Teks Pengacara majlis Hi Tea
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Majlis mengalukan-alukan kehadiran para hadirin
Di harap para hadirin dapat mengambil tempat yang telah disediakan
Memohon perhatian dan kerjasama para hadirin yang dihormati, supaya majlis jamuan pagi ini berjalan dengan lancar
1. Apabila diumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berhormat di harapkan para hadirin boleh berdiri dan memberi laluan kepada tetamu kehormat
Sekian dimaklumkan, atas kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih
*************************************************************
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Ab Wahab bin Ab Latip, yang berhormat2, dif2 jemputan, diiringi tuan pengetua masuk ke dalam dewan *************************************************************
Teks
Senarai Tetamu kehormat
1. Yang Berhormat Datuk Hj Ab Wahab bin Ab Latip .
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia merangkap ahli dewan undangan negeri kawasan Durian Tunggal selaku wakil rasmi Ketua Menteri Melaka
2. Yang dihormati Dr Hj Aziz Bin Sahat, Ketua penolong Pengarah Kejurulatihan Pendidikan Teknik dan Vokasional
Selaku wakil rasmi pengarah bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Yang di hormati Tn Hj Kasim B Mohamad
Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah
Selaku wakil rasmi Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka
4. Yang berusaha Tn Hj Mohd Shaari bin Husain, Pengetua SMTDSMZ
5. Yang Dikasihi Pn Sermaini Bt Pien, Yang DiPertua PIBG SMTDSMZ
6. Yang dihormati Tn Hj Aziz B Ahmad selaku wakil rasmi
Yang Berhormat Datuk Hjh Norpipah B Abdol, Ahli Dewan Undangan
Negeri Kawasan(ADUN) Rembia
7. Yang dihormati Cif Inspektor Tn Mohd Yusof Bin Wahab
Pegawai Perhubungan Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd
zin
8. Yang di hormati, Tn Hj Bahar Bin Jaafar , Yang dipertua Alumni SMT DSMZ
9. Datuk-datuk / datin-datin
10. Pengetua-pengetua, guru besar-guru besar atau wakil
sekolah menengah teknik , sekolah menengah dan sekolah rendah
negeri melaka
11. Wakil-wakil badan kerajaan dan swasta
12. Ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan guru
13. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian
14. Yang Berhormat Datuk Md Sirat B Abu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Katil
L
Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di dewan bestari dan harmoni bagi menjayakan majlis jamuan hi tea perdana pada kali ini L
Majlis juga berasa penuh sukacita dan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita Yang Berhormat Datuk Hj Ab Wahab bin Ab Latip , yang berhormat2 , dif-dif jemputan dan semua hadirin. Semoga dengan kehadiran kalian semua meluangkan masa pada petang ini akan menyemarakkan lagi majlis yang penuh keberkatan dan gemilang ini. P
Bagi memberkati majlis pada petang yang berbahagia ini, majlis dimulai dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al fadhil ust jaini bin saiman untuk memimpin bacaan doa dipersilakan.
(Bacaan Doa)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al fadhil ust jaini bin saiman di atas pimpinan bacaan doa itu tadi. L
Warga dewan yang dimuliakan,
Di antara tujuan utama majlis hi tea perdana ini di adakan adalah untuk
1. meningkatkan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif untuk kemudahan pelajar seperti menaiktaraf dataran PIBG dan membina wakaf ilmu
2. menambah dana PIBG bagi membantu pihak sekolah mengadakan program-program untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kurikulum
P
hadirin-hadirat yang dikasihi,
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang dikasihi, Pn Sermaini bt Pien, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMT DSMZ untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(ucapan Yang DiPertua PIBG)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG itu tadi.
L
Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha Tn Hj Mohd Shaari B Hussain, Tn Pengetua SMTDSMZ untuk menyampaikan ucapan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(ucapan pengetua)
Majlis merakamkam jutaan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua sebentar tadi. P
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,
Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucapan perasmian oleh tetamu kehormat kita Yang Berhormat Datuk Hj Ab Wahab bin Ab Latip . Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pelajaran Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia selaku wakil rasmi ketua menteri melaka.
Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan
(ucapan ketua menteri melaka)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hj Ab Wahab bin Ab Latip selaku wakil rasmi ketua menteri melaka atas ucapan perasmian yang telah disempurnakan sebentar tadi L
Hadirin warga dewan yang dihormati
Di kesempatan ini juga, pihak majlis berbesar hati untuk memberikan hadiah bagi acara cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan terima kasih kepada seluruh hadirin dalam menjayakan majlis hi tea perdana pada petang ini
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ……………………….untuk menyempurnakan acara cabutan bertuah, majlis mempersilakan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ………………………………. diatas kesudian menyempurnakan acara cabutan bertuah sebentar tadi.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Acara cabutan bertuah diteruskan lagi dengan mempersilakan …………………. untuk menyempurnakan acara cabutan bertuah seterusnya, dipersilakan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ………………………………. diatas kesudian menyempurnakan acara cabutan bertuah sebentar tadi.
P
Sebagai tanda terima kasih di atas kesudian Yang Berhormat Datuk Hj Ab Wahab bin Ab Latip meluangkan masa bersama-sama dengan kita pada pagi ini, majlis juga berbesar hati memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang Berhormat Datuk
Jesteru itu, Majlis sekali lagi dengan segala hormatnya menjemput Yang berusaha Tuan Pengetua untuk memberikan cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk Hj Ab Wahab bin Ab Latip...di persilakan
(pemberian cenderamata)
Pantun
Burung nuri buah delima
Hinggap di beranda hinggap di tangan
cenderamata di beri seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan
L
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Pantun
Terbang sekawan burung tempua
Membuat sarang dirumpun pegaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga
P
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang berusaha tuan pengetua untuk mengiringi Yang Berhormat Datuk Hj Ab Wahab bin Ab Latip dan semua tetamu kehormat untuk meninggalkan majlis
(tetamu meninggalkan majlis)
Para hadirin diminta berdiri
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. L
3 comments:
Assalamualaikum Cikgu...
saya nak mohon copy & guna teks cikgu ni utk majlis hi tea sekolah saya...
harap diizinkan... semoga cikgu akan dipermudahkan segala urusan, diberikan perlindungan & keberkatan dlm menjalani kehidupan seharian... Aamiin
Assalammualaikum wbt
Cikgu saya mohon salin cth Skrip Hi Tea ini, Semoga Allah memberikan Cikgu rezeki yang melimpah ruah, dipermudahkan urusan dan berjaya serta cemerlang dalam apa juga yang Cikgu laksanakan..Jutaan terima kasih Cikgu..Semoga Cikgu diberkati, dirahmati dan mendapat yang terbaik dalam semua perkara..aamiin3x yra..
Assalammualaikum wbt
Cikgu saya mohon salin cth Skrip Hi Tea ini, Semoga Allah memberikan Cikgu rezeki yang melimpah ruah, dipermudahkan urusan dan berjaya serta cemerlang dalam apa juga yang Cikgu laksanakan..Jutaan terima kasih Cikgu..Semoga Cikgu diberkati, dirahmati dan mendapat yang terbaik dalam semua perkara..aamiin3x yra.
Post a Comment