Protokol
Bismillahhirrahmannirrahim……
1.
Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,
Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
2.
Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn
Zaidah Binti Danial
3.
Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin
Sapiei
4.
Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda, Ketua Unit Jaminan
Kualiti
5.
Ketua-ketua Jabatan
6.
Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
7.
Para pelajar yang di rahmati sekelian
Assalamu
`Alaikum W.B.T.
Hadirin-hadirat
yang dirahmati allah sekelian,
Di
majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat
illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan
masa untuk kita bersama-sama menjayakan majlis khatam al-quran dan penutupan ihya’
ramadhan kolej vokasional juasseh.
Terlebih dahulu, Majlis juga ingin mengalu-alukan
kehadiran yang Yang dikasihi En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG
Sekolah atas kesudian meluangkan masa bersama-sama warga vokasional juasseh
dalam meraikan majlis penuh bermakna ini.
Sayang melukut ditepi gantang
Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima
Bacaan khatam al-quran
Warga dewan sri gemilang
yang di rahmati sekelian
Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan majlis khatam
al-quran. Jesteru majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
ustad suhaimi bin mohamad bagi
mengepalai bacaan khatam al-quran. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………………bacaan khatam al-quran
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Suhaimi bin Mohammad atas penyempurnaan
majlis khatam al-quran secara beramai-ramai sebentar tadi.
Rasulullah SAW bersabda, “
Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapat satu kebaikkan
dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh kali ganda. Amatlah rugi jika kita tidak
merebut peluang yang datang pada bulan ramadhan ini, insya Allah.
Majlis
memohon kepada semua murid untuk berada di barisan kelas masing-masing bagi
memudahkan pemberian sumbangan duit raya kepada semua murid mengikut tingkatan
masing-masing sebentar lagi oleh pensyarah pembimbing. Dipersilakan
Ucapan alu-aluan MC
Hadirin-hadirat sekelian,
Majlis pada pagi ini adalah majlis khatam
Al-Quran dan penutupan program ihya’ ramadhan 2013. Buat pengetahuan hadirin
program ihya’ ramadhan telah bermula sepanjang bulan ramadhan 2013. Di antara
aktiviti program ihya’ ramadahan yang bakal dijalankan semasa penutupan program
ihya’ ramadhan ini adalah majlis khatam Al-Quran. Seperti kita sedia maklum
ganjaran membaca dan mempelajari Al-Quran di bulan ramadhan ini sangatlah
besar. Jesteru, warga vokasional juasseh juga tidak ketinggalan untuk membaca
Al-Quran secara berkumpulan bagi mendapat memanfaat bersama.
Lampu neon penyeri malam,
Malam syahdu sambut lebaran,
Cantik di mata indah di dalam,
Hiasan rumah bacalah Al-Quran.
Hari redup udarapun nyaman,
Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.
Antara aktiviti program
ihya’ ramadhan yang telah dijalankan adalah,
i.
.....
Ucapan perasmi
Warga dewan seri gemilang
yang dikasihi
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Jesteru, majlis dengan
penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang berbahagia pengetua cemerlang SM Vokasional Juasseh Puan
Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk
menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan upacara penutupan program ihya’
ramadhan 2013
Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.
*********************************Ucapan
Perasmi***********************************************
Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang berbahagia Tuan Pengarah
Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,
atas ucapan dan penyempurnaan
perasmian penutup program ihya’ ramadhan 2013 sebentar tadi
Persembahan
tayangan Multimedia
Hadirin warga dewan gemilang yang dihormati sekelian,
Sebagai pelengkap acara pada
pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah persembahan khas sempena penutupan
program ihya ramadhan 1434 H
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
………………….tayangan……………
Majjlis
merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada cik
nazira zulkiply dan para pelajar yang menjayakan persembahan sebentar tadi.
Penyampaian
hadiah
Warga
Kolej Vokasional juasseh yang dikasihi,
Majlis diteruskan lagi
dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah
dijalankan sepanjang program ihya’ ramadhan 2013.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan yang
berusaha Timbalan Pengarah sokongan
akademik Pn Zaidah Binti danial
untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md
Shazilli, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan
Majlis mengumumkan
keputusan pertandingan yang pertama iaitu pertandingan
….
Pemberian
cenderamata
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Buat Pengetahuan hadirin,
majlis pada pagi ini juga khusus di
adakan sempena perpisahan pensyarah
ganti iaitu cik ......................
yang akan menamatkan tugas di kv juasseh pada hari ini. Di harapkan
anak-anak didik terutama kelas yang di ajar oleh pensyarah ganti ini dapat memanfaatkan sebaik-baiknya ilmu yang telah
di curahkan oleh beliau selama ini. Hakikatnya, Kami warga KVJuasseh secara
amnya, sangat-sangat terhutang budi atas
segala jasa dan bakti yang kalian curahkan sewaktu kalian berkampung disini.
Apa yang kami harapkan, agar kalian dapat menggunakan pengalaman yang
diperolehi sebaiknya, sebagai bekalan dalam menempuh kerjaya pendidik atau
kerjaya yang lain di masa mendatang...insya Allah. Apa yang pasti, Kami warga
vokasional juasseh bakal merindui kehadiran
beliau sewaktu beliau berada di sini.
Di
kesempatan ini juga , majlis amat berbesar hati untuk memberikan sedikit cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan pada hari ini. Sehubungan dengan itu,
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang
Diraikan ........................... untuk menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang dirai …………………
diatas kesudian menerima
tanda kenangan sebentar tadi
Penyampaian
duit raya
Majlis
diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan duit raya daripada pihak kolej kepada
anak yatim dan dari keluarga yang kurang berkemampuan dan juga kepada semua pelajar.
Di samping penyampaian duit raya, turut di sempurnakan amanah wang zakat dari
Bank Rakyat kepada pelajar yang terpilih.
Majlis
juga ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua murid untuk berada di barisan
kelas masing-masing kerana sebentar lagi guru-guru tingkatan juga akan
memberikan sumbangan duit raya kepada semua murid mengikut tingkatan
masing-masing.
……………….duit
zakat
…………..anak
yatim
majlis pemberian sumbangan anak yatim dan dari
keluarga yang kurang berkemampuan diteruskan dengan mempersilakan penerima
pertama iatu….
Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia tuan pengarah atas
kesudian menyampaikan hadiah, cenderamata dan sumbangan sebentar tadi.
Majlis
juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah pembimbing yang
telah menyempurnakan pemberian sumbangan duit raya kepada murid mengikut kelas
masing-masing sebentar tadi.
Penutup
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Dengan
berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis sudah sampai
kepenghujungnya
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Harum baunya Si bunga cengkih
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.
Kutanam-tanam padi seladang
Malang nasibku lalang yang jadi
Andai ada masa terluang
Salam hormat berjumpa lagi.
Sebelum itu, Majlis sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan en md razali dan ustad abdussyahid kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar kalian Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian di suasana yang baru.
Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program ihya’ ramadhan ingin
merakamkan sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan pada tahun 2013 ini.
Saya juga selaku pengerusi
majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan
Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Bersalam-salaman
Bersempena syawal yang
bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kiranya kita bermaaf-maafan antara satu
sama lain. Secara tidak langsung hal ini akan merapatkan lagi ikatan
silaturrahim kekeluargaan antara kita.
Rasullullah saw pernah
bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan,
hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim
Sehubungan dengan itu
diminta pensyarah lelaki untuk berbaris
di sebelah kanan dewan dan pensyarah wanita disebelah kiri dewan bagi
memudahkan murid-murid bersalaman dengan kalian. Dipersilakan
Para pelajar bolehlah
berbaris dan bersalaman dengan para pensyarah anda. Di ingatkan juga kepada
semua pelajar, anda dibenarkan
bersalaman hanya kepada yang muhrim anda sahaja. Dipersilakan
8 comments:
assalamualaikum.mohon share teks ni.terima kasih.
mohon share
terima kaseh dan mohon gune ye
assalamualaikum..minta halal teks ini digunapakai..terima kasih
ASSASALAMULAIKUM.. TERIMA KASIH SY MOHON COPY& PASTE... MEGGAMIT KENANGAN BETOI SETELAH 8 THN SY GUNA TEKS INI UTK SEK SY SEKRG..RINDU JUASSEH..
mohon izin copy dan guna teks ini tuan..jazakallahu khair
mohon izin copy & guna teks ni..
Saya mohon share ye cikgu. terima kasih
Post a Comment