Search This Blog

Pages

Monday, January 20, 2014

TEKS PENGACARA MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1 KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2014

Pengumuman dari semasa ke semasa

  1. Selamat Datang kepada semua para penjaga bersama pelajar semester 1 kolej vokasional juasseh. Di ingat kan kepada semua hadirin supaya memenuhkan tempat duduk dihadapan.

  1. Makluman juga kepada semua penjaga pelajar, semasa pendaftaran anda telah dibekalkan buku program, nombor pendaftaran , senarai keperluan koperasi dan borang apdm. Sehubungan dengan itu, majlis memohon  kerjasama pelajar untuk melengkapkan borang-borang yang telah dibekalkan terutama senarai pembelian barang koperasi dan maklumat apdm.

  1. Perhatian juga bagi senarai keperluan koperasi  bahagian yang di gelapkan dan juga fail akademik serta fail MPAV adalah wajib di beli. Selain itu, keperluan asrama juga wajib di beli jika pelajar ditawarkan kemudahan penginapan asrama.

  1. Penjaga juga di maklumkan untuk membaca maklumat2 yang diberikan didalam buku program pendaftaran, terutama muka surat 5 dokumen/ butiran yang diperlukan semasa pendaftaran. ....baca...
Jika penjaga atau pelajar tidak membawa salinan yang dikehendaki, pihak kolej menawarkan perkhidmatan fotokopi/ fotostat di koperasi kolej.

5.  Jika dilihat pada mukasurat 6 dalam buku program, telah dicatatkan carta alir pendaftaran pelajar. Selepas selesai pendaftaran dan taklimat kursus, ibubapa atau pelajar bolehlah mendaftar kursus di tempat yang telah disediakan di kiri dan kanan dewan. Ibubapa yang berhasrat ingin menjelaskan yuran PIBG, adalah amat digalakkan semasa pendaftaran kursus.

6.   Sebaik selesai pendaftaran kursus, ibubapa atau pelajar di kehendaki membuat pendaftaran koperasi dengan mengemukakan senarai keperluan koperasi yang telah dilengkapkan. Setelah selesai pelajar yang telah ditawarkan kemudahan penginapan asrama dikehendaki membuat pendaftaran asrama di dewan makan asrama. Bagi pelajar tidak ditawarkan kemudahan penginapan asrama, ibubapa boleh membawa anak tuan/puan berehat di kafeteria atau berehat diluar kolej, namun begitu, semua pelajar dikehendaki berkumpul semula di dewan ini pada jam 2 petang bagi mengikuti Minggu haluan pelajar sehingga jam 5 petang. Begitu juga halnya bagi pelajar yang selesai menjalani pendaftaran asrama..harap maklum






















Mengumumkan Ketibaan
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir, Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, PPD , tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan- puan, hadirin dan hadirat serta pelajar tahun 1 kolej yang bakal mendaftar pada hari ini. Selamat datang kami ucapkan.

Pembuka Bicara

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
Protokol

1.      Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir

2.      Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Hjh Zaidah Binti Danial,
3.      Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti Kolej, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda,
4.      Yang berusaha NYDP PIBG KVJ , Tn Hj Ropie bin hj zainudin,
5.      Ahli –ahli  Jawatankuasa Pelaksana majlis pendaftaran tahun 1 Kolej Vokasional Juasseh
6.      Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh
7.      Pelajar tahun 1 Kolej berserta penjaga dan keluarga serta
8.      Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian

Kata alu-aluan



Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu



Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan kepada  kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi menyempurnakan majlis pendaftaran pelajar tahun 1 Kolej  Vokasional Juasseh bagi  tahun 2014.  Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengucap kan selamat datang pelajar semester 1 tahun 1 pra diploma vokasional malaysia sesi  2014-2017 kolej vokasional juasseh dan juga  kepada hadirin dan hadirat yang dirahmati sekelian.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan



Bacaan Doa



Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,

Kalau pergi ketanjung keramat
Anak manis jangan di angkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.


Ucapan alu-aluan MC

Hadirin- hadirat yang  dihormati ,
Buat pengetahuan hadirin dan hadirat, kolej vokasional juasseh telah melalui transformasi pendidikan vokasional dimana ia ber kola borasi dengan industri  bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan. Hal ini, secara tidak langsung bakal melahirkan graduan diploma kemahiran yang diktiraf kerajaan bagi persediaan melanjutkan pengajian vokasional yang lebih tinggi atau usahawan yang berdaya saing.
Kolej Vokasional juasseh juga masih mengekal kan program pengajian diploma vokasional malaysia dalam  pelbagai bidang, diantaranya adalah
1.Bidang Teknolgi kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dibawah kursus..
a. PEMESINAN INDUSTRI                  CVAM (PI)
b. TEKNOLOGI KIMPALAN                CMWT (TK)
c.TEKNOLOGI AUTOMOTIF              CMAT (TA)
d. TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA      CMAC (TPPU)

2.Bidang Teknolgi kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di bawah kursus…

a.TEKNOLOGI ELEKTRIK                    CEEK (TE)
b.TEKNOLOGI ELEKTRONIK              CEEN (TEN)

3.Bidang Teknolgi kejuruteraan Awam di bawah kursus…

a.TEKNOLOGI PEMBINAAN             CCCT (TP)


4. Bidang Perniagaan di bawah kursus…

            a. PENGURUSAN PERNIAGAAN      CBBA (PP)
            b. PERAKAUNAN                              CBAC (PA)

5.Bidang Teknologi maklumat dan komunikasi di bawah kursus…

            a.  SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN     CICS (SKR)


Ucapan  Alu-aluan NYDP

Para hadirin  yang dihormati sekalian,
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan


Untuk itu,  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di hormati NYDP PIBG Kolej Tn Hj Ropie Bin Hj Zainudin  NYDP  Kolej Vokasional Juasseh  untuk menyampaikan taklimat dan  ucapan alu-aluan
Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha hormati NYDP PIBG Kolej Vokasional Juasseh atas taklimat dan ucapan alu-aluan sebentar tadi

Taklimat TPA
Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti Kolej, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan

…………………………..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berusaha Ketua Jaminan Kualiti Kolej, Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda atas taklimat sebentar tadi

Ucapan pengarah
Para hadirin yang dihormati sekalian,

tampak cahaya jauh di kuala
kerdipan cahaya menawan hati
Tuan Pengarah kita persila
ucapan perdana kita hayati
Untuk itu,  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir untuk menyampaikan ucapan dan taklimat sempena majlis pendaftaran pelajar tahun 1 kolej vokasional juasseh sesi 2014-2017. Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada atas ucapan tuan pengarah kolej sebentar tadi

 Pengumuman
Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat pendaftaran ini, ibubapa dan murid-murid yang bakal mendaftar boleh lah meneruskan sesi pendaftaran kursus seperti yang dijadualkan dalam buku program yang telah dibekalkan. Sebaik sahaja selesai, para pelajar /penjaga diminta untuk membuat pendaftaran koperasi dan seterusnya pendaftaran asrama bagi murid-murid yang ditawarkan tinggal di asrama.

Penutup

Sebelum kita bersurai,  pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.


Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa

Asap api embun berderai
Patah galah berderai semalu
Niat hati tak mahu bercerai
Namun masa cemburu selalu


Kami akhiri majlis ini dengan  lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

No comments: