Search This Blog

Pages

Wednesday, January 15, 2014

Majlis sambutan tuan pengarah KV Juasseh 2014 yang baharu

MAJLIS MENYAMBUT KEDATANGAN PENGARAH BAHARU 2014


Bismillah………. Alham dulilliah.....
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Protokol
           
1.      Yang berusaha Timbalan Pengarah KV Juasseh, En Sarimen Bin Sapei,

2.      Yang diraikan Pengarah KV Juasseh yang baharu Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir

3.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pn Hjh Zaidah Binti Hj Danial

4.      Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti KV Juasseh, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda

5.      Ketua-ketua Jabatan KV Juasseh

6.      Ketua-ketua unit, ketua-ketua bengkel

7.      Barisan pensyarah dan

8.      Tuan-tuan dan Puan-puan serta




Alhamdullillah bershukur kita ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi ini dikantin kvj  sempena majlis sambutan tuan  pengarah kv juasseh 2014 yang baharu.



Senja gemilang bayu berpuput
Gugur kenanga di celah jerami
Besarlah hati kami menjemput
Puan bertamu di tempat kami

Serindit berkicau di pohon jati
Tempat bermain anak kenari
Bagai berdendang paluan hati
Dengar kabar puan ke mari


Pihak majlis serta seluruh warga kolej vokasional juasseh merasa berbesar hati dan mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan pengarah baharu kolej vokasional juasseh yang hadir, ibarat kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Ucapan pengerusi Kelab Pensyarah

Hadirin-hadirat sekelian,

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan acara ucapan. Sehubungan  dengan itu, majlis mempersilakan yang dihormati  En Shahrizal bin mohd sharif, pengerusi kelab pensyarah untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
 *********************************Ucapan pengerusi kelab*************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan yang telah disampaikan oleh En Shahrizal sebentar tadi.

Ucapan Yang dirai pn Hjh Fatimah

Hadirin yang dirahmati sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis diteruskan dengan ucapan yang di rai Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
*****************************Ucapan Pn Nor Asikin ******************************

Demikian lah tadi ucapan Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang telah di sampaikan.

 Bacaan Doa

Hadirin hadirat yang dikasihi,

Pisang emas masak di ladang
Ambil sesisir simpan di para
Pelbagai hidangan telah terhidang
Sudilah kira menjamu selera

Sebelum kita menjamu selera, majlis mempersilakan Ust Hasbullah bin Ali untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.
***********************************Bacaan Doa********************************

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Jemput makan

Majlis menjemput para hadirin untuk menikmati juadah yang telah disediakan ...Selamat menjamu selera





Dengan ini majlis disudahi dengan lafaz wabillah hil taufik wal hidayah wassalamualaikum wbt

Sunday, January 12, 2014

Perpindahan Tuan Pengarah KV Juasseh 2014



(tetamu masuk)
Mengumumkan ketibaan Yang Dirai Tuan Pengarah Pn Nor Asikin diiringi ketua-ketua jabatan masuk ke dalam dewan.

(sambil berjalan)
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis penuh gilang gemilang
Majlis Perpisahan Pn Nor Asikin binti Md shazilli pengarah KV Juasseh.

Hadirin dipersilakan duduk.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Bismillah………. Alhamdulilliah.....
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W, KELUARGANYA, PARA SAHABAT DAN ORANG-ORANG YANG MENGIKUTI DAN MENERUSKAN PERJUANGANNYA HINGGA AKHIR ZAMAN.

Protokol
           
1.      Yang di hormati Timbalan Pengarah KV Juasseh, En Sarimen Bin Sapei,

2.      Yang diraikan Pengarah KV Juasseh Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli

3.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pn Hjh Zaidah Binti Hj Danial

4.      Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti KV Juasseh, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda

5.      Ketua-ketua Jabatan KV Juasseh

6.      Ketua-ketua unit, ketua-ketua bengkel

7.      Barisan pensyarah

8.      Tuan-tuan dan Puan-puan serta

9.      Anak-anak pelajar yang dikasihi sekelian
Alu-aluan Pengerusi Majlis



Daun layu ditengah gurun
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Unggas berlagu di tengah rimba
Kedengaran bunyinya sehingga kuala
Yang ditunggu telahpun tiba
Molek kiranya majlis dimula



ALHAMDULILLAH, IZINKAN SAYA MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul PADA HARI INI dalam Majlis perpisahan Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli di dewan gemilang yang serba indah ini.
Semoga dengan kesudian meluangkan masa pada hari ini akan menyemarakkan lagi majlis yang gemilang ini.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Warga dewan yang dimuliakan,

Kayu balak dibawa arus
Arus deras begitu lama
Sebelum lidah berbicara terus
Mari bermunajat bersama-sama

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ust Hasbullah bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
***********************************Bacaan Doa*****************************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ust Hasbullah bin Ali atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara






Ucapan wakil pelajar

Warga dewan yang di kasihi sekelian,

Majlis diteruskan dengan arena ucapan. Untuk itu majlis mempersilakan wakil  pelajar untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan

*********************************Ucapan wakil pelajar ************************************
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati wakil pelajar....,
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan pengerusi kelab pensyarah

Hadirin yang dihormati sekalian

Acara ucapan diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Yang dihormati Pengerusi Kelab Pensyarah tahun 2014, En Shahrizal bin mohd sharif juga selaku penyelaras program pada kali ini.
majlis dengan penuh takzim mempersilakan
*********************************Ucapan pengerusi kelab pensyarah********************************

Majlis sukacita mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah di sampaikan oleh Yang dihormati Pengerusi Kelab Pensyarah tahun 2014, En Shahrizal bin mohd sharif sebentar tadi.

Ucapan Timbalan Pengarah Akademik

Arena ucapan diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Yang berusaha Timbalan Pengarah akademik, En Sarimen Bin sapie  
majlis dengan penuh takzim mempersilakan
*********************************Ucapan TPA********************************

Majlis sukacita mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah di sampaikan oleh En Sarimen Bin sapie , Yang berusaha Timbalan Pengarah akademik sebentar tadi.

Warga dewan yang dimuliakan,

Biodata Pn Nor Asikin

Pn Nor Asikin merupakan insan yang amat istimewa. Beliau amat disayangi oleh warga KV Juasseh. Meyorot kisah keluarga beliau, Hasil perkahwinannya bersama suami tercinta Mohd Amin Bin Mohd Suriani beliau telah dikurniakan 5 orang cahaya mata 2 lelaki dan 3 perempuan. Anak ke 6 daripada 8 adik beradik ini  telah dilahirkan pada 20 Ogos 1959. Disamping mencurahkan ilmu kepada anak bangsa,  beliau juga meminati bidang seni jahitan dan bidang penanaman pokok bunga. Buat pengetahuan hadirin, pada tahun 2013, beliau telah menawarkan diri dalam menguruskan jahitan persediaan langsir seluruh kelas KV Juasseh. Terima kasih diucapkan puan.

Menyelesuri sejarah pendidikan beliau, Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli telah mendapat pendidikan awal di SRK convent IPOH pada tahun 1966 . Pencarian ilmu oleh insan ini diteruskan lagi di SM Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar dan seterusnya tingkatan 6 di SM Tun Fatimah Johor Bharu pada tahun 1977. Bakat kepimpinan beliau mula dicungkil apabila beliau pernah di amanahkan memegang jawatan ketua pengawas semasa persekolahan beliau. Penerokaan ilmu oleh insan cemerlang ini di teruskan lagi di Universiti Pertanian Malaysia menuntut ijazah sarjana muda sains pada tahun 1983 . Hasil keberkatan ilmu yang diperolehi, beliau seterusnya berkhidmat di SMK Kuala Krau Mentakab Pahang pernah memegang jawatan ketua panitia Bahasa Inggeris 1983 , SM Abu Bakar Temerloh Pahang pernah memegang jawatan sebagai guru pusat sumber 1989. Bakat kepimpinan beliau terserlah apabila berkhidmat selama 16 tahun di SMT Ampangan dan pernah menjadi jurulatih utama etems dan geometers sketchpad 2004 hingga 2006 dan juga memegang jawatan Ketua Panitia Matematik Tambahan. Hasil prestasi perkhidmatan yang cemerlang yang ditunjukkan, beliau seterusnya di lantik memegang jawatan pengetua di SM Teknik Juasseh bermula pada tahun 2006 sehingga 2014.

Warga dewan yang dihormati,

Pada tanggal 16 Julai 2006, insan ini telah memilih Kolej vokasional juasseh sebagai tempat persinggahan seterusnya bagi berkongsi pengalaman dan kepakarannya dalam bidang pendidikan. Diawal kemunculannya, insan ini telah merangka dan menyusun pelbagai aktiviti kearah kecemerlangan sahsiah dan akademik di seluruh warga smv juasseh. Hasil kese paka tan
Semua warga kv juasseh yang bersatu padu gigih berusaha bersama-sama bagi menjamin perlaksanaan setiap aktiviti yang di rangka oleh insan ini, terus mebuahkan kejayaan demi kejayaan yang membanggakan pihak sekolah. Ini dapat dibuktikan apabila pihak sekolah memperolehi kejayaan peningkatan 11.81 peratus pencapaian lulus spm yang bermula pada tahun 2006 hanya 82.22 peratus sehingga melonjak pada tahun 2010 iaitu 94.03 peratus. manakala nilai Gred Purata Sekolah pula bertambah baik apabila pada tahun 2006 mencatatkan 6.33 menurun ke nilai melepasi target BPTV iaitu 4.49. Kejayaan ini lebih dirasai oleh pihak sekolah apabila pihak BPTV menganugerahkan beberapa anugerah khas bagi mengiktiraf kecemerlangan di SMV Juasseh.  Antaranya ialah
i)                    Peningkatan GPS 5 tahun berturut-turut
ii)                  Kejayaan sekolah melepasi target KPI BPTV (2010)
iii)                 Pencapaian Peningkatan GPS 2010 berbanding GPS 2009
iv)               Kejayaan sekolah melaksanakan SKM

Hadirin warga dewan yang dikasihi
Minat yang begitu mendalam insan ini dalam bidang ciptaan rekacipta dan inovasi mengakibatkan tertubuhnya kumpulan robotik sekolah. Sokongan padu daripada insan ini sambil dibantu dengan daya kretiviti para pensyarah yang berpengalaman telah membawa kumpulan ini menempa kejayaan demi kejayaan. 

Antara kejayaan yang telah diraih di sepanjang beliau berkhidmat di kolej vokasional juasseh adalah

  1. Pasukan futsal mendapat Naib Johan Peringkat Kebangsaan, Kejohanan Piala Menteri Pendidikan 1Murid 1Sukan di Pulau Pinang pada tahun 2013

  1. Kelab Kebudayaan  Caklempong Warikh Budaya mendapat  naib johan peringkat Negeri Sembilan tahun 2012 dan mencatat sejarah dalam Malaysian  Book Of Record apabila bermain caklempong selama 36 Jam tanpa henti di perhimpunan sejuta belia di putrajaya pada tahun 2011.

  1. Kumpulan Dikir Barat Kolej Vokasional Juasseh mendapat Johan dalam pertandingan Karnival Asrama Vokasional dan Teknik peringkat kebangsaan pada tahun 2012.

4.            4.    Seorang pelajar Kolej juga telah dinobatkan Johan Kemahiran Gegas dalam                Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan tahun 2013 bertempat di                   Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) Pulau Pinang.

5.       Pasukan robotik sering mendapat Johan peringkat dan layak menyertai peringkat kebangsaan sejak 2008 sehingga 2012. Pasukan ini juga telah menyertai World Robot Olympiad pada 2013 di Jakarta , Indonesia
6.       5 orang ahli pasukan bola tampar telah terpilih ke peringkat negeri dan mendapat tempat ketiga
7.       Pasukan Sepaktakraw mendapat naib johan dalam peringkat zon melaka dan negeri sembilan dan seorang pemain terpilih mewakili negeri sembilan ke peringkat kebangsaan
8.       Koperasi kolej juga telah di beri pengiktirafan 5 bintang sempena Hari Koperasi sekolah 2013
9.       Kolej Vokasional Juasseh telah berjaya mengamalkan Persekitaran Berkualiti 5S dan telah di iiktiraf oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada tahun 2012 dan 2013


Tayangan Multimedia

Seterusnya, sebagai ingatan dan kenangan bersama majlis sukacita ingin mempertontonkan tayangan multimedia sempena majlis pada kali ini. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
 ********************************************video*****************************************
Demikianlah tadi persembahan video yang telah dipersembahkan sempena majlis perpisahan Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli. Semoga tontonan tadi dapat dijadikan ingatan  kenangan manis dalam lipatan memori kita semua



Ucapan Yang dirai Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli

Tanpa melengahkan masa, Majlis diteruskan dengan ucapan yang di rai Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
*****************************Ucapan Pn Nor Asikin ******************************

Demikian lah tadi ucapan Pn Nor Asikin binti Md shazilli. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang telah di sampaikan.



Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selahi hayat dikandung badan

Hadirin warga yang dikasihi,

Sebagai tanda penghargaan sanjungan budi dan curahan kasih kami dari warga kolej vokasional juasseh, Pihak majlis dengan sukacitanya ingin memberikan sedikit cenderamata kepada yang dirai Pn Nor Asikin binti Md Shazilli.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapie untuk mengiringi yang diraikan Pn Nor Asikin binti mD Shazilli bagi menyempurnakan penerimaan cenderamata tanda kenang-kenangan.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan..

..............sampai hadiah
*****************************hadiah Pn Nor Asikin ********************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Pn Nor Asikin Binti Md Shazilli atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Memang mudah berkata-kata
Begitu juga dengan menyanyi
Walaupun berada jauh di mata
Ingat-ingatlah kami di sini.

Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata

Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian yang dirai atas kesudiaan menerima cenderamata tanda kasih dari kami warga Kolej Vokasional Juasseh sebentar tadi. Semoga ia dapat dijadikan pengubat rindu sewaktu kalian tidak lagi bersama di sini. kami semua juga mendoakan agar kalian Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian yang mendatang

Sang kancil dicelah jerami
Melarikan diri di balik titi
Walaupun kecil pemberian kami
Moga menjadi kenangan di hati

Majlis juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.


Hadirin yang dimuliakan,

Ada pasang ada surutnya
Ada pangkal ada hujungnya
Ada hulu ada hilirnya
Ada pertemuan ada perpisahannya
Ada hilang ada gantinya
Ada awal ada akhirnya

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal melabuhkan tirainya
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga kolej vokasional juasseh yang telah memberikan sumbangan masa dan tenaga secara langsung atau tidak langsung sewaktu menjayakan majlis ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.



Harum baunya Si bunga cengkih
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali



Hadirin yang di kasihi sekelian

Sebelum bersurai, di ingatkan kepada semua rakan pensyarah untuk berkumpul jam 12 tengahari di dewan gemilang bagi meraikan jamuan terakhir bersama pengarah kolej vokasional juasseh. Para pelajar juga di ingatkan bahawa sesi pembelajaran pada petang ini diteruskan pada jam 2 petang mengikut jadual yang ditetapkan seperti biasa.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.



Perpisahan 2014


Perpisahan demi perpisahan tahun 2014....warga Kolej Vokasional Juasseh bakal kehilangan orang2 yang cemerlang.. Diharapkan kalian kekal cemerlang didunia dan diakhirat...aminnn..

1. Pn Khuzaima perpindahan ke Sekolah Di Selangor
2. Pn Siti Aishah perpindahan ke Kuala Lumpur
3. Pn Wan Hayaton perpindahan Ke KV di Pahang
4. Pn Saemah( Penyelia kanan asrama) bakal bersara
5. Pn Hjh Zaidah bakal bersara

Patah pasak dalam kemudi
Patah diruang bunga kiambang
Kalaulah tidak bertemu lagi
Bulan yang terang sama dipandang

Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Batang selasih permainan budak
Tumbuhnya jarang tepi telaga
Bercerai kasih bukan kehendak
Paksaan orang dituruti juga

Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Pulau Sipadan pulau Ligitan
Tempat singgah raja Bulungan
Risau dibadan galau ingatan
Ingat pungguk rindukan bulan

Gunung Bintan lekuk ditengah
sayang penyengat kubunya tuga
hancur badan dikandung tanah
budi kusanjung kuingat juga

Bunga Kemboja putih berseri
putihnya melur dihujung dahan
atas kerjasama dan bantuan yang diberi
puji syukur dan terima kasih kami ucapkan

Tuesday, December 24, 2013

majlis penutup kertas 4581/2

Majlis

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Majlis mengalukan-alukan kehadiran para hadirin

Di harap para hadirin dapat mengambil tempat yang telah disediakan

Memohon perhatian dan kerjasama para hadirin yang dihormati, supaya majlis jamuan malam ini berjalan dengan lancar

4581
buat perhatian warga dewan yang dihormati...dibacakan secara ringkas tentatif perjalanan majlis pada malam ni...

Sebentar lagi majlis akan dimulai dengan bacaan doa...seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh ketua pemeriksa pn hjh hendon dan en zahin pegawai lpm dan seterusnya dipanggil sekali lagi en azizi untuk bacaan doa acara jamuan makan. Di minta kepada semua hadirin supaya dapat memenuhi tentatif yang telah di susun bagi kelancaran majlis.

Sekian dimaklumkan, atas kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih
*************************************************************

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia en zahrin bin hj abu, penolong pengarah unit SPM SEKTOR PENGENDALIAN PEPERIKSAAN MENENGAH ATAS DAN LUAR NEGERI ( SPPMALN ) , diiringi ketua 2 pasukan masuk ke dalam dewan *************************************************************

ucapan protokol
Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah hirabbil alamin wassalatuwassalamuala ayrafilambiyai iwalmursalan waalaalihi wasahbihi ajmain

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

1. Yang berbahagia en zahrin bin hj abu, penolong pengarah unit SPM SEKTOR PENGENDALIAN PEPERIKSAAN MENENGAH ATAS DAN LUAR NEGERI ( SPPMALN )

2. Yang dihormati pn hjh hendon binti mamat,ketua pemeriksa kertas 4581/2
3. Yang berusaha barisan ketua2 pasukan pemeriksa kertas 4581/2
4. Para pegawai pemeriksa kertas 4581/2 seluruh malaysia

5. Pegawai-pegawai lembaga peperiksaan malaysia dan
6. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian
Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di dewan putra empress hotel sepang bagi menjayakan satu majlis jamuan makan malam sempena perpisahan pemeriksa2 kertas 4581/2 tahun 2013.
 kami selaku pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran kalian semua. Semoga dengan kehadiran kalian semua meluangkan masa pada malam ini akan menjadi detik kenangan manis pada majlis yang penuh keberkatan dan gemilang ini.


Bagi memberkati majlis pada malam yang berbahagia ini, majlis dimulai dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al fadhil en aziz bin ali untuk memimpin bacaan doa dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al fadhil en aziz bin ali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.


Warga dewan yang dimuliakan,

Seperti kita sedia maklum, sejak tahun 2009, sebahagian besar kita telah berkumpul dalam memulakan tugas pemeriksaan kertas 4581/2 bermula di regency hotel, May tower Hotel services ,  hotel royal tahun 2011, Radius International hotel 2012 dan berakhir di tempat bersejarah...di sini...diempress hotel sepang. Selama 5 tahun kita bersama pelbagai kenangan manis kita tempuh dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan....namun jodoh kita tidak berpanjangan. kini merupakan detik akhir tugas kita sebagai satu pasukan dalam menjalankan tugas yang di amanahkan berikutan berakhirnya kertas peperiksaan spm applied science pada tahun 2013.

hadirin-hadirat yang dikasihi,

Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
ucapan seterusnya menjadi  tumpuan
Persilakan tuan memberikan ucapan


Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang dihormati pn hjh hendon binti mamat,ketua pemeriksa kertas 4581/2 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.


(ucapan  ........)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan oleh pn hjh hendon binti mamat itu tadi.



tuan2 dan puan yang dihormati sekelian..
Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucapan oleh Yang berbahagia en zahrin bin hj abu, penolong pengarah unit SPM SEKTOR PENGENDALIAN PEPERIKSAAN MENENGAH ATAS DAN LUAR NEGERI ( SPPMALN )
Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia en zahrin bin hj abu diatas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.



Tanda sudah, key in pun sudah

Lpc lpu mencabar minda

Hati cemas gelana gundah

Tak sabar pulang ke kepangkuan keluarga



Empress hotel tempatnye indah
kenangan indah suka dan duka
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera



Hadirin warga dewan yang dihormati
L
Dengan berakhirnya acara ucapan itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Terbang sekawan burung tempua
Membuat sarang dirumpun pegaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga

P
Seterusnya, sebelum kita menikmati juadah , majlis dengan segala hormatnya mempersilakan sekali lagi Al fadhil en aziz bin ali untuk memimpin bacaan doa

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Selamat menjamu selera...

Saturday, December 7, 2013

Berakhirnya tahun 2013..

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN

Pembuka Bicara


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh

Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan  dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3.      Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4.      Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5.      Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
6.      Para pelajar yang di rahmati sekelian



Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu , kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita berkumpul dalam satu majlis pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak kolej bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga kolej. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Bacaan doa

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan perwakilan pelajar yang bertugas  untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*****************************************Bacaan Doa************************************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas yang bertugas di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluan
Hadirin  warga dewan yang di rahmati sekelian,

Program kesihatan ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga kolej demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, pensyarah dan seterusnya warga pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah , kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk perasaan cintakan  kesihatan.

Diantara tujuan utama
•          Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
•          Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti  merokok dan peyalahgunaan dadah.
•          Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
•          Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
•          Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana mereka  berada.
•          Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan  sihat dan ceria ketika di sekolah,
•          Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.



Indah pemandangan di waktu senja,
Bulan timbul nampak ketara,
Menjaga kebersihan amalan mulia,
Menjamin kehidupan aman sejahtera.

Tumbuh tinggi pohon kuini
Tempat bermain anak kedidi,
Kebersihan asas pembangunan rohani,
Melahirkan insan luhur peribadi





TAYANGAN MULTIMEDIA

Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah tayangan khas sempena pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………….tayangan……………

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada .................. yang Berjaya menyiapkan tayangan informasi sehingga Berjaya di pertontonkan dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih



Tinggi-tinggi pohon sena
Tempat petani duduk bersandar;
Bersihkan tandas dengan sempurna,
Nescaya penyakit akan terhindar.

subur mewangi di dalam taman
lalu dipetik si bunga kekwa;
Kebersihan separuh daripada iman
Itulah tanda orang bertaqwa.



Ucapan perasmian oleh pengarah

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala hormatnya menjemput Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
untuk memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan majlis pelancaran program minggu kesihatan 2013.

majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*******************************Ucapan Perasmian pn nor asikin*****************************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Hadirin warga dewan sri gemilang yang dihormati sekelian,

Buat pengetahuan hadirin sekelian, tidak semua aktiviti yang bakal dijalankan terbuka kepada semua warga kolej. Selain daripada pemeriksaan kesihatan yang terbuka kepada semua warga kolej dengan bayaran 1 ringgit malaysia, kuiz dan tekanilai kalori hanya terbuka kepada seluruh pelajar kolej manakala derma darah hanya terbuka kepada warga pensyarah dan kakitangan kolej.

Buat makluman semua bagi aktiviti derma darah dan pemeriksaan kesihatan kita akan didatangi oleh pihak luar SMK juasseh, SK Pusat Juasseh dan SJK Yuk Chua. Di samping itu, mana2 pensyarah yang ingin membawa pelajar ke dewan semasa aktiviti amat di alu-alukan.

Penutup
Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya ucapan perasmian sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program minggu kesihatan ingin
merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program minggu kesihatan yang bakal dijalankan sepanjang minggu kesihatan 2013 ini.

Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.