Majlis
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Majlis mengalukan-alukan kehadiran para hadirin
Di harap para hadirin dapat mengambil tempat yang telah disediakan
Memohon perhatian dan kerjasama para hadirin yang dihormati, supaya majlis jamuan malam ini berjalan dengan lancar
4581
buat perhatian warga dewan yang dihormati...dibacakan secara ringkas tentatif perjalanan majlis pada malam ni...
Sebentar lagi majlis akan dimulai dengan bacaan doa...seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh ketua pemeriksa pn hjh hendon dan en zahin pegawai lpm dan seterusnya dipanggil sekali lagi en azizi untuk bacaan doa acara jamuan makan. Di minta kepada semua hadirin supaya dapat memenuhi tentatif yang telah di susun bagi kelancaran majlis.
Sekian dimaklumkan, atas kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih
*************************************************************
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia en zahrin bin hj abu, penolong pengarah unit SPM SEKTOR PENGENDALIAN PEPERIKSAAN MENENGAH ATAS DAN LUAR NEGERI ( SPPMALN ) , diiringi ketua 2 pasukan masuk ke dalam dewan *************************************************************
ucapan protokol
Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah hirabbil alamin wassalatuwassalamuala ayrafilambiyai iwalmursalan waalaalihi wasahbihi ajmain
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
1. Yang berbahagia en zahrin bin hj abu, penolong pengarah unit SPM SEKTOR PENGENDALIAN PEPERIKSAAN MENENGAH ATAS DAN LUAR NEGERI ( SPPMALN )
2. Yang dihormati pn hjh hendon binti mamat,ketua pemeriksa kertas 4581/2
3. Yang berusaha barisan ketua2 pasukan pemeriksa kertas 4581/2
4. Para pegawai pemeriksa kertas 4581/2 seluruh malaysia
5. Pegawai-pegawai lembaga peperiksaan malaysia dan
6. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian
Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di dewan putra empress hotel sepang bagi menjayakan satu majlis jamuan makan malam sempena perpisahan pemeriksa2 kertas 4581/2 tahun 2013.
kami selaku pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran kalian semua. Semoga dengan kehadiran kalian semua meluangkan masa pada malam ini akan menjadi detik kenangan manis pada majlis yang penuh keberkatan dan gemilang ini.
Bagi memberkati majlis pada malam yang berbahagia ini, majlis dimulai dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al fadhil en aziz bin ali untuk memimpin bacaan doa dipersilakan.
(Bacaan Doa)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al fadhil en aziz bin ali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Warga dewan yang dimuliakan,
Seperti kita sedia maklum, sejak tahun 2009, sebahagian besar kita telah berkumpul dalam memulakan tugas pemeriksaan kertas 4581/2 bermula di regency hotel, May tower Hotel services , hotel royal tahun 2011, Radius International hotel 2012 dan berakhir di tempat bersejarah...di sini...diempress hotel sepang. Selama 5 tahun kita bersama pelbagai kenangan manis kita tempuh dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan....namun jodoh kita tidak berpanjangan. kini merupakan detik akhir tugas kita sebagai satu pasukan dalam menjalankan tugas yang di amanahkan berikutan berakhirnya kertas peperiksaan spm applied science pada tahun 2013.
hadirin-hadirat yang dikasihi,
Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
ucapan seterusnya menjadi tumpuan
Persilakan tuan memberikan ucapan
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang dihormati pn hjh hendon binti mamat,ketua pemeriksa kertas 4581/2 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(ucapan ........)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan oleh pn hjh hendon binti mamat itu tadi.
tuan2 dan puan yang dihormati sekelian..
Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucapan oleh Yang berbahagia en zahrin bin hj abu, penolong pengarah unit SPM SEKTOR PENGENDALIAN PEPERIKSAAN MENENGAH ATAS DAN LUAR NEGERI ( SPPMALN )
Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia en zahrin bin hj abu diatas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Tanda sudah, key in pun sudah
Lpc lpu mencabar minda
Hati cemas gelana gundah
Tak sabar pulang ke kepangkuan keluarga
Empress hotel tempatnye indah
kenangan indah suka dan duka
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera
Hadirin warga dewan yang dihormati
L
Dengan berakhirnya acara ucapan itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Terbang sekawan burung tempua
Membuat sarang dirumpun pegaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga
P
Seterusnya, sebelum kita menikmati juadah , majlis dengan segala hormatnya mempersilakan sekali lagi Al fadhil en aziz bin ali untuk memimpin bacaan doa
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Selamat menjamu selera...

Search This Blog
Pages
Tuesday, December 24, 2013
Saturday, December 7, 2013
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN
Pembuka Bicara
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله رب
العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه
أجمعين.
رب اشرح لي صدري
ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني
يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT
Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program
minggu kesihatan kolej vokasional juasseh
Pergi
ke pasar membeli ikan,
Ikan
dimasak diatas bara,
Selamat
datang kami ucapkan,
Ucapan
bismillah pembuka acara
Dimulakan
lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..
Protokol
1.
Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,
Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.
Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn
Zaidah Binti Danial
3.
Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin
Sapiei
4.
Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5.
Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
6.
Para pelajar yang di rahmati sekelian
Alhamdulillah,
marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung
kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu ,
kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita berkumpul dalam
satu majlis pelancaran program minggu kesihatan
kolej vokasional juasseh
Buat
pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai
kesihatan yang
diusahakan oleh pihak kolej bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang
disasarkan iaitu pelajar dan warga kolej.
Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang
sememangnya kurang prihatin dan
mengambil berat mengenai kesihatan.
Bacaan doa
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,
Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita
bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan
mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan perwakilan
pelajar yang bertugas untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
*****************************************Bacaan Doa************************************************
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih
kepada pengawas yang bertugas di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Kata alu-aluan
Hadirin warga
dewan yang di rahmati sekelian,
Program kesihatan ini
merupakan satu program kesihatan untuk semua warga kolej demi melahirkan dan
memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, pensyarah dan seterusnya warga pelajar
mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah , kempen
menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan
cintakan kesihatan.
Diantara tujuan utama
•
Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi
terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap
kesihatan.
•
Menggembeling usaha
dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi
fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari
pelbagai ancaman gejala sosial seperti
merokok dan peyalahgunaan dadah.
•
Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai
agensi dengan masyarakat sekolah
bagi mencapai matlamat bersama.
•
Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai
kesihatan dengan menerapkannya
kepada para pelajar dan komuniti setempat.
•
Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di
kalangan pelajar walau di mana mereka
berada.
•
Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di sekolah,
•
Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang
bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan
tabiat merokok.
Indah
pemandangan di waktu senja,
Bulan timbul
nampak ketara,
Menjaga
kebersihan amalan mulia,
Menjamin
kehidupan aman sejahtera.
Tumbuh tinggi
pohon kuini
Tempat bermain
anak kedidi,
Kebersihan
asas pembangunan rohani,
Melahirkan
insan luhur peribadi
TAYANGAN MULTIMEDIA
Sebagai
pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah tayangan
khas sempena pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh
Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan
………………….tayangan……………
Majjlis
merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ..................
yang Berjaya menyiapkan tayangan informasi sehingga Berjaya di pertontonkan
dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih
Tinggi-tinggi
pohon sena
Tempat petani
duduk bersandar;
Bersihkan
tandas dengan sempurna,
Nescaya
penyakit akan terhindar.
subur mewangi
di dalam taman
lalu dipetik
si bunga kekwa;
Kebersihan
separuh daripada iman
Itulah tanda
orang bertaqwa.
Ucapan perasmian oleh pengarah
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,
Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala
hormatnya menjemput Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,
Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
untuk memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan majlis pelancaran
program minggu kesihatan 2013.
majlis dengan penuh takzim mempersilakan
*******************************Ucapan Perasmian pn nor
asikin*****************************
Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan
oleh Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin
Binti Md Shazilli. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian
sebentar tadi.
Hadirin warga dewan sri gemilang yang dihormati sekelian,
Buat pengetahuan hadirin sekelian, tidak semua aktiviti
yang bakal dijalankan terbuka kepada semua warga kolej. Selain daripada
pemeriksaan kesihatan yang terbuka kepada semua warga kolej dengan bayaran 1
ringgit malaysia, kuiz dan tekanilai kalori hanya terbuka kepada seluruh
pelajar kolej manakala derma darah hanya terbuka kepada warga pensyarah dan
kakitangan kolej.
Buat makluman semua bagi aktiviti derma darah dan pemeriksaan
kesihatan kita akan didatangi oleh pihak luar SMK juasseh, SK Pusat Juasseh dan
SJK Yuk Chua. Di samping itu, mana2 pensyarah yang ingin membawa pelajar ke
dewan semasa aktiviti amat di alu-alukan.
Penutup
Hadirin
dan hadirat yang diRahmati sekelian
Dengan berakhirnya ucapan perasmian sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program minggu kesihatan ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program minggu kesihatan yang bakal dijalankan sepanjang minggu kesihatan 2013 ini.
Saya
juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.
SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,
SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,
Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan terima kasih.
TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013
TEKS
PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013
Pembuka Bicara
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام
على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
Protokol
1.
Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli
2.
Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik kolej , En
Sarimen Bin Sapiei
3.
Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn
Zaidah Binti Danial,
4.
Ahli –ahli
Jawatankuasa Pelaksana majlis program 3 penjuru
5.
Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
6.
Pelajar – pelajar Kolej berserta penjaga dan keluarga
serta
7.
Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian
Kata alu-aluan
Bukan
lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
Alhamdulillah, seiring kita
menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang
Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam
menjayakan program pertemuan 3 penjuru fasa 1tahun 2013 di dewan gemilang yang serba indah ini
Terlebih dahulu bagi pihak
majlis kami mengalu-alukan kehadiran kehadiran yang dikasihi En Alwi Bin sabtu,
Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru yang telah sudi meluangkan sedikit
masa majlis yang penuh bermakna ini.
Pergi
berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan
Bacaan Doa
Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,
Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya dipersilakan.
....Tamat Bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih
kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Ucapan alu-aluan MC
Hadirin-
hadirat yang dihormati ,
Program tiga penjuru
ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/pensyarah dan
pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak mereka terutama di
sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka diKolej Vokasional Juasseh.
Hal ini juga dapat membuka peluang murid, pensyarah dan ibu bapa sendiri
memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti.
Di antara objektif
pertemuan ini diadakan adalah:
1. Ibu bapa / penaga berpeluang berkenalan dengan para
pensyarah yang mengajar anak mereka
2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik
anak-anak mereka
3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka
semasa di kolej
4. Para Pensyarah dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga
bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah
5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan pensyarah
kolej
Taklimat YDP PIBG
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis
dimulai dengan taklimat Yang dihormati YDP PIBG En Alwi Bin Sabtu. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.
……………….Tamat Ucapan
Majlis mengucapkan
terima kasih kepada yang
dihormati En Alwi Bin Sabtu YDP PIBG atas taklimat sebentar tadi
Penerangan carta aliran pergerakan ibu bapa
Program diteruskan dengan pertemuan ibu bapa penjaga
sehubungan dengan itu. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk
merujuk seketika buku program yang telah diedarkan semasa pendaftaran tadi.
Jika ibu bapa merujuk carta alir pergerakan ibu
bapa, sebaik sahaja selesai sesi taklimat YDP PIBG, bagi ibu bapa tingkatan 5
dan 4 SKM diminta untuk berada dilokasi yang ditetapkan. Ibu bapa tingkatan 5
dikehendaki bertemu pensyarah pembimbing di kelas masing-masing iaitu bangunan
di belakang dewan. Manakala ibubapa dan pelajar tingkatan 4 skm diminta
mengadakan pertemuan di bilik mesyuarat
Manakala ibu bapa pelajar kolej tahun 1 diploma
kolej di kehendaki berada di dewan bagi
sesi tak limat dan diikuti pertemuan bersama pensyarah matapelajaran.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim
mempersilakan ibubapa pelajar tingkatan 4 SKM dan ibu bapa pelajar tingkatan 5 untuk meninggalkan dewan untuk
bergerak ke lokasi yang ditetapkan…dipersilakan
Ucapan TPA
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan
lagi dengan mempersilakan yang berusaha
timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie untuk menyampaikan
ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan
…………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha timbalan pengarah
akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie atas taklimat
sebentar tadi
Pengumuman
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis
sesi taklimat ini, ibubapa dan para pelajar boleh lah mengadakan pertemuan
bersama pensyarah matapelajaran d .....
Penutup
Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima
kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan
kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K
pengelola majlis memohon maaf.
Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa
puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan kami berlalu pergi
jangan ada dendam di hati
mencedok air berhati-hati
izinkan kami berlalu pergi
jangan ada dendam di hati
Kami
akhiri majlis ini dengan lafaz yang
mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Majlis penyerahan projek pembangunan sekolah
Majlis penyerahan projek pembangunan sekolah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام
على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.
1.
Yang berbahagia Pn Hjh Talhah bin Abdullah
tuan
pengarah Pendidikan dan pengajian tinggi, Ibu pejabat JKR Malaysia,
2.
Yang berusaha En Kamarudin Bin Nawawi
Tuan
Pengarah cawangan arkitek JKR Malaysia
3.
Yang berusaha Ir Mohd Noor Azudin Bin Mansor
Tuan
Pengarah cawangan kejuruteraan Awam struktur dan jambatan JKR Malaysia
4.
Yang Berusaha
Tuan
Pengarah JKR Negeri Sembilan
5.
Yang berusaha
tuan
pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM
6.
Yang berusaha
Ketua penolong
pengarah JKR cawangan kejuruteraan elektrik
7.
Yang berusaha
Ketua
penolong pengarah JKR cawangan kejuruteraan mekanikal
8.
Yang berusaha
Tuan pengarah pelajaran negeri sembilan
9.
Yang berusaha
Tuan
pegawai pelajaran daerah kuala pilah
10. Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli
11. Yang berusaha
Pegawai Detik Horizon (M) sdn
Bhd
12. Yang berusaha
Laluan
Bina enterprise
13. Yang berusaha
Pewaris
teguh enterprise
14. Yang berusaha
Elektrik
seri mega
15. Yang berusaha
Kejuruteraan
tenaga upaya sdn bhd
16. Yang dihormati En Sarimen Bin Sapiei
Timbalan Pengarah Akademik kolej Vokasional
Juasseh,
17. Ketua-ketua jabatan kolej, juruteknik-juruteknik kolej, jurutera-jurutera
daerah, tuan-tuan dan puan-puan yang hormati sekelian
Bersimpuh duduk
mengayam mengkuang
Diayam oleh Si Anak
Dara
Pemanis Kata Selamat
Datang
Lafaz Bismillah
pembuka bicara
ALHAMDULILLAH, bersyukur ke
hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua,
dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam suatu
majlis ringkas majlis penyerahan projek ubahsuai dan naik taraf bengkel kursus
vokasional bagi smt juasseh daerah kuala pilah.
Terlebih dahulu pihak
majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia....... serta semua
tetamu kehormat dan tuan-tuan dan puan-puan sekelian dalam Majlis penyerahan projek
ini. Semoga dengan kesudian meluangkan
masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis ini.
BACAAN DOA
Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah
kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon taufik dan
hidayah sempena Majlis penyerahan projek ini. Jesteru, Majlis mempersilakan
Ustaz Hasbullah Bin Ali
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....
....................... Bacaan Doa
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Ustaz Hasbullah Bin Ali
di atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan pengarah
Hadirin-hadirat yang dihormati
Pergi ke kota beli
selasih,
mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
Majlis meneruskan acara
dengan ucapan alu-aluan oleh
Yang berusaha .............................
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********************************Ucapan
Pengetua********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan ..............................
itu tadi.
Ucapan tetamu kehormat
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Tanah terbiar tidak
bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
ucapan seterusnya menjadi tumpuan
Persilakan tuan memberikan ucapan
Berpagar teguh tidak berpapan,
ucapan seterusnya menjadi tumpuan
Persilakan tuan memberikan ucapan
Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan oleh ....
*********************************Ucapan
Perasmi***********************************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang ....
Penyerahan projek
Hadirin-hadirat warga dewan gemilang yang dikasihi,
Acara diteruskan lagi dengan menandatangani dokumen penyerahan projek dari ……………
Kepada ……………….
Dengan segala hormatnya dipersilakan
penutup
Warga dewan yang dirai,
kita telahpun sampai ke penghujung majlis, oleh itu maaf jua dipinta di
atas sebarang kesilapan dan kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung.
Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala
kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya
yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan
Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)