMV Juasseh
2. Yang diraikan Hj Abd Rahman Bin Ahmad, guru bengkel smvj 2012
3. Yang dihormati En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah
4. Hjh Rusnawati Binti Juda, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
5. Guru Kanan Matapelajaran,
6. Rakan-rakan guru serta
7. Murid-muird yang dikasihi sekelian
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
PENGENALAN
Alhamdullillah bershukur kita ke hadrat illahi, dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi yang permai ini sempena majlis persaraan guru yang dirai
Terlebih dahulu bagi pihak majlis, kami juga mengalu-alukan kehadiran yang di rai hj abd rahman bin ahmad atas kesudian meluangkan masa bersama-sama kami warga vokasional juasseh dalam meraikan majlis penuh bermakna ini. Di harapkan, sentuhan majlis ini mampu mengukir kenangan terindah dan mencatat nostalgia abadi dalam lipatan sejarah yang dirai pada masa yang mendatang
Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu
Bacaan Doa
Warga dewan gemilang yang di rahmati sekelian
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Suhaimi bin Mohammad/ Ustaz Hasbullah bin Ali
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Suhaimi bin Mohammad/ Ustaz Hasbullah bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Alu-aluan Pengerusi majlis
Hadirin warga dewan yang dihormati
Buat pengetahuan hadirin, di kesempatan majlis persaraan ini juga warga vokasional juasseh bakal marasai kehilangan tiga orang lagi pendidik berikutan tamatnya tugas mereka sebaik sahaja minggu persekolahan penggal pertama ini. Mereka yang dimaksudkan adalah Cg Lim Chui Mien, Cg Nur Adibah Binti Mohd Hazni dan Cg Siti Mahfuzah Binti Sahul Hamid.
Warga dewan yang dikasihi, Minggu ini merupakan minggu terakhir Cg Lim Chui Mien di SMVJ berikutan lulusnya permohonan perpindahan guru ini ke sekolah yang baru. Manakala dua orang guru lain yang bakal mengikut jejak perpisahan ini adalah guru kontrak sementara yang dipertanggungjawabkan dalam menggantikan tugas guru yang bercuti iaitu cikgu Nur Adibah dan cikgu Siti Mahfuzah.
Terbang bebas si rama-rama,
Indah panorama menghias alam;
Di kala ini wajahmu purnama,
Esok lusa tampak berbalam.
Indah panorama menghias alam,
Tampak dari Tanjung Agas;
Esok lusa tampak berbalam,
Rinduan kami tetap berbekas
TAYANGAN MULTIMEDIA
Sebelum lidah terus berbicara, moleklah kiranya kita semua saksikan sedikit tayangan informasi menceritakan serba sedikit perjalanan hidup yang dirai hj abd rahman. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………………….tayangan……………
Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu.
Demikian lah tadi sedikit biodata dari yang dirai. Majjlis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada cik cik nazira zulkiply yang Berjaya menyiapkan tayangan informasi sehingga Berjaya di pertontonkan dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih
UCAPAN YANG DIRAI
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Dirai Hj abd rahman bin ahmad. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
………………..ucapan
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dirai Hj Abd rahman bin ahmad atas ucapan itu tadi.
Tampak dari Tanjung Agas,
Menggamit rindu datang ke mari;
Rinduan kami tetap berbekas,
Kenangan bersama memahat memori.
Menggamit rindu datang ke mari,
Teman sepermainan di tengah laman;
Kenangan bersama memahat memori,
Tautan kasih sepanjang zaman.
UCAPAN PENGETUA
Hadirin yang diRahmati sekalian
Majlis sanjungan budi lambaian kasih diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh . Dipersilakan.
………………………………………ucapan pengetua
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Warga dewan gemilang sekelian,
Hadirin yang dihormati sekalian
Persembahan 5BB1
Warga dewan yang dikasihi
Buah peria diperdu tualang
Buat mainan dijadikan lemparan
Majlis hiba bertukar gemilang
Dengan sajian pelbagai persembahan
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan sebuah persembahan sempena majlis persaraan hj abd rahman, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…
………………..persembahan
Demikanlah tadi persembahan yang telah diberikan dari kelas 5 bb1, majlis merakamkan jutaan terima kasih
Kampung Dermawan di Pulau Ara
Mari singgah menjengkal rotan
Walau hj akan bersara
Budi dan jasa kekal di ingatan
PENYAMPAIAN HADIAH/CENDERAMATA
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Hj abd rahman bin ahmad dan juga perpisahan tiga guru lain yang telah di maklumkan sebentar tadi.
Sehubungan dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan yang di hormati guru penolong kanan pentadbiran En sarimen bin sapie untuk menjemput dan mengiringi pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SMV Juasseh untuk menyempurnakan pemberian cenderamata kenangan daripada seluruh warga sekolah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
………….
Majlis pemberian cenderamata dimulakan dengan pemberian kepada
1. Cikgu Nur Adibah Binti Mohd hazni dipersilakan..
Guru ini telah berjasa mendidik kelas 4 skm, 4 ppn2 dan 4 ppu 1 dalam matapelajaran matematik
2. Cikgu Siti Mahfuzah bt Sahul Hamid
Guru ini telah berjasa mendidik kelas 5 ppu,5auto, 5 kfl, 4 pkom, 4 auto, 4 ee2 dan 4 ppu 1 dalam matapelajaran bahasa inggeris
3. Cikgu Lim Chui Mien
Buat pengetahuan hadirin cg limchui mien telah berkhidmat di sekolah ini sejak …..
Seterusnya majlis mempersilakan
4. Hj Abdul Rahman Bin Ahmad
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan
1. ...................untuk menyampaikan hadiah dari .....................
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli atas penyempurnaaan penyampaian cenderamata kepada kalian yang dirai sebentar tadi
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.
PENUTUP
Para hadirin sekalian,
Setelah berakhirnya penyampaian cenderamata tadi, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Sebelum itu, Majlis sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dirai hj abd rahman bin ahmad kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Dirai Hj bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian di suasana yang baru.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
JAMUAN & THUMB PRINT
Hadirin yang di kasihi sekelian
Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Dirai hj abd rahman bin ahmad akan menyempurnakan upacara thumb print sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan.
Sejurus selepas itu, kepada semua guru di minta ke kantin bagi meraikan kalian yang dirai dengan satu jamuan ringkas yang akan di adakan di kantin sekolah. Buat pengetahuan guru-guru semua, yang dirai hj abd rahman juga turut menyumbang juadah sebagai tanda terima kasih beliau kepada pihak sekolah nanti.
Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha tuan pengetua bersama-sama semua untuk mengiringi yang dirai hj abd rahman bagi menyempurnakan upacara thumb print di bangunan pejabat sekolah. Majlis dipersilakan.
.........................Para Pelajar di minta berdiri
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
