Search This Blog

Pages

Monday, July 6, 2015

MAJLIS PELANCARAN OSHA dan MENTO MENTEE



MAJLIS PELANCARAN OSHA dan MENTO MENTEE

Pembuka Bicara


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum...WBT


Protokol
1.      Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda
2.      En Samsudin Bin Mamat , Ketua Jaminan Kualiti
3.      Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit
4.      Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
5.      Para pelajar yang di rahmati sekelian


Alhamdullillah…..  bersyukur kita ke hadrat illahi dengan izin limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada pagi ini  dalam pelancaran majlis pelancaran OHS dan Mentor Menti 2015.

Kata alu-aluan
Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Seiring dalam melahirkan tenaga mahir di bidang industri melalui Kolej vokasional, aspek keselamatan dalam industri perlu di terapkan dikalangan para pelajar kolej. Sehubungan dengan itu, penerangan mengenai Akta keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang dikuatkuasakan pada Febuari 1994 amatlah penting dihayati dikalangan para pelajar kolej memandangkan para pelajar bakal berdepan dengan suasana industry pada suatu hari nanti.


Taklimat OHS

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Omar Bin Budin untuk memberikan penerangan mengenai OSHA ini. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang dihormati  En Omar Bin Budin  atas taklimat penerangan yang diberikan sebentar tadi.

Pelancaran Mento mentee

Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian

Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran Mento Mentee Kolej Vokasional Juasseh tahun 2015. Sehubungan dengan itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan dan menjemput pegawai kaunselor Pn Nik Nor Azwa dan En Zakaria untuk mengiringi yang berusaha pn hjh rusnawati binti hj juda untuk menyempurnakan gimik pelancaran dengan segala hormatnya dipersilakan.

....panggil cikgu sanisah ngan cikgu zai

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn sanisah untuk menerima Fail Mento

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian yang berusaha timbalan pengarah sokongan akademik atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran sebentar tadi.

Taklimat dari en Zakaria Bin Hassan

Hadirin hadirat yang di kasihi.

Majlis di teruskan dengan mempersilakan en Zakaria Pegawai kaunselor Kolej Vokasional Juasseh untuk memberikan penerangan ringkas mengenai program mento mente kolej vokasional juasseh 2015. Dipersilakan.
*************
Majlis mengucapkan terima kasih pada en zakaria atas penerangan mengenai program mento mente sebentar tadi.

Penutup

Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya taklimat sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya
Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.
Saya serahkan kembali kepada .................

No comments: