Search This Blog

Pages

Thursday, May 10, 2012

5S

Bismillahhirrahmannirrahim……

1. Yang berbahagia Pn Ati D jam Seri Montoi, Tuan Pegawai Consultant Pensijilan 5s, Malaysia Productivity Corporation MPC
2. Yang berusaha Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh
3. Yang berusaha En Abu Hassan Bin Marjan
Pegawai PPA Batu Pahat
4. Pn Zaidah Binti Danial, GPK Hal Ehwal Murid
5. Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
6. Yang dihormati Cik Yew Siew Chen selaku penyelaras 5S SM Vokasional Juasseh
7. Barisan Jawatan Kuasa kecil 5s,
8. Ketua-ketua zon 5S dan guru-guru yang dihormati sekelian

Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu

Burung kenari menuju kepaya
Cuba mendarat mencari jerami
Tuan ke mari besar maknanya
Memenuhi hasrat di hati kami

Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kesempatan waktu untuk berhimpun bagi memeriahkan majlis pengauditan 5S SMV Juasseh 2012 ini.
Terlebih dahulu, Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih, terutama kepada yang berbahagia Tuan Pegawai Consultant MPC Pn Ati Djam Seri Montoi di atas kesudian meluangkan masa bersama-sama kami dalam mengiktiraf perlaksanaan 5S di sekolah kami.

Seri murni hiasan tamu,
Indah mekar tepian muara;
Hari ini kita bertemu,
Moga kekal menjalin mesra
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat Datang kami ucapkan
Moga diiringi restu Illahi.

Bacaan doa
Yang berbahagia tuan pegawai dan guru-guru sekelian

Kayu balak dibawa arus
Arus deras begitu lama
Sebelum lidah berbicara terus
Mari berdoa bersama-sama

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, marilah kita bersama-sama membacakan ummul kitab al fatihah dan bagi yang bukan muslim bertafakur mengikut agama masing-masing...al fatihah

Ucapan alu-aluan mc

Yang berbahagia tuan pegawai dan hadirin sekelian

Seperti yang kita sedia maklum, bertitik tolak daripada perkenalan system 5S oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional BPTV , SMVJ berani menyahut cabaran dalam mencapai amalan persekitan berkualiti. 5s merupakan satu system terbukti berkesan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah . Hal ini dapat dibuktikan apabila ia mampu mengurangkan tempoh pengurusan pelanggan dan mengurangkan masa pencarian dokumen. Maklumat inventori juga menjadi lebih mudah di samping memaksimakan penggunaan ruang dan kawasan. Sekali gus, system 5s ini akan menjadikan persekitaran sekolah lebih bersih, teratur dan lebih selamat. Hal ini selaras dengan tagline/ motto 5s smvj iaitu 5s amalan berkualiti, iaitu amalan yang telah menjadi rutin kita sehari-hari
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Kewujudan aliran operasi perkhidmatan yang lebih cekap di dalam system amalan 5s ini mampu menjadikan pengurusan sekolah yang lebih cekap. Hal ini secara tidak langsung telah menjana idea yang lebih banyak dan kreatif dalam mewujudan pelbagai inovasi di sekolah . Buat pengetahuan yang berbahagia tuan, Terdapat 14 ciptaan inovasi telah di perkenalkan di smvj dalam memudahkan dan melancarkan perkhidmatan pelanggan di sekolah ini.

Ucapan alu-aluan tuan pengetua

Buah berangan simpan di para
Para dibuat dari papan
Menjadi adat setiap acara
Majlis dimula dengan ucapan

Hadirin hadirat yang dikasihi

Majlis meneruskan acara dengan mempersilakan Yang Berusaha Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan Tn pengetua************************************

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Ucapan pegawai PPA BP

Hadirin hadirat yang dikasihi

Acara ucapan diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang dihormati ......................................... untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan PPA BP************************************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang telah diberikan sebentar tadi.

Tayangan multimedia
pohon jati tempat kelisi
di dahannya bersarang burung tempua
tiba kini tayangan informasi
sebagai persembahan untuk semua

Hadirin hadirat yang dikasihi

Sebagai sesi perkenalan pada pagi ni, majlis sukacita ingin mempersembahkan kepada yang berbahagia tuan pegawai serba ringkas mengenai aktivit 5s yang telah kami amalkan di smvj

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berbahagia tuan pegawai , tuan pengetua dan guru-guru penolong kanan untuk berada di barisan kerusi yang telah di sediakan di bawah bagi bersama-sama menonton tayangan multimedia . Majlis dengan penuh takzim mempersilakan

.............................................................tayangan multimedia..............................................

Begitulah gambaran serba sedikit yang dapat di gambarkan tentang sistem amalan 5s di SMV juasseh. Majjlis juga ingin ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa persembahan multimedia atas tayangan yang di pertontonkan dalam majlis sebentar tadi.

Ucapan pegawai MPC

Hadirin hadirat yang dikasihi

Majlis meneruskan acara dengan mempersilakan Yang Berbahagia Cik Ati Djam Seri Montoi, Tuan Pegawai Pakar Consultant Pensijilan 5s, Malaysia Productivity Corporation MPC untuk menyampaikan ucapan perkenalan,

Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan pegawai mpc************************************

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan Yang Berbahagia Pn Ati Djam Seri Montoi, Tuan Pegawai Pakar Consultant Pensijilan 5s. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Jamuan dan Pengauditan bermula
Hadirin hadirat yang di kasihi

Sungguh besar pohon cemara
Tegak merimbun ditengah kota
Tersalah, terkasar butir bicara
Maaf dan ampun juga dipinta

Dengan berakhirnya ucapan tadi, maka majlis berhenti seketika bagi memberi laluan kepada yang berbahagia tuan pegawai consultan MPC Pn Ati Djam Seri Montoi bagi meneruskan aktiviti pengauditan.

Buat pengetahuan yang berbahagia tuan pegawai , kesemua fail jawatnkuasa kecil dan fail zon telah di bawa bersama dalam bilik mesyuarat ini bagi memudahkan proses pengauditan.

Sejurus selepas itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang berbahagia tuan pegawai Cik Ati Djam dan para hadirin untuk menikmati jamuan makan tengahari yang telah disediakan di bilik gerakan.

Majlis akan bersambung semula dalam majlis laporan audit dari yang berbahagia tuan pegawai consultan mpc di jangka pada jam 4 petang disini.
Dengan itu saya sudahi dengan lafaz wassalamualaikum dan terima kasih.


Majlis penutup
Ucapan pegawai MPC

Hadirin hadirat yang dikasihi

Tanpa melengah kan masa, Majlis diteruskan dengan ucapan laporan audit oleh Yang Berbahagia Cik Ati Djam Seri Montoi, Tuan Pegawai Pakar Consultant Pensijilan 5s, Malaysia Productivity Corporation MPC .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan pegawai mpc************************************

Demikianlah tadi laporan yang telah disampaikan Yang Berbahagia Cik Ati Djam Seri Montoi, Tuan Pegawai Pakar Consultant Pensijilan 5s. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Pemberian cenderamata vip
Di kesempatan ini juga, Sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran Yang Berbahagia Cik Ati Djam Seri Montoi, Tuan Pegawai Pakar Consultant Pensijilan 5s , majlis sukacita memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang Berbahagia tuan.

Jesteru itu, Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya menjemput Yang berusaha Tuan Pengetua untuk memberikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Cik Ati Djam Seri Montoi, , di persilakan

Di dalam puan isi kelapa
Disimpan kantan di dalam peti
Kesudian tuan kami tak lupa
Dalam ingatan tersimpul mati

#Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Beberbahagia tuan yang sudi menerima cenderamata sebentar tadi

Penutup

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian

Dengan berakhirnya pemberian cenderamat tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya
Majlis kita berakhir disini
Sebarang kesilapan harap di maafi
Segala kerjasama di sanjung tinggi
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita bertemu lagi

Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat yang telah sudi memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.

Terbang sekawan burung tempua
Membuat sarang dirumpun pegaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga

Subur padi Allah kurnia
Hidup mula di dalam air
Sudah menjadi lumrah dunia
Setiap yang mula akan berakhir

Seterusnya dijemput yang berusaha Tuan Pengetua untuk mengiringi Tetamu Kehormat dan serta JK kerja 5s untuk ke majlis jamuan ringan yang telah disediakan….. dipersilakan.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.

No comments: