Search This Blog

Pages

Thursday, May 10, 2012

Hari guru 2011

Bismillah…
1. Yang berbahagia En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah
2. Yang berusaha Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh
3. Yang dihormati En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah
4. Pn Zaidah Binti Danial, GPK Hal Ehwal Murid
5. Pn Rusnawati Binti Juda, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
6. Barisan Pendidik mithali SM Vokasional Juasseh dan
7. Rakan-rakan pelajar yang di rahmati sekelian

Alhamdulillah, seiring doa yang telah dibacakan tadi, setingggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan menghadap yang Esa kerana dengan limpah kurnianya kita dapat sekali lagi bersama –sama berkumpul dalam satu ikatan kekeluargaan yang begitu erat dan harmoni. Saya selaku wakil guru-guru SM Vokasional Juasseh ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam kerjasama 3 badan kumpulan pemimpin pelajar yang erat iaitu pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan pembimbing rakan sebaya dalam menganjurkan hari guru SM vokasional juasseh pada kali ini dan menyusun aktiviti dan agenda dalam menghargai jasa dan pengorbanan cikgu-cikgu mereka pada hari guru 2011.

Rakan-rakan perjuangan yang di kasihi sekelian,
Cikgu, Hari ini hari kita..cikgu. Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua rakan-rakan pendidik mithali SMV Juasseh. Seperti biasa, tanggal 16 mei kita nantikan setiap tahun dengan harapan anak-anak kita menghargai kita. Jangan risau cikgu2, hari ini seperti tahun-tahun sebelumnya, hari ini kita di arak bagai pengantin, di ambil gambar persis artis popular. Hari ini hari kita cikgu, hari ini hari kita...., Terima kasih sekali kepada semua anak pelajar.

Warga dewan yang dihormati,
Dengan bertemakan guru penjana transformasi negara, tanpa dapat diselindung lagi, gurulah kumpulan yang disasarkan dan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anak pelajar dalam menyahut cabaran dunia. Dengan berbekalkan sedikit ilmu yang di anugerahkan oleh Nya, guru memilih profession yang kian mencabar ini dalam mendidk anak-anak dengan penuh kasih sayang seolah penjaga kedua terhadap mereka. Hari ini, selepas majlis kita akan bermain, bergurau senda, memasak, menyanyi, dan melibatkan diri dalam segala aktiviti yang di anjurkan oleh kumpulan pelajar pada hari ini. Apa yang diharapkan ia dapat menjadikan hubungan yang telah sedia terjalin antara guru dan pelajar makin kukuh dan akrab. Sekaligus, hal ini dapat menjadikan proses pemberian ilmu di dalam kelas semakin mudah dan lebih berkesan.

Barisan pendidik yang dimuliakan,
Walaupun kadang2 kita lebih daripada seorang anggota polis apabila anak-anak didik kita masuk ke kelas, seraya kita pun berkata...(semua pelajar bangun...seperti yang telah dijanjikan, hari ni cikgu nak buat pemeriksaan terhadap kerjarumah yang cikgu berikan 3 minggu lepas, sila tunjukkan kerja rumah yang diberikan). Kemudian...kita lebih daripada seorang tentera apabila kita berkata...(oowwwh...apa yang kamu buat setelah 3 minggu cikgu bagi kerjarumah tapi tak siap...cikgu nak kepada yang masih tidak siap, sila salin dan buat kerja rumah yang sama sebanyak 10 kali, cikgu bagi tempoh masa 1 hari sahaja untuk kamu semua menyiapkannya. Jika kamu semua masih gagal berbuat demikian, cikgu akan ikat kamu kat tiang bendera sekolah di depan dataran pejabat). Kita juga seolah penceramah bebas yang tidak bertauliah... apabila anak kita nakal persis kelakuan seperti manusia yang tidak siuman di dalam kelas, lalu kita menegur dan menasihati seperti ibu bapa tiri mereka, seraya anak didik kita berkata...(soryle cikgu saya gurau aje...) lalu dengan marahnya kita menegur (...apa gurau-gurau, ada ke dosa gurau atau ada ke neraka gurau?)
Tapi anak-anak didik yang dikasihi sekelian, apabila sebaik sahaja waktu pembelajaran tamat dan disertakan ucapan salam dan terimakasih yang diberikan (walaupun dengan nada yang agak malas dan lemah) itu sudah cukup menjadi ubat penenang kepada cikgu-cikgu bagi melupakan seketika senario di dalam kelas yang berlaku di dalam kelas pada waktu itu.
Wahai rakan-rakan guru, jangan lah kita berputus asa kepada Allah. Kita yang memilih jalan ini..kita yang ditakdirkan di antara yang terpilih bagi mendidik anak-anak didik kita. Jangan terlalu mengharapkan balasan, kelak kita yang kecewa. Marilah sama-sama kita renungkan satu maksud ayat Surah Al-Imran ayat 139, yang membawa maksud….
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)
Teruskan cikgu, walaupun kita dicemuh dan dihina, sesungguhnya Allah sentiasa melihat jasa dan pengorbanan yang kita curahkan.



Yang berusaha pengetua cemerlang dan warga dewan yang dirahmati sekelian,

Saya selaku wakil guru-guru juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang menyediakan medium dan ruang kepada para pelajar kita pada hari ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru mereka. Di samping itu, guru-guru juga dapat mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dalam melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun selepas ini. Percaya lah rakan-rakan guru tentang satu perkara penting, ilmu yang diberikan, semangat ditunjukkan dan doa beserta kasih sayang yang dihulurkan merupakan kesinambungan senjata penting yang cukup-cukup berkesan bagi memacu arah tuju masa depan anak-anak kita.Oleh itu, jangan cikgu mempersia-siakannya
Ingat lah wahai anak-anak didik SM Vokasional Juasseh, Hari ini hari guru serentak satu malaysia. Hargailah mereka, dekatilah mereka pada hari ini dan ucapkanlah ucapan dengan kata-kata manis kepada mereka. Berikanlah hadiah kepada mereka jika mampu. Doakan lah mereka supaya segala dosa mereka diampunkan dan urusan pemberian ilmu kepada kalian dipermudahkan. Jika ada pertandingan selepas ini, bagi lah mereka menang...senangkan hati mereka. Ingatlah, guru hanya membimbing dan mengajar sedikit ilmu dan kepakaran yang telah di anugerahkan. Kamulah yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencorak kan masa depan kalian dari segala ilmu yang diperolehi. Ikutilah segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh meraka. Di harapkan dengan semua itu, anak-anak didik dapat menjadikannya sebagai bekalan dalam meneroka lautan kehidupan yang bergelombang di luar sana. Bersiap sedialah wahai adik-adik ku dalam mengharungi dunia tanpa sempadan, lantas pasanglah azam dan tekad bagi menyahut cabaran dunia di samping menjayakan hasrat murni satu malaysia.
Sekali lagi saya selaku wakil barisan pendidik SM Vokasional Juasseh ingin merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah diatas kejayaan 3 kumpulan pelajar badan pengawas, badan pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya di bawah kerjasama kelab guru smv juasseh atas penganjuran yang begitu meriah yang disusun bagi kami guru-guru semua. Terima kasih diucapkan.


Terbang sekawan burung tempua
Membuat sarang dirumpun pegaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga

Batu bernama si batu bata
Tempat hinggap si burung balam
Guru itu ibarat pelita
Memberi cahaya setiap malam



Saya akhiri dengan kata-kata cendiakawan negara
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Sekian terima kasih
Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh

5S

Bismillahhirrahmannirrahim……

1. Yang berbahagia Pn Ati D jam Seri Montoi, Tuan Pegawai Consultant Pensijilan 5s, Malaysia Productivity Corporation MPC
2. Yang berusaha Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh
3. Yang berusaha En Abu Hassan Bin Marjan
Pegawai PPA Batu Pahat
4. Pn Zaidah Binti Danial, GPK Hal Ehwal Murid
5. Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
6. Yang dihormati Cik Yew Siew Chen selaku penyelaras 5S SM Vokasional Juasseh
7. Barisan Jawatan Kuasa kecil 5s,
8. Ketua-ketua zon 5S dan guru-guru yang dihormati sekelian

Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu

Burung kenari menuju kepaya
Cuba mendarat mencari jerami
Tuan ke mari besar maknanya
Memenuhi hasrat di hati kami

Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kesempatan waktu untuk berhimpun bagi memeriahkan majlis pengauditan 5S SMV Juasseh 2012 ini.
Terlebih dahulu, Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih, terutama kepada yang berbahagia Tuan Pegawai Consultant MPC Pn Ati Djam Seri Montoi di atas kesudian meluangkan masa bersama-sama kami dalam mengiktiraf perlaksanaan 5S di sekolah kami.

Seri murni hiasan tamu,
Indah mekar tepian muara;
Hari ini kita bertemu,
Moga kekal menjalin mesra
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat Datang kami ucapkan
Moga diiringi restu Illahi.

Bacaan doa
Yang berbahagia tuan pegawai dan guru-guru sekelian

Kayu balak dibawa arus
Arus deras begitu lama
Sebelum lidah berbicara terus
Mari berdoa bersama-sama

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, marilah kita bersama-sama membacakan ummul kitab al fatihah dan bagi yang bukan muslim bertafakur mengikut agama masing-masing...al fatihah

Ucapan alu-aluan mc

Yang berbahagia tuan pegawai dan hadirin sekelian

Seperti yang kita sedia maklum, bertitik tolak daripada perkenalan system 5S oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional BPTV , SMVJ berani menyahut cabaran dalam mencapai amalan persekitan berkualiti. 5s merupakan satu system terbukti berkesan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah . Hal ini dapat dibuktikan apabila ia mampu mengurangkan tempoh pengurusan pelanggan dan mengurangkan masa pencarian dokumen. Maklumat inventori juga menjadi lebih mudah di samping memaksimakan penggunaan ruang dan kawasan. Sekali gus, system 5s ini akan menjadikan persekitaran sekolah lebih bersih, teratur dan lebih selamat. Hal ini selaras dengan tagline/ motto 5s smvj iaitu 5s amalan berkualiti, iaitu amalan yang telah menjadi rutin kita sehari-hari
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Kewujudan aliran operasi perkhidmatan yang lebih cekap di dalam system amalan 5s ini mampu menjadikan pengurusan sekolah yang lebih cekap. Hal ini secara tidak langsung telah menjana idea yang lebih banyak dan kreatif dalam mewujudan pelbagai inovasi di sekolah . Buat pengetahuan yang berbahagia tuan, Terdapat 14 ciptaan inovasi telah di perkenalkan di smvj dalam memudahkan dan melancarkan perkhidmatan pelanggan di sekolah ini.

Ucapan alu-aluan tuan pengetua

Buah berangan simpan di para
Para dibuat dari papan
Menjadi adat setiap acara
Majlis dimula dengan ucapan

Hadirin hadirat yang dikasihi

Majlis meneruskan acara dengan mempersilakan Yang Berusaha Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan Tn pengetua************************************

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Ucapan pegawai PPA BP

Hadirin hadirat yang dikasihi

Acara ucapan diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang dihormati ......................................... untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan PPA BP************************************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang telah diberikan sebentar tadi.

Tayangan multimedia
pohon jati tempat kelisi
di dahannya bersarang burung tempua
tiba kini tayangan informasi
sebagai persembahan untuk semua

Hadirin hadirat yang dikasihi

Sebagai sesi perkenalan pada pagi ni, majlis sukacita ingin mempersembahkan kepada yang berbahagia tuan pegawai serba ringkas mengenai aktivit 5s yang telah kami amalkan di smvj

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berbahagia tuan pegawai , tuan pengetua dan guru-guru penolong kanan untuk berada di barisan kerusi yang telah di sediakan di bawah bagi bersama-sama menonton tayangan multimedia . Majlis dengan penuh takzim mempersilakan

.............................................................tayangan multimedia..............................................

Begitulah gambaran serba sedikit yang dapat di gambarkan tentang sistem amalan 5s di SMV juasseh. Majjlis juga ingin ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa persembahan multimedia atas tayangan yang di pertontonkan dalam majlis sebentar tadi.

Ucapan pegawai MPC

Hadirin hadirat yang dikasihi

Majlis meneruskan acara dengan mempersilakan Yang Berbahagia Cik Ati Djam Seri Montoi, Tuan Pegawai Pakar Consultant Pensijilan 5s, Malaysia Productivity Corporation MPC untuk menyampaikan ucapan perkenalan,

Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan pegawai mpc************************************

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan Yang Berbahagia Pn Ati Djam Seri Montoi, Tuan Pegawai Pakar Consultant Pensijilan 5s. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Jamuan dan Pengauditan bermula
Hadirin hadirat yang di kasihi

Sungguh besar pohon cemara
Tegak merimbun ditengah kota
Tersalah, terkasar butir bicara
Maaf dan ampun juga dipinta

Dengan berakhirnya ucapan tadi, maka majlis berhenti seketika bagi memberi laluan kepada yang berbahagia tuan pegawai consultan MPC Pn Ati Djam Seri Montoi bagi meneruskan aktiviti pengauditan.

Buat pengetahuan yang berbahagia tuan pegawai , kesemua fail jawatnkuasa kecil dan fail zon telah di bawa bersama dalam bilik mesyuarat ini bagi memudahkan proses pengauditan.

Sejurus selepas itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang berbahagia tuan pegawai Cik Ati Djam dan para hadirin untuk menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan di bilik gerakan.

Majlis akan bersambung semula dalam majlis laporan audit dari yang berbahagia tuan pegawai consultan mpc di jangka pada jam 4 petang disini.
Dengan itu saya sudahi dengan lafaz wassalamualaikum dan terima kasih.


Majlis penutup
Ucapan pegawai MPC

Hadirin hadirat yang dikasihi

Tanpa melengah kan masa, Majlis diteruskan dengan ucapan laporan audit oleh Yang Berbahagia Cik Ati Djam Seri Montoi, Tuan Pegawai Pakar Consultant Pensijilan 5s, Malaysia Productivity Corporation MPC .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan pegawai mpc************************************

Demikianlah tadi laporan yang telah disampaikan Yang Berbahagia Cik Ati Djam Seri Montoi, Tuan Pegawai Pakar Consultant Pensijilan 5s. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Pemberian cenderamata vip
Di kesempatan ini juga, Sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran Yang Berbahagia Cik Ati Djam Seri Montoi, Tuan Pegawai Pakar Consultant Pensijilan 5s , majlis sukacita memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang Berbahagia tuan.

Jesteru itu, Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya menjemput Yang berusaha Tuan Pengetua untuk memberikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Cik Ati Djam Seri Montoi, , di persilakan

Di dalam puan isi kelapa
Disimpan kantan di dalam peti
Kesudian tuan kami tak lupa
Dalam ingatan tersimpul mati

#Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Beberbahagia tuan yang sudi menerima cenderamata sebentar tadi

Penutup

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian

Dengan berakhirnya pemberian cenderamat tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya
Majlis kita berakhir disini
Sebarang kesilapan harap di maafi
Segala kerjasama di sanjung tinggi
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita bertemu lagi

Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat yang telah sudi memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Terbang sekawan burung tempua
Membuat sarang dirumpun pegaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga

Subur padi Allah kurnia
Hidup mula di dalam air
Sudah menjadi lumrah dunia
Setiap yang mula akan berakhir

Seterusnya dijemput yang berusaha Tuan Pengetua untuk mengiringi Tetamu Kehormat dan serta JK kerja 5s untuk ke majlis jamuan ringan yang telah disediakan….. dipersilakan.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.

Thursday, May 3, 2012

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JAYA GEMILANG DAN ANUGERAH KO-KURIKULUM SMTDSMZ BAGI TAHUN 2008

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN dengan diiringi oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ.


Bismillah……

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

Assalammualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN

Yang berusaha Pn Hjh Semah binti Mohd Noh, Pengetua SMTDSMZ

Yang Dihormati _______________________________
Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah

Yang Berbahagia Pn.Hjh. Sermaini Pien, Pengerusi PIBG SMTDSMZ

Pengetua-pengetua dan wakil pengetua sekolah-sekolah kawasan Alor Gajah, ketua-ketua jabatan ,Dif-dif jemputan, guru-guru seterusnya tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar yang dihormati sekelian.

Pertamanya marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat ILLAHI kerana dengan keizinan NYA dapatlah kita bersama –sama berhimpun pada pagi yang indah dan bermakna ini untuk bersama-sama di MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JAYA GEMILANG DAN ANUGERAH KO-KURIKULUM SMTDSMZ BAGI TAHUN 2008.

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN

Semoga dengan kesudian Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN serta hadirin sekelian meluangkan masa pada hari ini akan menyeri dan menyemarak lagi majlis yang gilang-gemilang ini.


Acara dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah – Berbeza tetap bersatu.

Hadirin-hadirat diminta bersedia.

Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah

Majlis mempersilakan tetamu kehormat, Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL dan para tetamu untuk mengambil tempat yang telah disediakan

_____________________________________________________

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj. Aziz Mohamad ……. dipersilakan.

Bacaan Doa

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj. Aziz Mohama di di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin hadirat warga dataran yang dimuliakan,

Hari Jaya Gemilang dan Anugerah Ko-kurikulum yang disambut pada hari ini merupakan kesinambungan program Jaya Gemilang yang telah dimulakan sejak tahun 1998.
Ia merupakan program bersepadu diantara aktiviti kurikulum, ko-kurikulum dan kerohanian. Ianya dirancang sebegitu rupa untuk menggabungkan penglibatan pelajar, guru, ibubapa, masyarakat setempat dan badan-badan kerajaan mahupun swasta bertujuan mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Antara matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum melalui pengiktirafan aktiviti bagi mewujudkan insan yang seimbang, berketrampilan dan berilmu.

Manakala, objektif program ini pula ialah :

1. Memupuk semangat setiakawan, keyakinan dan disiplin pelajar.
2. meningkatkan tahap kecergasan pelajar
3. Menananpmkan sikap bertanggungjawabdalam tugas yang diberikan
4. memberi pengalaman yang menyeronokan kepada pelajar Dan ....
5. meningkatkan minat dan motivasi pelajar

Sidang hadirin yang dihormati,

Pelbagai aktiviti galakan, sokongan, motivasi dan bimbingan dijalankan bertujuan meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap kepentingan ilmu kearah membina generasi maju yang berwawasan.

Diantara aktiviti tersebut ialah :

1. Ceramah agama
2. Pertandingan kawad kaki unit-unit beruniform
3. Hari Terbuka Akademik iaitu perjumpaan ibubapa bersama guru-guru bagi pelajar tingkatan 5
4. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
5. Pameran Kerjaya & Ceramah dari IPTA dan IPTS
6. Pameran Buku & Agensi dari badan kerajaan & syarikat swasta
7. Pameran Sains dan teknologi yang dikendalikan oleh pelajar serta guru-guru.
8. Gerai jualan ria menjual makanan dan minuman yang diusahakan oleh warga SMTDSMZ



Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dipersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Semah binti Mohd Noh , Pengetua SMTDSMZ untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan Tuan pengetua

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Hjh Semah Binti Mohd Noh.


Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan , iaitu ucapan perasmian tetamu kehormat kita, Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELUARGA DAN KESIHATAN
seterusnya merasmikan Program Jaya Gemilang SMTDSMZ bagi tahun 2008.
Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan Yg berhormat .

Ucapan Tetamu Kehormat

Alhamdullillah, rasmilah sudah Program jaya Gemilang SMTDSMZ bagi tahun 2008 yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat kita. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN di atas ucapan dan perasmian Program Jaya Gemilang itu tadi.

Hadirin-hadirat warga dataran yang dihormati,

Buat pengetahuan hadirin semua, anugerah jaya gemilang di bahagikan kepada tiga kategori iaitu anugerah emas, anugerah perak dan anugerah gangsa. Setiap anugerah dibahagikan kepada pelajar atau pasukan pelajar dan guru.

Bagi anugerah emas, bentuk anugerah adalah
1. wang tunai RM 50 bagi pelajar/ pasukan dan RM 30 bagi guru
2. Cenderamata
3. sijil

Bagi anugerah perak pula, bentuk anugerah adalah
1. wang tunai RM 40 bagi pelajar/ pasukan dan RM 20 bagi guru
2. Cenderamata
3. sijil

Bagi anugerah gangsa pula, bentuk anugerah adalah
1. wang tunai RM 30 bagi pelajar/ pasukan dan RM 15 bagi guru
2. Cenderamata
3. sijil


Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian anugerah , hadiah dan sijil penghargaan. Maka dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg. berusaha Tuan Pengetua untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN untuk tampil ke hadapan menyampaikan anugerah, hadiah dan sijil penghargaan., dipersilakan.

Teks Penerima Anugerah

Emas – Pelajar
- guru

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

untuk menghargai kesudian tetamu kehormat yang telah sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kita untuk majlis pada pagi ini.Dengan itu dijemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi sedikit rasa nak junjung.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat PN. HJH NORPIPAH BINTI ABDOL AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN REMBIA MERANGKAP EXCO HAL EHWAL WANITA PEMBANGUNAN KELURAGA DAN KESIHATAN
dan Tuan pengetua yang telah sudi menyampaikan anugerah, hadiah, sijil dan cenderamata itu tadi.

Seterusnya, anugerah perak dan gangsa bagi pelajar

Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput YDP PIBG Pn HJh Sermaini Bt Pien bagi mengiringi Yang Di hormati En Abd Razak Mohd Ali selaku wakil rasmi Pegawai Pelajaran daerah Alor Gajah.
Majlis Mempersilakan...

Teks anugerah.....

Gangsa –pelajar
Perak – pelajar

Gangsa – Guru
Perak – Guru

Anugerah Jurulatih

Anugerah Bacathon

Seterusnya, Pihak majlis ingin memberikan cenderahati tanda kenangan kepada Yang di hormati En Abd Razak Mohd Ali. Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Di pertua PiBG SMT DSMZ selaku wakil sekolah untuk memnerikan cenderahati kepada Em Abd Razak Mohd ali, majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian Yang dihormati En Abd Razak Mohd Ali di atas penyampaian anugerah itu tadi..

Demikianlah tadi majlis penyampaian anugerah, hadiah serta sijil penghargaan.


Perbarisan keluar padang

Hadirin yang dimuliakan,
seterusnya marilah kita sama-sama meyaksikan persembahan pelajar
1. Pasukan Kadet Kawad kaki KRS (P),
2. Pasukan Kadet Polis (P) dan diikuti
3. persembahan taek kwan do.
4. Pelancaran roket

Majlis mempersilakan
Demikian tadi persembahan daripada para pelajar SMT DSMZ
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi tetamu kehormat dan dif-dif jemputan melawat ke tempat-tempat pameran dan akhirnya menikmati jamuan ringan, dipersilakan.

Dengan itu kami sudahi dengan wabillah………. w.b.t. dan terima kasih.

Wednesday, May 2, 2012

Hari Q

Bismillah....


1. Yang Berusaha Tn Hj Mohd Shaari B Hussain, Tn Pengetua SMT DSMZ
2. Yang dikasihi Puan Sermaini bte Pien, YDP PIBG SMTDSMZ
3. Yang dimuliakan penceramah jemputan kita En Mohamed Ghazali Bin Hamzah
__________________________________
4. Yang dihormati Pn Hjh Patimah Bt Hj Othman, GPK pentadbiran
5. En Abd Aziz B Abu GPK HEM,
6. Pn Halimah Bt Hj Ahmad GPK Ko Kurikulum.
7. Guru-Guru kanan bidang
8. Guru-guru cemerlang serta
9. Rakan-rakan guru dan
10. Staf sokongan dan kakitangan sekolah sekelian

A’km WBT dan Salam sejahtera..


Daun kayu ditengah gurun
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Anak juragan mengail ikan
Sambil bersuka di tepi kuala
Masa jangan kita tangguhkan
Tirai dibuka majlis bermula

Hadirin-hadirat yang dirahmati sekelian,

Bershukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berhimpun pada pagi ini di dewan burhanudin helmi yang serba indah ini bagi menjayakan majlis hari qualiti kakitangan akademik dan staf sokongan 2009.



Pagi hari pergi kepekan
Hendak membeli buah kuini
Selamat datang kami ucapkan
Semoga hadirin selesa disini

Buah langsat di tepi busut
Mari di muat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran penceramah jemputan dan seluru warga smtdsmz yang telah sudi meluangkan masa bagi menjayakan hari qualiti pada kali ini.


Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa di pohon supaya berkat

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru , majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj Aziz B Mohd untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya di persilakan
*****************************************Doa***********************************************
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustadz Jaini Bin Saiman di atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin hadirat rakan-rakan sekelian,

Wahai rakan yang dikasihi,
Marilah mendidik hati nurani,
Hadir di sini membawa erti,
Untuk meraikan Hari Kualiti

Hari kualiti ini merupakan suatu pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah kepada warga kerja sekolah menengah teknik datuk seri mohd zin yang tidak jemu-jemu menabur jasa dan bakti dalam pembangunan kerohanian dan fizikal sekolah. Di harapkan, hasil sentuhan majlis ini juga dapat dijadikan pembakar semangat kepada warga kerja smt dsmz untuk menjana tenaga kerja yang sentiasa bersemangat dan bermotivasi tinggi, berketerampilan serta cekap dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan seiring dengan harapan menjadikan sekolah smtdsmz cemerlang, gemilang dan terbilang.

Diantara tujuan utama majlis Hari Kualiti ini diadakan :

1. Meningkatkan semangat dan motivasi kerja guru dan staf sokongan
2. Meningkatkan konsep kendiri dan kecerdasan emosi
3. Memahami dan meningkatkan amalan komunikasi sihat
4. Membentuk keyakinan diri dengan penampilan diri yang positif
semoga niat murni ini akan menjadi kenyataan dengan kerjasama setiap individu dalam menjayakan pengisian itu nanti.

Di penghujung majlis nanti pula akan diadakan pula penyampaian Anugerah Kualiti bagi tahun 2009 bagi individu warga SMTDSMZ yang dikira telah berjaya mencorakkan kemajuan sesebuah organisasi.

Hadirin warga dewan yang dihormati,

Majlis pada pagi ini kita mulakan dengan mendengar ceramah yang temanya bertajuk pengurusan Emotion Spiritual Quotion yang akan disampaikan oleh Yang dimuliakan En Mohamed Ghazali Bin Hamzah ..........................................................................
Dengan itu majlis mempersilakan Pengerusi Ceramah Pn Azizah Bt Ahmad untuk meneruskan acara ini……. dipersilakan.



*************************************ceramah kursus****************************************
Demikianlah tadi ceramah yang bertajuk
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Penceramah Yang dimuliakan En Mohamed Ghazali Bin Hamzah........................................
dan Pn Azizah Bt Ahmad selaku Pengerusi Ceramah
Semoga segala yang telah disampaikan tadi dapat menambahkan lagi ilmu sedia ada untuk bekalan dalam menempuh cabaran yang akan mendatang….. InsyaAllah.


Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding


**********************************Cenderahati**********************************************
Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi berkongsi pengalaman dan maklumat sewaktu menjayakan hari kualiti sebentar tadi. Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMT DSMZ untuk mengiringi yang berusaha tuan pengetua Tn Hj Mohd Shaari B Hussain, untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang dimuliakan En Mohamed Ghazali Bin Hamzah........................................untuk menerima cenderahati.


Buah berangan di tanjung jati
Jatuh berderai di tepi rusa
Budi tersemat di dalam hati
Di sanjung tinggi sepanjang masa

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha Tuan pengetua dan Yang dihormati Guru Penolong kanan Pentadbiran yang telah sudi menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Hadirin warga dewan burhanudin helmi yang dimuliakan,

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua SMTDSMZ, tuan Hj Mohd Shaari Bin Hussain , untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan Tn pengetua**********************************
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Hadirin yang dihormati,

Kini, kita telahpun sampai ke kemuncak majlis pada hari ini iaitu penyampaian Anugerah Kualiti bagi tahun 2009.

Buat pengetahuan semua terdapat beberapa anugerah yang bakal di berikan dalam penyampaian anugerah kualiti sebentar lagi. Di antaranya ialah

1. Anugerah pengetua
2. Anugerah khidmat lama
3. Anugerah pengurusan terbaik
4. Anugerah khidmat terpuji

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di hormati pn hjh patimah bt hj othman GPK Pentadbiran sekolah untuk mengumumkan senarai nama penerima anugerah kualiti tahun 2009. Majlis mempersilakan

Majlis juga dengan penuh takzim menjemput yang dihormati GPK Kokurikulum pn halimah bt hj ahmad untuk mengiringi yang berusaha tuan pengetua tn hj mohd shaari bin hussein untuk menyempurnakan penyampaian anugerah, Dipersilakan.

Senarai Anugerah Kualiti


Penyampai : Tuan Pengetua

2. Anugerah Kualiti - diumumkan oleh Pn. Hjh Patimah bte Hj Osman
***************************************anugerah****************************************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha tuan pengetua, GPK Koko dan GPK Pentadbiran sekolah atas penyempunaan pemberian hadiah dan pengumuman senarai nama penerima anugerah sebentar tadi.
Majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada warga kerja smtdsmz yang telah terpilih untuk menerima anugerah.

Hadirin warga smtdsmz sekelian,

Di kesempatan ini juga, pihak majlis berbesar hati untuk memberikan sedikit hadiah cabutan bertuah tanda penghargaan terima kasih kepada seluruh warga kerja smtdsmz yang telah berkhidmat dengan penuh tanggugjawab dan dedikasi pada tahun 2009 ini.


Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput .............................
Bagi mencabut nama cabutan bertuah dan menyempunakan penyampaian hadiah, dipersilakan

Cabutan nama bertuah - 70 hadiah [5 pusingan]

a. Penolong Kanan Ko-kurikulum - Pn Halimah Bt Hj Ahmad (15)
b. Penolong kanan HEM - En Aziz B Abu (15)
c. Penolong Kanan Pentadbiran - Pn. Hjh Patimah bte Hj Osman(15)
d. YDP PIBG : Pn Sermaini Bt pien(15)
e. Tuan Pengetua - Tn. Hj. Mohd. Shaari bin Hussin(10)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ................
Bagi cabutan seterusnya, majlis mempersilakan.......

Hadirin yang dihormati,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah cabutan bertuah tadi, majlis sudah sampai ke penghujungnya


Burung telani terbang rendah
Terbang di perlis juga di perai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Asap api embun berderai
Patah galah berderai semahu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu


Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yg berusaha Tn Pengetua
Yg dikasihi YDP PIBG
Yg dimuliakan penceramah jemputan dan
Semua ahli jawatankuasa kerja majlis hari kualiti tahun 2009.
Tidak lupa juga kepada semua yang hadir kerana telah menjayakan majlis hari kualiti pada pagi ini.


Majlis kita berakhir disini
Sebarang kesilapan harap di maafi
Segala kerjasama di sanjung tinggi
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita bertemu lagi

puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan kami berlalu pergi
jangan ada dendam di hati


Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berusaha Tuan Pengetua, yand di kasihi YDP PIBG dan semua warga kerja SMTDSMZ untuk menikmati jamuan yang telah disediakan...
dipersilakan.


Dengan itu saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayah wassalammualaikum w. b.t dan terima kasih.