Search This Blog

Pages

Saturday, December 7, 2013

Majlis Daialog Transformasi Pendidikan KV


Pengumuman

Untuk makluman warga kolej serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit dan bersedia untuk berdiri menyanyikan Lagu Negaraku sebaik sahaja Yang berbahagia Tn Hj Arshad Bin Md Yusof serta dif-dif kehormat mengambil tempat.

Aluan Ketibaan

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Tn Hj Arshad Bin Md Yusof diiringi oleh Tuan Pengarah KV Juasseh dan para tetamu kehormat

Para hadirin diminta berdiri.....


Nyanyian lagu Negaraku

Majlis dimulakan dengan menyanyikan
Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.
 
...................selepas nyanyian........
Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.

Pembuka Bicara

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis ceramah pemantapan kefahaman transformasi pendidikan vokasional

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Protokol
1.      Yang berbahagia Tn Hj Arshad Bin Md Yusof, Ketua Penolong Pengarah (kanan) Pengoperasian sekolah, Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Merangkap Pegawai Angkat KV dan SMT Zon Melaka dan Negeri Sembilan

2.      Yang berusaha Pn Rafidah Binti Abd Rahman Penolong Pengelola Kanan sektor vokasional BPTV. Pegawai Angkat KV Juasseh

3.      Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,

4.      Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei

5.      Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Jaminan Kualiti

6.      Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, rakan-rakan Pensyarah

7.      Staf Sokongan Kolej Vokasional Juasseh dan

8.      Tuan-tuan dan puan-puan di rahmati sekelian

Bershukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berhimpun pada pagi yang indah lagi permai ini bagi  majlis ceramah pemantapan kefahaman transformasi pemantapan vokasional

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat  yang telah sudi meluangkan sedikit masa bagi menjayakan program pada kali ini.

Mari pergi ke Bukit Cina
Untuk mencari si rama-rama
Hadir tuan meriah suasana
Datang duduk bersama-sama.

Semoga dengan kesudian semua pihak untuk berhimpun di dalam program ini akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita sedia mengenai kefahaman transformasi pendidikan vokasional ……  InsyaAllah



Padi segemal kepuk di hulu  
   Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
   Pasir sebutir jadikan intan.



Bacaan Doa

Hadirin-hadirat warga dewan yang dikasihi,

untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan Ustaz Hasbullah bin Ali untuk memimpin bacaan doa……  dipersilakan.

……………………………………………….Bacaan Doa………………………………………..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Jesteru  majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, untuk memberikan ucapan alu-aluan
majlis dengan penuh takzim mempersilakan

***************************Ucapan alu-aluan  tuan pengetua********************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli atas ucapan alu-aluan sebentar tadi






Kata Alu-aluan MC

Hadirin hadirat sekelian,

Seperti yang kita sedia maklum, Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa system pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina system pendidikan vokasional yang baharu yang dapat menyumbang kepada agenda tranformasi Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi

Sistem pendidikan vokasional baharu digerakkan oleh sumber manusia yang responsive kepada pelbagai inisiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industry bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan
Tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan berdaya saing , memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industry, berwatak professional dan diterima oleh pasaran kerja.
Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Tanpa melengahkan masa lagi, kita terus kepada agenda yang pertama pada pagi ini iaitu ceramah pemantapan kefahaman transformasi pendidikan vokasional.
Biodata….

Sebelum itu, izinkan saya membacakan serba sedikit biodata tentang Penceramah jemputan kita ini. ….

Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Tn Hj Arshad Bin Md Yusof, Ketua Penolong Pengarah (kanan) Pengoperasian sekolah untuk memberikan ceramahnya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan
 ………………………………………..Ceramah Pemantapan

Demikianlah tadi ceramah yang bertajuk ceramah pemantapan kefahaman transformasi pendidikan vokasional.yang telah disampaikan oleh mempersilakan Tn Hj Arshad Bin Md Yusof. Semoga segala yang disampaikan tadi dapat meningkatkan kefahaman kita semua dalam transformasi pendidikan vokasional

Soal Jawab

Hadirin warga dewan gemilang yang dikasihi,
Kini Majlis diteruskan lagi dengan acara soal jawab daripada warga vokasional juasseh kepada yang berbahagia Tn Hj Arshad Bin Md Yusof tuan penceramah pada kali ini. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...............
……………………………………soal jawab

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Arshad bin Md Yusof yang telah sudi menjawab segala persoalan yang diutarakan. Di harapkan segala persoalan yang diperbincangkan dapat mengukuhkan pemahaman kita  mengenai transformasi pendidikan vokasional

Cenderahati

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, Pihak sekolah berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah dan tetamu kehormat yang telah sudi menjayakan program pada kali ini. Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
untuk mengiringi yang berusaha  Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput ________________________________ untuk menerima cenderahati penghargaan dipersilakan



Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.




Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan pengarah yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

Hadirin hadirat sekelian,
Sesi kita berakhir di sini
Sebarang kesilapan harap dimaafi
Segala kerjasama disanjung tinggi
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita bertemu lagi


Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar tadi , maka majlis sudah sampai kepenghujungnya. Saya selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan saya sebagai makhluk Allah

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya  mempersilakan yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh untuk mengiringi yang berbahagia Tn Hj Arshad Bin Md Yusof, Ketua Penolong Pengarah dan semua tetamu kehormat untuk menikmati juadah yang telah disediakan di kantin sekolah.  majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tetamu kehormat meninggalkan majlis, dipersilakan

Dengan itu saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayah wassalammualaikum  w. b.t dan terima kasih.




Majlis Ceramah Keselamatan dari Pegawai BOMBA



Pembuka Bicara


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program guru penyayang tahun  2013
Bertudung biru si anak dara,
Teruna melihat hati membara,
Pantun Melayu penglipur lara,
Dibuat orang pembuka bicara.

Protokol
1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3.      Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4.      Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5.      Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
6.      Para pelajar yang di rahmati sekelian

Bershukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berhimpun pada petang ini bagi  sesi taklimat/ ceramah keselamatan daripada pegawai bomba

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran penceramah jemputan  yang telah sudi meluangkan sedikit masa bagi menjayakan program pada kali ini.

Mari pergi ke Bukit Cina
Untuk mencari si rama-rama
Hadir tuan meriah suasana
Datang duduk bersama-sama.

Semoga dengan kesudian semua pihak untuk berhimpun di dalam program ini akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita sedia ada untuk merealisasikan impian kita dalam mempunyai kesedaran tentang keselamatan yang terbaik ……  InsyaAllah



Padi segemal kepuk di hulu  
   Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
   Pasir sebutir jadikan intan.




Bacaan Doa

Hadirin-hadirat warga dewan yang dikasihi,

untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan Ustaz Hasbullah bin Ali untuk memimpin bacaan doa……  dipersilakan.

……………………………………………….Bacaan Doa………………………………………..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.


Kata Alu-aluan MC

Hadirin hadirat sekelian,

Diantara tujuan utama program hidup sihat tanpa aedes dan chikungunya ini di adakan adalah untuk:

1.      Membasmi tempat-tempat berpotensi tinggi sebagai tempat pembiakan nyamuk

2.      Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan selamat

 Selain itu, melalui program ini juga semua warga SMT DSMZ yang terdiri daripada para guru, staf sokongan sekolah dan pelajar akan bekerjasama membanteras pembiakan nyamuk berbahaya ini sekaligus menjauhkan diri daripada jangkitan demam denggi dan chikungunya. Buat pengetahuan hadirin, selepas kita mendengar ceramah daripada penceramah jemputan kita ____________________________ , kita akan mengadakan sesi gotong-royong perdana , dimana kita semua akan dibahagiakan kepada 11 kawasan  utama yang setiap satu nya akan diselia oleh seorang guru sebagai ketua .

Pergi mendaki Gunung Daik             
   Hendak menjerat kancil dan rusa         
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Tanpa melengahkan masa lagi, kita terus kepada agenda yang pertama pada pagi ini iaitu ceramah tentang program hidup sihat tanpa aedes dan chikungunya.

Biodata….

Sebelum itu, izinkan saya membacakan serba sedikit biodata tentang Penceramah jemputan kita ini. ….









Majlis mempersilakan ______________________________________ untuk menyampaikan ceramahnya tentang program hidup sihat tanpa aedes dan chikungunya, Majlis dengan segala hormatnya di persilakan.

Demikianlah tadi ceramah yang bertajuk program hidup sihat tanpa aedes dan chikungunya yang telah disampaikan oleh ___________________________________ Semoga segala yang disampaikan tadi dapat dijadikan panduan dalam kita membanteras pembiakan nyamuk aedes bagi mengelakkan jangkitan demam denggi dan demam chikungunya.


Cenderahati

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, Pihak sekolah berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan program program hidup sihat tanpa aedes dan chikungunya  pada kali ini. Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan En Abd Aziz B Abu Guru Penolong Kanan HEM merangkap pengerusi program untuk mengiringi yang berusaha tuan pengetua yang di kasihi Pn hjh semah bt mohd noh untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput ________________________________ untuk menerima cenderahati penghargaan dipersilakan



Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.




Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan pengetua yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

Hadirin hadirat sekelian,
Seterusnya kita beralih kepada aktiviti berikutnya iaitu gotong royong perdana,  sebelum itu, dipersilakan En Md Amin B Hj Dahlan selaku penyelaras program untuk
Memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan aktiviti gotong royong ini,  dipersilakan……

Demikian lah tadi taklimat serba ringkas yang telah diberikan oleh penyelaras program, Untuk pengetahuan hadirin sebaik sahaja aktiviti gotong-royong yang bakal berlangsung selama satu jam ini di laksanakan,

Para hadirin akan berhenti dan rehat dan selama setengah jam. Sesi P&P akan disambung seperti biasa bermula jam 10.30 pagi.


Para tetamu kehormat dan penceramah jemputan pula,  dijemput menikmati jamuan ringan yang telah di sediakan sebaik sahaja habis aktiviti gotong royong perdana itu nanti.

BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,
BINTANG TIMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI


Dengan itu saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayah wassalammualaikum  w. b.t dan terima kasih. 

Majlis Penandaarasan 5S dari SMK Seri Jempol

Majlis Penandaarasan 5S dari SMK Seri Jempol

Protokol

Bismillahhirrahmannirrahim……

1.            Yang berbahagia  .............Tn Pengetua SMK Seri Jempol

2.            Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh  Puan Nor Asikin    
Binti Md Shazilli,

3.            Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional
Juasseh Puan Zaidah Binti Danial

4.            Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional
Juasseh En Sarimen Bin Sapie

5.            jawatankuasa pemandu 5s
6.            Guru-guru SMK seri jempol serta
7.             tuan-tuan dan puan-puan  yang dihormati sekelian

Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia





Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kesempatan waktu untuk berhimpun dalam majlis serba ringkas dibilik gerakan Kolej Vokasional Juasseh ini.
Terlebih dahulu, Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih, atas kesudian kalian meluangkan masa bersama-sama dalam mengiktiraf perlaksanaan 5S di kolej kami.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Kami juga amat berbesar hati dan cukup bertuah apabila kami diberi kesempatan waktu untuk berkongsi informasi dan bertukar idea dalam perlaksanaan 5s di sekolah kami.



Bacaan doa

Yang berbahagia tuan pegawai dan hadirin-hadirat sekelian

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, marilah kita bersama-sama membacakan ummul kitab al fatihah dan bagi yang bukan muslim bertafakur mengikut agama masing-masing...al fatihah

Ucapan alu-aluan mc

Yang berbahagia tuan pegawai dan hadirin sekelian

Seperti yang kita sedia maklum, bertitik tolak daripada perkenalan system 5S oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional  BPTV , SMVJ berani menyahut cabaran dalam mencapai amalan persekitan berkualiti. 5s merupakan satu system terbukti berkesan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah . Hal ini dapat dibuktikan apabila ia mampu mengurangkan tempoh  pengurusan pelanggan dan mengurangkan masa pencarian dokumen. Maklumat inventori juga menjadi lebih mudah di samping memaksimakan penggunaan ruang dan kawasan. Sekali gus, system 5s ini akan menjadikan persekitaran sekolah lebih bersih, teratur dan lebih selamat. Hal ini selaras dengan tagline/ motto 5s smvj iaitu 5s amalan berkualiti, iaitu amalan yang telah menjadi  rutin kita sehari-hari


Ucapan alu-aluan tuan pengarah

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Majlis meneruskan acara dengan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan Tn pengarah********************************

Majlis mengucapkan ribuan Terima kasih atas ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,.  Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih.

Ucapan pengetua smk sj

Hadirin hadirat yang dikasihi
Acara ucapan diteruskan lagi dengan mempersilakan

Majlis meneruskan acara dengan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengetua SMK Seri Jempol.................., untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
************************************ucapan ppd KP************************************
Demikianlah tadi ucapan dari Yang Berbahagia Tuan Pengetua SMK Seri Jempol..................,. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Jamuan dan lawatan bermula
 Hadirin hadirat yang di kasihi

Sungguh besar pohon cemara
Tegak merimbun ditengah kota
Tersalah, terkasar butir bicara
Maaf dan ampun juga dipinta

Dengan berakhirnya persembahan pelajar tadi, majlis kita sudah sampai ke penghujungnya.

Seterusnya bagi melancarkan proses lawatan, sebelum itu kami selaku jawatankuasa memohon maaf atas sebarang kekurangan yang berlaku sepanjang proses lawatan berlangsung. Buat pengetahuan semua semalam pada 30 hb Januari 2013 kami jawatankuasa baru sahaja selesai pengauditan pra audit pertama. Kami juga akui banyak kelemahan di persekitaran kolej kami yang perlu diperbaharui memandangkan kami baru sahaja selesai pendaftaran tahun 1 kolej vokasional 2013 pada minggu ini. Namun , apa yang kami harapkan , segala yang baik, jadikan tauladan, manakala yang tidak elok bolehlah dijadikan sempadan

Dengan itu saya sudahi dengan lafaz wassalamualaikum dan terima kasih.










Wednesday, June 12, 2013

Majlis perasmian penutup penyampaian hadiah robotik


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH  PERTANDINGAN ROBOTIK KOLEJ VOKASIONAL/ SMT ZON NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA tahun 2013
*************************************************************
Pengumuman Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Tuan pengetua SM Vokasional Juasseh, dan semua tetamu kehorrmat, masuk ke dalam dewan

Hadirin-hadirat diminta berdiri.

Bismillahhirrahmannirrahimm….

Ucapan protokol

1.           Yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengarah Kolej Vokasional  Juasseh
2.         Yang berusaha Pn Zaidah Binti Danial, Timbalan Pengarah sokongan akademik
3.         Yang di hormati En Sarimen Bin Sapiei, Timbalan Pengarah akademik
4.         En Noor Azuan Bin Parmin selaku penyelaras kejohanan antara KV/SMT  robotik tahun 2013
5.         Pengarah-pengarah  Kolej Vokasional dan Pengetua-pengetua sekolah menengah teknik Zon negeri sembilan dan melaka
6.         AJK Pengelola Majlis Pertandingan Robotik Van Gogh 2011
7.         Hakim-hakim pertandingan dari syarikat sasbadi sdn bhd
8.         Guru-guru pengiring dan para peserta yang mengambil bahagian,
9.         Pensyarah Guru-guru, pelajar-pelajar seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekelian


Ucapan  alu-aluan MC 1

Assalammualaikum w.b.t  dan Salam sejahtera

Alhamdullillah….  bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia Nya pada hari ini, kita dapat bersama-sama berhimpun di dewan gemilang kolej vokasional juasseh bagi meraikan MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH  PERTANDINGAN ROBOTIK KOLEJ VOKASIONAL/ SMT ZON NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA tahun 2013

Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengarah Kolej Vokasional  Juasseh, para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa pada majlis kejohanan pertandingan robotik pada kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita khasnya  bagi kolej sekolah-sekolah menengah teknik Zon negeri sembilan dan melaka

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Bacaan Doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita bersama-sama menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa. Jesteru,  majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  Ust Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa . Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.

****************************BACAAN DOA*************************

Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ust Hasbullah Bin Ali di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya, segala hasrat yang direncana...insyaAllah.

Ucapan  alu-aluan MC 1 (objektif)

Hadirin yang di rahmati sekelian

Pertandingan ciptaan robotik ini di wujudkan dalam menggalakkan budaya rekacipta dan inovasi di kalangan pelajar disamping membangunkan produk rekacipta tempatan. Selain itu, pertandingan ini juga akan mempertingkatkan keterampilan dan daya usaha pelajar dalam kategori kejuruteraan inovasi. Pada masa yang sama, ia juga menggalakkan para peserta menjalani aktiviti kokurikulum yang berteraskan pemikiran kreatif dan inovasi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Hal ini bertepatan dengan tema pertandingan robotik robot connecting  people.


Warga dewan  gemilang yang di hormati

Diantara 6 buah SM teknik dan kolej vokasional  di bawah zon negeri sembilan dan melaka beradu kreativiti dan idea dalam menghasilkan ciptaan robotik masing-masing bagi merebut gelaran juara pertandingan robotik tahun 2013.  . Diantara SM teknik yang terlibat adalah dalam zon melaka dan negeri sembilan ini adalah



Bagi Negeri Sembilan pula

1.      Kolej Vokasional Juasseh
2.      Kolej Vokasional Port Dickson
3.      SM Teknik Tuanku Jaafar
4.      Kolej Vokasional Ampangan

Bagi Negeri Melaka

1.      Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
2.      SM Teknik Melaka




Perasmian majlis

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Jesteru  majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Pengetua Cemerlang SM Vokasional  Juasseh untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan ciptaan robotik bagi tahun 2011
majlis dengan penuh takzim mempersilakan

***************************Ucapan Perasmian tuan pengetua************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Pengetua Cemerlang SM Vokasional  Juasseh atas ucapan dan penyempurnaan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan ciptaan robotik bagi tahun 2012 sebentar tadi

Taklimat hakim pertandingan dan mengumumkan pemenang.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Seterusnya sebelum keputusan diumumkan,  kita akan mendengar ulasan tentang mutu persembahan rekabentuk  peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan robotik pada tahun ini.
Dengan itu majlis mempersilakan En Adam Bin AG Yusof selaku Ketua Hakim dari syarikat sasbadi sdn bhd untuk memberikan ulasan……….  
dengan segala hormatnya dipersilakan.

****************************************Ulasan Ketua Hakim**********************************

Demikianlah tadi ulasan Pertandingan rekacipta dan inovasi yang telah disampaikan oleh En Adam Bin AG Yusof selaku Ketua Hakim pertandingan robotik pada kali ini.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih

Penyampaian hadiah
Pohon ciku pohon bacang
Tumbuh berapit dengan pulasan
Berdegup jantung bertambah kencang
Berdebar hati menunggu keputusan

 Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg  berusaha pn hjh rusnawati binti juda  untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Pengetua Cemerlang SM Vokasional  Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli  bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Cenderamata hakim
Cenderamata pertama diberikan dengan penyampaian cenderamata kepada ketua hakim pertandingan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Adam Bin AG Yusof selaku Ketua Hakim untuk menerima sijil dan cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Penyampaian pemenang
Hadirin warga dewan bestari sekelian,

kini tibalah kepada acara kemuncak majlis pada hari ini iaitu pengumuman keputusan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Diumumkan keputusan pemenang bagi pertandingan robotik peringkat Zon negeri sembilan dan melaka tahun 2011, Dimulakan dengan tempat ke 3 diberikan kepada

Ke 3 : _______________________________________________________________________

Naib Johan : ________________________________________________________________

Johan pertandingan robotik Zon negeri sembilan dan melaka tahun 2012 di sandang oleh sekolah Men Teknik : ______________________________________________

Mentor terbaik

Dan bagi kategori mentor terbaik di KEJOHANAN ANTARA TEKNIK (KAT) Pertandingan Robotik tahun 2012 di sandang oleh....

Penutup
Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah yang Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada pertandingan yang akan datang.
  
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat dan hadirin-hadirat sekelian yang telah sudi memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Seterusnya dijemput yang berusaha gpk koko pn Zaidah binti danial untuk mengiringi Tetamu Kehormat dan tetamu-tetamu jemputan, barisan panel hakim serta JK pengelola majlis untuk  ke majlis jamuan ringan di tempat yang telah disediakan…..   dipersilakan.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.