Search This Blog

Pages

Wednesday, January 15, 2014

Majlis sambutan tuan pengarah KV Juasseh 2014 yang baharu

MAJLIS MENYAMBUT KEDATANGAN PENGARAH BAHARU 2014


Bismillah………. Alham dulilliah.....
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Protokol
           
1.      Yang berusaha Timbalan Pengarah KV Juasseh, En Sarimen Bin Sapei,

2.      Yang diraikan Pengarah KV Juasseh yang baharu Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir

3.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pn Hjh Zaidah Binti Hj Danial

4.      Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti KV Juasseh, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda

5.      Ketua-ketua Jabatan KV Juasseh

6.      Ketua-ketua unit, ketua-ketua bengkel

7.      Barisan pensyarah dan

8.      Tuan-tuan dan Puan-puan serta




Alhamdullillah bershukur kita ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi ini dikantin kvj  sempena majlis sambutan tuan  pengarah kv juasseh 2014 yang baharu.



Senja gemilang bayu berpuput
Gugur kenanga di celah jerami
Besarlah hati kami menjemput
Puan bertamu di tempat kami

Serindit berkicau di pohon jati
Tempat bermain anak kenari
Bagai berdendang paluan hati
Dengar kabar puan ke mari


Pihak majlis serta seluruh warga kolej vokasional juasseh merasa berbesar hati dan mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan pengarah baharu kolej vokasional juasseh yang hadir, ibarat kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Ucapan pengerusi Kelab Pensyarah

Hadirin-hadirat sekelian,

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan acara ucapan. Sehubungan  dengan itu, majlis mempersilakan yang dihormati  En Shahrizal bin mohd sharif, pengerusi kelab pensyarah untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
 *********************************Ucapan pengerusi kelab*************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan yang telah disampaikan oleh En Shahrizal sebentar tadi.

Ucapan Yang dirai pn Hjh Fatimah

Hadirin yang dirahmati sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis diteruskan dengan ucapan yang di rai Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
*****************************Ucapan Pn Nor Asikin ******************************

Demikian lah tadi ucapan Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang telah di sampaikan.

 Bacaan Doa

Hadirin hadirat yang dikasihi,

Pisang emas masak di ladang
Ambil sesisir simpan di para
Pelbagai hidangan telah terhidang
Sudilah kira menjamu selera

Sebelum kita menjamu selera, majlis mempersilakan Ust Hasbullah bin Ali untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.
***********************************Bacaan Doa********************************

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Jemput makan

Majlis menjemput para hadirin untuk menikmati juadah yang telah disediakan ...Selamat menjamu selera





Dengan ini majlis disudahi dengan lafaz wabillah hil taufik wal hidayah wassalamualaikum wbt

No comments: