Search This Blog

Pages

Tuesday, September 11, 2012

Majlis Penutup Kuiz

Pembukaan kuiz
Bismillahirrahmannirrahim


Assalammualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Pengacara majlis mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria.


1. Yg berusaha, Tn Hj Mohd Shaari B Hussain pengetua SM Teknik Datuk Seri Mohd Zin
2. Yang Di hormati, Pn Hjh Patimah bte Hj Othman GPK SMTDSMZ
3. En Aziz B Abu, GPK HEM
4. Pn Halimah Bt Hj Ahmad, GPK Ko-kurikulum
5. Hakim-hakim pertandingan, guru-guru pengiring, barisan peserta kuiz yang mengambil bahagian seterusnya
6. Para pelajar SMT negeri melaka yg dihormati sekelian.

Assalamualaikum, w.b.t dan Selamat sejahtera
Alhamdullillah….. bersyukur kita ke hadrat illahi dengan izin limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada pagi dalam pertandingan kuiz mata pelajaran pengajian kej elektrik dan elektronik SMT peringkat negeri Melaka tahun 2009

Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran barisan hakim, guru pengiring, para peserta pertandingan dan para pelajar SMT negeri Melaka. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa menyertai dan menyaksikan pertandingan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan sedia ada kalian.

Pergi ke pasar membeli kelapa,
untuk dimasak gulai kari;
Tuntutlah ilmu janganlah alpa,
bekalan hidup kemudian hari
Makan sireh duduk bersila,
Sambil duduk bergurau senda,
Sekiranya ilmu penuh didada,
Hidup tidak gelap gelita.


Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Kuiz m/p PKEE SMT Negeri melaka ini adalah kali ke 2 telah berlangsung di negeri melaka. Buat pengetahuan hadirin semua, Melaka adalah satu-satunya negeri yang menganjurkan pertandingan ini. Kuiz ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar PKE membuat persediaan menjawab kertas 1 semasa menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 nanti. Di samping itu, ia dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar SMT khususnya para pelajar PKE di Melaka


Antara objektif pertandingan kali ini adalah,
a) Mencapai sekurang-kurangnya 10 orang mendapat 1A mata pelajaran PKEE setiap SMT negeri melaka
b) Mencapai keputusan 100% lulus mata pelajaran PKEE dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 setiap SMT negeri melaka dan
c) Menjadikan peserta-peserta sebagai fasilitator mata pelajaran PKEE di SMT masing-masing.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan
Tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan acara pertandingan kuiz mata pelajaran pengajian kej elektrik dan elektronik SMT peringkat negeri Melaka tahun 2009. Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya di serahkan kepada jurukuiz En Ramli B Jaaman untuk acara selanjutnya, dipersilakan...

















MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN kuiz PKEE
Assalamualaikum, w.b.t dan Selamat sejahtera
1. Yg berbahagia Tn Hj Arshad B Hj Md Yusof, Yang Dipertua PERSATUAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH TEKNIK Zon Melaka dan N sembilan
2. Yg berbahagia Tn Hj Abd Rashid Bin Bakar, Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Negeri Melaka
3. Yg Dimuliakan En Fauzi Bin Abdullah, pengetua SM Teknik Jasin, Melaka
4. Tn Hj Abd Aziz Bin Hj Omar, Pengetua SM Teknik Melaka
5. ..............................................................................., GPK HEM SM Teknik Melaka Tengah
6. Yg berusaha, Tn Hj Mohd Shaari B Hussain pengetua SM Teknik Datuk Seri Mohd Zin
7. Yang Di hormati, Pn Hjh Patimah bte Hj Othman GPK SMTDSMZ
8. En Aziz B Abu, GPK HEM
9. Pn Halimah Bt Hj Ahmad, GPK Ko-kurikulum
10. Hakim-hakim pertandingan, guru-guru pengiring, barisan peserta kuiz yang mengambil bahagian seterusnya
11. Para pelajar SMT negeri melaka yg dihormati sekelian.

Alhamdullillah….. bersyukur kita ke hadrat illahi dengan izin limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama pada tengahari yang indah ini berhimpun di dewan tertutup SMT Datuk Seri Mohd Zin untuk meraikan majlis perasmian penutup pertandingan kuiz mata pelajaran pengajian kej elektrik dan elektronik SMT peringkat negeri Melaka tahun 2009


Tidur sebantal lena berulit
Dibuai mimpi bersama puteri
Sekali sekala pantun di selit
Majlis tampak lebih berseri

Pagi hari pergi kepekan
Hendak membeli buah kuini
Selamat datang kami ucapkan
Semoga hadirin selesa disini


Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita yang berbahagia Tn Hj Arshad B Hj Md Yusof, Yang Dipertua PERSATUAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH Zon Melaka N sembilan, Tn Hj Abd Rashid Bin Bakar, Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Negeri Melaka, pengetua-pengetua atau wakil serta hadirin hadirat sekelian. Semoga dengan kesudian kalian meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada tengahari ini akan menyemarakkan lagi majlis pada hari ini.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis pada tangahari ini, majlis didahului dengan bacaan doa Jesteru itu, majlis mempersilakan Ust jaini B Saiman untuk memimpin bacaan doa……. dipersilakan.
------------------------Bacaan Doa-------------------------------------------------------------------------------------
Amin, Ya rabbal Alamin..
Pergi mengail ikan haruan
Buat selendang kain pelekat
Terima kasih kepada tuan
Doa dipohon semoga berkat

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,
Kuiz m/p PKEE ST Negeri melaka ini adalah kali ke 2 telah berlangsung di negeri melaka. Buat pengetahuan hadirin semua, Melaka adalah satu-satunya negeri yang menganjurkan pertandingan ini. Kuiz ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar PKE membuat persediaan menjawab kertas 1 semasa menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 nanti. Di samping itu, ia dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar SMT khususnya para pelajar PKE di Melaka


Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.








Antara objektif pertandingan kali ini adalah,
a) Mencapai sekurang-kurangnya 10 orang mendapat 1A mata pelajaran PKEE setiap SMT negeri melaka
b) Mencapai keputusan 100% lulus mata pelajaran PKEE dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 setiap SMT negeri melaka dan
c) Menjadikan peserta-peserta sebagai fasilitator mata pelajaran PKEE di SMT masing-masing.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan
Majlis diteruskan lagi dengan mendengar ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tuan Pengetua SMTDSM. Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan Tuan Hj. Mohd. Shaari bin Hussein untuk menyampaikan ucapan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*******************Ucapan alu-aluan Tuan Hj. Mohd. Shaari bin Hussein **********************
Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Tn Hj. Mohd. Shaari bin Hussein, Pengetua SMTDSMZ . Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Mohd. Shaari bin Hussein di atas ucapan itu tadi

Hadirin-hadirat yang dihormati
Pergi ke pantai mencari lokan
Rehat berteduh di pohon jati
Ucapan perasmian kita nantikan
Mari bersama kita hayati

Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tn Hj Arshad B Hj Md Yusof, Yang Dipertua PERSATUAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH Zon Melaka N sembilan untuk memberikan ucapan perasmian penutup dan seterusnya menutup pertandingan kuiz PKEE SMT Negeri Melaka 2009
*******************Ucapan Perasmian Penutup Tn Hj Arshad B Hj Md Yusof *******************
Demikianlah tadi ucapan perasmian penutup yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tn Hj Arshad B Hj Md Yusof, Yang Dipertua PERSATUAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH Zon Melaka N sembilan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas ucapan dan perasmian penutup itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang di kasihi sekelian,
Acara diteruskan dengan penyampaian cenderamata. Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yg berusaha, Tuan Hj. Mohd. Shaari bin Hussein untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Arshad B Hj Md Yusof bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata. Dipersilakan..

1. Cenderamata pertama diberikan kepada tenaga pengajar yang turut membantu menjayakan kursus proses teknik pengawas perpustakaan sekolah-sekolah menengah negeri melaka sebentar tadi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
a) En Suhaimi B Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan BTP Melaka
b) En Yusri B Suib, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ganun
c) En Mohd Amirshah B Musa, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Alor Gajah
d) En Abd Razak B Sampul, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Pengkalan Balak
e) En Norizan B Majid, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Masjid Tanah
2. Cenderamata seterusnya di berikan sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang di berikan oleh setiap sekolah menengah di negeri melaka. Buat pengetahuan yang berbahagia dan hadirin semua, terdapat 76 buah sekolah menengah di dalam negeri melaka yang mengambil bahagian. Jesteru, majlis mempersilakan,


Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Dikesempatan ini juga majlis ingin memberikan cenderamata sebagai tanda kunjungan dan terima kasih di atas perasmian penutup sebentar tadi.
Justeru itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg berusaha, Tuan Hj. Mohd. Shaari bin Hussein untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tn Hj Arshad B Hj Md Yusof Yang Dipertua PERSATUAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH Zon Melaka N sembilan
Majlis mempersilakan.

Cantik jambangan bunga disusun,
Bunga orkid, cempaka, melati
Budimu bagaikan air terjun,
Mengalir terus tanpa henti.

Pilih antah buangkan dedak,
Beras segantang pulang dijunjung,
Entah terbalas entahkan tidak,
Jasamu tuan tetap disanjung.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudiaan Yang Berbahagia Tn Hj Arshad B Hj Md Yusof dan yang berusaha tuan pengetua SMT DSMZ dalam menyempurnakan penyampaian hadiah dan cenderamata sebentar tadi.

Seterusnya pihak majlis juga ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa pertandingan kuiz mata pelajaran pengajian kej elektrik dan elektronik SMT peringkat negeri Melaka tahun 2009
Ini berlangsung. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa pertandingan berlangsung, kami sebagai J/K pengelola pertandingan memohon maaf.


Terbang sekawan burung tempua
Membuat sarang dirumpun pegaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga
Tegak merimbun pohon bidara
Tempat berteduh si anak rusa
Kita sampai kepenghujung acara
Jumpa lagi di lain masa


Dengan itu majlis mempersilakan Tuan pengetua untuk mengiringi semua tetamu kehormat, jawatan kuasa pengelola , guru-guru pengiring dan peserta pertandingan untuk menikmati jamuan ringan di dewan makan asrama

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan
Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.

Jamuan ringan

No comments: