Search This Blog

Pages

Thursday, January 24, 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul






MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

Pembuka Bicara
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan maulidur rasul peringkat kolej tahun 1434 H, 2013 masihi.

Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2. Yang dimuliakan penceramah jemputan kita ..............
3. Yang di hormati En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah
4. Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
5. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
6. Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
7. Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
8. Para pelajar yang di rahmati sekelian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini, Dewan Gemilang SMV Juasseh bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2013 bersamaan dengan 1434 hijrah.

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1434 Hijrah; WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Bacaan doa
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*****************************************Bacaan Doa************************************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustz Hasbullah Bin Ali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.










Kata alu-aluan
Hadirin warga dewan yang di rahmati Allah sekelian,

Sambutan maulidur rasul saban tahun diadakan bagi memperingati tarikh kelahiran junjungan kita junjungan besar rasullullah s.a.w. Seperti yang kita sedia maklum bahawa rasullullah s.a.w merupakan pemimpin yang agung yang menjadi contoh umat baginda sehingga akhir zaman. Di samping itu juga, majlis seumpama ini dapat menzahirkan rasa cinta dan kasih kita yang mendalam terhadap junjungan besar rasulullah s.a.w

Dari Anas r.a katanya Nabi s.a.w pernah bersabda.. Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibubapanya, anaknya dan manusia umumnya.

Ya Allah, restui dan berkatilah junjungan kami nabi Muhammad s.a.w sebagai hamba, Nabi dan Rasul mu yang ummi. Berkatilah keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah baginda selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh Mu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh kalam mu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab suci mu..Amin Ya Rabbal alamin

Ceramah maulidur rasul

Siddiq, amanah ,tabliq, fatonah,
Sifat terpuji junjungan rasulullah,
Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,
wassatiah tonggak kesatuan ummah

Warga dewan yang dirahmati sekelian,

Majlis maulidur rasul 1433 H di bawah tema wassatiah tonggak kesatuan ummah diteruskan lagi dengan mendengan ceramah daripada penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz ...............
untuk menyampaikan ceramahnya ...dipersilakan
..................................................................ceramah...........................................................................

NUN DI SANA INDAHNYA KOTA
KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
JADI IKTIBAR PADA SEMUA

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz ……………….

Pemberian cenderamata

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah tahun 1432 H ini.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha Timbalan pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial, untuk menjemput dan mengiringi yang berbahagia Tuan Pengarah Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.
Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput al fadhil ustaz ...................... untuk menerima cenderamata penghargaan dipersilakan


Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.


Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan pengarah yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.


PENUTUP

Limau purut berbuah sarat
Dipetik datuk di simpan di para
Makanan terhidang tanda isyarat
Isyarat untuk menjamu selera

Hadirin warga dewan yang dirahmati sekelian

Acara majlis sambutan maulidur rasul berhenti seketika. Majlis akan diteruskan lagi ½ jam daripada sekarang. Untuk itu majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berbahagia pengetua cemerlang puan norasikin binti md shazilli dan seterusnya menjemput dan mengiringi Yang dimuliakan tuan penceramah kita dan semua para tetamu untuk meninggalkan majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

25 comments:

Intan Aziz said...

mohon copy teks ni boleh? sangat memerlukan... kena jadi mc last minit plak..... tq

Unknown said...

Assalammualaikum wbt. saya mohon share ya. ianya sangat membantu saya.

Anonymous said...

Assalamualaikum, mohon guna teks ni ya? Terima kasih sebab sudi publish teks ni. Sangat membantu ��

RASDI HAMID said...

Mohon share. Terima kasih

julia said...

assalam..saya pun kena jadi mc...terima kasih banyak2...perkongsian yang bermanfaat..

YAN said...

Perkongsian ini amat2 saya hargai. Mnggu dpan jadi mc. Pncramah ust dato badli shah.terima kasih tuan.

YAN said...

Perkongsian ini amat2 saya hargai. Mnggu dpan jadi mc. Pncramah ust dato badli shah.terima kasih tuan.

Unknown said...

info yg sangat bermanfaat. Tapi saya kena jadi emcee di kampung sahaja, takla protokol sangat. Majlis santai-santai jer. Nak tahu macammana nak kendalikan majlis yg macam tu.Walaubagaimana pun, penceramah adalah prof dari Unimap dan para jemputan vip melibatkan mantan menteri besar. hmmmm macamna nak ucap permulaan tu ..

harap tuan dapat membantu saya.

Anonymous said...

minta izin copy ya.. utk teks mc.. terima kasih tuan.

Unknown said...

Minta izin cooy ya . Tq

Unknown said...

Assalamualaikum..Mohon share teks ni ye..kena jd pengacara ...tqvm. Semoga anda sentiasa dirahmati Allah SWT..

rodzi said...

Mohon izin tuan.utk guna sebahgian teks ini utk majlis disurau saya

Anonymous said...

mohon izin tuan..untuk gunakan teks ini untuk majlis di surau ..Terima kasih

Unknown said...

Mohon di copy ye ilman naafi'aa nya ini, utk mjlis sabtu ini dikejiranan sy. ..tq

Unknown said...

Assalamualaikum... Mohon digunakan utk majlis syarikat, last minute's. TQ

NurAlaika said...

mohon copy ye

افيق فرحن said...

Mohon izin copy ya. Terima kasih. Semoga ALLAH SWT murahkan rezeki kita semua. Aamiin ya rabbal alamin

Unknown said...

mohon copy...TQVM

Unknown said...

Assalamualaikum..Mohon share teks ni ye..kena jd pengacara ...tqvm. Semoga anda sentiasa dirahmati Allah SWT..
Jazakallahu Khairan

Anonymous said...

Minta izin daripada admin untuk guna teks ini ya, bagi rakaman video untuk tugasan kursus.

Unknown said...

Mohon copy text ini ya..semoga anda sentiasa berada dlm rahmatNYA..Aaamiinnn

Anonymous said...

Mohon share. Terima kasih atas perkongsian ini

Anonymous said...

assalam, mohon copy text ini. terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum... minta izin copy text ini ya... terima kasih atas perkongsian & semoga dipermudahkan segala urusan & dlm lindunganNya. Aamiin...

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan, mohon izin saya guna serba sedikit ye teks nya. Moga dmewahkn rzki diberi kshtn yg baik dan dmudahkn urusn sllu aamiiin 🥰🤲🏼