Search This Blog

Pages

Monday, April 30, 2012

Bismillahhirrahmannirrahim…….

Terima kasih kepada pengawas yang bertugas…
1) Yang Berusaha pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh
2) Yang dihormati En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah
3) Pn Zaidah Binti Danial, GPK Hal Ehwal Murid
4) Pn hjh Rusnawati Binti Juda, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
5) Rakan2 guru SM Vokasional Juasseh dan
6) Murid-murid yang di kasihi sekelian

A’km WBT dan Salam sejahtera..
Murid-murid yang dikasihi,
Selain ibu bapa, guru lah yang banyak berjasa dalam kehidupan seseorang insan. Guru mendidik murid supaya menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara. Oleh itu sewajarnyalah guru diberi penghormatan yang tinggi, sebagaimana sabda rasullulah saw
Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”

Tanpa guru siapalah kita. Tanpa guru kita berada di dalam kegelapan. Justeru itu, kejayaan yang diimpikan oleh sebagai seorang pelajar ini tidak akan tercapai kecuali dengan menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut iaitu guru. Pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk menghargai jasa guru yang tidak pernah jemu-jemu mencurahkan bakti tanpa penat ini.

Justeru, bersempena hari guru yang bakal menjelang pada 16 mei nanti, barisan kepimpinan murid iaitu kumpulan pengawas murid, pengawas perpustakaan dan kumpulan PRS di bawah kerjasama Kelab Guru SMVJ telah merangka pelbagai aktiviti menarik bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru smv juasseh ini.


Untuk perhatian murid juga, barisan kepimpinan murid telah mewujudkan facebook page bertajuk Guru smvj 2012 yang mengandungi kesemua gambar guru yang berkhidmat di smvj tahun 2012. Sehubungan dengan itu, murid-murid bolehlah menghantar ucapan kepada guru-guru smvj 2012 sempena hari guru di facebook itu.

Murid-murid juga dikehendaki merekacipta satu kad ucapan hari guru. Di dalamnya, murid dikehendaki menulis ucapan hari guru kepada guru matapelajaran masing-masing.

Sekian sahaja untuk makluman semua.


No comments: