Search This Blog

Pages

Friday, September 18, 2015

Program Bicara Prestasi 2015

TEKS PENGACARA PROGRAM BICARA PRESTASI
ROSLIZA
 
 



Pengumuman

  1. Selamat datang kepada semua hadirin dan hadirat ke dewan gemilang kolej vokasional juasseh.
  2. Di harapkan semua ibubapa dapat mengambil tempat yang telah disediakan. Ibubapa/ penjaga di minta untuk ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar.
  3. melalui kaunter pendaftaran juga ibubapa/penjaga akan dibekalkan buku program dan sedikit juadah dari kami.
  4. Di harapkan juga semasa majlis berlangsung, para hadirin untuk menukarkan mode nada bunyi telefon bimbit anda dalam keadaan mode senyap supaya tidak mengganggu majlis.
  5. Apabila diumumkan ketibaan tetamu yang berbahagia en fauzi timbalan pengarah BPTV. Para hadirin di minta berdiri bagi menghormati majlis.
  6. Terima kasih kepada para hadirin yang memberi kerjasama agar perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar.
 

Majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat Yang berbahagia Encik Fauzi Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional diiringi oleh Tuan Pengarah KV Juasseh, timbalan-timbalan pengarah kolej, ketua jabatan dan ketua unit kolej vokasional juasseh.

Nyanyian lagu Negaraku
Majlis program bicara prestasi dimulakan dengan menyanyikan Lagu Negaraku
Para hadirin diminta bersedia.
...................selepas nyanyian........
Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.



NIZAM
 
 


Pembuka Bicara

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Protokol
1.      Yang berbahagia Encik Fauzi Bin Abdullah,
Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, kementerian Pendidikan Malaysia.

2.      Yang berusaha Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir,
Pengarah Kolej Vokasional Juasseh

3.      Yang dipertua Persatuan Ibubapa dan guru kolej Tn Hj Mohd Ropei Bin Hj Zainudin
4.      En Sarimen Bin Sapie, Timbalan Pengarah Akademik
5.      Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda,  Timbalan Pengarah sokongan akademik
6.      En Samsudin Bin Mamat , Ketua Jaminan Kualiti
7.      Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit
8.      Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh
9.      Para pelajar berserta penjaga, dan keluarga
10.  Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia

Kata alu-aluan



Kompang bergema pusaka bangsa,
Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.




ROSLIZA
 
 


Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami



Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam menjayakan program bicara prestasi 2015 di dewan gemilang  yang serba indah ini.

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran Yang berbahagia Encik Fauzi Bin Abdullah,  Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, yang telah sudi meluangkan sedikit masa bagi memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini.



Melayang belatuk di hujung pekan
Diperdu peria makanan di cari
Kehadiran Yg berbahagia kami alukan
Majlis ceria bertambah seri



NIZAM
 






Bacaan Doa



Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.




ROSLIZA
 
 

Ucapan alu-aluan MC

Hadirin- hadirat yang  dihormati ,
Program bicara prestasi ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/pensyarah dan pelajar berinteraksi dalam membincangkan sahsiah anak mereka terutama di sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka diKolej Vokasional Juasseh. Hal ini juga dapat membuka peluang pelajar, pensyarah dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa bicara prestasi nanti.
NIZAM
 
 


Ucapan Alu-aluan

Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha  Tuan Pengarah Kolej Vokasional  Juasseh Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir,
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.........................................Ucapan alu-aluan Pengetua
Majlis merakamkan jutaan terima kasih  atas ucapan alu-aluan Tuan Pengarah sebentar  tadi.
ROSLIZA
 
 


Ucapan tama


Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucaptama oleh tetamu kehormat kita Yang berbahagia Encik Fauzi Bin Abdullah,  Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan malaysia.  Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan
NIZAM
 
 

........................................ucapan tama

Petang hari menanam selasih
Selasih berbunga indah berwarna
Yang berbahagia tuan setinggi terima kasih
Ucapan diberi penuh bermakna

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Fauzi Bin Abdullah,  Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional atas ucaptama program bicara prestasi sebentar tadi
ROSLIZA
 
 


Penyampaian Cenderamata
Hadirin-hadirat yang dihormati,
Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia En Fauzi atas kesudian hadir menjayakan majlis program bicara prestasi tahun 2015 ini.
Sehubungan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengarah Puan Hjh Fatimah Binti Md Akhir, untuk menjemput dan mengiringi yang berbahagia Encik Fauzi Bin Abdullah untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,
Bercabang tiga si gunung daik
Di kakinya subur pohon meranti
Budi luhur dibalas baik
Dalam ingatan tersimpul mati

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia En Fauzi yang telah sudi menerima cenderamata sebentar tadi.






NIZAM
 
 


Perasmian Cyber cafe Anjung Maya
Hadirin-hadirat yang dihormati

Selaras dengan corak pembelajaran dikolej vokasional juasseh yang berubah berbanding sekolah harian. Penggunaan internet sangat digalakkan kepada para pelajar dalam mencari ilmu tanpa batasan. Selain itu, dengan bantuan internet, para pelajar boleh mendapatkan bahan-bahan pembelajaran yang dikehendaki mudah dan cepat. Capaian kepada internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), kumpulan perbincangan atau perbualan dan interaksi di dalam laman sosial. Dengan menggunakan laman sosial telah membenarkan komunikasi antara pelajar di seluruh dunia. Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka.
ROSLIZA
 
 


Tambahan pula corak pembelajaran dikolej vokasional juasseh yang berasaskan modul menyebabkan para pelajar perlu mencari bahan-bahan di internet melalui pemberian tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan secara perbincangan atau individu. Selaras dengan kepentingan ini, pihak PIBG Kolej vokasional Juasseh yang diterajui oleh Yang Dipertua Tn Hj Mohd Ropei dan pihak Kolej sendiri telah berusaha mewujudkan pusat cyber café anjung maya di dalam kolej supaya dapat di manfaatkan oleh para pelajar dalam pembelajaran dikolej.
NIZAM
 
 


Dikesempatan ini, pihak majlis berbesar hati untuk menjemput En Fauzi Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik untuk merasmikan Cyber café anjung maya kv juasseh. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tn pengarah , timbalan pengarah kolej,  ketua jaminan kualiti kolej, ketua jabatan dan semua ketua unit untuk menjemput dan mengiringi Yang berbahagia Encik Fauzi Bin Abdullah,  Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik, BPTV ke pusat cyber cafe anjung maya bagi menyempurnakan perasmian. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.

ROSLIZA
 
 

Penerangan carta alir pergerakan ibu bapa
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Program diteruskan dengan pertemuan ibu bapa penjaga bersama pensyarah pembimbing untuk program bicara prestasi pelajar. Sehubungan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk seketika buku program yang telah diedarkan semasa pendaftaran tadi.
Jika ibu bapa merujuk buku program disertakan lokasi kelas yang akan di adakan bicara prestasi bagi tahun 1 dan tahun 2 pra diploma. Blok A bangunan pertama selepas padang atau di atas bilik2 pensyarah ditempatkan kelas 1 ksk dan 2 ksk,

Manakala  blok B di atas pejabat pentadbiran kolej iaitu aras 1 ditempatkan kelas 2 mtk, 2 wtp, 2mta, diikuti aras 2 iaitu 2 ete, 2etn,2mpp dan 2 mpi. dan yang terakhir adalah blok G blok di belakang dewan gemilang ini iaitu ditempakan kelas2 untuk aras bawah iaitu 1mpi, 1 mtk, 1 mta, diikuti aras 1 1mpp,1wtp1,1wtp2, 1ete dan 1 etn, seterusnya aras 2 2 BPP dan 1 BPP dan aras 3 1Bak dan 2 Bak.
NIZAM
 
 


Manakala ibu bapa pelajar kolej tahun 1 diploma kolej di kehendaki berada di dewan bagi  sesi taklimat dan diikuti pertemuan bersama pensyarah matapelajaran.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para penjaga bagi tahun 1 dan tahun 2 pra diploma untuk bergerak ke kelas yang telah disebutkan di dalam buku program tadi bagi menjalani program bicara prestasi bersama pensyarah pembimbing masing2 dipersilakan.








Penutup

Sebelum kita bersurai,  pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.



Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa

puteri bersiram tepi perigi
mencedok air berhati-hati
izinkan kami berlalu pergi
jangan ada dendam di hati



Kami akhiri majlis ini dengan  lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.













No comments: