Search This Blog

Pages

Saturday, April 21, 2012

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 33 TAHUN 2009

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Kamrul Zaman bin Jantan
diiringi oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ


Kompang bergema pusaka bangsa,
Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Yang Berbahagia En. Kamarul Zaman bin Jantan, Pengarah Urusan KJ Waja Engineering
( M ) Sdn. Bhd

Yang dihormati Pn. Sermainie Pien, YDP PIBG

Yang berusaha Pn Hjh Semah Mohd Noh Pengetua SMTDSMZ

Guru-guru penolong kanan, Guru-guru Cemerlang, guru-guru rakan seperjuangan, Ahli-ahli JawatanKuasa PIBG, Ibubapa dan penjaga pelajar, bekas pelajar SMTDSMZ, pelajar-pelajar tingkatan 5 seterusnya hadirin-hadirat yang dihormati.

Alhamdullillah…. bershukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya mengizinkan kita berhimpun di dewan pada petang ini untuk majlis ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK & MESYUARAT AGUNG PIBG SMTDSMZ BAGI KALI KE 33 TAHUN 2009.


Terlebih dahulu bagi pihak majlis, kami mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita Yang Berbahagia En. Kamarul Zaman bin Jantan, Pengarah Urusan KJ Waja Engineering
( M ) Sdn. Bhd serta hadirin-hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian Yg. Berbahagia Tetamu Kehormat kita meluangkan masa pada petang ini akan menyemarakkan lagi majlis yang penuh keberkatan dan gemilang ini.


Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis pada petang ini, dengan segala hormatnya dijemput Uzt. _________________________________ untuk membacakan doa…… dipersilakan.

Bacaan doa

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada _______________________ di atas bacaan doa itu tadi.


Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Majlis pada petang ini, adalah bertujuan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar yang cemerlang di bidang akademik. Mereka ini dinilai melalui keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2008 dan peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 juga tahun yang sama


TERKINI SPM



Hadirin-hadirat warga dewan yang dikasihi,

Selesai sahaja majlis anugerah kecemerlangan akademik, majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG untuk kali ke 33 tahun 2009. Dikesempatan ini juga bagi pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada para ibubapa, penjaga pelajar dan guru-guru yang hadir pada petang ini untuk mesyuarat agung PIBG. Apa yang diharapkan, agenda mesyuarat pada kali ini akan mencetuskan pendapat dan membuahkan idea yang bernas, hasil perbincangan semua ahli demi memastikan anak didik kita akan terus cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi. Kita juga sedia maklum dalam era globalisasi ini, cabaran dalam mendidik anak-anak kita menjadi warga yang berjaya memerlukan pengorbanan yang besar dan kerjasama erat dari setiap pihak terutama antara ibubapa dan guru-guru.


Hadirin-hadirat warga dewan yang dikasihi,

Majlis pada petang ini kita mulakan dengan menjemput YDP Pengerusi PIBG, Pn Sermaini Pien untuk menyampaikan ucapan alu-aluan……….. dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan YDP Pengerusi PIBG

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG itu tadi.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua SMTDSMZ, Pn. Hjh. Semah bte Mohd. Noh untuk menyampaikan ucapan………. dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan Tuan Pengetua

Majlis merakamkam jutaan terima kasih di atas ucapan oleh Tuan Pengetua itu tadi.


Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucapan perasmian oleh tetamu kehormat kita
Yang Berbahagia En. Kamarul Zaman bin Jantan, Pengarah Urusan KJ Waja Engineering
( M ) Sdn. Bhd dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik & Mesyuarat Agung PIBG SMTDSMZ kali ke 33 tahun 2009……… majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan .....Yang Berbahagia En. Kamarul Zaman bin Jantan, Pengarah Urusan KJ Waja Engineering
( M ) Sdn. Bhd

.

Ucapan Perasmian tetamu kehormat

Demikianlah tadi ucapan dan perasmian yang telah disempurnakan oleh Berbahagia En. Kamarul Zaman bin Jantan, Pengarah Urusan KJ Waja Engineering
( M ) Sdn. Bhd

Majlis merakamkan jutaan terima kasih .


Hadirin-hadirat yang dihormati,

Kini tibalah acara kemuncak pada petang ini iaitu majlis penyampaian anugerah dan cenderamata kepada pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik.

Dengan itu majlis mempersilakan Tuan Pengetua dan Pengerusi PIBG untuk mengiringi Yang Berbahagia En. Kamarul Zaman bin Jantan, Pengarah Urusan KJ Waja Engineering
( M ) Sdn. Bhd bagi menyempurnakannya….. dipersilakan.

1. Anugerah Pengetua
Pelajar terbaik aliran teknik didalam SPM 2008 – Menerima wang tunai RM200.00, sijil & cenderamata.
** Baca Biodata Izzliyana
Menjadi ahli PRS
Anak ke 2 dari 3 orang adik beradik


2. Anugerah YDP PIBG
Pelajar terbaik aliran vokasional didalam SPM 2008 – Menerima wang tunai
RM 200.00, sijil & cenderamata

** Baca biodata M Khir Hafifi
Kelas
Anak ke 7 dari 9 adik beradik
Aktif dalam sukan ping pong dan memenangi tempat ke 3 didalam pertandingan ping pong daerah kategori berkumpulan
Memenangi tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian solo peringkat daerah
Bercita-cita menjadi seorang pensyarah di salah sebuah universiti di malaysia


3. Anugerah Koperasi
Panitia terbaik pencapaian didalam SPM 2008 - Menerima wang tunai RM 100.00, sijil & cenderamata

PANITIA SAINS
Dijemput Ketua Panitia mata pelajaran Sains , Pn Zawati Bt Abd Wahab

4. Anugerah PIBG
Mata pelajaran peningkatan terbaik di dalam pencapaian SPM 2008 - Menerima wang tunai RM 50.00, sijil & cenderamata

5. Anugerah pelajar terbaik mengikut kursus dalam SPM 2008
- Setiap pelajar akan menerima wang tunai RM 50.00, sijil & cenderamata

a. KURSUS AMALAN BENGKEL & MESIN –

b. KURSUS AUTOMOTIF –

c. KURSUS BINAAN BANGUNAN –

d. KURSUS ELEKTRIK –

e. KURSUS ELEKTRONIK –

f. KURSUS KIMPALAN, FABRIKASI & LOGAM –

g. KURSUS PENGATURCARAAN KOMPUTER -

h. KURSUS PERDAGANGAN –

i. KURSUS PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM –
j. KURSUS PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK –

6. Anugerah Asrama
Pelajar asrama terbaik keseluruhan tingkatan 4 , 2008 - menerima wang tunai RM 50.00, sijil & cenderamata




7. Hadiah pelajar terbaik mengikut kursus tingkatan 4, 2006
Setiap pelajar akan menerima wang tunai RM 20.00, sijil & cenderamata

a. KURSUS AMALAN BENGKEL & MESIN – MOHD YUSOF B JAAPAR

b. KURSUS AUTOMOTIF – AHMAD HANAFI B MD RAZAK

c. KURSUS BINAAN BANGUNAN – MUHD ASRI B RAHMAN

d. KURSUS ELEKTRIK&ELEKTRONIK 1- SITI KHADIJAH BT ABD RASHID

e. KURSUS ELEKTRIK&ELEKTRONIK 2 – IHSAN FIKRI B ABD AZIZ

f. KURSUS KIMPALAN FABRIKASI LOGAM – AHMAD FAUZAN HAKIM B ANUAL

g. KURSUS PENGATUCARAAN KOMPUTER – NUR SYARINA BT ABD RAHIM

h. KURSUS PERDAGANGAN – FATIN NADHIRA BT AFIZUL

i. KURSUS PENGURUSAN PERNIAGAAN – NUR FARHANAH NADIA BT AB MALEK
j. KURSUS PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM –NASRUL FAIQ B KHAIRIL

k. KURSUS PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK –
MOHD HAIRUL B YANHYA


** Untuk pengetahuan hadirin, anugerah berbentuk hadiah dan wang tadi telah disumbangkan oleh individu-individu iaitu :
Tuan Pengetua, Pengerusi PIBG, Koperasi SMTDSMZ Berhad dan Pihak Asrama.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap penyumbang tadi.

Seterusnya sebagai tanda penghargaan kepada barisan AJK PIBG tahun 2007/2009 yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang, dipersilakan



Hadirin yang dihormati,

Dan akhirnya sabagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita , Yang Berbahagia En. Kamarul Zaman bin Jantan, Pengarah Urusan KJ Waja Engineering
( M ) Sdn. Bhd yang telah sudi hadir pada petang ini, dipersilakan Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderamata.

Pilih antah buangkan dedak
Beras segantang pulang dijunjung
Entah terbalas entah tidak
Jasamu tuan tetap disanjung.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Kamarul Zaman bin Jantan, Pengarah Urusan KJ Waja Engineering
( M ) Sdn. Bhd dan Tuan Pengetua yang telah sudi menyampaikan anugerah dan cenderamata itu tadi.


Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Berakhirlah sudah majlis anugerah kecemerlangan akademik, seterusnya sebentar lagi kita akan mulakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 33.

Sebelum majlis ini diserahkan kepada setiausaha PIBG, bagi pihak majlis memohon maaf sekiranya dalam mengendalikan majlis ini terdapat salah dan silap…… maaf jua dipinta.

Seterusnya dipersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi Tetamu Kehormat ke majlis jamuan ringan.

Akhir kata….. Selamat bermesyuarat dan terima kasih

Wabillahhitaufikwalhidayah…. wassalamualaikum w.b.t.

Majlis diserahkan kepada Pengerusi PIBG untuk memulakan mesyuarat.

No comments: