Search This Blog

Pages

Saturday, January 19, 2013

Majlis Perasmian program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah

Majlis mengumumkan ketibaan Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail diiringi oleh tn pengetua dan semua para tetamu jemputan

Para pelajar diminta berdiri.....(caklempong)

Lagu negaraku

Bagi menunjukkan rasa cinta pada negara Majlis Perasmian program Eksplorasi Sejarah dimulai dengan menyanyikan Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.

...................selepas nyanyian........

Hadirin dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.

Protokol

Bismillahhirrahmannirrahim……

1. Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh, Merangkap pengerusi Jawatankuasa Bertindak pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu

2. Yang berusaha Tn Hj Mat Rohani Bin Kamar
Pelajaran Daerah Kuala Pilah

3. Yang berusaha En Kamanizam Bin Hj Tindek
Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah

4. Yang berusaha Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh

5. Yang dimuliakan Tuan penceramah Guru Cemerlang Sejarah En Mohd Rozi Bin Ibrahim dan Pn Azlin Bt Yahya

6. Yang dihormati En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah
7. Pn Zaidah Binti Danial, GPK Hal Ehwal Murid
8. Pn Rusnawati Binti Juda, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
9. Tuan-tuan dan puan-puan serta
10. para pelajar peserta program yang di rahmati sekelian

Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia




Anak juragan mengail ikan
Sambil bersuka ditepi kuala
Masa jangan kita tangguhkan
tirai dibuka majlis bermula
Bertudung biru si anak dara,
Teruna melihat hati membara,
Pantun Melayu penglipur lara,
Pembuka majlis penuh ceria


ALHAMDULILLAH, IZINKAN kami MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN ke hadratRabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam Majlis Perasmian program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah dimulakan

Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh, Merangkap pengerusi Jawatankuasa Bertindak pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu, para tetamu jemputan serta hadirat sekelian dalam majlis ini. Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis yang penuh ceria ini

Ke pulau indah mencari peria
Buat hidangan untuk cik seri
Majlis indah bertambah ceria
Dengan kehadiran dato’ ke mari


BACAAN DOA
Yang berhormat dato’ dan hadirin sekelian

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita memohon taufik dan hidayah sempena Majlis Perasmian program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah ini. Jesteru, Majlis mempersilakan al fadil ustaz abdu shahid b riduan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

....................... Bacaan Doa

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada al fadil ustaz abdu shahid b riduan di atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan mc

Yang berhormat dato’ dan hadirin sekelian,

Buat pengetahuan dato’ , dan para hadirin terdapat 13 buah sekolah yang terlibat dalam program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah ini. Antara sekolah yang terlibat adalah :


1. SM Sains Tuanku Jaafar
2. SMV Juasseh
3. SMK Senaling
4. SMK Juasseh
5. SMK Dato’ Abdul Samad Johar
6. SMK Tuanku Muhammad
7. SMK Tunku Kursiah
8. SMK Dato Undang Abdul Manap
9. SMK Tunku Besar Burhanudin
10. SMK Jelai
11. SMJK Chung Hua
12. SMK Zaaba
13. SMK Dangi

Di bawah tunjuk ajar dua guru cemerlang sejarah dari SM Sains Tuanku Jaafar serta bimbingan fasilitator dari sekolah-sekolah daerah kuala pilah, adalah diharapkan para peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang dicurahkan sepanjang program ini berlangsung. Buat pengetahuan yang berhormat dato’ dan para hadirin semua, Program eksplorasi ini telah dimulakan seawal 7.30 pagi dengan ceramah fokus spm 2011 oleh guru cemerlang sejarah Pn Azlin Binti Yahya dan diteruskan sejurus selepas itu ceramah teknik menjawab soalan oleh guru cemerlang sejarah en mohd rozi bin ibrahim. Berakhir sahaja ceramah, para peserta program didedahkan pula, dengan pembelajaran secara perbengkelan sehingga jam 11.20 pagi tadi. Seterusnya ,setelah berakhir majlis perasmian ini, perbengkelan akan diteruskan sehingga dijangka tamat jam 4.30 petang

Hadirin hadirat yang dihormati

Program eksplorasi sejarah ini merupakan program perkongsian pintar bagi meningkatkan penguasaan , kemahiran dan penghayatan terhadap mata pelajaran sejarah. Program ini merupakan aktiviti pembelajaran murid yang dilaksanakan secara perbengkelan melalui fasilitator dalam kalangan para pelajar SM Sains tuanku Jaafar di samping tunjuk ajar oleh guru-guru cemerlang sejarah. Adalah diharapkan. Hasil sentuhan program seperti ini mampu menjana peningkatan penguasaan murid-murid terhadap mata pelajaran sejarah dan mencetus fenomena baru alam pembelajaran sejarah yang menyeronokkan.

Ucapan alu-aluan PPD

Sutera cina kain sari
Digubah renda di dalam puan
Apa guna majlis berseri
Jika tiada ucapan aluan

Hadirin-hadirat yang dihormati

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh

1. Yang berusaha Tn Hj Mat Rohani Bin Kamar , Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah

2. Yang berusaha En Kamanizam Bin Hj Tindek , Ketua Sektor Pengurusan Akademik Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********************************Ucapan Pengetua********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan oleh yang berusaha

1. Tn Hj Mat Rohani Bin Kamar , Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah

2. En Kamanizam Bin Hj Tindek , Ketua Sektor Pengurusan Akademik Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah

itu tadi.


Ucapan perasmi

Anak rusa si anak nuri
Di bawa orang ketengah pekan
Bertambah meriah majlis ini
Kiranya sudi dato’ rasmikan

Warga dewan seri gemilang yang dikasihi

Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan perasmian oleh Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan……
*********************************Ucapan Perasmi***********************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail,atas ucapan dan penyempurnaan perasmian Majlis program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah sebentar tadi

Anak cina mengail ikan
Mengail ilkan di tanjung beragan
Sekalung penghargaan kami berikan
Amanat dato’ jadi pegangan

Persembahan Caklempong

Yang berhormat dato’ dan warga dewan sri gemilang yang di rahmati sekelian

Majlis diserikan dengan persembahan cak lempong sekolah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
................caklempong

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang dipersembahkan sebentar tadi. Buat Pengetahuan dato’ dan para hadirin kumpulan caklempong SM Vokasional Juasseh telah mencatat nama dalam ‘The Malaysia Book Of Record bermain caklempong selama 36 Jam tanpa henti di perhimpunan sejuta belia di putrajaya tahun 2011.
Berikan satu tepukan gemuruh kepada kumpulan caklempong ini
Penyampaian cenderamata
Di kesempatan ini juga majlis ingin memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada tenaga pengajar yang turut membantu menjayakan program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah .

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg. berusaha Tuan Pengetua bersama-sama Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah / penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah untuk menjemput dan mengiringi Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail bagi menyempunakan upacara penyampaian cenderamata . Majlis dengan penuh takzim mempersilakan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan penceramah jemputan kita

a. Guru Cemerlang Sejarah En Mohd Rozi Bin Ibrahim Guru cemerlang Sejarah SM Sains Tuanku Jaafar dan

b. Pn Azlin Bt Yahya Guru cemerlang Sejarah SM Sains Tuanku Jaafar

Buat pengetahuan hadirin ke dua-dua tenaga pengajar yang menjayakan bengkel eksplorasi ini adalah guru cemerlang sejarah dari SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah




Cenderamata vip

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail merasmikan majlis sebentar tadi, majlis dengan sukacita dan berbesar hati memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang berbahagia dato’.
Justeru itu, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengetua untuk memberikan cenderamata kepada Yang berbahagia dato’
Di persilakan


Di dalam puan si bunga raya
Bersama selasih dibawa ke pekan
Kunjungan tuan besar maknanya
Terima kasih kami ucapkan

Burung nuri burung merpati
Hinggap di beranda hinggap ditangan
Hadiah di beri seikhlas hati
Sebagai tanda buat kenangan
penutup
Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis Perasmian program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah

Sebelum itu, Majlis ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerja majlis yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhir majlis.

Tidak lupa juga setinggi tinggi penghargaan di berikan kepada

1. YB Dato’ Muhammad Razi Bin Kail exco pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu,ADUN Juasseh

2. Tn Hj Mat rohani Bin Kamar PPD Kuala Pilah

3. En Kamanizam Bin Hj Tindek , Ketua Sektor Pengurusan Akademik Penolong PPD Kula Pilah

4. Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh

5. En Mohd Rozi Bin Ibrahim dan Pn Azlin Binti Yahaya Guru Cemerlang Sejarah SM Sains Tuanku Jaafar , Kuala Pilah

6. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kuala Pilah

7. Sidang akhbar sinar harian

8. Serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Eksplorasi Sejarah sekolah-sekolah daerah kuala pilah yang penuh bermakna pada kali ini.



Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa panggur berdaun
Budi kalian kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Yang Berhormat dato’ dan para hadirin,

Inilah yang dikatakan
Umpama berlayar sudah sampai ke pelabuhan
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan

Dengan itu, majlis memohon kemaafan atas ketelanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Asap api embun berderai
Patah galah berderai semalu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu

Jamuan

Seterusnya majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berusaha Tn Hj Suhaimi Bin Othman selaku penyelaras program menjemput dan seterusnya mengiringi Yang berhormat dato’, PPD dan tuan pengetua serta para tetamu ke majlis jamuan yang telah disediakan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

No comments: