Search This Blog

Pages

Monday, June 10, 2013

Pelancaran Kempen Ponteng Sifar

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PONTENG SIFAR

Pembuka Bicara


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis pelancaran kempen ponteng sifar tahun  2013

Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka bicara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan  dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol
1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3.      Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4.      Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5.      Ketua-ketua Jabatan dan  Ketua-ketua unit
6.      Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
7.      Para pelajar yang di rahmati sekelian


Alhamdullillah…..  bersyukur kita ke hadrat illahi dengan izin limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada pagi ini  dalam pelancaran kempen ponteng sifar  2013.




Bacaan doa

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis didahului dengan bacaan doa. Jesteru itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Al Fadhil Ustaz Hasbullah Bin Ali untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*****************************************Bacaan Doa******************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustz Hasbullah Bin Ali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluan

Hadirin  warga dewan yang di rahmati sekelian,

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran kempen ponteng sifar ini bertujuan memberi kesedaran  kepada murid betapa pentingnya hadir ke sekolah. Ponteng mengikut takrifannya ialah tidak hadir ke sekolah dan meninggalkan tugas atau tanggungjawab belajar di sekolah dengan pergi ke tempat lain atau tinggal di rumah sahaja. Hal ini akan menyebabkan pelajar ketinggalan pelajaran dan akhirnya tidak mendapat keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan . Lebih buruk lagi jika ia berterusan, boleh membawa kepada hukuman buang sekolah

Di samping itu, pelajar ponteng ini juga mudah terlibat dengan gejala yang tidak sihat diluar yang boleh menyumbang kes yang lebih berat seperti merokok, menghidu gam, mengambil dadah hinggalah kepada jenayah seperti gangsterism, buli, bunuh, curi, ragut, rompak, pengedaran dadah dan sebagainya .



Pelajar  ponteng amatlah rugi,
Pelajaran tercicir masa depan gelap,
Suka ponteng jangan diulangi
Dalam peperiksaan tidak tersilap

Rumah besar ada loteng,
Loteng bentuk berbunga-bunga
Pergi ke sekolah jangan ponteng
Kelak diri akan berjaya






Ucapan Pengarah

Warga dewan gemilang yang dikasihi
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej  Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli  untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan kempen pelancaran ponteng sifar  peringkat kolej vokasional juasseh 2013
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Ucapan Perasmi********************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,atas ucapan dan penyempurnaan perasmian kempen pelancaran ponteng sifar tahun  2013 sebentar tadi.

Penyampaian hadiah kehadiran semester 1

Para pelajar yang dikasihi,

Dalam menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari, pihak kolej telah merangka pelbagai langkah bagi mengatasi masalah ini. Di antaranya adalah mengenalpasti pelajar ponteng dalam buku kawalan kelas, memberi nasihat dan kaunseling kepada pelajar bermasalah, mengeluarkan surat amaran kepada pelajar ponteng  serta memanggil ibu bapa ke bagi mengatasi masalah ini di sekolah. Jika ia masih tidak boleh di atasi, maka hukuman buang sekolah akan dilaksanakan kepada pelajar terbabit.

Di samping itu, pihak kolej juga memantau purata peratus kehadiran setiap bulan sepanjang pengajian di kolej vokasional juasseh ini mengikut kelas.Seterusnya, purata kehadiran bulanan bagi kelas yang rendah akan dikenalpasti manakala peratus yang terbaik akan diberi hadiah. Sepanjang pengajian Kolej semester 1 dari bulan Januari hingga Mei, peratus kehadiran bulan mei adalah yang paling teruk iaitu 89% . Buat pengetahuan warga kolej, purata kehadiran bulanan mengikut kelas akan ditampal di papan kenyataan Laman info HEM mengikut semester.

            Sehubungan dengan itu, pihak kolej berbesar hati untuk memberi hadiah purata kehadiran semester mengikut kelas sebagai penghargaan dan galakkan pelajar menangani gejala ponteng sekolah ini. Jesteru, dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik mengiringi yang berbahagia tuan pengarah kolej pn Nor Asikin Binti Md shazilli bagi menyempurnakan pemberian hadiah. Dipersilakan...

PURATA KEHADIRAN SEMESTER 1



Tingkatan 5
JOHAN           – 5 PPN 1 99%
N JOHAN       - 5 ppn 2 98%
KETIGA           - 5 pkom 98%

Tahun 1 KV
JOHAN           – Pengurusan Perniagaan  99%
N JOHAN       - Perakaunan  99%
KETIGA           - Teknologi Elektrik 98%



KELAS SKM (antara tingkatan 4 dan 5)
4 Juruteknik Elektrik 93%

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan pengarah dan timbalan pengarah sokongan akademik dalam menyempurnakan pemberian hadiah sebentar tadi.

Penutup
Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya pemberian cenderamata sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya


Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.


Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.

No comments: