Search This Blog

Pages

Wednesday, June 29, 2016

MC Sambutan Penutup Ihya' Ramadhan

Protokol
Bismillahhirrahmannirrahim……
1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3.      Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4.      Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5.      Ketua-ketua Jabatan
6.      Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
7.      Para pelajar yang di rahmati sekelian

Assalamu `Alaikum W.B.T.




Hadirin-hadirat yang dirahmati allah sekelian,

Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk kita  bersama-sama menjayakan  majlis khatam al-quran dan penutupan ihya’ ramadhan kolej vokasional juasseh.



Terlebih dahulu, Majlis juga ingin mengalu-alukan kehadiran yang Yang dikasihi En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah atas kesudian meluangkan masa bersama-sama warga vokasional juasseh dalam meraikan majlis penuh bermakna ini.
Sayang melukut ditepi gantang
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima

Bacaan khatam al-quran

Warga dewan sri gemilang yang di rahmati sekelian
Tanpa melengahkan masa,  majlis diteruskan dengan majlis khatam al-quran. Jesteru majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ustad suhaimi bin mohamad  bagi mengepalai bacaan khatam al-quran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………bacaan khatam al-quran
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Suhaimi bin Mohammad atas penyempurnaan majlis khatam al-quran secara beramai-ramai sebentar tadi.

Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapat satu kebaikkan dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh kali ganda. Amatlah rugi jika kita tidak merebut peluang yang datang pada bulan ramadhan ini, insya Allah.
           
Majlis memohon kepada semua murid untuk berada di barisan kelas masing-masing bagi memudahkan pemberian sumbangan duit raya kepada semua murid mengikut tingkatan masing-masing sebentar lagi oleh pensyarah pembimbing. Dipersilakan

Ucapan alu-aluan MC

Hadirin-hadirat sekelian,
 Majlis pada pagi ini adalah majlis khatam Al-Quran dan penutupan program ihya’ ramadhan 2013. Buat pengetahuan hadirin program ihya’ ramadhan telah bermula sepanjang bulan ramadhan 2013. Di antara aktiviti program ihya’ ramadahan yang bakal dijalankan semasa penutupan program ihya’ ramadhan ini adalah majlis khatam Al-Quran. Seperti kita sedia maklum ganjaran membaca dan mempelajari Al-Quran di bulan ramadhan ini sangatlah besar. Jesteru, warga vokasional juasseh juga tidak ketinggalan untuk membaca Al-Quran secara berkumpulan bagi mendapat memanfaat bersama.
Lampu neon penyeri malam,
Malam syahdu sambut lebaran,
Cantik di mata indah di dalam,
Hiasan rumah bacalah Al-Quran.

Hari redup udarapun nyaman,
Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.


Antara aktiviti program ihya’ ramadhan yang telah dijalankan adalah,
i.                     .....

Ucapan perasmi
Warga dewan seri gemilang yang dikasihi
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Jesteru, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang berbahagia pengetua cemerlang SM Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli  untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan upacara penutupan program ihya’ ramadhan 2013
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
*********************************Ucapan Perasmi***********************************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
atas ucapan dan penyempurnaan perasmian penutup program ihya’ ramadhan 2013 sebentar tadi

Persembahan tayangan Multimedia

Hadirin warga dewan gemilang yang dihormati sekelian,

Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah persembahan khas sempena penutupan program ihya ramadhan 1434 H
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………….tayangan……………

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada cik nazira zulkiply dan para pelajar yang menjayakan persembahan sebentar tadi.
Penyampaian hadiah

Warga Kolej Vokasional juasseh yang dikasihi,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program ihya’ ramadhan 2013. 

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan  akademik  Pn Zaidah Binti danial untuk menjemput dan mengiringi  Yang Berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
Majlis mengumumkan keputusan pertandingan yang pertama iaitu pertandingan
….
Pemberian cenderamata

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Buat Pengetahuan hadirin, majlis pada pagi ini  juga khusus di adakan sempena perpisahan  pensyarah ganti iaitu cik ......................
yang akan menamatkan  tugas di kv juasseh pada hari ini. Di harapkan anak-anak didik terutama kelas yang di ajar oleh pensyarah ganti ini dapat  memanfaatkan sebaik-baiknya ilmu yang telah di curahkan oleh beliau selama ini. Hakikatnya, Kami warga KVJuasseh secara amnya,  sangat-sangat terhutang budi atas segala jasa dan bakti yang kalian curahkan sewaktu kalian berkampung disini. Apa yang kami harapkan, agar kalian dapat menggunakan pengalaman yang diperolehi sebaiknya, sebagai bekalan dalam menempuh kerjaya pendidik atau kerjaya yang lain di masa mendatang...insya Allah. Apa yang pasti, Kami warga vokasional juasseh  bakal merindui kehadiran beliau  sewaktu beliau berada di sini.  
Di kesempatan ini juga , majlis amat berbesar hati untuk memberikan sedikit  cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Sehubungan dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan ........................... untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang dirai …………………
diatas kesudian menerima tanda kenangan sebentar tadi

Penyampaian duit raya

Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan duit raya daripada pihak kolej kepada anak yatim dan dari keluarga yang kurang berkemampuan dan juga kepada semua pelajar. Di samping penyampaian duit raya, turut di sempurnakan amanah wang zakat dari Bank Rakyat kepada pelajar yang terpilih.

Majlis juga ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua murid untuk berada di barisan kelas masing-masing kerana sebentar lagi guru-guru tingkatan juga akan memberikan sumbangan duit raya kepada semua murid mengikut tingkatan masing-masing.

……………….duit zakat
…………..anak yatim

 majlis pemberian sumbangan anak yatim dan dari keluarga yang kurang berkemampuan diteruskan dengan mempersilakan penerima pertama iatu….


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia tuan pengarah atas kesudian menyampaikan hadiah, cenderamata dan sumbangan sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah pembimbing yang telah menyempurnakan pemberian sumbangan duit raya kepada murid mengikut kelas masing-masing sebentar tadi.


Penutup

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi




Harum baunya Si bunga cengkih
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Kutanam-tanam padi seladang
Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.



Sebelum itu, Majlis sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
en md razali dan ustad abdussyahid kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar kalian Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian di suasana yang baru.

Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program ihya’ ramadhan  ingin
merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan  pada tahun 2013  ini.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Bersalam-salaman

Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kiranya kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Secara tidak langsung hal ini akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim kekeluargaan antara kita.

Rasullullah saw pernah bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim

Sehubungan dengan itu diminta pensyarah  lelaki untuk berbaris di sebelah kanan dewan dan pensyarah wanita disebelah kiri dewan bagi memudahkan murid-murid bersalaman dengan kalian. Dipersilakan

Para pelajar bolehlah berbaris dan bersalaman dengan para pensyarah anda. Di ingatkan juga kepada semua pelajar,  anda dibenarkan bersalaman hanya kepada yang muhrim anda sahaja. Dipersilakan

8 comments:

Unknown said...

assalamualaikum.mohon share teks ni.terima kasih.

Anonymous said...

mohon share

Anonymous said...

terima kaseh dan mohon gune ye

Anonymous said...

assalamualaikum..minta halal teks ini digunapakai..terima kasih

Anonymous said...

ASSASALAMULAIKUM.. TERIMA KASIH SY MOHON COPY& PASTE... MEGGAMIT KENANGAN BETOI SETELAH 8 THN SY GUNA TEKS INI UTK SEK SY SEKRG..RINDU JUASSEH..

Anonymous said...

mohon izin copy dan guna teks ini tuan..jazakallahu khair

Anonymous said...

mohon izin copy & guna teks ni..

Unknown said...

Saya mohon share ye cikgu. terima kasih