Search This Blog

Pages

Tuesday, November 17, 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS
ANUGERAH KECEMERLANGAN
KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2015

BIL.
AGENDA
TEKS PENGACARA

0



Sebelum Majlis Bermula



NIZAM
1. Mohon hadirin memenuhkan ruang tempat duduk hadapan.
2. Mohon kerjasama kepada hadirin untuk mematikan telefon bimbit atau pastikan telefon bimbit dalam ketetapan senyap sepanjang majlis ini berlangsung.
3. Mohon kerjasama hadirin untuk tidak meninggalkan majlis sehingga majlis ini selesai kerana ini merupakan majlis rasmi kolej.
4. Mohon tetamu berdiri ketika ketibaan tetamu vvip dan ketika Nyanyian Lagu Negaraku.

1.

Ketibaan jemputan ibu
 bapa.

Nyanyian Lagu Negaraku

NIZAM

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En ABD Wahab Bin Lebai Yazid, selaku wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah dan Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG Tn. Hj Ropie bin Zainuddin diiringi oleh Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Pn. Hjh Fátimah bt Md Akhir dan pihak pentadbir kolej.
# Hadirin dipersilakan duduk.


2.
Bacaaan Doa



IDA ZUMIRA
Menadah tangan doa dibaca,
Lafaz bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon bersama- sama ,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama- sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh  Al-Fadil Ustaz Hasbullah bin Ali. Dipersilakan.

Amin, amin Ya Rabbal Alamin, majlis merakamkan terima kasih kepada Al- Fadil ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.

3.
Ucapan Alu- aluan Pengerusi Majlis



























NIZAM

IDA ZUMIRA

 NIZAM-         Jejaran mengkudu berbias kesuma,
                        Di celah angsana di Tanah Jawa ,
                        Ucapan Aluan pembuka bicara,
                       Di Dewan Gemilang kita bersua.

IDA ZUMIRA- Bunga Melati menghias gelas,
                       Baunya harum memikat hati,
                       Anugerah Kecemerlangan 2015,
                       Murid cemerlang kita hargai.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang Berbahagia En ABD Wahab Bin Lebai Yazid, selaku wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah

Tn. Hj Ropie bin Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh

Yang Berusaha, Pn. Hjh Fatimah bt Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,

Yang dihormati, En. Sarimen B. Sapie, Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,

Pn. Hjh Rusnawati bt Juda, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Juasseh,

En. Samsudin b. Mamat, Ketua Unit Jaminan Kualiti,

Ajk PIBG, barisan pensyarah, para pelajar yang diraikan, ibu bapa dan hadirin sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul bersama- sama di dalam Dewan Gemilang ini bagi meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2015 ini. Untuk makluman hadirin, majlis Anugerah kecemerlangan  pada hari ini merupakan sidang ke- 2 bagi tahun 2015 ini. Majlis yang gilang- gemilang ini telah dimulakan pada pagi tadi  dengan Majlis Konvokesyen bagi pelajar Sijil Vokasional Malaysia. Justeru, majlis pada petang ini merupakan kesinambungan daripada majlis pagi tadi  yang penuh bersejarah.  Pihak kolej sangat mengalu- alukan kehadiran para jemputan, ibu bapa dan pelajar- pelajar di majlis ini. Semoga dengan kehadiran semua, majlis ini akan lebih bermakna  dan bertambah serinya.

Hadirin yang dihormati,
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik sidang ke- 2 ini  diadakan adalah untuk menghargai pencapaian pelajar aliran kemahiran dalam Peperiksaan Percubaan 2014. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar- pelajar semester 1 dan 3 Sijil Vokasional Malaysia serta pelajar semester 1 Diploma Vokasional Malaysia yang berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi tahun 2015. Pihak kolej berharap agar penghargaan ini dapat membakar semangat pelajar – pelajar ini untuk terus bersaing mengejar kejayaan pada masa akan datang dan sekali gus membuktikan kejayaan Trasformasi Pendidikan Vokasional yang memberi fokus terhadap kebolehpekerjaan graduan kolej vokasional.

4.
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

NIZAM
Hadirin yang dihormati,
Sebelum kita meneruskan majlis, marilah sama- sama kita saksikan persembahan multimedia sebagai halwa mata dan telinga pada petang nan indah ini. Majlis mempersilakan.

##Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi.

Persembahan multimedia tersebut disunting oleh AJK Multimedia diketuai oleh Pn Hjh Yati Binti Misri. Tayangan Multimedia sebentar tadi merupakan aktiviti dan kejayaan yang di capai oleh pelajar-pelajar kolej vokasional juasseh sepanjang tahun 2015.

5.
Ucapan YDP PIBG


NIZAM



Hadirin yang dihormati, majlis pada petang ini diteruskan dengan mempersilakan Yang berusaha , Tn. Hj Ropie bin Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh  untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

###Terima kasih diucapkan kepada atas kesudian Tn. Hj Ropie bin Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh menyampaikan ucapan sebentar tadi.

6.
Ucapan PPD

IDA ZUMIRA









NIZAM
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara senyum tawa
kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa marilah sama- sama kita dengarkan pula ucapan daripada Yang Berbahagia En ABD Wahab Bin Lebai Yazid, selaku wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah
Majlis dengan penuh hormat mempesilakan.

Bunga selasih subur di taman,
harum melati penyeri  intan,
Terima kasih ucapan tuan,
Kekal bersemi dalam ingatan.

Majlis merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia En ABD Wahab Bin Lebai Yazid atas kesudian menyampaikan ucapan yang penuh bermakna sebentar tadi.

7.
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik


#Anugerah Kecemerlangan Akademik

#Sem 1 /2015
Hadirin sekalian,

NIZAM- -          Berkebaya batik berwarna merah,
                          Diserikan dengan permata berlian,
                        Tibalah masa penyampaian anugerah,
                        Penerima teruja menunggu giliran.

IDA ZUMIRA--Kini, tibalah masa yang ditungu- tunggu iaitu penyampaian anugerah kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Justeru, bagi menyempurnakan acara, dijemput Yang berusaha Tn. Hj Ropie bin Zainuddin, Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Juasseh di iringi oleh En Sarimen Bin Sapie Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Juasseh naik ke pentas  untuk menyampaikan anugerah.

IDA #####Majlis dimulakan dengan Anugerah kecemerlangan Akademik sem 1/ 2015. Pelajar terbaik Sem 1 ialah...........................................dengan PNGK............

NIZAM---Seterusnya, anugerah bagi 33 orng pelajar yang mendapat PNGK melebihi  3.75 . Di jemput saudara/ saudari..................................
Gilir2

IDA---Seterusnya, anugerah bagi 80 orang pelajar yang mendapat PNGK melebihi 3.5. Pelajar- pelajar tersebut ialah saudara/ saudari................................................
Baca bergilir2 ikut senarai nama

NIZAM #####Anugerah seterusnya ialah Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi Semester 3/2015. Pelajar terbaik sem 3 ialah............................dengan pngk..................

IDA ZUMIRA ---Seterusnya, anugerah bagi 15 orng pelajar yang mendapat PNGK melebihi  3.75 . Di jemput saudara/ saudari..................................

NIZAM ---Seterusnya,  seramai 92  pelajar akan menerima sijil penghargaan kerana mendapat PNGK melebihi 3.5. Pelajar- pelajar tersebut ialah saudara/ saudari................................................
Baca bergilir2 ikut senarai nama

IDA ZUMIRA—majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kecemerlangan akademik bagi pelajar diploma sem 1. Bagi menyempurnakan acara, majlis menjemput Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh di iringi oleh Pn Hjh Rusnawati Binti Juda untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan.

Pelajar terbaik diploma sem1 ialah...............................................dan.................
Dengan pencapaian pngk 3.96.

NIZAM ###Bagi Anugerah PNGK MELEBIHI 3.75, dijemput................................................................
Gilir2

IDA ZUMIRA### Bagi pelajar diploma sem 1 yang mendapat pngk melebihi 3.5 pula ialah........................
Gilir2

NIZAM ##Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Pn. Hjh Fatimah bt Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.

8.
ANUGERAH PENGURUSAN M/PLJRN AKADEMIK TERBAIK




ANUGERAH PENGURUSAN VOKASIONAL TERBAIK


ANUGERAH PENGURUSAN BENGKEL TERBAIK


PENGURUSAN MAKMAL TERBAIK

PENGURUSAN BILIK KHAS TERBAIK
Hadirin yang dihormati,

IDA ZUMIRA- lahirnya insan yang berjaya bermula daripada seorang guru yang mencurahkan ilmu tanpa mengenal erti lelah dan jemu. Oleh itu,bagi menghargai jasa para pensyarah, pihak pengurusan kolej berbesar hati untuk memberi penghargaan kepada para pensyarah yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan anak didiknya.Dengan ini, tanpa melengahkan masa,  majlis menjemput Yang Berbahagia En ABD Wahab Bin Lebai Yazid, selaku wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah diiringi bersama-sama Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir, En Sarimen Bin Sapie, Pn Hjh Rusnawi Binti Juda dan En Samsudin Bin Mamat untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

NIZAM----bagi anugerah pengurusan mata pelajaran terbaik, di anugerahkan kepada unit bahasa melayu yang terdiri daripada 7 org pensyarah. Dijemput wakil iaitu pn. Sanisah bt abdullah untuk naik ke pentas menerima hadiah.

Seterusnya, unit sains yang terdiri daripada 5 org pensyarah. Dijemput wakil iaitu pn. Suzira bt a. Rahman. Yang terakhir unit pendidikan islam. Dijemput wakilnya ustaz hasbullah b. Ali.

BACA SHJ ANUGERAH2 SETERUSNYA IKUT SENARAI
- ucp tma ksh kpd penyampai hadiah

9.
Penyampaian AnugeraH PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK
Sidang Hadirin yang dihormati,

IDA ZUMIRA- Tanpa melengahkan masa, majlis ini diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah yang seterusnya iaitu penyampaian anugerah pengurusan sokongan akademik.

Baca je ikut senarai

NIZAM ####MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN Anugerah  PENGURUSAN JAMINAN KUALITI.

BACA SHJ SENARAI ANUGERAH IKUT YG DIBERI

IDA ZUMIRA -Tahniah diucapkan kepada penerima- penerima anugerah. DIHARAPKAN PARA PENSYARAH AKAN MENJADIKAN PENGHARGAAN INI SEBAGAI PEMBAKAR SEMNGAT UNTUK TERUS MEMBERIKAN KOMITMEN YG TINGGI DLM MENJALANKAN TUGAS. SEMOGA PARA PENSYARAH DAN PELAJAR YANG MENERIMA ANUGERAH PADA TAHUN INI AKAN TERUS CEMERLANG PADA MASA AKAN DATANG.

10.
Penyampaian Cenderamata
IDA ZUMIRA
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia En ABD Wahab Bin Lebai Yazid, selaku wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah atas kesudian beliau menyampaikan anugerah pada hari ini. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga, majlis menjemput Pn. Hjh Fatimah bt Md. Akhir, Pengarah KV Juasseh untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia En ABD Wahab Bin Lebai Yazid

NIZAM
Sesungguhnya, kesudian Yang Berbahagia hadir ke majlis kami merupakan suntikan semangat kepada kami para pensyarah dan ibu bapa untuk terus berusaha melonjakkan kecemerlangan anak- anak didik di kolej ini. Terima kasih sekali lagi. Majlis juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengarah atas kesudian beliau menyampaikan cendermata sebentar tadi.

12.
Penutup
Sidang hadirin yang dihormati,

IDA ZUMIRA
Dengan penyampaian cendermata sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Vokasional Juasseh Bagi Tahun 2015 ini.

IDA ZUMIRA
Anak haruan berlima- lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun- tahun.

NIZAM
Kain yang carik cuma dihujung,
Dibuat alas mengelap kendi,
Budi yang baik tetap dijunjung,
Tahun hadapan berjumpa lagi.

IDA ZUMIRA
Madah diungkap santun bicara,
Pantun dilantun mengusik hati,
salah dan silap tutur bicara
Mohon diampun seikhlas hati.

13.
Majlis bersurai dan jamuan
NIZAM
Majlis dengan ini merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada barisan AJK yang bertungkus –lumus menjayakan majlis ini. Majlis juga mengucapakan terima kasih kepada semua AJK PIBG, para pensyarah, ibu bapa dan para pelajar atas kerjasama dalam menjayakan majlis ini serta sudi hadir menyerikan majlis ini.

IDA ZUMIRA
Bagi pihak majlis kami menyusun 10 jari memohon kemaafaan andai terdapat kekurangan sepanjang mengendalikan majlis ini. Sekian Terima Kasih.



No comments: