Search This Blog

Pages

Wednesday, May 2, 2012

Hari Q

Bismillah....


1. Yang Berusaha Tn Hj Mohd Shaari B Hussain, Tn Pengetua SMT DSMZ
2. Yang dikasihi Puan Sermaini bte Pien, YDP PIBG SMTDSMZ
3. Yang dimuliakan penceramah jemputan kita En Mohamed Ghazali Bin Hamzah
__________________________________
4. Yang dihormati Pn Hjh Patimah Bt Hj Othman, GPK pentadbiran
5. En Abd Aziz B Abu GPK HEM,
6. Pn Halimah Bt Hj Ahmad GPK Ko Kurikulum.
7. Guru-Guru kanan bidang
8. Guru-guru cemerlang serta
9. Rakan-rakan guru dan
10. Staf sokongan dan kakitangan sekolah sekelian

A’km WBT dan Salam sejahtera..


Daun kayu ditengah gurun
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Anak juragan mengail ikan
Sambil bersuka di tepi kuala
Masa jangan kita tangguhkan
Tirai dibuka majlis bermula

Hadirin-hadirat yang dirahmati sekelian,

Bershukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berhimpun pada pagi ini di dewan burhanudin helmi yang serba indah ini bagi menjayakan majlis hari qualiti kakitangan akademik dan staf sokongan 2009.



Pagi hari pergi kepekan
Hendak membeli buah kuini
Selamat datang kami ucapkan
Semoga hadirin selesa disini

Buah langsat di tepi busut
Mari di muat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran penceramah jemputan dan seluru warga smtdsmz yang telah sudi meluangkan masa bagi menjayakan hari qualiti pada kali ini.


Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa di pohon supaya berkat

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru , majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj Aziz B Mohd untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya di persilakan
*****************************************Doa***********************************************
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustadz Jaini Bin Saiman di atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin hadirat rakan-rakan sekelian,

Wahai rakan yang dikasihi,
Marilah mendidik hati nurani,
Hadir di sini membawa erti,
Untuk meraikan Hari Kualiti

Hari kualiti ini merupakan suatu pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah kepada warga kerja sekolah menengah teknik datuk seri mohd zin yang tidak jemu-jemu menabur jasa dan bakti dalam pembangunan kerohanian dan fizikal sekolah. Di harapkan, hasil sentuhan majlis ini juga dapat dijadikan pembakar semangat kepada warga kerja smt dsmz untuk menjana tenaga kerja yang sentiasa bersemangat dan bermotivasi tinggi, berketerampilan serta cekap dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan seiring dengan harapan menjadikan sekolah smtdsmz cemerlang, gemilang dan terbilang.

Diantara tujuan utama majlis Hari Kualiti ini diadakan :

1. Meningkatkan semangat dan motivasi kerja guru dan staf sokongan
2. Meningkatkan konsep kendiri dan kecerdasan emosi
3. Memahami dan meningkatkan amalan komunikasi sihat
4. Membentuk keyakinan diri dengan penampilan diri yang positif
semoga niat murni ini akan menjadi kenyataan dengan kerjasama setiap individu dalam menjayakan pengisian itu nanti.

Di penghujung majlis nanti pula akan diadakan pula penyampaian Anugerah Kualiti bagi tahun 2009 bagi individu warga SMTDSMZ yang dikira telah berjaya mencorakkan kemajuan sesebuah organisasi.

Hadirin warga dewan yang dihormati,

Majlis pada pagi ini kita mulakan dengan mendengar ceramah yang temanya bertajuk pengurusan Emotion Spiritual Quotion yang akan disampaikan oleh Yang dimuliakan En Mohamed Ghazali Bin Hamzah ..........................................................................
Dengan itu majlis mempersilakan Pengerusi Ceramah Pn Azizah Bt Ahmad untuk meneruskan acara ini……. dipersilakan.



*************************************ceramah kursus****************************************
Demikianlah tadi ceramah yang bertajuk
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Penceramah Yang dimuliakan En Mohamed Ghazali Bin Hamzah........................................
dan Pn Azizah Bt Ahmad selaku Pengerusi Ceramah
Semoga segala yang telah disampaikan tadi dapat menambahkan lagi ilmu sedia ada untuk bekalan dalam menempuh cabaran yang akan mendatang….. InsyaAllah.


Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding


**********************************Cenderahati**********************************************
Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi berkongsi pengalaman dan maklumat sewaktu menjayakan hari kualiti sebentar tadi. Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMT DSMZ untuk mengiringi yang berusaha tuan pengetua Tn Hj Mohd Shaari B Hussain, untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang dimuliakan En Mohamed Ghazali Bin Hamzah........................................untuk menerima cenderahati.


Buah berangan di tanjung jati
Jatuh berderai di tepi rusa
Budi tersemat di dalam hati
Di sanjung tinggi sepanjang masa

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha Tuan pengetua dan Yang dihormati Guru Penolong kanan Pentadbiran yang telah sudi menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Hadirin warga dewan burhanudin helmi yang dimuliakan,

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua SMTDSMZ, tuan Hj Mohd Shaari Bin Hussain , untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan Tn pengetua**********************************
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Hadirin yang dihormati,

Kini, kita telahpun sampai ke kemuncak majlis pada hari ini iaitu penyampaian Anugerah Kualiti bagi tahun 2009.

Buat pengetahuan semua terdapat beberapa anugerah yang bakal di berikan dalam penyampaian anugerah kualiti sebentar lagi. Di antaranya ialah

1. Anugerah pengetua
2. Anugerah khidmat lama
3. Anugerah pengurusan terbaik
4. Anugerah khidmat terpuji

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di hormati pn hjh patimah bt hj othman GPK Pentadbiran sekolah untuk mengumumkan senarai nama penerima anugerah kualiti tahun 2009. Majlis mempersilakan

Majlis juga dengan penuh takzim menjemput yang dihormati GPK Kokurikulum pn halimah bt hj ahmad untuk mengiringi yang berusaha tuan pengetua tn hj mohd shaari bin hussein untuk menyempurnakan penyampaian anugerah, Dipersilakan.

Senarai Anugerah Kualiti


Penyampai : Tuan Pengetua

2. Anugerah Kualiti - diumumkan oleh Pn. Hjh Patimah bte Hj Osman
***************************************anugerah****************************************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha tuan pengetua, GPK Koko dan GPK Pentadbiran sekolah atas penyempunaan pemberian hadiah dan pengumuman senarai nama penerima anugerah sebentar tadi.
Majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada warga kerja smtdsmz yang telah terpilih untuk menerima anugerah.

Hadirin warga smtdsmz sekelian,

Di kesempatan ini juga, pihak majlis berbesar hati untuk memberikan sedikit hadiah cabutan bertuah tanda penghargaan terima kasih kepada seluruh warga kerja smtdsmz yang telah berkhidmat dengan penuh tanggugjawab dan dedikasi pada tahun 2009 ini.


Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput .............................
Bagi mencabut nama cabutan bertuah dan menyempunakan penyampaian hadiah, dipersilakan

Cabutan nama bertuah - 70 hadiah [5 pusingan]

a. Penolong Kanan Ko-kurikulum - Pn Halimah Bt Hj Ahmad (15)
b. Penolong kanan HEM - En Aziz B Abu (15)
c. Penolong Kanan Pentadbiran - Pn. Hjh Patimah bte Hj Osman(15)
d. YDP PIBG : Pn Sermaini Bt pien(15)
e. Tuan Pengetua - Tn. Hj. Mohd. Shaari bin Hussin(10)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ................
Bagi cabutan seterusnya, majlis mempersilakan.......

Hadirin yang dihormati,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah cabutan bertuah tadi, majlis sudah sampai ke penghujungnya


Burung telani terbang rendah
Terbang di perlis juga di perai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Asap api embun berderai
Patah galah berderai semahu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu


Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yg berusaha Tn Pengetua
Yg dikasihi YDP PIBG
Yg dimuliakan penceramah jemputan dan
Semua ahli jawatankuasa kerja majlis hari kualiti tahun 2009.
Tidak lupa juga kepada semua yang hadir kerana telah menjayakan majlis hari kualiti pada pagi ini.


Majlis kita berakhir disini
Sebarang kesilapan harap di maafi
Segala kerjasama di sanjung tinggi
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita bertemu lagi

puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan kami berlalu pergi
jangan ada dendam di hati


Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berusaha Tuan Pengetua, yand di kasihi YDP PIBG dan semua warga kerja SMTDSMZ untuk menikmati jamuan yang telah disediakan...
dipersilakan.


Dengan itu saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayah wassalammualaikum w. b.t dan terima kasih.

No comments: