Search This Blog

Pages

Thursday, January 24, 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul






MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

Pembuka Bicara
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan maulidur rasul peringkat kolej tahun 1434 H, 2013 masihi.

Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2. Yang dimuliakan penceramah jemputan kita ..............
3. Yang di hormati En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah
4. Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
5. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
6. Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
7. Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
8. Para pelajar yang di rahmati sekelian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini, Dewan Gemilang SMV Juasseh bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2013 bersamaan dengan 1434 hijrah.

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1434 Hijrah; WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Bacaan doa
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*****************************************Bacaan Doa************************************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustz Hasbullah Bin Ali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.










Kata alu-aluan
Hadirin warga dewan yang di rahmati Allah sekelian,

Sambutan maulidur rasul saban tahun diadakan bagi memperingati tarikh kelahiran junjungan kita junjungan besar rasullullah s.a.w. Seperti yang kita sedia maklum bahawa rasullullah s.a.w merupakan pemimpin yang agung yang menjadi contoh umat baginda sehingga akhir zaman. Di samping itu juga, majlis seumpama ini dapat menzahirkan rasa cinta dan kasih kita yang mendalam terhadap junjungan besar rasulullah s.a.w

Dari Anas r.a katanya Nabi s.a.w pernah bersabda.. Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibubapanya, anaknya dan manusia umumnya.

Ya Allah, restui dan berkatilah junjungan kami nabi Muhammad s.a.w sebagai hamba, Nabi dan Rasul mu yang ummi. Berkatilah keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah baginda selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh Mu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh kalam mu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab suci mu..Amin Ya Rabbal alamin

Ceramah maulidur rasul

Siddiq, amanah ,tabliq, fatonah,
Sifat terpuji junjungan rasulullah,
Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,
wassatiah tonggak kesatuan ummah

Warga dewan yang dirahmati sekelian,

Majlis maulidur rasul 1433 H di bawah tema wassatiah tonggak kesatuan ummah diteruskan lagi dengan mendengan ceramah daripada penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz ...............
untuk menyampaikan ceramahnya ...dipersilakan
..................................................................ceramah...........................................................................

NUN DI SANA INDAHNYA KOTA
KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
JADI IKTIBAR PADA SEMUA

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz ……………….

Pemberian cenderamata

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah tahun 1432 H ini.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha Timbalan pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial, untuk menjemput dan mengiringi yang berbahagia Tuan Pengarah Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput al fadhil ustaz ...................... untuk menerima cenderamata penghargaan dipersilakan


Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.


Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan pengarah yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.


PENUTUP

Limau purut berbuah sarat
Dipetik datuk di simpan di para
Makanan terhidang tanda isyarat
Isyarat untuk menjamu selera

Hadirin warga dewan yang dirahmati sekelian

Acara majlis sambutan maulidur rasul berhenti seketika. Majlis akan diteruskan lagi ½ jam daripada sekarang. Untuk itu majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berbahagia pengetua cemerlang puan norasikin binti md shazilli dan seterusnya menjemput dan mengiringi Yang dimuliakan tuan penceramah kita dan semua para tetamu untuk meninggalkan majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

GAGAHKAN JUA EDIT TEKS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KOLEJ VOKASIONAL UNTUK PAGI NANTI....TAK DE IDEA...PAKAI TEKS YANG LAMA JER...

Tuesday, January 22, 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1 KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013

Mengumumkan Ketibaan
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh, barisan guru-guru SMVJ, tuan-tuan dan puan- puan, hadirin dan hadirat serta pelajar tahun 1 kolej yang bakal mendaftar pada hari ini. Selamat datang kami ucapkan.


Pembuka Bicara

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
Protokol

1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli

2. Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik kolej , En Sarimen Bin Sapiei
3. Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Zaidah Binti Danial,
4. Ketua Unit Jaminan Kualiti Kolej, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda,
5. Ahli –ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis pendaftaran tahun 1 Kolej
6. Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
7. Pelajar tahun 1 Kolej berserta penjaga dan keluarga serta
8. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian





Kata alu-aluan


Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu


Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan kepada kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi menyempurnakan majlis pendaftaran pelajar tahun 1 Kolej Vokasional Juasseh bagi tahun 2013. Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengucap kan selamat datang pelajar sulung tahun 1 sesi 2013-2016 kolej vokasional juasseh dan juga kepada hadirin dan hadirat yang dirahmati sekelian.


Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan




Bacaan Doa


Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,

Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan MC

Hadirin- hadirat yang dihormati ,
Buat pengetahuan hadirin dan hadirat, kolej vokasional juasseh telah melalui transformasi pendidikan vokasional dimana ia ber kola borasi dengan industri bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan. Hal ini, secara tidak langsung bakal melahirkan graduan diploma kemahiran yang diktiraf kerajaan bagi persediaan melanjutkan pengajian vokasional yang lebih tinggi atau usahawan yang berdaya saing.
Kolej Vokasional juasseh juga masih mengekal kan dua program pengajian iaitu program pendidikan vokasional dan program latihan kemahiran. Dibawah program ini telah menawarkan pelbagai bidang, diantaranya adalah
1.Bidang Teknolgi kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dibawah kursus..
a. PEMESINAN INDUSTRI CVAM (PI)
b. TEKNOLOGI KIMPALAN CMWT (TK)
c.TEKNOLOGI AUTOMOTIF CMAT (TA)
d. TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA CMAC (TPPU)

2.Bidang Teknolgi kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di bawah kursus…

a.TEKNOLOGI ELEKTRIK CEEK (TE)
b.TEKNOLOGI ELEKTRONIK CEEN (TEN)

3.Bidang Teknolgi kejuruteraan Awam di bawah kursus…

a.TEKNOLOGI PEMBINAAN CCCT (TP)


4. Bidang Perniagaan di bawah kursus…

a. PENGURUSAN PERNIAGAAN CBBA (PP)
b. PERAKAUNAN CBAC (PA)

5.Bidang Teknologi maklumat dan komunikasi di bawah kursus…

a. SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN CICS (SKR)

Manakala , program latihan kemahiran pula ditawarkan kurusus

1. Mekanik penyejukbekuan dan penyamanan udara
2. Juruteknik Automotif
3. Juruteknik Kimpalan
4. Juruteknik elektrik

Ucapan Alu-aluan TPSA

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan


Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Juasseh Pn Zaidah Binti Danial untuk menyampaikan taklimat dan ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Juasseh atas taklimat dan ucapan alu-aluan sebentar tadi

Taklimat TPA
Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan

…………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie atas taklimat sebentar tadi


Ucapan pengarah

Para hadirin yang dihormati sekalian,

tampak cahaya jauh di kuala
kerdipan cahaya menawan hati
Tuan Pengarah kita persila
ucapan perdana kita hayati

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk menyampaikan ucapan dan taklimat sempena majlis pendaftaran pelajar tahun 1 kolej vokasional juasseh sesi 2013-2016. Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli . Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada atas ucapan tuan pengarah kolej sebentar tadi

Pengumuman
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat pendaftaran ini, ibubapa dan murid-murid yang bakal mendaftar boleh lah meneruskan sesi pendaftaran kursus seperti yang dijadualkan dalam buku program yang telah dibekalkan. Sebaik sahaja selesai, para pelajar /penjaga diminta untuk membuat pendaftaran koperasi dan seterusnya pendaftaran asrama bagi murid-murid yang ditawarkan tinggal di asrama.







Penutup

Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.


Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa
Asap api embun berderai
Patah galah berderai semalu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu


Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.











Saturday, January 19, 2013

Pengacara Majlis Pendaftaran tahun 1 Kolej Vokasional Juasseh 2013


Nak cari mood nak edit teks pendaftaran...semoga semuanya berjalan lancar amin...

Pendaftaran form 4 2012

TEKS PENGACARA MAJLIS PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN VOKASONAL JUASSEH/ SKM 2012


Mengumumkan Ketibaan
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh, barisan guru-guru SMVJ, tuan-tuan dan puan- puan, hadirin dan hadirat serta murid-murid baru tingkatan 4 yang bakal mendaftar pada hari ini. Selamat datang kami ucapkan.



Pembuka Bicara
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah hi rabbil…wassalatuwas

Protokol

1. Yang berbahagia Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh

2. Yang berusaha En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah
3. Pn Zaidah Binti Danial, GPK Hal Ehwal Murid
4. Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
5. Ahli –ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis pendaftaran tingkatan 4
6. Guru-guru SM Vokasional Juasseh
7. Anak-anak murid tingkatan 4 aliran vokasional/ skm berserta penjaga dan keluarga serta
8. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia






Kata alu-aluan
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah dipohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Mencari timba si anak dara
Dibawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan kepada kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi menyempurnakan majlis pendaftaran murid-murid SM Vokasional Juasseh tingkatan 4 aliran vokasional dan aliran sijil kemahiran Malaysia bagi tahun 2012. Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengucap kan selamat datang kepada hadirin dan hadirat.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan





Pagi hari pergi kepekan
Hendak membeli buah kuini
Selamat datang kami ucapkan
Semoga hadirin selesa disini

Indah berbalam si awan petang
Berarak dicelah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara


Bacaan Doa

Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat



Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Bagi memula dan memuliakan majlis marilah bersama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat.
Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.


Ucapan alu-aluan MC

Hadirin- hadirat yang dihormati ,
Buat pengetahuan hadirin dan hadirat, sekolah menengah vokasional juasseh menawarkan dua aliran pada sesi pengajian tahun 2012 ini. Aliran yang dimaksudkan adalah aliran vokasional dan aliran kemahiran. Aliran vokasional merupakan aliranyang memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam PMR bagi meneruskan sesi pengajian mereka. Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan tenaga kerja separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Terdapat 8 kursus yang ditawarkan dalam aliran vokasional ini, Diantara ialah
1. Automotif
2. Penyejukanbekuan & Penyamanan Udara
3. Amalan Bengkel Mesin
4. Kimpalan
5. Elektrik & Elektronik
6. Binaan Bangunan
7. Pengurusan Perniagaan
8. Pengaturcaraan Komputer

Manakala , Murid aliran kemahiran dikhususkan kepada murid – murid yang memperoleh pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran telah dirangka mengikut tahap kompetensi yang ditetapkan dalam standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (SKPK) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh pihak industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian.
Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Antara Program yang ditawarkan adalah :
1. Juruteknik Automotif
2. Juruteknik Elektrik Rendah










Ucapan Alu-aluan HEM

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Sudilah tuan jalan berlapan
Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Pn Zaidah Binti Danial, Guru Penolong kanan HEM SM Vokasional Juasseh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha Pn Zaidah Binti Danial, Guru Penolong kanan HEM SM Vokasional Juasseh atas ucapan alu-aluan sebentar tadi

Ucapan Yang Berbahagia pengetua

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Besar langit ditepi busut
Besar tak muat didalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati

berdaun lebat pokok bidara
tempat bersarang burung tempua
sampaikini kemuncak acara
ucap utama tuan pengetua

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh untuk menyampaikan ucapan dan taklimat sempena majlis pendaftaran murid tingkatan 4 aliran vokasional juasseh / skm tahun 2012. Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.
……………….Tamat Ucapan
Duduk sekawan si burung unta
Tepi keramat diwaktu malam
Terima kasih tuan atas bicara
Kata azimat penutup kalam

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh atas ucapan sebentar tadi

Pengumuman
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat pendaftaran ini, ibubapa dan murid-murid yang bakal mendaftar boleh lah meneruskan sesi pendaftaran murid tingkatan 4 seperti yang dijadualkan dalam buku program yang telah dibekalkan. Sebaik sahaja selesai, para pelajar /penjaga diminta untuk membuat pendaftaran koperasi dan seterusnya pendaftaran asrama bagi murid-murid yang ditawarkan tinggal di asrama.


Penutup

Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.


Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa
Asap api embun berderai
Patah galah berderai semalu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu


Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.











Majlis Perasmian program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah

Majlis mengumumkan ketibaan Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail diiringi oleh tn pengetua dan semua para tetamu jemputan

Para pelajar diminta berdiri.....(caklempong)

Lagu negaraku

Bagi menunjukkan rasa cinta pada negara Majlis Perasmian program Eksplorasi Sejarah dimulai dengan menyanyikan Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.

...................selepas nyanyian........

Hadirin dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.

Protokol

Bismillahhirrahmannirrahim……

1. Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh, Merangkap pengerusi Jawatankuasa Bertindak pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu

2. Yang berusaha Tn Hj Mat Rohani Bin Kamar
Pelajaran Daerah Kuala Pilah

3. Yang berusaha En Kamanizam Bin Hj Tindek
Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah

4. Yang berusaha Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh

5. Yang dimuliakan Tuan penceramah Guru Cemerlang Sejarah En Mohd Rozi Bin Ibrahim dan Pn Azlin Bt Yahya

6. Yang dihormati En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah
7. Pn Zaidah Binti Danial, GPK Hal Ehwal Murid
8. Pn Rusnawati Binti Juda, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
9. Tuan-tuan dan puan-puan serta
10. para pelajar peserta program yang di rahmati sekelian

Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia




Anak juragan mengail ikan
Sambil bersuka ditepi kuala
Masa jangan kita tangguhkan
tirai dibuka majlis bermula
Bertudung biru si anak dara,
Teruna melihat hati membara,
Pantun Melayu penglipur lara,
Pembuka majlis penuh ceria


ALHAMDULILLAH, IZINKAN kami MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN ke hadratRabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam Majlis Perasmian program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah dimulakan

Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh, Merangkap pengerusi Jawatankuasa Bertindak pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu, para tetamu jemputan serta hadirat sekelian dalam majlis ini. Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis yang penuh ceria ini

Ke pulau indah mencari peria
Buat hidangan untuk cik seri
Majlis indah bertambah ceria
Dengan kehadiran dato’ ke mari


BACAAN DOA
Yang berhormat dato’ dan hadirin sekelian

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita memohon taufik dan hidayah sempena Majlis Perasmian program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah ini. Jesteru, Majlis mempersilakan al fadil ustaz abdu shahid b riduan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

....................... Bacaan Doa

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada al fadil ustaz abdu shahid b riduan di atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan mc

Yang berhormat dato’ dan hadirin sekelian,

Buat pengetahuan dato’ , dan para hadirin terdapat 13 buah sekolah yang terlibat dalam program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah ini. Antara sekolah yang terlibat adalah :


1. SM Sains Tuanku Jaafar
2. SMV Juasseh
3. SMK Senaling
4. SMK Juasseh
5. SMK Dato’ Abdul Samad Johar
6. SMK Tuanku Muhammad
7. SMK Tunku Kursiah
8. SMK Dato Undang Abdul Manap
9. SMK Tunku Besar Burhanudin
10. SMK Jelai
11. SMJK Chung Hua
12. SMK Zaaba
13. SMK Dangi

Di bawah tunjuk ajar dua guru cemerlang sejarah dari SM Sains Tuanku Jaafar serta bimbingan fasilitator dari sekolah-sekolah daerah kuala pilah, adalah diharapkan para peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang dicurahkan sepanjang program ini berlangsung. Buat pengetahuan yang berhormat dato’ dan para hadirin semua, Program eksplorasi ini telah dimulakan seawal 7.30 pagi dengan ceramah fokus spm 2011 oleh guru cemerlang sejarah Pn Azlin Binti Yahya dan diteruskan sejurus selepas itu ceramah teknik menjawab soalan oleh guru cemerlang sejarah en mohd rozi bin ibrahim. Berakhir sahaja ceramah, para peserta program didedahkan pula, dengan pembelajaran secara perbengkelan sehingga jam 11.20 pagi tadi. Seterusnya ,setelah berakhir majlis perasmian ini, perbengkelan akan diteruskan sehingga dijangka tamat jam 4.30 petang

Hadirin hadirat yang dihormati

Program eksplorasi sejarah ini merupakan program perkongsian pintar bagi meningkatkan penguasaan , kemahiran dan penghayatan terhadap mata pelajaran sejarah. Program ini merupakan aktiviti pembelajaran murid yang dilaksanakan secara perbengkelan melalui fasilitator dalam kalangan para pelajar SM Sains tuanku Jaafar di samping tunjuk ajar oleh guru-guru cemerlang sejarah. Adalah diharapkan. Hasil sentuhan program seperti ini mampu menjana peningkatan penguasaan murid-murid terhadap mata pelajaran sejarah dan mencetus fenomena baru alam pembelajaran sejarah yang menyeronokkan.

Ucapan alu-aluan PPD

Sutera cina kain sari
Digubah renda di dalam puan
Apa guna majlis berseri
Jika tiada ucapan aluan

Hadirin-hadirat yang dihormati

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh

1. Yang berusaha Tn Hj Mat Rohani Bin Kamar , Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah

2. Yang berusaha En Kamanizam Bin Hj Tindek , Ketua Sektor Pengurusan Akademik Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********************************Ucapan Pengetua********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan oleh yang berusaha

1. Tn Hj Mat Rohani Bin Kamar , Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah

2. En Kamanizam Bin Hj Tindek , Ketua Sektor Pengurusan Akademik Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah

itu tadi.


Ucapan perasmi

Anak rusa si anak nuri
Di bawa orang ketengah pekan
Bertambah meriah majlis ini
Kiranya sudi dato’ rasmikan

Warga dewan seri gemilang yang dikasihi

Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan perasmian oleh Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan……
*********************************Ucapan Perasmi***********************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail,atas ucapan dan penyempurnaan perasmian Majlis program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah sebentar tadi

Anak cina mengail ikan
Mengail ilkan di tanjung beragan
Sekalung penghargaan kami berikan
Amanat dato’ jadi pegangan

Persembahan Caklempong

Yang berhormat dato’ dan warga dewan sri gemilang yang di rahmati sekelian

Majlis diserikan dengan persembahan cak lempong sekolah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
................caklempong

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang dipersembahkan sebentar tadi. Buat Pengetahuan dato’ dan para hadirin kumpulan caklempong SM Vokasional Juasseh telah mencatat nama dalam ‘The Malaysia Book Of Record bermain caklempong selama 36 Jam tanpa henti di perhimpunan sejuta belia di putrajaya tahun 2011.
Berikan satu tepukan gemuruh kepada kumpulan caklempong ini
Penyampaian cenderamata
Di kesempatan ini juga majlis ingin memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada tenaga pengajar yang turut membantu menjayakan program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah .

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg. berusaha Tuan Pengetua bersama-sama Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah / penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah untuk menjemput dan mengiringi Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail bagi menyempunakan upacara penyampaian cenderamata . Majlis dengan penuh takzim mempersilakan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan penceramah jemputan kita

a. Guru Cemerlang Sejarah En Mohd Rozi Bin Ibrahim Guru cemerlang Sejarah SM Sains Tuanku Jaafar dan

b. Pn Azlin Bt Yahya Guru cemerlang Sejarah SM Sains Tuanku Jaafar

Buat pengetahuan hadirin ke dua-dua tenaga pengajar yang menjayakan bengkel eksplorasi ini adalah guru cemerlang sejarah dari SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah




Cenderamata vip

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail merasmikan majlis sebentar tadi, majlis dengan sukacita dan berbesar hati memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang berbahagia dato’.
Justeru itu, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengetua untuk memberikan cenderamata kepada Yang berbahagia dato’
Di persilakan


Di dalam puan si bunga raya
Bersama selasih dibawa ke pekan
Kunjungan tuan besar maknanya
Terima kasih kami ucapkan

Burung nuri burung merpati
Hinggap di beranda hinggap ditangan
Hadiah di beri seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan
penutup
Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis Perasmian program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah

Sebelum itu, Majlis ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerja majlis yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhir majlis.

Tidak lupa juga setinggi tinggi penghargaan di berikan kepada

1. YB Dato’ Muhammad Razi Bin Kail exco pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu,ADUN Juasseh

2. Tn Hj Mat rohani Bin Kamar PPD Kuala Pilah

3. En Kamanizam Bin Hj Tindek , Ketua Sektor Pengurusan Akademik Penolong PPD Kula Pilah

4. Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh

5. En Mohd Rozi Bin Ibrahim dan Pn Azlin Binti Yahaya Guru Cemerlang Sejarah SM Sains Tuanku Jaafar , Kuala Pilah

6. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kuala Pilah

7. Sidang akhbar sinar harian

8. Serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah yang penuh bermakna pada kali ini.



Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa panggur berdaun
Budi kalian kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Yang Berhormat dato’ dan para hadirin,

Inilah yang dikatakan
Umpama berlayar sudah sampai ke pelabuhan
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan

Dengan itu, majlis memohon kemaafan atas ketelanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Asap api embun berderai
Patah galah berderai semalu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu

Jamuan

Seterusnya majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berusaha Tn Hj Suhaimi Bin Othman selaku penyelaras program menjemput dan seterusnya mengiringi Yang berhormat dato’, PPD dan tuan pengetua serta para tetamu ke majlis jamuan yang telah disediakan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Thursday, January 17, 2013

Majlis penyerahan duit 100

Majlis mengumumkan ketibaan Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail diiringi oleh tn pengarah Kolej dan semua tetamu jemputan masuk kedalam dewan

Para pelajar diminta berdiri.....(caklempong)

Majlis pengagihan wang bantuan persekolahan dimulakan dengan menyanyikan
a. Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.

...................selepas nyanyian........

Tuan-tuan dan puan-puan dan warga kolej vokasional juasseh dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

1. Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh, Merangkap pengerusi Jawatankuasa Bertindak pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu

2. Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli

3. Yang dikasihi En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG

4. Yang dihormati Timbalan Pengarah Akademik kolej Vokasional Juasseh, En Sarimen Bin Sapiei

5. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej Vokasional Juasseh, Pn Zaidah Binti Danial

6. Pn Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti kolej Vokasional Juasseh

7. Para ibubapa dan penjaga pelajar

8. para pelajar yang di rahmati sekelian

Terbang belatuk ke kuala perlis
Di tengah permatang mencari ikan
Kehadiran datuk penyeri majlis
Selamat datang kami ucapkan

ALHAMDULILLAH, IZINKAN kami MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang oleh kerajaan

Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh, Merangkap pengerusi Jawatankuasa Bertindak pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu, para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian dalam majlis pengagihan wang bantuan persekolahan ini. Semoga dengan kesudian meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis ini.

BACAAN DOA

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon taufik dan hidayah sempena majlis pengagihan wang bantuan persekolahan ini. Jesteru, Majlis mempersilakan ustaz shahid b riduan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

....................... Bacaan Doa

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ustaz shahid b riduan di atas bacaan doa itu tadi.

Selain daripada (BR1M) kerajaan juga telah memberikan Bantuan Persekolahan sebanyak RM 100 yang diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Melalui bantuan ini dilihat dapat membantu kira-kira 5.3 juta pelajar di seluruh negara dan tujuan bantuan ini diberi pada awal tahun ini adalah bagi memudahkan proses pembelian keperluan pembelajaran bagi setiap pelajar. Bebanan ibu bapa juga dilihat dapat dikurangkan kerana anak-anak dapat menggunakan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan seperti membeli peralatan tulis dan buku-buku. Bantuan persekolahan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat mengenai masalah yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa setiap kali musim persekolahan bermula dalam menyediakan anak-anak agar mendapat suasana yang selesa dalam proses pembelajaran.

Ucapan pengarah

Pergi ke kota beli selasih,
mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************************Ucapan Pengetua********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan Tuan Pengarah Kolej Vokasional itu tadi.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
Yang Berhormat datuk jadi tumpuan
Persilakan datuk memberi ucapan

Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan oleh Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan……

*********************************Ucapan Perasmi***********************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail,atas ucapan sempena majlis pengagihan wang bantuan persekolahan sebentar tadi

Penyampaian wang sumbangan

Hadirin-hadirat warga dewan gemilang yang dikasihi,

Acara diteruskan lagi dengan pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan dari Yang berhormat dato’ hj mohammad razi bin kail . Buat pengetahuan hadirin, 20 orang pelajar yang bertuah telah dipilih bagi menerima pengagihan wang tersebut yang bakal disempurnakan oleh Yang berhormat dato’. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berhormat dato’ untuk tampil menyempurnakan pengagihan tersebut dengan segala hormatnya dipersilakan
penutup
Warga dewan yang dirai,

kita telahpun sampai ke penghujung majlis, oleh itu maaf jua dipinta di atas sebarang kesilapan dan kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung.


Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan terima kasih.