Search This Blog

Pages

Wednesday, June 12, 2013

Majlis perasmian penutup penyampaian hadiah robotik


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH  PERTANDINGAN ROBOTIK KOLEJ VOKASIONAL/ SMT ZON NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA tahun 2013
*************************************************************
Pengumuman Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Tuan pengetua SM Vokasional Juasseh, dan semua tetamu kehorrmat, masuk ke dalam dewan

Hadirin-hadirat diminta berdiri.

Bismillahhirrahmannirrahimm….

Ucapan protokol

1.           Yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengarah Kolej Vokasional  Juasseh
2.         Yang berusaha Pn Zaidah Binti Danial, Timbalan Pengarah sokongan akademik
3.         Yang di hormati En Sarimen Bin Sapiei, Timbalan Pengarah akademik
4.         En Noor Azuan Bin Parmin selaku penyelaras kejohanan antara KV/SMT  robotik tahun 2013
5.         Pengarah-pengarah  Kolej Vokasional dan Pengetua-pengetua sekolah menengah teknik Zon negeri sembilan dan melaka
6.         AJK Pengelola Majlis Pertandingan Robotik Van Gogh 2011
7.         Hakim-hakim pertandingan dari syarikat sasbadi sdn bhd
8.         Guru-guru pengiring dan para peserta yang mengambil bahagian,
9.         Pensyarah Guru-guru, pelajar-pelajar seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dihormati sekelian


Ucapan  alu-aluan MC 1

Assalammualaikum w.b.t  dan Salam sejahtera

Alhamdullillah….  bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia Nya pada hari ini, kita dapat bersama-sama berhimpun di dewan gemilang kolej vokasional juasseh bagi meraikan MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH  PERTANDINGAN ROBOTIK KOLEJ VOKASIONAL/ SMT ZON NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA tahun 2013

Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengarah Kolej Vokasional  Juasseh, para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa pada majlis kejohanan pertandingan robotik pada kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita khasnya  bagi kolej sekolah-sekolah menengah teknik Zon negeri sembilan dan melaka

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Bacaan Doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita bersama-sama menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa. Jesteru,  majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  Ust Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa . Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.

****************************BACAAN DOA*************************

Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ust Hasbullah Bin Ali di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya, segala hasrat yang direncana...insyaAllah.

Ucapan  alu-aluan MC 1 (objektif)

Hadirin yang di rahmati sekelian

Pertandingan ciptaan robotik ini di wujudkan dalam menggalakkan budaya rekacipta dan inovasi di kalangan pelajar disamping membangunkan produk rekacipta tempatan. Selain itu, pertandingan ini juga akan mempertingkatkan keterampilan dan daya usaha pelajar dalam kategori kejuruteraan inovasi. Pada masa yang sama, ia juga menggalakkan para peserta menjalani aktiviti kokurikulum yang berteraskan pemikiran kreatif dan inovasi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Hal ini bertepatan dengan tema pertandingan robotik robot connecting  people.


Warga dewan  gemilang yang di hormati

Diantara 6 buah SM teknik dan kolej vokasional  di bawah zon negeri sembilan dan melaka beradu kreativiti dan idea dalam menghasilkan ciptaan robotik masing-masing bagi merebut gelaran juara pertandingan robotik tahun 2013.  . Diantara SM teknik yang terlibat adalah dalam zon melaka dan negeri sembilan ini adalah



Bagi Negeri Sembilan pula

1.      Kolej Vokasional Juasseh
2.      Kolej Vokasional Port Dickson
3.      SM Teknik Tuanku Jaafar
4.      Kolej Vokasional Ampangan

Bagi Negeri Melaka

1.      Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
2.      SM Teknik Melaka




Perasmian majlis

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Jesteru  majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Pengetua Cemerlang SM Vokasional  Juasseh untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan ciptaan robotik bagi tahun 2011
majlis dengan penuh takzim mempersilakan

***************************Ucapan Perasmian tuan pengetua************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Pengetua Cemerlang SM Vokasional  Juasseh atas ucapan dan penyempurnaan MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH Pertandingan ciptaan robotik bagi tahun 2012 sebentar tadi

Taklimat hakim pertandingan dan mengumumkan pemenang.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Seterusnya sebelum keputusan diumumkan,  kita akan mendengar ulasan tentang mutu persembahan rekabentuk  peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan robotik pada tahun ini.
Dengan itu majlis mempersilakan En Adam Bin AG Yusof selaku Ketua Hakim dari syarikat sasbadi sdn bhd untuk memberikan ulasan……….  
dengan segala hormatnya dipersilakan.

****************************************Ulasan Ketua Hakim**********************************

Demikianlah tadi ulasan Pertandingan rekacipta dan inovasi yang telah disampaikan oleh En Adam Bin AG Yusof selaku Ketua Hakim pertandingan robotik pada kali ini.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih

Penyampaian hadiah
Pohon ciku pohon bacang
Tumbuh berapit dengan pulasan
Berdegup jantung bertambah kencang
Berdebar hati menunggu keputusan

 Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg  berusaha pn hjh rusnawati binti juda  untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Pengetua Cemerlang SM Vokasional  Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli  bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Cenderamata hakim
Cenderamata pertama diberikan dengan penyampaian cenderamata kepada ketua hakim pertandingan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Adam Bin AG Yusof selaku Ketua Hakim untuk menerima sijil dan cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Penyampaian pemenang
Hadirin warga dewan bestari sekelian,

kini tibalah kepada acara kemuncak majlis pada hari ini iaitu pengumuman keputusan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Diumumkan keputusan pemenang bagi pertandingan robotik peringkat Zon negeri sembilan dan melaka tahun 2011, Dimulakan dengan tempat ke 3 diberikan kepada

Ke 3 : _______________________________________________________________________

Naib Johan : ________________________________________________________________

Johan pertandingan robotik Zon negeri sembilan dan melaka tahun 2012 di sandang oleh sekolah Men Teknik : ______________________________________________

Mentor terbaik

Dan bagi kategori mentor terbaik di KEJOHANAN ANTARA TEKNIK (KAT) Pertandingan Robotik tahun 2012 di sandang oleh....

Penutup
Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada pasukan sekolah yang Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada pertandingan yang akan datang.
  
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat dan hadirin-hadirat sekelian yang telah sudi memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Seterusnya dijemput yang berusaha gpk koko pn Zaidah binti danial untuk mengiringi Tetamu Kehormat dan tetamu-tetamu jemputan, barisan panel hakim serta JK pengelola majlis untuk  ke majlis jamuan ringan di tempat yang telah disediakan…..   dipersilakan.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.


No comments: