Search This Blog

Pages

Tuesday, November 17, 2015

MAJLIS GRADUASI PELAJAR SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA


Mohon perhatian, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu, para hadirin diminta mengambil tempat duduk. Saya akan umumkan etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran majlis.

1.      Sila pastikan hand phone berada dalam mod senyap atau tidak diaktifkan
2.      Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan.
3.      Berdiri semasa nyanyian lagu patriotik
4.      Menghormati bacaan doa
5.      Duduk di kerusi yang telah ditetapkan.
6.      Tidak keluar masuk dewan setelah mengambil tempat duduk.
7.      Tidak membuat bising sehingga mengganggu kelancaran majlis.
8.      Hadirin diminta agar  terus berada dalam dewan sehingga tetamu kehormat meninggalkan majlis.

Minta kerjasama agar para pensyarah, ibu bapa, para tetamu serta para pelajar mengambil tempat di Dewan  Gemilang.

 Perarakan Masuk Graduan  (Warga dewan berdiri)
Di umumkan perarakan masuk para graduan Sijil Vokasional Malaysia Kolej Vokasional Juasseh 2014

Perarakan Masuk VIP, Pengarah KVJ dan Ketua Jabatan
Perarakan masuk Yang berbahagia Encik Fauzi Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
diiringi oleh :
Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Pn Hjh Fatimah bt Md Akhir, bersama-sama
Ketua jabatan Kolej Vokasional Juasseh

PERARAKAN DIKETUAI OLEH PEMBAWA COKMAR MAJLIS GRADUASI :
En Hazman Bin Hamzah – KETUA UNIT Hal Ehwal Pelajar
(***NYANYIAN LAGU NEGARAKU***) tak perlu umumkan

(Selesai nyanyian)
Para tetamu, hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.

Bacaan doa
Majlis graduasi disambut meriah,
Memberi inspirasi sebuah kejayaan;
Bacaan doa tangan ditadah,
Semoga majlis beroleh keberkatan.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah bagi majlis graduasi dan anugerah kecemerlangan ini.
Majlis mempersilakan Ustaz Hasbullah bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.....
***Amin, amin, Ya Robbal A’lamin...
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hasbullah bin Ali atas bacaan doa itu tadi.
Kata-kata Aluan MC

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.
Majlis mengalu-alukan kehadiran:
  1. Yang berbahagia Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Encik Fauzi Bin Abdullah selaku wakil rasmi pengarah bahagian teknik dan vokasional
  2. Yang  Berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh:  
Puan Hajah Fatimah bt Md Akhir,
  1. Yang dihormati Timbalan Pengarah Akademik, En Sarimen bin Sapiei,
  2. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Puan Hajah Rusnawati bt Hj Juda
  3. Ketua Unit Jaminan Kualiti, EN SAMSUDIN BIN MAMAT
  4. Ketua-ketua Jabatan Kolej Vokasional Juasseh
  5. serta para pensyarah Kolej Vokasional Juasseh
  6. Selamat datang kami ucapkan kepada :
Yang dihormati YDP PIBG Kolej Vokasional Juasseh, Tuan Haji Mohd Ropie bin Hj Zainudin serta barisan AJK PIBG
  1. Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah
................................
  1. Pengarah-pengarah KV dan Pengetua-pengetua sekolah Menengah Teknik Zon NS/ Melaka
  2. Pengetua-pengetua daerah Kuala Pilah
  3. Pengerusi JKKK Juasseh
  4. Pegawai Perubatan Juasseh
  5. Pegawai angkat perhubungan polis Kuala Pilah ....................
  6. Yang diraikan :
Para graduan sijil vokasional malaysia 2014
Seterusnya, hadirin dan hadirat serta  para pelajar sekalian.

 Syukur alhamdulilah, kita sama-sama diberi kesempatan berhimpun dalam majlis yang bersejarah ini iaitu majlis graduasi sijil vokasional malaysia 2014. Lebih bermakna lagi apabila Yang Berbahgia, Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Encik Fauzi Bin Abdullah  sudi turun ke Juasseh untuk sama-sama meraikan gradusi para pelajar sijil vokasional malaysia Kolej Vokasional Juasseh 2014.

Jelas hari ini merupakan hari yang penuh bermakna khususnya bagi graduan, dan kami seluruh warga Kolej Vokasional Juasseh amnya berikutan pemberian sijil vokasional malaysia yang pertama bagi kumpulan kohort 1 tahun 2013. Seramai 189 pelajar layak diberikan sijil vokasional malaysia 2014. Di samping itu, seramai 79 orang pelajar bakal diberi anugerah pengiktirafan tertinggi dari pihak kolej atas pencapaian terbaik mengikut anugerah yang bakal disampaikan. Anugerah yang bakal disampaikan adalah Anugerah Pengarah dan Anugerah Platinum.
 Majlis sukacita mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan yang di raih

Ucapan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh

Majlis kita majlis bersejarah,
Meninggalkan kenangan inspirasi kejayaan,
Majlis kita lebih terarah,
Ucapan pengarah kita nantikan.

Seterusnya majlis dengan penuh takzim mempersilakan pengarah Kolej Vokasional Juasseh , Puan Hjh Fatimah bt Md Akhir menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
...............................
Terima kasih Puan Hjh atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi

Ucapan VIP
Kompang dipalu caklempong ditingkah,
Dengarkan pula alunan biola,
Doa sudah alu-aluan sudah;
Dengarkan pula ucapan Yang Berbahgia. 

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berbahgia Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Encik Fauzi Bin Abdullah menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan...
....................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Yang berbahgia sebentar tadi.

Pengumuman pengisytiharan graduasi
Seterusnya , majlis mempersilakan Yang berusaha Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Hjh Fatimah Bt Md Akhir, untuk mengumumkan pengisytiharan graduasi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
           
Terima kasih Puan, maka dengan pengisytiharan itu tadi, maka sampailah masa untuk penyampaian sijil graduasi bagi para pelajar sijil vokasional malaysia Kolej Vokasional Juasseh 2014. Buat pengetahuan yang berbahgia dan hadirin semua. Graduan yang memperolehi Gred purata 3.5 sehingga 4.00 akan mendapat sijil penghargaan daripada kolej vokasional juasseh.

Penyampaian sijil gradusi ( 189 pelajar)
Sehubungan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berbahgia En Fauzi Bin Abdullah , untuk menyempurnakan majlis penyampaian sijil graduasi.
           
***Rujuk senarai nama***
Penerima sijil vokasional malaysia kolej vokasional juasseh 2014 dimulai dengan kursus perakaunan iaitu Nurazela Binti Mislan dengan PNGKK 3.84
Seterusnya.....
.................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahgia En Fauzi , dan Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh atas penyampaian sijil graduasi tadi.

Persembahan caklempong

Harum baunya si bunga kenanga,
Dicampur rampai pewangi majlis;
Nikmatilah seketika halwa telinga,
Persembahan pelajar penyeri majlis.

Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan kumpulan caklempong Kolej Vokasional Juasseh, untuk mempersembahkan tingkahan caklempong mereka. Dipersilakan.
........................................
Demikianlah tadi alunan tingkahan caklempung yang berjaya memperdengarkan beberapa buah lagu buat halwa telinga warga dewan gemilang. Terima kasih diucapkan.

Penyampaian Anugerah pelajar sijil vokasional malaysia 2014

Majlis gradusi diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah-anugerah pelajar sijil vokasional malaysia 2014. Penerima anugerah ini bakal menerima sijil dan plak. Majlis penyampaian anugerah dimulakan dengan anugerah pengarah.

Anugerah Pengarah

Anugerah pengarah ini diberikan kepada dua kategori. Kategori pertama dipilih berdasarkan pencapaian terbaik dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang 2013 dan 2014. Manakala, kategori kedua dipilih berdasarkan pencapaian terbaik mengikut program. Terdapat 10 program yang ditawarkan di kolej vokasional juasseh.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya sekali lagi menjemput dan mempersilakan dengan penuh takzim Yang berbahgia Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Encik Fauzi Bin Abdullah untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

  1. Anugerah pengarah pencapaian terbaik kurikulum dan kokurikulum diberikan kepada
Tan Liong Hong dari kursus teknologi elektrik... seterusnya...  (rujuk kertas)

  1. Seterusnya Anugerah pengarah pencapaian terbaik mengikut program pula dimulai...
(rujuk kertas)......

Anugerah Platinum
Seterusnya penyampaian anugerah platinum. Anugerah platinum ini dipilih berdasarkan pelajar yang mendapat pencapaian terbaik keseluruhan setiap semester. Pelajar ini bakal menerima selempang platinum, plak, bunga dan sijil.

Biodata
Pelajar yang bakal di anugerahkan ini diputerakan pada tanggal 17 Ogos di hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Anugerah tuhan hasil hubungan perkahwinan antara Zulkefli bin Mat Ali dan Noraiza Binti Mohd Ali telah melahirkan insan yang amat bertuah kepada ibu dan bapanya sendiri. Dilahirkan bersama 5 cahaya mata yang lain,putera ini gemar menghabiskan masa dengan mempelajari dan menguasai aplikasi terkini di alam maya. Berbekalkan semangat dan iltizam yang tinggi, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang lulusan berkemahiran tinggi yang berjaya dalam bidang sistem komputer dan rangkaian. Memegang prinsip iaitu hidup untuk berjasa didunia dan diakhirat, beliau sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki nasib hidupnya di samping ingin berbakti kepada bangsa dan juga negara.
Berkat usaha beliau serta iringan doa kedua ibu bapa beliau yang tak pernah putus, akhirnya beliau meraih keputusan cemerlang setiap semester .
  1. Pada semester pertama , beliau mendapat PNGK 3.91
  2. Pada semester kedua, 3.89
  3. Pada semester ketiga, 3.87 dan
  4. Pada semester ke empat beliau memperolehi 3.87
Oleh itu, sebagai pengiktirafan daripada pihak kolej vokasional juasseh, dengan ini diumumkan penerima anugerah platinum bagi tahun 2014 diberikan kepada
Muhammad Iqmal Putra Bin Zulkefli.
Tahniah diucapkan
....................
Syukur alhamdulilah, demikianlah tadi berakhirnya majlis penyampaian sijil graduasi  kepada para graduan. Terima kasih diucapkan kepada yang berbahgia En Fauzi atas penyempurnaan penyampaian anugerah sebentar tadi.

Perarakan keluar VIP
Kini diumumkan perarakan keluar Yang berbahgia Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Encik Fauzi Bin Abdullah, dengan diiringi Tuan pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Hjh Fatimah bt Md Akhir, serta ketua-ketua jabatan.
Para Hadirin diminta berdiri.

Penutup
Andai ada kesilapan dan keterlanjuran kata-kata , sepanjang kami mengacarakan majlis, harap dimaafkan. Sesungguhnya segala kekurangan majlis ini adalah ujian tuhan kepada kami pihak penganjur. Segala yang baik jadikanlah kenangan indah, manakala yang kurang baik, buanglah dari kota fikiran.

Yang bermula pasti berakhir,
Yang bertemu pasti berpisah,
Majlis kita sudahpun berakhir,
Di sini sahaja kita berpisah.


Kami selaku pengacara majlis mohon mengundur diri. Sekian, terima kasih.

No comments: