Search This Blog

Pages

Friday, November 17, 2017

MC Penutupan Bulan Sains Dan Matematik

Bismillahhirrahmannirrahim…….

Protokol

1.    Yang berusaha En Sarimen Bin Sapiei Timbalan Pengarah Akademik
2.    Yang di hormati En Samsudin Bin Mamat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
3.    Pn Zanariah Binti Mat Din Ketua Jaminan Kualiti
4.    Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit
5.    Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
6.    Para pelajar  yang di kasihi sekelian.



A’km WBT dan Salam sejahtera..
Alhamdulillah, selesailah sudah pelbagai aktiviti yang telah di jalankan sepanjang bulan sains dan matematik. Seperti kita sedia maklum pada, bulan september dijadikan bulan sains matematik dan inovasi kreativiti sebagai platform untuk mengasah bakat semua pelajar mencipta idea dan berkretiviti mereka sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada insan lain dalam semua pelajar berkonsepkan sains dan teknologi. Pelbagai Aktiviti sempena bulan ini direncanakan bagi membuka kretiviti dan inovasi pelajar, antara nya ialah

Pertandingan Bulas Sains Dan Matematik
1.1     Pertandingan bijak sifir
1.2     Pertandingan Sudoku Terpantas
1.3     Pertandingan explorace Sc Math
1.4     Pertandingan Clever Students KVJ
1.5     Pertandingan Video Sains Math
1.6     Pertandingan Shock your cerebrum

 Di kesempatan ini, Kami selaku wakil pengelola majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak warga juasseh secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti bulan kemanusiaan yang telah berlangsung. Kepada peserta di kalangan pensyarah atau pelajar yang mengambil bahagian terhadap sebarang aktiviti yang di anjurkan, kami pihak majlis mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Ucapan  Perasmian Penutup

Hadirin hadirat yang dikasihi,
Majlis pada pagi ini dimulai dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En Sarimen bin sapiei timbalan pengarah akademik kolej vokasional juasseh untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan upacara penutupan bulan sains dan matematik tahun 2017
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
*********************************Ucapan Perasmi*******************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang Berusaha En Sarimen bin sapiei timbalan pengarah akademik kolej vokasional juasseh atas ucapan dan penyempurnaan penutupan sebentar tadi

Tayangan Multimedia
Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian
Majlis penutupan pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersembahkan tayangan mulltimedia sempena  Bulan sains dan matematik yang telah berlangsung. Dengan segala hormatnya di persilakan
 .............................................................tayangan multimedia..............................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan tayangan multimedia sebentar tadi.

Penyampaian Hadiah
Majlis meneruskan acara dengan majlis penyampaian hadiah kepada pertandingan-pertandingan yang telah berlangsung. Untuk itu, Majlis dengan segala hormat dan penuh takzim mempersilakan yang di hormati en samsudin bin mamat dan pn lim yee pin untuk menjemput dan mengiringi Yang berusaha En Sarimen bin sapiei timbalan pengarah akademik untuk menyempurnakan pemberian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang. Di persilakan

**********************************Majlis Penyampaian Hadiah***************************


Terima kasih Pada penyampai

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang berusaha En Sarimen bin sapiei timbalan pengarah akademik atas kesudian menyempunakan penyampaian hadiah sebentar tadi.

Penutup

Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya

Sebelum itu , kepada semua warga kolej yang menyertai pertandingan yang di anjurkan dalam bulan sains dan matematik pada kali ini, Majlis ingin merakamkan sekalung tahniah kepada para pelajar yang Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada pertandingan yang akan datang.

Kami  juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.


MC Sambutan Maal Hijrah 2017

Nizam






 
MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2017

Pembuka Bicara
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT
Protokol

1.    Yang berusaha Puan Hajah Fatimah Binti Md Akhir, Pengarah KV Juasseh,
2.    Yang di hormati penceramah jemputan Al Fadhil Ustad Mohd Muhsinul Nidzam Bin Abdullah, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan
3.    Yang DiPertua Ibu bapa Dan Guru, Tn Hj Ropi Bin Hj Zainudin
4.    Yang di hormati En Sarimen Bin Sapiei, Timbalan Pengarah Akademik
5.    En Samsudin Bin Mamat , Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
6.    Pn Zanariah Binti Md Din, Ketua Jaminan Kualiti
7.    Ajk -ajk PIBG KV Juasseh
8.    Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit
9.    Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
10.  Para pelajar yang di rahmati sekelian
Faizal






 
 




Pertamanya, marilah kita memanjatkan rasa syukur sambil mengucapkan kalimah Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya jua, mengizinkan kita berhimpun dan bertemu sekali lagi sempena menyambut Maal Hijrah 1439 Hijrah di bawah tema kesatuan ummah kesejahteraan negara peringkat Kolej vokasional Juasseh. Tidak lupa selawat serta salam kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat di atas segala pengorbanan dan perjuangan agong menegakkan syiar Islam di segenap penjuru bumi Allah. Mudah-mudahan berkat tahun baru ini, kita sentiasa dikurniakan kekuatan dan keikhlasan untuk meneladani pengorbanan dan ketaqwaan generasi Islam terdahulu.
Nizam






 
 

Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran kesemua warga kolej vokasional juasseh dan juga kehadiran tuan penceramah jemputan Al Fadhil Ustad Mohd Muhsinul Nidzam Bin Abdullah, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu dalam majlis yang amat besar maknanya ini.  Semoga dengan kesudian Al Fadhil Ustad Mohd Muhsinul Nidzam meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis yang penuh barakah ini.

Bacaan Al-Quran & Bacaan Doa
Warga dewan gemilang yang di rahmati sekelian
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis di teruskan dengan bacaan Al- Quran dan bacaan doa sempena Awal Muharram. Jesteru majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ustad Hasbullah bin Ali bagi mengepalai bacaan al-quran dan seterusnya mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………bacaan al-quran
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Hasbullah Bin Ali atas penyempurnaan bacaan  al-quran dan bacaan doa sebentar tadi.
Faizal






 
 


Kata Aluan Pengacara Majlis
Peristiwa Hijrah merupakan sebuah sejarah yang telah ditulis dengan tinta emas. Secara sedar atau pun tidak, sepanjang detik waktu yang silih berganti, telah luput 1438 tahun, peristiwa Hijrah meninggalkan kita. Namun setiap kali memperingati peristiwa ini, kita tidak akan terlepas daripada watak-watak utama para sahabat yang cemerlang bekorban jiwa dan raga, harta mahu pun kaum keluarga. Mereka adalah potret generasi khairun ummah (umat terbaik), generasi model tauladan dan generasi rabbani yang perlu menjadi contoh sepanjang zaman. Malah apa yang lebih mengagumkan, penghijrahan yang telah dilakukan oleh baginda rasul dan para sahabat merupakan satu rakaman peristiwa sejarah yang tidak pernah berlaku pada mana-mana umat terdahulu mahu pun tamadun sebelumnya. Ini adalah sebuah keajaiban iman yang ditanam oleh Rasulullah SAW  di dalam diri para sahabat yang bukan sahaja sanggup berhijrah meninggalkan ahli keluarga bah kan sanggup memerangi ahli keluarga yang belum beriman bila mana Islam diancam. 
Nizam






 
           
Maka berhimpunnya kita pada hari ini jelas membuktikan satu bentuk kelangsungan dan kesinambungan dalam penghayatan dan memperingati peristiwa Hijrah sesuai dengan semangat dan iltizam kita untuk terus mendaulatkan Islam sebagai agama terunggul, menjulang tinggi syiar Islam dan menjadikan umatnya masyarakat bertamadun berpegang pada nilai-nilai mahmudah khususnya di kolej ini dan di Malaysia amnya. Memetik ayat al-Quran dari surah an-Nisa ayat yang ke seratus, Allah SWT berfirman,“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
Faizal






 
 


Tayangan Multimedia
Hadirin warga dewan gemilang yang dihormati sekelian,
Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah tayangan sempena majlis sambutan maal hijrah pada kali ini
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………………….tayangan……………
Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa multimedia yang menjayakan tayangan sebentar tadi.
Nizam






 
 


Ucapan tuan pengarah KVJ
Pergi ke kota beli selasih,
mencari manisan buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis meneruskan acara dengan ucapan oleh Yang berusaha Pengarah Kolej Vokasional Juasseh,  Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************************Ucapan Pengetua********************************************
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir  Pengarah Kolej Vokasional  itu tadi.
Faizal






 
 


Persembahan Sajak
Hadirin Hadirat yang dikasihi sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersembahkan persembahan sajak sempena sambutan maal hijrah peringkat kolej 1439 hijrah, marilah bersama-sama kita saksikan persembahan ini, dipersilakan.

………………….tayangan……………
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ....  atas persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi.
Nizam






 
 



Ceramah Maal Hijrah & Baca Biodata.
Warga dewan yang dirahmati sekelian,
Sebelum kita mendengar ceramah oleh tuan penceramah kita, izinkan saya membacakan serba sedikit biodata tentang Penceramah jemputan kita pada kali ini.
Tuan Penceramah jemputan kita bernama Ustad Mohd Muhsinul Nidzam Bin Adullah. Beliau merupakan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan. Beliau memiliki Ijazah sarjana muda kepujian bidang pengajian islam usuluddin dan falsafah di Univ............................. dan seterusnya memiliki  ijazah sarjana dalam bidang pendidikan islam di univ .....................
Beliau pernah memegang jawatan sebagai........................sebelum kini berkhidmat sebagai ketua jabatan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan








Faizal






 
 

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengn ceramah oleh penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang di hormati Al Fadhil Ustad Mohd Hapizi Bin Mohamad Ali, Ketua Unit Pengurusan Dakwah Dan Syiar Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk menyampaikan ceramah beliau ...mempersilakan
..................................................................ceramah..............................................................
Nun Di Sana Indahnya Kota
Kota Bersih Dijaga Sentiasa
Indah Sungguh Bicara Kata
Jadi Iktibar Pada Semua

Demikian tadi ceramah yang telah disampaikan dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Nizam






 
 


Persembahan Lakonan
Hadirin warga dewan gemilang yang dihormati sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersembahkan persembahan pelajar sempena sambutan maal hijrah peringkat kolej 1439 hijrah, marilah bersama-sama kita saksikan persembahan ini, dipersilakan.

………………….tayangan……………
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada...
atas persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi.







Faizal






 
 

Pemberian cenderamata & Hadiah
Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,
Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi berkongsi ilmu dan pengalaman sebentar tadi.
Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapie, untuk menjemput dan mengiringi yang berbahagia  Pengarah Puan Hjh Fatimah Binti Md Akhir untuk menyempunakan penyampaian Hadiah dan cenderamata.
Nizam






 
 


Cenderamata Penceramah
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang di hormati Al Fadhil ................., untuk menerima cenderamata penghargaan dipersilakan



            ……………………………..
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan pengarah yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
Faizal






 
 



Persembahan Nasyid
Hadirin warga dewan gemilang yang di rahmati
Sebagai Penutup acara pada sambutan maal Hijrah pada kali ini, kita sekali lagi bakal dipertontonkan persembahan pelajar iaitu alunan merdu dari sebuah persembahan nasyid kv juasseh iaitu………………
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada...
atas persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi.



Nizam






 
 


Penutup
Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya persembahan nasyid sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya. Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.




Friday, March 3, 2017

Em Cee ..taklimat perkasa Kolej Vokasional 2017

MAJLIS TAKLIMAT OUTREACH KV DIKALANGAN KAUNSELOR-KAUNSELOR DAERAH KUALA PILAH DAN JEMPOL


Pembuka Bicara
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT

Protokol

1. Yang Berbahagia Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh
2. Yang Berusaha En Sarimen Bin Sapiei Timbalan Pengarah Akademik
3. En Samsudin Bin Mamat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
4. Pn Zanariah Binti Mat Din , Ketua Jaminan Kualiti
5. Ketua - Ketua Jabatan Kolej
6. Yang dihormati Guru-guru kaunselor Daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu
7. Jawatan kuasa pelaksanan program
8. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian

Alhamdullillah…..  bersyukur kita ke hadrat illahi dengan izin limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada pagi ini berhimpun di bilik gerakan kv juasseh dalam program taklimat transformasi  kolej vokasional  pada pagi ini.

Kata alu-aluan
Hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Apabila transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013, maka aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua. Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan Negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga. Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi negara untuk mencapai negara maju.


Tuan-tuan dan puan-puan
Taklimat ini juga diharapkan mampu memberi pendedahan kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vokasional) untuk menyertai program di kolej vokasional. Komponen pembelajaran di sini adalah seimbang dari teori dan amali. Objektif program di sini ialah membantu melahirkan pekerja separa professional seperti juruteknik/ pembantu teknik. Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak di bangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.


Bacaan Doa

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis dimulai dengan bacaan doa, Jesteru, majlis mempersilakan sdr mohd arsyad bin abd aziz
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

************************************bacaan doa***********************************
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada sdr mohd arsyad bin abd aziz di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.


Ucapan Alu-Aluan & Taklimat I ( hjh Fatimah)

Hadirin-hadirat yang dihormati sekelian,

Arena taklimat dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berbahagia pengarah kolej vokasional juasseh puan hajah fatimah  dan seterusnya memberikan taklimat yang bertajuk Transformasi Pendidikan  Kolej Vokasional, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan puan.

..............taklimat pengarah .............
Demikianlah tadi ucapan dan taklimat yang telah di sampaikan oleh pengarah kolej pn hjh fatimah bin md akhir sebentar tadi . Majlis mengucapkan terima kasih.

Taklimat II (En Sarimen)

Hadirin- hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan yang berusaha En Sarimen Bin Sapiei Timbalan Pengarah akademik  untuk menyampaikan taklimat mengenai standart kurikulum kolej vokasional. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat II****************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh En Sarimen Bin Sapiei sebentar tadi.

Rehat...

Hadirin dan hadirat yang di kasihi
Majlis berehat seketika. Di ingatkan kepada semua hadirin, aturcara seterusnya dijadualkan pada jam 10.30 pagi., sehubungan itu diminta kepada semua para hadirin untuk masuk kembali ke bilik gerakan pada masa yang telah di jadualkan. Majlis mengalu-alukan pengarah, timbalan pengarah, ketua jaminan kualiti, ketua jabatan dan semua kaunselor untuk ke kafeteria kolej bagi menikmati jamuan ringan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan


Selepas rehat
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.
Assalamualaikum...WBT

Protokol

1. Yang Berbahagia Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh
2. Yang Berusaha En Sarimen Bin Sapiei Timbalan Pengarah Akademik
3. En Samsudin Bin Mamat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
4. Pn Zanariah Binti Mat Din , Ketua Jaminan Kualiti
5. Ketua - Ketua Jabatan Kolej
6. Yang dihormati Guru-guru kaunselor Daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu
7. Jawatan kuasa pelaksanan program
8. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian


Taklimat III (ketua jabatan) – 1. En Zahid

Hadirin-hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat diteruskan mengenai penerangan-penerangan program-program di KV Juasseh oleh semua ketua-ketua jabatan kolej. Sehubungan itu,  majlis menjemput dan mempersilakan yang  berusaha En Muhamad zahid bin Abdullah ketua jabatan teknologi kejuruteraan awam untuk memberi taklimat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat III **************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh En Zahid sebentar tadi.

Taklimat III (ketua jabatan) – 2. En Razali

Hadirin-hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat seterusnya oleh ketua jabatan teknologi kejuruteraan elektrik dan elektronik . Jesteru, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha En Razali Bin Mohd  untuk memberi taklimat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat III ***********************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh En Razali sebentar tadi.

Taklimat III (ketua jabatan) – 3. En Omar Azhar

Hadirin-hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat seterusnya oleh ketua jabatan teknologi kejuruteraan mekanikal dan pembuatan . Jesteru, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha En Omar Azhar Bin Zakaria  untuk memberi taklimat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat III ************************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh En Omar Azhar Bin Zakaria  sebentar tadi.

Taklimat III (ketua jabatan) – 4. En Muhd Ruslan Bin Abdullah

Hadirin-hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat seterusnya oleh ketua jabatan teknologi Maklumat dan Komunikasi . Jesteru, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha En Muhd Ruslan Bin Abdullah untuk memberi taklimat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat III **************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh En Muhd Ruslan Bin Abdullah sebentar tadi.



Taklimat III (ketua jabatan) – 4. Pn Zakiah

Hadirin-hadirat yang dikasihi

Sesi Taklimat seterusnya oleh ketua jabatan pernigaan . Jesteru, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha Pn Zakiah Binti Soid untuk memberi taklimat. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

*********************************Taklimat III ****************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang di sampaikan oleh Pn Zakiah Binti Soid sebentar tadi

Ucapan Penutup – pn hjh Fatimah

Hadirin-hadirat yang dihormati sekelian,

Demikian lah tadi taklimat-taklimat oleh ketua-ketua jabatan kolej. Majlis diteruskan lagi dengan  dengan ucapan penutupan oleh Yang berbahagia pengarah kolej vokasional juasseh puan hajah fatimah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan puan.

..............taklimat pengarah .............
Demikianlah tadi ucapan penutupan yang telah di sampaikan oleh pengarah kolej pn hjh fatimah bin md akhir sebentar tadi . Majlis mengucapkan terima kasih.


Penutup

Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya ucapan sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya

Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawahlah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.

Wednesday, November 23, 2016

Malis menandatangani MoU dan Majlis Anugerah KV Juasseh 2016

TEKS UCAPAN
MAJLIS MENANDATANGANI MOU / Loi BERSAMA INSTITUSI PENDIDIKAN / LATIHAN AWAM/ SWASTA/ DAN INDUSTRI
dan
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KV JUASSEH 2016

PERISTIWA
BUTIRAN PENYAMPAIAN
PENYAMPAI

Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia En Khairuddin Bin Khalid, Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan wakil rasmi Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional , Kementerian Pendidikan Malaysia diiringi oleh Tuan Pengarah KV Juasseh dan para tetamu kehormat.

Nizam
Nyanyian lagu negaraku
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan menyanyikan
Lagu Negaraku
Para hadirin diminta bersedia.

Nizam
Selesai tetamu duduk












Alu-aluan Protokol
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan Salam Sehati Sejiwa

Yang Berbahagia En Khairuddin Bin Khalid, Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan, wakil rasmi Tuan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional , Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang dihormati .......................................................................................Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah

Yang dihormati barisan pengarah/pengurus Institusi Pendidikan / Latihan Awam / Swasta Dan Industri

Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa Dan Guru Kolej Vokasional Juasseh,  Tuan Hj Ropi Bin Hj Zainuddin,

Yang Berusaha, Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh

Yang Berusaha En Sarimen Bin Sapiei, Timbalan Pengarah Akademik, Kvj

Yang Berusaha En Samsudin Bin Mamat, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Kvj

Yang Berusaha Barisan pengarah kolej vokasional/pengetua sekolah menengah teknik/Wakil Zon Melaka Negeri Sembilan

Yang dihormati Pn Halimah Bt Arsyad, Setiausaha Majlis Alumni Teknik Dan Vokasional Kebangsaan

Yang dihormati En Mohd Rusydi Bin Jamaludin, Pengerusi Alumni Kolej Vokasional Juasseh

Pihak-pihak Media, Ketua2 Jabatan, Ketua2 Bengkel, Ketua2 Program, Jawatankuasa PIBG, Para Pensyarah, Para Waris Dan Para Pelajar yg dikasihi sekalian.

Nizam
Kata2 aluan pengacara majlis
Majlis dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia En Khairuddin Bin Khalid, dan tetamu-tetamu kehormat sekalian ke Majlis Menandatangani Mou/Loi Bersama Institusi Pendidikan/Latihan Awam/Swasta Dan Industri Dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kv Juasseh Bagi Tahun 2016

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati dan memuliakan majlis, dipersilakan Ustaz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan,

Farrah
Bacaan doa
....................BACAAN DOA.............................

Selesai doa
Amin Ya Rabb al-‘Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa



Hadirin sekalian,

majlis meneruskan acara dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

.........................UCAPAN PENGARAH KVJ...................................
Nizam











Nizam
Selesai ucapan pengarah kvj
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir pengarah kolej vokasional juasseh atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia En Khairuddin Bin Khalid, Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional , Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Menandatangani Mou /Loi Bersama Institusi Pendidikan / Latihan Awam/ Swasta/ Dan Industri Dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kv Juasseh Bagi Tahun 2016.  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

.........................UCAPAN PENGARAH BPTV.........................................
Farrah
Selesai ucapan pengarah BPTV




Gimik Perasmian
Persembahan Multimedia
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Khairuddin Bin Khalid Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional atas ucapan dan penyempunaan perasmian sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya adalah gimik perasmian yang akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Khairuddin Bin Khalid, Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional diiringi oleh Tuan Hj Mohd Ropie, ..............................................(PPD), Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir, dan En Sarimen Bin Sapiei. Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan

............................GIMIK PERASMIAN............................
............................PERSEMBAHAN MULTIMEDIA.......................
Nizam
Selesai perasmian















Panggil untuk tandatangan MoU

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional , Kementerian Pendidikan Malaysia, YDP PIBG, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengarah Dan Timbalan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Juasseh.

..................VIP TURUN DAN DUDUK........................

Lafaz doa sudah  dipanjatkan,
Alu-aluan telah disampaikan,
Tibalah saatnya tinta dititiskan,
Tanda ikatan sebuah perjanjian.
Teringin hati nak makan ikan,
Harap-harap dapat ikan kaloi,
Tibalah masa yang dinanti-nantikan,
Bersama saksikan acara tandatangan MOU/Loi

Dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berbahagia En Khairuddin Bin Khalid, Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional , Kementerian Pendidikan Malaysia, Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir, dan En Sarimen Bin Sapiei Dan

1.    Pengurus SDE PINTAR (M) SDN BHD .......................................
2.    Pengarah KOLEJ KOMUNITI JEMPOL,......................................
3.    Pengurus MSY SETIA ENTERPRISE,......................................
4.    Pengurus TEKAD NHF SDN BHD,............................................

Diiringi oleh Ketua Program bagi :
1.    Teknologi penyejukan dan penyaman udara
2.    Sistem komputer dan rangkaian
3.    Teknologi kimpalan
4.    Teknologi elektronik

untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan Majlis Menandatangani Perjanjian Mou / Loi. Dipersilakan.
Majlis menandatangani MOU/Loi ini akan disaksikan oleh Yang Berbahagia En Khairuddin Bin Khalid, Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional , Kementerian Pendidikan Malaysia

Farrah












Nizam
Semasa menandatangani MOU/ Loi

(kumpulan 1)




















Selepas menandatangani MOU/ Loi



















Panggil syarikat lain MoU








































Selepas menandatangani MOU/ Loi

(kumpulan 2)
Majlis pada hari ini akan menyaksikan penandatanganan antara kolej vokasional juasseh dengan institusi pendidikan / latihan awam/ swasta dan industri iaitu dari ...

·         Syarikat SDE Pintar (M) SDN BHD dari Petaling Jaya .........................................................................................................
yang telah bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program Teknologi Penyejukkan Dan Penyaman Udara Dan Teknologi Sistem Komputer Dan Rangkaian manakala

·         Kolej Komuniti Jempol, Kementerian Pendidikan Tinggi
.........................................................................................................
telah bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program Sistem Komputer Dan Rangkaian

·         Syarikat MSY Enterprise, dari Senawang
.........................................................................................................
telah bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program TEKNOLOGI KIMPALAN

·         Syarikat TEKAD NHF SDN BHD dr Seremban
.........................................................................................................
juga telah bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program TEKNOLOGI ELEKTRONIK

Dipersilakan Pengarah kolej vokasional juasseh dan Pengarah/Pengurus

 *  Syarikat SDE Pintar (M) SDN BHD

untuk bertukar Dokumen Perjanjian. Dokumen perjanjian yang bertukar tangan menandakan kesepakatan telah dicapai.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Pengarah kolej vokasional juasseh untuk menyampaikan cenderamata kepada Pengarah /Pengurus

 *  Syarikat SDE Pintar (M) SDN BHD
    
Terima kasih diucapkan.

......... ulang untuk syarikat lain...

1.    Kolej Komuniti Jempol, Kementerian Pendidikan Tinggi
2.    Syarikat MSY Enterprise
3.    Syarikat TEKAD NHF SDN BHD

Majlis diteruskan lagi dengan menandatangani MOU / Loi bagi institusi dan syarikat yang lain. Oleh itu, majlis mempersilakan

1.    Pengurus SERVIS HAWA DINGIN & ELEKTRIK HM....................
2.    Pengarah PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) MELAKA, .....................................
3.    Pengurus MF SYAM WORKSHOP,...............................................
4.    Pengarah INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PEDAS,...........

Diiringi oleh Ketua Program bagi :
1.    Teknologi penyejukan dan penyaman udara
2.    Teknologi pemesinan industri
3.    Teknologi automotif
4.    Teknologi elektronik

untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan Majlis Menandatangani Perjanjian Mou / Loi. Dipersilakan.

Hadirin yang dihormati, sekali lagi kita akan menyaksikan majlis menandatangani Mou /Loi ini antara kolej vokasional juasseh dengan institusi pendidikan / latihan awam/ swasta dan industri. Dimana,

·         Syarikat Servis Hawa Dingin dan Elektrik HM, dr Kuala Pilah
.........................................................................................................
telah bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program TEKNOLOGI PENYEJUKKAN DAN PENYAMAN UDARA

·         Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka
.........................................................................................................
telah bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN DAN TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

·         Syarikat MF Syam Workshop dr Juasseh
.........................................................................................................
telah bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program TEKNOLOGI AUTOMOTIF

·         Institut latihan Perindustrian Pedas (ILP),
.........................................................................................................
telah bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program TEKNOLOGI ELEKTRONIK

Dipersilakan Pengarah kolej vokasional juasseh dan Pengarah /Pengurus

 *  Syarikat Servis Hawa Dingin dan Elektrik HM
    
untuk bertukar Dokumen Perjanjian. Dokumen perjanjian yang bertukar tangan menandakan kesepakatan telah dicapai.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Pengarah kolej vokasional juasseh untuk menyampaikan cenderamata kepada Pengarah /Pengurus

 *  Syarikat Servis Hawa Dingin dan Elektrik HM

Terima kasih diucapkan.

......... ulang untuk syarikat lain...

1.    Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka
2.    Syarikat MF Syam Workshop
3.    Institut latihan Perindustrian Pedas (ILP)
Farrah

























Nizam




















Farrah


















Nizam

























Farrah







Penutup majlis MOU/Loi






Sesi fotografi






Cak Lempong
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian teknik dan vokasional, Pengarah dan Timbalan Pengarah Akademik serta wakil dari Institusi Awam dan syarikat

Dengan ini sempurnalah sudah MAJLIS MENANDATANGANI MOU / Loi DI ANTARA KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH BERSAMA INSTITUSI PENDIDIKAN / LATIHAN AWAM/ SWASTA/ DAN INDUSTRI.

Seterusnya adalah sesi fotografi bersama dengan pengarah / pengurus dari Institusi dan syarikat.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin sekalian,

Marilah kita sama-sama menyaksikan bakat pelajar kolej vokasional juasseh melalui Persembahan Cak Lempong WARIS BUDAYA di bawah pimpinan EN SHAHRIZAL BIN MOHD SHARIF.Dipersilakan.

......................................CAK LEMPONG...................................................
Nizam















Farrah




Majlis Anugerah
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Cak Lempong diatas persembahan sebentar tadi.

Tanpa membuang masa lagi, majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kolej Vokasional Juasseh bagi Tahun 2016.

Bagi menyempurnakan penganugerahan kepada para pelajar, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YDP PIBG TN HJ ROPI BIN HJ ZAINUDDIN,
Untuk menjemput dan mengiringi yang di hormati .................................................................., PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA PILAH bagi menyempurnakan penyampaian Anugerah. Majlis mempersilakan.

.................RUJUK LAMPIRAN........................................
1.    ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PERINGKAT SIJIL (SVM)
·         KATEGORI ANUGERAH PENGARAH – 10 ORG
·         KATEGORI PELAJAR TERBAIK SEMESTER 2 SIJIL TAHUN 2015 – 25 ORG
2.    ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PERINGKAT DIPLOMA (DVM)
·         KATEGORI ANUGERAH PENGARAH – 10 ORG
·         KATEGORI PELAJAR TERBAIK SEMESTER 2 DIPLOMA TAHUN 2015 – 46 ORG


Majlis mengucapkan terima kasih kepada ..................................................................., PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA PILAH atas kesudian menyempurnakan penyampaian Anugerah sebentar tadi.
Nizam














Nizam






Anugerah Pengurusan
·      Akademik
·      Sokongan akademik
·      Jaminan Kualiti
Majlis penganugerahan kecemerlangan diteruskan lagi , dgn mempersilakan Yg Berusaha Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Khairuddin Bin Khalid, Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional , Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyempurnakan penyampaian  Anugerah. Majlis mempersilakan.

.................RUJUK LAMPIRAN........................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Khairuddin Bin Khalid, Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional atas penyempurnakan penyampaian  Anugerah sebentar tadi
Farrah
Cenderamata Perasmi (BPTV)










Penutup

Tuai padi buahnya lebat,
Tanam  ubi beralas batas;
Sudah menjadi  adat bersahabat,
Orang berbudi kita membalas.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia En Khairuddin Bin Khalid, Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional , Kementerian Pendidikan Malaysia
................................CENDERAMATA.....................................................

Terima kasih diucapkan kepada kepada Yang Berbahagia En Khairuddin Bin Khalid Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Teknik dan Vokasional atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

Dengan Ini Berakhirlah Sudah Majlis Menandatangani Mou / Loi Bersama Institusi Pendidikan / Latihan Awam/ Swasta/ Dan Industri Dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Vokasional Juasseh.

Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada En Khairuddin Bin Khalid, Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional , Pengarah /pengurus institusi pendidikan / latihan awam / swasta dan industri,Pegawai Pendidikan Daerah, YDP PIBG, pengarah-pengarah kolej vokasional atau pengetua-pengetua sekolah menengah teknik/ wakil zon melaka negeri sembilan, setiausaha majlis alumni teknik dan vokasional kebangsaan, pengerusi alumni kolej vokasional juasseh, pihak media, tuan-tuan dan puan-puan yang turut hadir menjayakan majlis yang penuh bermakna pada hari ini.

Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa

Gunung pantai tinggi mengawan
Nampak dari Padang Temu
Sampai di sini tuan dan puan
Ada hayat kita bertemu

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu datang dari kelemahan pihak kami sendiri.

Sebelum berpisah, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir dan Tuan Hj Ropie Bin Zainuddin untuk menjemput dan mengiringi En Khairuddin Bin Khalid ke sesi fotografi dan seterusnya lawatan ke 21st Century Classroom. Dipersilakan.

Sekian, terima kasih.

Nizam












Farrah























Nizam