Majlis penyerahan projek pembangunan sekolah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام
على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.
1.
Yang berbahagia Pn Hjh Talhah bin Abdullah
tuan
pengarah Pendidikan dan pengajian tinggi, Ibu pejabat JKR Malaysia,
2.
Yang berusaha En Kamarudin Bin Nawawi
Tuan
Pengarah cawangan arkitek JKR Malaysia
3.
Yang berusaha Ir Mohd Noor Azudin Bin Mansor
Tuan
Pengarah cawangan kejuruteraan Awam struktur dan jambatan JKR Malaysia
4.
Yang Berusaha
Tuan
Pengarah JKR Negeri Sembilan
5.
Yang berusaha
tuan
pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM
6.
Yang berusaha
Ketua penolong
pengarah JKR cawangan kejuruteraan elektrik
7.
Yang berusaha
Ketua
penolong pengarah JKR cawangan kejuruteraan mekanikal
8.
Yang berusaha
Tuan pengarah pelajaran negeri sembilan
9.
Yang berusaha
Tuan
pegawai pelajaran daerah kuala pilah
10. Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli
11. Yang berusaha
Pegawai Detik Horizon (M) sdn
Bhd
12. Yang berusaha
Laluan
Bina enterprise
13. Yang berusaha
Pewaris
teguh enterprise
14. Yang berusaha
Elektrik
seri mega
15. Yang berusaha
Kejuruteraan
tenaga upaya sdn bhd
16. Yang dihormati En Sarimen Bin Sapiei
Timbalan Pengarah Akademik kolej Vokasional
Juasseh,
17. Ketua-ketua jabatan kolej, juruteknik-juruteknik kolej, jurutera-jurutera
daerah, tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekelian
Bersimpuh duduk
mengayam mengkuang
Diayam oleh Si Anak
Dara
Pemanis Kata Selamat
Datang
Lafaz Bismillah
pembuka bicara
ALHAMDULILLAH, bersyukur ke
hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua,
dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam suatu
majlis ringkas majlis penyerahan projek ubahsuai dan naik taraf bengkel kursus
vokasional bagi smt juasseh daerah kuala pilah.
Terlebih dahulu pihak
majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia....... serta semua
tetamu kehormat dan tuan-tuan dan puan-puan sekelian dalam Majlis penyerahan projek
ini. Semoga dengan kesudian meluangkan
masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis ini.
BACAAN DOA
Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah
kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon taufik dan
hidayah sempena Majlis penyerahan projek ini. Jesteru, Majlis mempersilakan
Ustaz Hasbullah Bin Ali
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....
....................... Bacaan Doa
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Ustaz Hasbullah Bin Ali
di atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan pengarah
Hadirin-hadirat yang dihormati
Pergi ke kota beli
selasih,
mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
Majlis meneruskan acara
dengan ucapan alu-aluan oleh
Yang berusaha .............................
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********************************Ucapan
Pengetua********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan ..............................
itu tadi.
Ucapan tetamu kehormat
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Tanah terbiar tidak
bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
ucapan seterusnya menjadi tumpuan
Persilakan tuan memberikan ucapan
Berpagar teguh tidak berpapan,
ucapan seterusnya menjadi tumpuan
Persilakan tuan memberikan ucapan
Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan oleh ....
*********************************Ucapan
Perasmi***********************************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang ....
Penyerahan projek
Hadirin-hadirat warga dewan gemilang yang dikasihi,
Acara diteruskan lagi dengan menandatangani dokumen penyerahan projek dari ……………
Kepada ……………….
Dengan segala hormatnya dipersilakan
penutup
Warga dewan yang dirai,
kita telahpun sampai ke penghujung majlis, oleh itu maaf jua dipinta di
atas sebarang kesilapan dan kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung.
Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala
kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya
yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan
Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan terima kasih.
2 comments:
Terima kasih banyak atas perkongsian
Assalamualaikum tuan, sy minta izin gunakan teks ucapan tuan ini sebagai panduan ya. terima kasih banyak.semoga dipermudahkan segala urusan tuan.
Post a Comment