Search This Blog

Pages

Friday, April 27, 2012

MAJLIS GRADUASI TAHUN 2009


Mengumumkan perarakan masuk barisan graduan SMT DSMZ bagi sesi akademik 2008 dan 2009


Panglima melaka segak bergaya
Srikandi negara taat setia
Melangkah kemas penuh ceria
Mengecap kejayaan yang di cipta
Dengan tabah menempuh duga yang berbisa
Dengan tabah mendaki lurah ke puncak tinggi
Segalanya pasti berjaya
Bersama janji dan semangat diri
Bukan mudah menjulang cita yang dibangga
Bukan mudah menjejak mimpi jadi realiti

****************************************************************************************************
Mengumumkan perarakan masuk barisan pentadbiran SMTDSMZ , dif2 jemputan dan tetamu kehormat. Warga dewan diminta berdiri

****************************************************************************************************
Hadirin, hadirat yang dihormati,
Majlis graduasi dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu sekolah – Berbeza tetap bersatu. Hadirin diminta bersedia.

Majlis mempersilakan Yang berbahagia Tn Hj Nordin b mahmud
Dan tetamutetamu kehormat serta para hadirin untuk mengambil tempat yang telah disediakan.

Bismillah……alhamdulillah hi rabbil...

1. Yang berbahagia Tn Hj Nordin B Mahmud, ketua penolong pengarah sektor pengurusan sekolah.
Wakil rasmi pengarah Bhg Pend Teknik Dan Vokasional, Kem. Pelajaran Malysia

2. Yang dihormati Tn Hj Md Jelan B Saadan
Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah

3. Yang berusaha Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain, Pengetua SMTDSMZ

4. Yang berusaha/ dihormati Pn Hjh patimah Bt Hj othman, Guru penolong Kanan Pentadbiran sekolah

5. Yang dikasihi Puan Sermaini bte Pien, YDP PIBG SMTDSMZ

6. Pengetua2 atau wakil2 sekolah menengah kawasan Alor Gajah dan sekolah menengah teknik negeri Melaka, Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Alor Gajah, Pegawai pemuafakatan sekolah, dif2 jemputan,
Guru-guru penolong kanan, Guru-guru Cemerlang, guru-guru rakan seperjuangan, Ahli-ahli JawatanKuasa PIBG, Ibubapa dan penjaga pelajar, serta para graduan yang diraikan seterusnya hadirin-hadirat yang dimuliakan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SMTDSMZ tersergam indah
Dari jauh tampak berseri
Bangunan lama dan baru berganding megah
Pepohon angsana berbaris-baris
Pepohon nyiur berbanjar-banjar
Dewan burhanudin helmi tempat bersatu
Pentas utama penyaksian anugerah
Para graduan segak menawan
Memakai jubah indah dan tampan
Tersenyum bangga menerima watikah
Hari ini penuh keramat
Segala usaha berjuta hikmat
Kepada graduan kami pertaruhkan
Selautan hasrat segunung harapan


Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan majlis graduasi bagi sesi akademik 2008/2009 ini.

Terlebih dahulu, Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih, terutama kepada yang berbahagia Tn Hj Nordin B Mahmud dan semua para hadirin di atas kesudian meluangkan masa, bersama-sama kami dalam menjayakan majlis graduasi pada kali ini. Semoga dengan kehadiran kalian dapat menyuntik bara semangat kepada para bakal graduan bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2009.


Duduk bersama satu tujuan
Indah majlis gilang gemilang
Mohon doa kupohon tuhan
Semoga Majlis peroleh keberkatan

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz jaini b saiman untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya di persilakan
********************************************Bacaan Doa*****************************************
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustadz Jaini Bin Saiman di atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi.


Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah kepada putera-puteri datuk seri mohd zin yang berjaya dalam pencapaian peperiksaan percubaan sijil pelajaran malaysia baru-baru ini. Seramai 261 orang pelajar tingkatan 5 akan di graduasikan sebentar lagi.

Buat makluman hadirin, terdapat 2 aliran utama dalam sesi pengajian 2008/2009 di SM teknik datuk seri mohd zin ini. Aliran yang ditawarkan ialah aliran teknik yang terdiri daripada beberapa kursus pengajian iaitu Pengajian kejuruteraan awam , pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik dan perdagangan. Manakala dalam aliran vokasional pula ditawarkan kursus pengatucaraan komputer, pengurusan perniagaan, automotif, elektrik dan elektronik, bahan binaan, amalan bengkel mesin dan kimpalan fabrikasi logam.

Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis graduasi sesi akademik 2008/2009 ini diraikan khusus untuk putera-putera dan puteri-puteri datuk seri mohd zin sebagai peransang kepada anak didik kita mencapai kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi, terutamanya dalam bidang akademik agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam keputusan SPM 2009 kelak.

Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah para graduan. Diharapkan ia dapat di jadikan obor semangat kepada para graduan untuk menempa kejayaan yang lebih gemilang pada hari mendatang.

Kepada para bakal graduan datuk seri mohd zin, di harap sentuhan majlis ini juga dapat membuatkan anakanda tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali teknik datuk seri mohd zin. Kami berharap, anakanda dapat mencurahkan jasa dan bakti kepada bangsa dan negara sebaik sahaja melangkah keluar mengakhiri sesi pengajian di perkampungan teknik datuk seri mohd zin ini.

Yang berbahagia dan Hadirin hadirat yang dimuliakan,
Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua SMTDSMZ, tuan Hj Mohd Shaari Bin Hussain , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan Tn pengetua*************************************
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Kini majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Nordin B Mahmud ketua penolong pengarah sektor pengurusan sekolah, Wakil rasmi pengarah Bhg Pend Teknik Dan Vokasional, Kem. Pelajaran Malysia untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis graduasi bagi tahun 2009.
Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan
***********************************Ucapan Tetamu Kehormat***********************************

Berilah kami haluan kemudi
Pengobat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Amanat tuan jadi pegangan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu kehormat atas ucapan dan pengisytiharan graduasi sesi akademik 2008/2009 SMT DSMZ

****************************************************************************************************
Hadirin-hadirat warga dewan sekelian,

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah dan sijil graduasi kepada graduan-graduan SMT DSMZ.

Terdapat 2 anugerah yang bakal di anugerahkan kepada para graduasi sebentar lagi. Anugerah itu adalah anugerah pengetua dan anugerah mata pelajaran terbaik. Sehubungan dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan yang berusaha
Tn Hj Mohd Shaari untuk menjemput dan mengiringi tetamu kehormat
Yang Berbahagia Tn Hj Nordin B Mahmud bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Berikut diumumkan penerima anugerah pengetua dimulakan dengan

Aliran teknik

1 MOHD NAZDRI B SHAFIE PKA 1 3.28
2 NASRUL FAIQ B KHAIRIL

MP TERBAIK- MATEMATIK
- LUKISAN KEJURUTERAAN PKA 1 3.26
3 MOHD FAIZAL B ABD JALIL ALFA 3.21
4 MOHD NUR FARHAN B HAMDAN ALFA 3.04
5 MOHD HAFIZ SAIFULLAH B SATIA ALFA 3.00

Aliran vokasional
6 MOHD FARID B ABD LATIF

MP TERBAIK- SAINS
- FUNDAMENTALS OF PROGGRAMMING
- PROGRAMMING AND DEVELOPMENT TOOLS
PCK 3.74
7 MOHD SYAFIQ B MOHD SIDEK AUTO 3.63
8 IHSAN FIKRI B ABD AZIZ EE 2 3.62
9 HILMI SYAHIRAN B NAZARUDDIN AUTO 3.56
10 MOHD SUFIYAN B ABD RASHID EE 2 3.53

Majlis mempersilakan penerima anugerah mata pelajaran terbaik, dimulakan dengan penerima

1 MUHAMAD NUR FIKRI B MAT DERIS EE 1 BAHASA MELAYU
2 NUR AMIRAH BT HARIS PKA 1 BAHASA INGGERIS
3 NURUL ASYILAH BT YUNOS PERD PENDIDIKAN ISLAM
PRINSIP AKAUN
4 VINOD A/L MOHAN EE 1 PENDIDIKAN MORAL
5 AHMAD HANAFI B MD RAZAK AUTO APPLIED SCIENCE
6 MOHD ARIF B JAMLUS BETA PENG KEJ EL DAN ELK
7 NORASHIKIN MOHAMAD RASOL PERD PRINSIP AKAUN
8 MOHAMAD YUSUF B JAAPAR ABM PEMESINAN BERKOMPUTER
9 MOHD AMIR HAIKAL B JALALUDIN ABM AMALAN BENGKEL MEKANIKAL
10 MOHD KHAIRIL B MISRAN ABM AMALAN BENGKEL MEKANIKAL
11 MOHD B RAMRAN AUTO AUTOMOTIF KENDERAAN
12 NUR MOHD FAIZ B KHALED AUTO AUTOMOTIF EL DAN DIESEL
13 MOHD AMIRUDIN ISHAK BB BAHAN BINAAN
14 MOHD NIZAM B SUHAIMI EE 1 APLIKASI EL DAN ELK
15 MOHD HAFIZ B MD SHOLEH EE 2 PRINSIP EL DAN ELK
16 MOHD SYAFIQ B ABD RAHIM KFL KIMPALAN ARKA
17 NUR SYAHIRAH BT MOHD SALLEH PPN PERAKAUNAN PERNIAGAAN

Majlis mempersilakan penerima anugerah sijil graduasi kepada 261 orang pelajar SMT DSMZ. Pemberian sijil graduasi dimulakan dengan aliran vokasional daripada kursus amalan bengkel mesin.

Sijil Graduasi Aliran Vokasional

Sijil Graduasi Aliran Teknik

Demikianlah tadi berakhirnya pemyampaian anugerah2 dan sijil2 graduasi yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran para tetamu-tetamu kehormat yang telah sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kita pada pagi ini, majlis berbesar hati memberikan cenderamata tanda terima kasih kami kepada semua para tetamu kehormat.

1. Majlis mempersilakan Yang Dikasihi Pn Sermaini Bt Pien, Pengerusi YDP PIBG SMTDSMZ untuk menerima cenderahati..dipersilakan



2. Majlis mempersilakan Yang Di hormati Tn hj Md jelan B saadan
Pegawai pendidikan daerah alor gajah untuk menerima cenderahati..dipersilakan

Sebagai tanda terima kasih di atas kesudian yang berbahagia tuan hj nordin b mahmud atas penyempurnaan majlis graduasi bagi sesi akademik 2008/2009 sebentar tadi, majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang berbahagia tuan.

Jesteru itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yg berusaha, Tuan pengetua untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan dari warga SMT DSMZ.
Majlis mempersilakan.
**************************************penyampaian cenderamata****************************
Cantik jambangan bunga disusun,
Bunga orkid, cempaka, melati
Budimu bagaikan air terjun,
Mengalir terus tanpa henti.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yg berbahagia tn hj nordin
Yg dihormati PPD alor gajah
Yg berusaha Tn Pengetua
Yg dikasihi YDP PIBG dan
Semua ahli jawatankuasa kerja majlis graduasi sesi akademik 2008/2009 yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya.
Tidak lupa juga kepada semua yang hadir kerana telah menjayakan majlis graduasi yang penuh bermakna pada pagi ini. Dengan ini berakhirlah sudah majlis gradusi SMT DSMZ bagi sesi akademik bagi tahun 2008/2009

Mengumumkan perarakan keluar tetamu kehormat Yg Berbhg dif2 jemputan dan barisan pentadbiran SMTDSMZ. Warga dewan diminta berdiri
*******************************************************************************************************
Mengumumkan perarakan keluar para graduan seramai 261 graduan bagi sesi akademik 2008/2009
*************************************************************
Sessi fotografi
Makan Tengahari ,Majlis Bacaan Yaasin , Sembahyang Hajat

No comments: