|
MAJLIS SAMBUTAN
MAAL HIJRAH 2017
Pembuka Bicara
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب
العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه
أجمعين.
رب اشرح لي صدري
ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني
يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT
Protokol
1.
Yang berusaha Puan Hajah Fatimah Binti Md Akhir, Pengarah
KV Juasseh,
2.
Yang di hormati penceramah jemputan Al Fadhil Ustad Mohd
Muhsinul Nidzam Bin Abdullah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pensyarah
Institut Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan
3.
Yang DiPertua Ibu bapa Dan Guru, Tn Hj Ropi Bin Hj
Zainudin
4.
Yang di hormati En Sarimen Bin Sapiei, Timbalan Pengarah
Akademik
5.
En Samsudin Bin Mamat , Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik
6.
Pn Zanariah Binti Md Din, Ketua Jaminan Kualiti
7.
Ajk -ajk PIBG KV Juasseh
8.
Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit
9.
Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
10. Para
pelajar yang di rahmati sekelian
|
Pertamanya, marilah
kita memanjatkan rasa syukur sambil mengucapkan kalimah Alhamdulillah ke hadrat
Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya jua, mengizinkan kita
berhimpun dan bertemu sekali lagi sempena menyambut Maal Hijrah 1439 Hijrah di
bawah tema kesatuan ummah kesejahteraan negara peringkat Kolej vokasional
Juasseh. Tidak lupa selawat serta salam kita kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW dan para sahabat di atas segala pengorbanan dan perjuangan agong
menegakkan syiar Islam di segenap penjuru bumi Allah. Mudah-mudahan berkat
tahun baru ini, kita sentiasa dikurniakan kekuatan dan keikhlasan untuk
meneladani pengorbanan dan ketaqwaan generasi Islam terdahulu.
|
Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran
kesemua warga kolej vokasional juasseh dan juga kehadiran tuan penceramah
jemputan Al Fadhil Ustad Mohd Muhsinul Nidzam Bin Abdullah, Pengarah Institut
Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan kerana sudi
meluangkan masa berkongsi ilmu dalam majlis yang amat besar maknanya ini. Semoga dengan kesudian Al Fadhil Ustad Mohd
Muhsinul Nidzam meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis
yang penuh barakah ini.
Bacaan Al-Quran & Bacaan Doa
Warga dewan
gemilang yang di rahmati sekelian
Bagi
memberkati majlis pada pagi ini, majlis di teruskan dengan bacaan Al- Quran dan
bacaan doa sempena Awal Muharram. Jesteru majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan ustad Hasbullah bin Ali bagi mengepalai bacaan
al-quran dan seterusnya mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
………………bacaan
al-quran
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Hasbullah
Bin Ali atas penyempurnaan bacaan al-quran dan bacaan doa sebentar tadi.
|
Kata Aluan Pengacara Majlis
Peristiwa Hijrah
merupakan sebuah sejarah yang telah ditulis dengan tinta emas. Secara sedar
atau pun tidak, sepanjang detik waktu yang silih berganti, telah luput 1438
tahun, peristiwa Hijrah meninggalkan kita. Namun setiap kali memperingati
peristiwa ini, kita tidak akan terlepas daripada watak-watak utama para sahabat
yang cemerlang bekorban jiwa dan raga, harta mahu pun kaum keluarga. Mereka
adalah potret generasi khairun ummah (umat terbaik), generasi model tauladan
dan generasi rabbani yang perlu menjadi contoh sepanjang zaman. Malah apa yang
lebih mengagumkan, penghijrahan yang telah dilakukan oleh baginda rasul dan
para sahabat merupakan satu rakaman peristiwa sejarah yang tidak pernah berlaku
pada mana-mana umat terdahulu mahu pun tamadun sebelumnya. Ini adalah sebuah
keajaiban iman yang ditanam oleh Rasulullah SAW di dalam diri para
sahabat yang bukan sahaja sanggup berhijrah meninggalkan ahli keluarga bah kan
sanggup memerangi ahli keluarga yang belum beriman bila mana Islam
diancam.
|
Maka berhimpunnya kita
pada hari ini jelas membuktikan satu bentuk kelangsungan dan kesinambungan
dalam penghayatan dan memperingati peristiwa Hijrah sesuai dengan semangat dan
iltizam kita untuk terus mendaulatkan Islam sebagai agama terunggul, menjulang
tinggi syiar Islam dan menjadikan umatnya masyarakat bertamadun berpegang pada
nilai-nilai mahmudah khususnya di kolej ini dan di Malaysia amnya. Memetik ayat
al-Quran dari surah an-Nisa ayat yang ke seratus, Allah SWT
berfirman,“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di
muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa
keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,
kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka
sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang”
|
Tayangan Multimedia
Hadirin warga dewan gemilang yang dihormati sekelian,
Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan
sebuah tayangan sempena majlis sambutan maal hijrah pada kali ini
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………………….tayangan……………
Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada jawatankuasa multimedia yang menjayakan tayangan sebentar tadi.
|
Ucapan tuan pengarah KVJ
Pergi
ke kota beli selasih,
mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
Majlis meneruskan acara
dengan ucapan oleh Yang berusaha Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********************************Ucapan
Pengetua********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan Pn Hjh
Fatimah Binti Md Akhir Pengarah Kolej Vokasional itu tadi.
|
Persembahan Sajak
Hadirin Hadirat yang dikasihi sekelian,
Majlis diteruskan lagi
dengan mempersembahkan persembahan sajak sempena sambutan maal hijrah peringkat
kolej 1439 hijrah, marilah bersama-sama kita saksikan persembahan ini,
dipersilakan.
………………….tayangan……………
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada .... atas persembahan
yang dipertontonkan sebentar tadi.
|
Ceramah Maal Hijrah & Baca
Biodata.
Warga dewan yang dirahmati sekelian,
Sebelum kita
mendengar ceramah oleh tuan penceramah kita, izinkan saya membacakan serba
sedikit biodata tentang Penceramah jemputan kita pada kali ini.
Tuan Penceramah jemputan kita
bernama Ustad Mohd Muhsinul Nidzam Bin Adullah. Beliau merupakan Ketua Jabatan
Hal Ehwal Pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar, Seremban
Negeri Sembilan. Beliau memiliki Ijazah sarjana muda kepujian bidang pengajian
islam usuluddin dan falsafah di Univ............................. dan
seterusnya memiliki ijazah sarjana dalam
bidang pendidikan islam di univ .....................
Beliau pernah memegang
jawatan sebagai........................sebelum kini berkhidmat sebagai ketua
jabatan di
Institut Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan
|
Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
Tanpa melengahkan masa,
majlis diteruskan dengn ceramah oleh penceramah jemputan kita. Oleh itu,
marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar
ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan
dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang di hormati Al Fadhil
Ustad Mohd Hapizi Bin Mohamad Ali, Ketua Unit Pengurusan Dakwah Dan Syiar Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk menyampaikan ceramah beliau ...mempersilakan
..................................................................ceramah..............................................................
Nun Di Sana Indahnya Kota
Kota Bersih Dijaga Sentiasa
Indah Sungguh Bicara Kata
Jadi Iktibar Pada Semua
Kota Bersih Dijaga Sentiasa
Indah Sungguh Bicara Kata
Jadi Iktibar Pada Semua
Demikian tadi ceramah
yang telah disampaikan dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di
sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam
kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima
kasih kepada
|
Persembahan Lakonan
Hadirin warga dewan gemilang yang dihormati sekelian,
Majlis diteruskan
lagi dengan mempersembahkan persembahan pelajar sempena sambutan maal hijrah
peringkat kolej 1439 hijrah, marilah bersama-sama kita saksikan persembahan
ini, dipersilakan.
………………….tayangan……………
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada...
atas persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi.
|
Pemberian cenderamata &
Hadiah
Hadirin
hadirat yang dikasihi sekelian,
Di kesempatan
ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda
penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi berkongsi
ilmu dan pengalaman sebentar tadi.
Sehubungan
dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapie, untuk
menjemput dan mengiringi yang berbahagia Pengarah Puan Hjh Fatimah Binti Md Akhir untuk
menyempunakan penyampaian Hadiah dan cenderamata.
|
Cenderamata Penceramah
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan,
Majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang di hormati Al Fadhil ................., untuk menerima
cenderamata penghargaan dipersilakan
……………………………..
Majlis
merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan pengarah yang telah sudi
menyampaikan cenderamata itu tadi.
|
Persembahan
Nasyid
Hadirin warga dewan gemilang
yang di rahmati
Sebagai Penutup acara pada
sambutan maal Hijrah pada kali ini, kita sekali lagi bakal dipertontonkan
persembahan pelajar iaitu alunan merdu dari sebuah persembahan nasyid kv
juasseh iaitu………………
Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
………..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada...
atas persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi.
|
Penutup
Hadirin dan hadirat
yang diRahmati sekelian
Dengan berakhirnya persembahan nasyid sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya. Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.
Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan terima kasih.
19 comments:
saya minta izin guna untuk majlis sekolah. terima kasih
Terima kasih perkongsian...semoga diberkati..
mohon keizinan untuk majlis sekolah ye..terima kasih atas perkongsian..
terima kasih atas perkongsian...semoga diberkati..minta izin utk guna dlm majlis sekolah...
Terima kasih atas perkongsian. Minta izin guna ye.
terima kasih atas perkongsian. minta izin untuk guna dalam majlis sekolah
terima aksih atas perkongsian, minta keizinan guna utk program sekolah. semoga tuan diberkati Allah
mohon izin guna untuk Majlis Maal Hijrah di sekolah saya. Terima kasih atas perkongsian...
Salam...mohon izin guna untuk majlis maal hijrah di sekolah saya. Smg ilmu yang dikongsi diberkati Allah. Terima kasih atas perkongsian.
Terima kasih atas perkongsian...moga hidup di berkati...saya mohon izin guna ya
Terima kasih. Minta izin utk guna teks ya.. moga tuan/ puan diberkati
Syukran Jazilan.. Saya mohon tiru skrip tua, untuk majlis sekolah saya ye. Semoga diberkati ilmu yang tuan kongsikan . dan bertam
Mohon izin guna ye...didoakan semoga tuan diberkati Allah dan dipermudahkan urusan seharian.aamiin.
Mohon share Yee.. terima kasih..
IZIN ILMU INI DIKONGSI....SEMOGA CREATOR DIRAHMATI ALLAH
Mohonizin untuk guna ya... shukron
mohon izin dikongsi untuk penugasan saya sebagai emcee. semoga saudara/saudari sentiasa dirahmati Allah.
Assalamualaikum..saya pn nk mtk izin nak guna skrip ni utk majlis di sk…terima kasih☺️
Salam, mintak izin nk guna skrip ni. terima kasih
Post a Comment