Search This Blog

Pages

Saturday, January 19, 2013

Pendaftaran form 4 2012

TEKS PENGACARA MAJLIS PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN VOKASONAL JUASSEH/ SKM 2012


Mengumumkan Ketibaan
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh, barisan guru-guru SMVJ, tuan-tuan dan puan- puan, hadirin dan hadirat serta murid-murid baru tingkatan 4 yang bakal mendaftar pada hari ini. Selamat datang kami ucapkan.



Pembuka Bicara
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah hi rabbil…wassalatuwas

Protokol

1. Yang berbahagia Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh

2. Yang berusaha En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah
3. Pn Zaidah Binti Danial, GPK Hal Ehwal Murid
4. Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
5. Ahli –ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis pendaftaran tingkatan 4
6. Guru-guru SM Vokasional Juasseh
7. Anak-anak murid tingkatan 4 aliran vokasional/ skm berserta penjaga dan keluarga serta
8. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia






Kata alu-aluan
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah dipohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Mencari timba si anak dara
Dibawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan kepada kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi menyempurnakan majlis pendaftaran murid-murid SM Vokasional Juasseh tingkatan 4 aliran vokasional dan aliran sijil kemahiran Malaysia bagi tahun 2012. Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengucap kan selamat datang kepada hadirin dan hadirat.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan





Pagi hari pergi kepekan
Hendak membeli buah kuini
Selamat datang kami ucapkan
Semoga hadirin selesa disini

Indah berbalam si awan petang
Berarak dicelah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara


Bacaan Doa

Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat



Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Bagi memula dan memuliakan majlis marilah bersama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat.
Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.


Ucapan alu-aluan MC

Hadirin- hadirat yang dihormati ,
Buat pengetahuan hadirin dan hadirat, sekolah menengah vokasional juasseh menawarkan dua aliran pada sesi pengajian tahun 2012 ini. Aliran yang dimaksudkan adalah aliran vokasional dan aliran kemahiran. Aliran vokasional merupakan aliranyang memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam PMR bagi meneruskan sesi pengajian mereka. Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan tenaga kerja separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Terdapat 8 kursus yang ditawarkan dalam aliran vokasional ini, Diantara ialah
1. Automotif
2. Penyejukanbekuan & Penyamanan Udara
3. Amalan Bengkel Mesin
4. Kimpalan
5. Elektrik & Elektronik
6. Binaan Bangunan
7. Pengurusan Perniagaan
8. Pengaturcaraan Komputer

Manakala , Murid aliran kemahiran dikhususkan kepada murid – murid yang memperoleh pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran telah dirangka mengikut tahap kompetensi yang ditetapkan dalam standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (SKPK) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh pihak industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian.
Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Antara Program yang ditawarkan adalah :
1. Juruteknik Automotif
2. Juruteknik Elektrik Rendah










Ucapan Alu-aluan HEM

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Sudilah tuan jalan berlapan
Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Pn Zaidah Binti Danial, Guru Penolong kanan HEM SM Vokasional Juasseh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha Pn Zaidah Binti Danial, Guru Penolong kanan HEM SM Vokasional Juasseh atas ucapan alu-aluan sebentar tadi

Ucapan Yang Berbahagia pengetua

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Besar langit ditepi busut
Besar tak muat didalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati

berdaun lebat pokok bidara
tempat bersarang burung tempua
sampaikini kemuncak acara
ucap utama tuan pengetua

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh untuk menyampaikan ucapan dan taklimat sempena majlis pendaftaran murid tingkatan 4 aliran vokasional juasseh / skm tahun 2012. Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.
……………….Tamat Ucapan
Duduk sekawan si burung unta
Tepi keramat diwaktu malam
Terima kasih tuan atas bicara
Kata azimat penutup kalam

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia Pengetua Cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh atas ucapan sebentar tadi

Pengumuman
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat pendaftaran ini, ibubapa dan murid-murid yang bakal mendaftar boleh lah meneruskan sesi pendaftaran murid tingkatan 4 seperti yang dijadualkan dalam buku program yang telah dibekalkan. Sebaik sahaja selesai, para pelajar /penjaga diminta untuk membuat pendaftaran koperasi dan seterusnya pendaftaran asrama bagi murid-murid yang ditawarkan tinggal di asrama.


Penutup

Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.


Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa
Asap api embun berderai
Patah galah berderai semalu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu


Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.











No comments: