Search This Blog

Pages

Wednesday, August 15, 2012

Program Guru Penyayang dan pemberian duit raya

MAJLIS PERASMIAN GURU PENYAYANG

Pembuka Bicara


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program guru penyayang tahun 2012

Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1. Yang berbahagia Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, Pengetua Cemerlang SM Vokasional Juasseh
2. Yang di hormati En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah
3. Yang berusaha En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah
4. Pn Zaidah Binti Danial, GPK Hal Ehwal Murid
5. Pn Hjh Rusnawati Binti Hj Juda, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
6. Barisan guru SM Vokasional Juasseh dan
7. Anak-anak didik yang di rahmati sekelian


Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu , kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita berkumpul dalam satu majlis pelancaran guru penyayang 2012.

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program guru penyayang ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih di seluruh warga smvj. Di samping itu juga, ia dapat menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, sekaligus menjana suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif di sekolah

Bacaan doa

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*****************************************Bacaan Doa************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustz Hasbullah Bin Ali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluan
Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian,

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan berbelas kasihan serta menghormati orang lain. Penyayang atau “caring” bermaksud merasa prihatin dan empati terhadap orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan sifat dan perlakuan seperti yang disebut tadi. Seorang guru penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan dan pembelajaran muridnya. Guru penyayang akan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran sehingga muridnya menguasai pelajaran Guru penyayang juga sentiasa percaya dan yakin pada muridnya. Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri .

Secara ringkasnya program guru penyayang ini bertujuan untuk meningkatkan SIFAT KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa ragamurid agar mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan Negara.


Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.

Hadiah diberi guruku sayang,
di ajar penuh kasih dan sayang;
Budi baikmu takkan hilang,
melahirkan insan murid cemerlang.


Ucapan perasmian oleh pengetua

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, Pengetua Cemerlang Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan majlis pelancaran guru penyayang smvj 2012.

majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*******************Ucapan Perasmian pn nor asikin*****************************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Pengetua cemerlang Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli Tuan Pengetua SM Vokasional Juasseh. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Hadirin warga dewan sri gemilang yang dihormati sekelian,

TAYANGAN MULTIMEDIA

Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah tayangan khas sempena pelancaram guru penyayang,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………….tayangan……………

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada cik nazira zulkiply yang Berjaya menyiapkan tayangan informasi sehingga Berjaya di pertontonkan dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih

Penyampaian hadiah
Warga SMV juasseh yang dikasihi,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program ihya’ ramadhan 2011.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Pengetua cemerlang SM Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis mengumumkan keputusan pertandingan yang pertama iaitu pertandingan


Pemberian Kad Hari Raya

Aturcara majlis diteruskan dengan pemberian kad Hari raya daripada murid dan guru smvj. Buat pengetahuan hadirin, Pada kali ini kita bakal saksikan ketua tingkatan setiap kelas masing2 mewakili murid2 kelas akan memberikan kad hari raya kepada guru tingkatan. Manakala pada waktu yang sama guru tingkatan/ wakilnya akan membalas penerimaan tadi dengan kad hari raya, khas kepada murid melalui ketua tingkatan yang akan dilekatkan di sudut papan keyataan kelas masing-masing.

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekelian,
Pemberian Kad hari raya dimulakan dengan murid tingkatan 4, di harapkan murid dan guru tingkatan 4 telah bersedia...majlis pemberian dimulakan dengan kelas
1. 4

Seterusnya dipersilakan ketua tingkatan dan guru tingkatan 5 bersedia...

Panggil pengetua terima kad

Majlis pemberian kad hari raya seterusnya dari ketua pengawas selaku wakil semua murid memberikan kad hari raya kepada pengetua selaku wakil semua guru.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha En Sarimen Bin Sapiei GPK Pentadbiran Sekolah untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Pengetua cemerlang SM Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli, bagi menyempurnakan penerimaan kad daripada ketua pengawas selaku wakil daripada murid-murid smvj 2012. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan

Seterusnya dipersilakan ketua pengawas untuk memberikan kad hari raya dipersilakan.




Penyampaian duit raya

Hadirin hadirat yang di kasihi sekelian

Majlis diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan duit raya daripada pihak sekolah kepada anak yatim dan dari keluarga yang kurang berkemampuan. Pemberian duit raya juga akan diberikan kepada semua murid melalui guru tingkatan masing-masing. Ingatlah murid-murid yang dikasihi, walaupun pemberian duit raya yang diberi tidak sebanyak mana, namun sudilah kiranya murid-murid jadikan ia sebagai tanda ingatan kasih saying kami warga guru kepada murid yang dikasihi. Sehubungan dengan itu, majlis memberikan sedikit masa dan ruang waktu untuk
semua murid untuk berada di barisan kelas masing-masing kerana sebentar lagi guru-guru tingkatan juga akan memberikan sumbangan duit raya kepada semua murid mengikut tingkatan masing-masing.

majlis pemberian sumbangan diteruskan dengan mempersilakan penerima pertama iatu….

…………..anak yatim

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia tuan pengetua atas kesudian menyampaikan sumbangan sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru tingkatan yang telah menyempurnakan pemberian sumbangan duit raya kepada murid mengikut kelas masing-masing sebentar tadi.

Penutup

Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya
Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program guru penyayang ingin
merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program guru penyayang tahun 2012 ini.

Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR dan batin kepada semua warga sekolah smvj

Bersalam-salaman

Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kiranya kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Secara tidak langsung hal ini akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim kekeluargaan antara kita.

Rasullullah saw pernah bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim

Sehubungan dengan itu diminta guru lelaki untuk berbaris di sebelah kanan dewan dan guru wanita disebelah kiri dewan bagi memudahkan murid-murid bersalaman dengan guru-guru. Dipersilakan

Murid-murid bolehlah berbaris dan bersalaman dengan guru-guru anda. Di ingatkan juga kepada semua murid-murid anda dibenarkan bersalaman hanya kepada yang muhrim anda sahaja. Dipersilakan

No comments: