https://sptv.moe.gov.my/kvsmt_semakan2016/index.cfm
SILA SEMAK KEPUTUSAN ANDA KE KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 1 PRA DIPLOMA (SVM) 2016. SELAMAT MENJADI KELUARGA KAMI.
DOWNLOAD SEGALA BORANG DAN SENARAI PERALATAN DI BLOG RASMI KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH...http://kvjuasseh.com.my/
Search This Blog
Pages
Sunday, January 17, 2016
Tuesday, November 17, 2015
TEKS PENGACARA MAJLIS
ANUGERAH KECEMERLANGAN
KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2015
|
BIL.
|
AGENDA
|
TEKS PENGACARA
|
|
0
|
Sebelum Majlis Bermula
NIZAM
|
1. Mohon
hadirin memenuhkan ruang tempat duduk hadapan.
2. Mohon
kerjasama kepada hadirin untuk mematikan telefon bimbit atau pastikan telefon
bimbit dalam ketetapan senyap sepanjang majlis ini berlangsung.
3. Mohon
kerjasama hadirin untuk tidak meninggalkan majlis sehingga majlis ini selesai
kerana ini merupakan majlis rasmi
kolej.
4. Mohon tetamu
berdiri ketika ketibaan tetamu vvip dan ketika Nyanyian Lagu Negaraku.
|
|
1.
|
Ketibaan jemputan ibu
bapa.
Nyanyian Lagu Negaraku
NIZAM
|
Mengumumkan
ketibaan Yang Berbahagia En ABD Wahab Bin Lebai Yazid, selaku wakil rasmi Pegawai
Pendidikan Daerah Kuala Pilah dan Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG Tn. Hj
Ropie bin Zainuddin diiringi oleh Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Pn. Hjh
Fátimah bt Md Akhir dan pihak pentadbir kolej.
# Hadirin
dipersilakan duduk.
|
|
2.
|
Bacaaan Doa
IDA ZUMIRA
|
Menadah tangan doa dibaca,
Lafaz bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon bersama- sama ,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi memberkati
majlis kita pada hari ini, marilah sama- sama kita mengaminkan bacaan doa
yang akan diketuai oleh Al-Fadil Ustaz
Hasbullah bin Ali. Dipersilakan.
Amin, amin Ya Rabbal Alamin, majlis merakamkan terima
kasih kepada Al- Fadil ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.
|
|
3.
|
Ucapan Alu- aluan Pengerusi Majlis
NIZAM
IDA ZUMIRA
|
NIZAM- Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Di celah angsana di Tanah
Jawa ,
Ucapan Aluan pembuka bicara,
Di Dewan Gemilang kita bersua.
IDA
ZUMIRA- Bunga
Melati menghias gelas,
Baunya harum memikat hati,
Anugerah
Kecemerlangan 2015,
Murid cemerlang kita hargai.
Assalamualaikum
w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Yang Berbahagia
En ABD Wahab Bin Lebai Yazid, selaku wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah
Kuala Pilah
Tn. Hj Ropie
bin Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh
Yang Berusaha, Pn.
Hjh Fatimah bt Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,
Yang dihormati,
En. Sarimen B. Sapie, Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,
Pn. Hjh
Rusnawati bt Juda, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional
Juasseh,
En. Samsudin b.
Mamat, Ketua Unit Jaminan Kualiti,
Ajk PIBG, barisan
pensyarah, para pelajar yang diraikan, ibu bapa dan hadirin sekalian.
Alhamdulillah,
bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul
bersama- sama di dalam Dewan Gemilang ini bagi meraikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan bagi tahun 2015 ini. Untuk makluman hadirin, majlis Anugerah
kecemerlangan pada hari ini merupakan
sidang ke- 2 bagi tahun 2015 ini. Majlis yang gilang- gemilang ini telah
dimulakan pada pagi tadi dengan Majlis
Konvokesyen bagi pelajar Sijil Vokasional Malaysia. Justeru, majlis pada
petang ini merupakan kesinambungan daripada majlis pagi tadi yang penuh bersejarah. Pihak kolej sangat mengalu- alukan
kehadiran para jemputan, ibu bapa dan pelajar- pelajar di majlis ini. Semoga
dengan kehadiran semua, majlis ini akan lebih bermakna dan bertambah serinya.
Hadirin yang
dihormati,
Majlis Anugerah
Kecemerlangan Akademik sidang ke- 2 ini diadakan adalah untuk menghargai pencapaian pelajar
aliran kemahiran dalam Peperiksaan Percubaan 2014. Selain itu, majlis ini
juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar- pelajar semester 1
dan 3 Sijil Vokasional Malaysia serta pelajar semester 1 Diploma Vokasional
Malaysia yang berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi tahun 2015. Pihak
kolej berharap agar penghargaan ini dapat membakar semangat pelajar – pelajar
ini untuk terus bersaing mengejar kejayaan pada masa akan datang dan sekali
gus membuktikan kejayaan Trasformasi Pendidikan Vokasional yang memberi fokus
terhadap kebolehpekerjaan graduan kolej vokasional.
|
|
4.
|
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
NIZAM
|
Hadirin yang
dihormati,
Sebelum kita
meneruskan majlis, marilah sama- sama kita saksikan persembahan multimedia
sebagai halwa mata dan telinga pada petang nan indah ini. Majlis mempersilakan.
##Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi.
Persembahan
multimedia tersebut disunting oleh AJK Multimedia diketuai oleh Pn Hjh Yati
Binti Misri. Tayangan Multimedia sebentar tadi merupakan aktiviti dan
kejayaan yang di capai oleh pelajar-pelajar kolej vokasional juasseh
sepanjang tahun 2015.
|
|
5.
|
Ucapan YDP PIBG
NIZAM
|
Hadirin yang
dihormati, majlis pada petang ini diteruskan dengan mempersilakan Yang
berusaha , Tn. Hj Ropie bin Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional
Juasseh untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
###Terima kasih
diucapkan kepada atas kesudian Tn. Hj Ropie bin Zainuddin, Yang Dipertua PIBG
Kolej Vokasional Juasseh menyampaikan ucapan sebentar tadi.
|
|
6.
|
Ucapan PPD
IDA ZUMIRA
NIZAM
|
Pergi ke kota
beli selasih,
Sayang si dara
senyum tawa
kata azimat
simpulan kasih,
Sulamkan mesra
satukan jiwa.
Hadirin
sekalian,
Tanpa
melengahkan masa marilah sama- sama kita dengarkan pula ucapan daripada Yang
Berbahagia En ABD Wahab Bin Lebai Yazid, selaku wakil rasmi Pegawai
Pendidikan Daerah Kuala Pilah
Majlis dengan
penuh hormat mempesilakan.
Bunga selasih
subur di taman,
harum melati
penyeri intan,
Terima kasih
ucapan tuan,
Kekal bersemi
dalam ingatan.
Majlis
merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia En ABD Wahab
Bin Lebai Yazid atas kesudian menyampaikan ucapan yang penuh bermakna
sebentar tadi.
|
|
7.
|
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik
#Anugerah Kecemerlangan Akademik
#Sem 1 /2015
|
Hadirin
sekalian,
NIZAM- - Berkebaya
batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata
berlian,
Tibalah masa penyampaian
anugerah,
Penerima teruja menunggu
giliran.
IDA
ZUMIRA--Kini, tibalah masa yang ditungu- tunggu iaitu
penyampaian anugerah kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang
cemerlang. Justeru, bagi menyempurnakan acara, dijemput Yang berusaha Tn. Hj
Ropie bin Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh di iringi
oleh En Sarimen Bin Sapie Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Juasseh
naik ke pentas untuk menyampaikan
anugerah.
IDA #####Majlis dimulakan dengan Anugerah kecemerlangan
Akademik sem 1/ 2015. Pelajar terbaik Sem 1 ialah...........................................dengan
PNGK............
NIZAM---Seterusnya, anugerah bagi 33 orng pelajar yang mendapat
PNGK melebihi 3.75 . Di jemput
saudara/ saudari..................................
Gilir2
IDA---Seterusnya, anugerah bagi 80 orang pelajar yang
mendapat PNGK melebihi 3.5. Pelajar- pelajar tersebut ialah saudara/
saudari................................................
Baca bergilir2 ikut senarai nama
NIZAM #####Anugerah seterusnya ialah Anugerah Kecemerlangan
Akademik bagi Semester 3/2015. Pelajar terbaik sem 3 ialah............................dengan
pngk..................
IDA
ZUMIRA ---Seterusnya,
anugerah bagi 15 orng pelajar yang mendapat PNGK melebihi 3.75 . Di jemput saudara/
saudari..................................
NIZAM ---Seterusnya, seramai
92 pelajar akan menerima sijil
penghargaan kerana mendapat PNGK melebihi 3.5. Pelajar- pelajar tersebut
ialah saudara/ saudari................................................
Baca bergilir2 ikut senarai nama
IDA
ZUMIRA—majlis
diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kecemerlangan akademik bagi
pelajar diploma sem 1. Bagi menyempurnakan acara, majlis menjemput Pn Hjh
Fatimah Binti Md Akhir Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh di iringi oleh
Pn Hjh Rusnawati Binti Juda untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan.
Pelajar terbaik diploma sem1
ialah...............................................dan.................
Dengan pencapaian pngk 3.96.
NIZAM ###Bagi Anugerah PNGK MELEBIHI 3.75,
dijemput................................................................
Gilir2
IDA
ZUMIRA###
Bagi pelajar diploma sem 1 yang mendapat pngk melebihi 3.5 pula
ialah........................
Gilir2
NIZAM ##Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Pn. Hjh Fatimah bt Md
Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh atas kesudian beliau menyampaikan
anugerah sebentar tadi.
|
|
8.
|
ANUGERAH PENGURUSAN M/PLJRN AKADEMIK TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN VOKASIONAL TERBAIK
ANUGERAH PENGURUSAN BENGKEL TERBAIK
PENGURUSAN MAKMAL TERBAIK
PENGURUSAN BILIK KHAS TERBAIK
|
Hadirin yang
dihormati,
IDA
ZUMIRA- lahirnya insan yang berjaya bermula daripada seorang
guru yang mencurahkan ilmu tanpa mengenal erti lelah dan jemu. Oleh itu,bagi
menghargai jasa para pensyarah, pihak pengurusan kolej berbesar hati untuk
memberi penghargaan kepada para pensyarah yang telah bertungkus lumus memastikan
kejayaan anak didiknya.Dengan ini, tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Yang Berbahagia
En ABD Wahab Bin Lebai Yazid, selaku wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah
Kuala Pilah diiringi bersama-sama Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir, En
Sarimen Bin Sapie, Pn Hjh Rusnawi Binti Juda dan En Samsudin Bin Mamat untuk
menyempurnakan acara penyampaian hadiah.
NIZAM----bagi
anugerah pengurusan mata pelajaran terbaik, di anugerahkan kepada unit bahasa
melayu yang terdiri daripada 7 org pensyarah. Dijemput wakil iaitu pn.
Sanisah bt abdullah untuk naik ke pentas menerima hadiah.
Seterusnya,
unit sains yang terdiri daripada 5 org pensyarah. Dijemput wakil iaitu pn.
Suzira bt a. Rahman. Yang terakhir unit pendidikan islam. Dijemput wakilnya
ustaz hasbullah b. Ali.
BACA SHJ
ANUGERAH2 SETERUSNYA IKUT SENARAI
- ucp tma ksh
kpd penyampai hadiah
|
|
9.
|
Penyampaian AnugeraH PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK
|
Sidang Hadirin
yang dihormati,
IDA
ZUMIRA- Tanpa melengahkan masa, majlis ini diteruskan lagi
dengan penyampaian anugerah yang seterusnya iaitu penyampaian anugerah
pengurusan sokongan akademik.
Baca je ikut
senarai
NIZAM ####MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN Anugerah PENGURUSAN JAMINAN KUALITI.
BACA
SHJ SENARAI ANUGERAH IKUT YG DIBERI
IDA
ZUMIRA -Tahniah diucapkan kepada penerima- penerima anugerah.
DIHARAPKAN PARA PENSYARAH AKAN MENJADIKAN PENGHARGAAN INI SEBAGAI PEMBAKAR
SEMNGAT UNTUK TERUS MEMBERIKAN KOMITMEN YG TINGGI DLM MENJALANKAN TUGAS.
SEMOGA PARA PENSYARAH DAN PELAJAR YANG MENERIMA ANUGERAH PADA TAHUN INI AKAN
TERUS CEMERLANG PADA MASA AKAN DATANG.
|
|
10.
|
Penyampaian Cenderamata
|
IDA
ZUMIRA
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia En ABD Wahab Bin Lebai Yazid, selaku
wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah atas kesudian
beliau menyampaikan anugerah pada hari ini. Sebagai tanda penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga, majlis menjemput Pn. Hjh Fatimah bt Md.
Akhir, Pengarah KV Juasseh untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia En ABD Wahab Bin Lebai Yazid
NIZAM
Sesungguhnya,
kesudian Yang Berbahagia hadir ke majlis kami merupakan suntikan semangat
kepada kami para pensyarah dan ibu bapa untuk terus berusaha melonjakkan
kecemerlangan anak- anak didik di kolej ini. Terima kasih sekali lagi. Majlis
juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengarah atas kesudian beliau
menyampaikan cendermata sebentar tadi.
|
|
12.
|
Penutup
|
Sidang hadirin yang dihormati,
IDA ZUMIRA
Dengan
penyampaian cendermata sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Anugerah
Kecemerlangan Kolej Vokasional Juasseh Bagi Tahun 2015 ini.
IDA
ZUMIRA
Anak haruan berlima- lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun- tahun.
NIZAM
Kain yang carik cuma dihujung,
Dibuat alas mengelap kendi,
Budi yang baik tetap dijunjung,
Tahun hadapan berjumpa lagi.
IDA
ZUMIRA
Madah diungkap santun bicara,
Pantun dilantun mengusik hati,
salah dan silap tutur bicara
Mohon diampun seikhlas hati.
|
|
13.
|
Majlis bersurai dan jamuan
|
NIZAM
Majlis dengan
ini merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada barisan AJK yang
bertungkus –lumus menjayakan majlis ini. Majlis juga mengucapakan terima
kasih kepada semua AJK PIBG, para pensyarah, ibu bapa dan para pelajar atas
kerjasama dalam menjayakan majlis ini serta sudi hadir menyerikan majlis ini.
IDA
ZUMIRA
Bagi pihak
majlis kami menyusun 10 jari memohon kemaafaan andai terdapat kekurangan
sepanjang mengendalikan majlis ini. Sekian Terima Kasih.
|
MAJLIS GRADUASI PELAJAR SIJIL VOKASIONAL
MALAYSIA
Mohon perhatian, majlis akan
bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu, para hadirin diminta mengambil tempat
duduk. Saya akan umumkan etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran majlis.
1. Sila
pastikan hand phone berada dalam mod senyap atau tidak diaktifkan
2. Para
hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan.
3. Berdiri
semasa nyanyian lagu patriotik
4. Menghormati
bacaan doa
5. Duduk
di kerusi yang telah ditetapkan.
6. Tidak
keluar masuk dewan setelah mengambil tempat duduk.
7. Tidak
membuat bising sehingga mengganggu kelancaran majlis.
8. Hadirin
diminta agar terus berada dalam dewan
sehingga tetamu kehormat meninggalkan majlis.
Minta kerjasama agar para
pensyarah, ibu bapa, para tetamu serta para pelajar mengambil tempat di Dewan Gemilang.
Perarakan Masuk Graduan (Warga dewan berdiri)
Di
umumkan perarakan masuk para graduan Sijil Vokasional Malaysia Kolej Vokasional
Juasseh 2014
Perarakan Masuk VIP, Pengarah KVJ dan Ketua Jabatan
Perarakan
masuk Yang berbahagia Encik Fauzi
Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik
dan Vokasional
diiringi
oleh :
Pengarah
Kolej Vokasional Juasseh, Pn Hjh Fatimah bt Md Akhir, bersama-sama
Ketua
jabatan Kolej Vokasional Juasseh
PERARAKAN
DIKETUAI OLEH PEMBAWA COKMAR MAJLIS GRADUASI :
En
Hazman Bin Hamzah – KETUA UNIT Hal Ehwal Pelajar
(***NYANYIAN
LAGU NEGARAKU***) tak perlu umumkan
(Selesai
nyanyian)
Para
tetamu, hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.
Bacaan doa
Majlis graduasi disambut
meriah,
Memberi inspirasi sebuah
kejayaan;
Bacaan doa tangan ditadah,
Semoga majlis beroleh
keberkatan.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, marilah kita
sama-sama memohon taufik dan hidayah bagi majlis graduasi dan anugerah
kecemerlangan ini.
Majlis mempersilakan Ustaz Hasbullah bin Ali untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.....
***Amin, amin, Ya Robbal A’lamin...
Pihak majlis mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Ustaz Hasbullah bin Ali atas bacaan doa itu tadi.
Kata-kata Aluan MC
Assalammualaikum
dan salam 1 Malaysia.
Majlis
mengalu-alukan kehadiran:
- Yang berbahagia Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional Encik Fauzi Bin Abdullah selaku wakil
rasmi pengarah bahagian teknik dan vokasional
- Yang Berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh:
Puan
Hajah Fatimah bt Md Akhir,
- Yang dihormati Timbalan
Pengarah Akademik, En Sarimen bin Sapiei,
- Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik, Puan Hajah Rusnawati bt Hj Juda
- Ketua Unit
Jaminan Kualiti, EN SAMSUDIN
BIN MAMAT
- Ketua-ketua
Jabatan Kolej Vokasional Juasseh
- serta para
pensyarah Kolej Vokasional Juasseh
- Selamat datang
kami ucapkan kepada :
Yang
dihormati YDP PIBG Kolej Vokasional Juasseh, Tuan
Haji Mohd Ropie bin Hj Zainudin serta barisan AJK PIBG
- Pegawai Pelajaran
Daerah Kuala Pilah
................................
- Pengarah-pengarah
KV dan Pengetua-pengetua sekolah Menengah Teknik Zon NS/ Melaka
- Pengetua-pengetua
daerah Kuala Pilah
- Pengerusi JKKK
Juasseh
- Pegawai Perubatan
Juasseh
- Pegawai angkat
perhubungan polis Kuala Pilah ....................
- Yang diraikan :
Para
graduan sijil vokasional malaysia 2014
Seterusnya, hadirin dan hadirat serta para pelajar sekalian.
Syukur alhamdulilah, kita
sama-sama diberi kesempatan berhimpun dalam majlis yang bersejarah ini iaitu majlis
graduasi sijil vokasional malaysia 2014. Lebih bermakna lagi apabila Yang
Berbahgia, Timbalan
Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Encik
Fauzi Bin Abdullah sudi turun ke Juasseh untuk
sama-sama meraikan gradusi para pelajar sijil vokasional malaysia Kolej
Vokasional Juasseh 2014.
Jelas hari ini merupakan hari
yang penuh bermakna khususnya bagi graduan, dan kami seluruh warga Kolej
Vokasional Juasseh amnya berikutan pemberian sijil vokasional malaysia yang
pertama bagi kumpulan kohort 1 tahun 2013. Seramai 189 pelajar layak diberikan sijil
vokasional malaysia 2014. Di samping itu, seramai 79 orang pelajar bakal diberi
anugerah pengiktirafan tertinggi dari pihak kolej atas pencapaian terbaik
mengikut anugerah yang bakal disampaikan. Anugerah yang bakal disampaikan
adalah Anugerah Pengarah dan Anugerah Platinum.
Majlis sukacita
mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan yang di raih
Ucapan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh
Majlis
kita majlis bersejarah,
Meninggalkan
kenangan inspirasi kejayaan,
Majlis
kita lebih terarah,
Ucapan
pengarah kita nantikan.
Seterusnya
majlis dengan penuh takzim mempersilakan pengarah Kolej Vokasional Juasseh , Puan Hjh Fatimah bt Md Akhir menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
...............................
Terima
kasih Puan Hjh atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi
Ucapan VIP
Kompang dipalu caklempong
ditingkah,
Dengarkan pula alunan biola,
Doa sudah alu-aluan sudah;
Dengarkan pula ucapan Yang
Berbahgia.
Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan Yang berbahgia Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional Encik Fauzi Bin Abdullah menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan...
....................................
Majlis merakamkan ucapan
terima kasih atas ucapan Yang berbahgia sebentar tadi.
Pengumuman pengisytiharan graduasi
Seterusnya , majlis
mempersilakan Yang berusaha Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Hjh Fatimah
Bt Md Akhir, untuk mengumumkan pengisytiharan graduasi. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih Puan, maka dengan
pengisytiharan itu tadi, maka sampailah masa untuk penyampaian sijil graduasi
bagi para pelajar sijil vokasional malaysia Kolej Vokasional Juasseh 2014. Buat
pengetahuan yang berbahgia dan hadirin semua. Graduan yang memperolehi Gred
purata 3.5 sehingga 4.00 akan mendapat sijil penghargaan daripada kolej
vokasional juasseh.
Penyampaian sijil gradusi ( 189 pelajar)
Sehubungan
itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berbahgia En Fauzi Bin Abdullah
, untuk menyempurnakan majlis penyampaian sijil graduasi.
***Rujuk senarai nama***
Penerima sijil vokasional
malaysia kolej vokasional juasseh 2014 dimulai dengan kursus perakaunan iaitu
Nurazela Binti Mislan dengan PNGKK 3.84
Seterusnya.....
.................
Majlis mengucapkan terima kasih
kepada Yang Berbahgia En Fauzi , dan Tuan
Pengarah Kolej Vokasional Juasseh
atas penyampaian sijil graduasi tadi.
Persembahan caklempong
Harum baunya si bunga kenanga,
Dicampur rampai pewangi
majlis;
Nikmatilah seketika halwa
telinga,
Persembahan pelajar penyeri
majlis.
Tanpa membuang masa, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan kumpulan caklempong Kolej Vokasional
Juasseh, untuk mempersembahkan tingkahan caklempong mereka. Dipersilakan.
........................................
Demikianlah tadi alunan
tingkahan caklempung yang berjaya memperdengarkan beberapa buah lagu buat halwa
telinga warga dewan gemilang. Terima kasih diucapkan.
Penyampaian Anugerah pelajar sijil vokasional
malaysia 2014
Majlis gradusi diteruskan lagi
dengan penyampaian anugerah-anugerah pelajar sijil vokasional malaysia 2014.
Penerima anugerah ini bakal menerima sijil dan plak. Majlis penyampaian
anugerah dimulakan dengan anugerah pengarah.
Anugerah Pengarah
Anugerah pengarah ini
diberikan kepada dua kategori. Kategori pertama dipilih berdasarkan pencapaian terbaik
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang 2013 dan 2014. Manakala,
kategori kedua dipilih berdasarkan pencapaian terbaik mengikut program.
Terdapat 10 program yang ditawarkan di kolej vokasional juasseh.
Untuk itu, majlis dengan
segala hormatnya sekali lagi menjemput dan mempersilakan dengan penuh takzim Yang
berbahgia Timbalan
Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Encik
Fauzi Bin Abdullah untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.
- Anugerah pengarah pencapaian terbaik
kurikulum dan kokurikulum diberikan kepada
Tan Liong Hong dari kursus
teknologi elektrik... seterusnya...
(rujuk kertas)
- Seterusnya Anugerah pengarah pencapaian
terbaik mengikut program pula dimulai...
(rujuk kertas)......
Anugerah Platinum
Seterusnya
penyampaian anugerah platinum. Anugerah platinum ini dipilih berdasarkan pelajar
yang mendapat pencapaian terbaik keseluruhan setiap semester. Pelajar ini bakal
menerima selempang platinum, plak, bunga dan sijil.
Biodata
Pelajar yang bakal di anugerahkan ini diputerakan pada
tanggal 17 Ogos di hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Anugerah tuhan hasil
hubungan perkahwinan antara Zulkefli bin Mat Ali dan Noraiza Binti Mohd Ali
telah melahirkan insan yang amat bertuah kepada ibu dan bapanya sendiri.
Dilahirkan bersama 5 cahaya mata yang lain,putera ini gemar menghabiskan masa
dengan mempelajari dan menguasai aplikasi terkini di alam maya. Berbekalkan
semangat dan iltizam yang tinggi, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang lulusan
berkemahiran tinggi yang berjaya dalam bidang sistem komputer dan rangkaian.
Memegang prinsip iaitu hidup untuk berjasa didunia dan diakhirat, beliau
sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki nasib hidupnya di samping
ingin berbakti kepada bangsa dan juga negara.
Berkat usaha
beliau serta iringan doa kedua ibu bapa beliau yang tak pernah putus, akhirnya
beliau meraih keputusan cemerlang setiap semester .
- Pada semester
pertama , beliau mendapat PNGK 3.91
- Pada
semester kedua, 3.89
- Pada semester
ketiga, 3.87 dan
- Pada semester
ke empat beliau memperolehi 3.87
Oleh itu, sebagai pengiktirafan daripada pihak kolej
vokasional juasseh, dengan ini diumumkan penerima anugerah platinum bagi tahun 2014
diberikan kepada
Muhammad Iqmal Putra Bin Zulkefli.
Tahniah diucapkan
....................
Syukur
alhamdulilah, demikianlah tadi berakhirnya majlis penyampaian sijil
graduasi kepada para graduan. Terima
kasih diucapkan kepada yang berbahgia En Fauzi atas penyempurnaan penyampaian
anugerah sebentar tadi.
Perarakan keluar VIP
Kini diumumkan perarakan
keluar Yang berbahgia Timbalan
Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Encik
Fauzi Bin Abdullah, dengan diiringi Tuan pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Hjh Fatimah
bt Md Akhir, serta ketua-ketua jabatan.
Para Hadirin diminta berdiri.
Penutup
Andai
ada kesilapan dan keterlanjuran kata-kata , sepanjang kami mengacarakan majlis,
harap dimaafkan. Sesungguhnya segala kekurangan majlis ini adalah ujian tuhan
kepada kami pihak penganjur. Segala yang baik jadikanlah kenangan indah,
manakala yang kurang baik, buanglah dari kota fikiran.
Yang bermula pasti berakhir,
Yang bertemu pasti berpisah,
Majlis kita sudahpun berakhir,
Di sini sahaja kita berpisah.
Kami selaku pengacara majlis
mohon mengundur diri. Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
