MAJLIS PENGUMUMAN PERLANTIKAN AHLI MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR 2015
Pembuka Bicara
بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد
لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى
أله وصحبه أجمعين.
رب
اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل
عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT
Protokol
1.
Yang berusaha Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional
Juasseh
2.
En Sarimen Bin Sapie, Timbalan Pengarah Akademik
3.
Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda, Timbalan
Pengarah sokongan akademik
4.
En Samsudin Bin Mamat , Ketua Jaminan Kualiti
5.
Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit
6.
Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
7.
Para pelajar yang di rahmati sekelian
Alhamdullillah….. bersyukur kita ke hadrat illahi dengan izin
limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada pagi ini dalam majlis perlantikan
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KV Juasseh 2015.
Kata alu-aluan
Hadirin hadirat yang
dikasihi,
Pada hari jumaat yang lepas, tuan pengarah KVJ selaku
pengerusi piliharaya MPP 2015 telah mengumumkan seramai 15 orang pelajar dari
29 calon yang mendapat undian tertinggi dalam pengundian yang telah dijalankan.
Sehubungan dengan itu, kesemua 15 orang pelajar ini bakal di lantik secara
rasmi sebagai ahli Majlis perwakilan pelajar mulai hari ini.
Perlantikan MPP oleh Pengarah KVJ
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Tuan Pengarah KV Juasseh Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir untuk menyempurnakan acara perlantikan MPP
2015, Dipersilakan.
………….watikah
perlantikan oleh Pengarah….
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berusaha
pn hjh fatimah tuan pengarah kv juasseh atas penyampaian watikah perlantikan
sebentar tadi.
Lafaz ikrar oleh MPP
Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
Majlis diteruskan lagi ke
upacara lafaz ikrar ahli majlis perwakilan pelajar MPP. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan ……………bagi memimpin barisan MPP untuk melafazkan ikrar. Dipersilakan
Penutup
Hadirin dan hadirat yang diRahmati
sekelian
Dengan berakhirnya bacaan ikrar sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya. Di harapkan dengan perlantikan dan bacaan ikrar ahli MPP sebentar tadi, dapat memberikan suntikan semangat waja kepada barisan MPP dalam menggalas amanah dan kepercayaan pihak kolej dengan penuh komitmen dan tanggungjawab. Amin.
Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan terima kasih.
Saya serahkan kembali kepada .................
No comments:
Post a Comment