Search This Blog

Pages

Friday, November 17, 2017

MC Penutupan Bulan Sains Dan Matematik

Bismillahhirrahmannirrahim…….

Protokol

1.    Yang berusaha En Sarimen Bin Sapiei Timbalan Pengarah Akademik
2.    Yang di hormati En Samsudin Bin Mamat Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
3.    Pn Zanariah Binti Mat Din Ketua Jaminan Kualiti
4.    Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit
5.    Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
6.    Para pelajar  yang di kasihi sekelian.



A’km WBT dan Salam sejahtera..
Alhamdulillah, selesailah sudah pelbagai aktiviti yang telah di jalankan sepanjang bulan sains dan matematik. Seperti kita sedia maklum pada, bulan september dijadikan bulan sains matematik dan inovasi kreativiti sebagai platform untuk mengasah bakat semua pelajar mencipta idea dan berkretiviti mereka sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada insan lain dalam semua pelajar berkonsepkan sains dan teknologi. Pelbagai Aktiviti sempena bulan ini direncanakan bagi membuka kretiviti dan inovasi pelajar, antara nya ialah

Pertandingan Bulas Sains Dan Matematik
1.1     Pertandingan bijak sifir
1.2     Pertandingan Sudoku Terpantas
1.3     Pertandingan explorace Sc Math
1.4     Pertandingan Clever Students KVJ
1.5     Pertandingan Video Sains Math
1.6     Pertandingan Shock your cerebrum

 Di kesempatan ini, Kami selaku wakil pengelola majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak warga juasseh secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti bulan kemanusiaan yang telah berlangsung. Kepada peserta di kalangan pensyarah atau pelajar yang mengambil bahagian terhadap sebarang aktiviti yang di anjurkan, kami pihak majlis mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Ucapan  Perasmian Penutup

Hadirin hadirat yang dikasihi,
Majlis pada pagi ini dimulai dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En Sarimen bin sapiei timbalan pengarah akademik kolej vokasional juasseh untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan upacara penutupan bulan sains dan matematik tahun 2017
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
*********************************Ucapan Perasmi*******************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang Berusaha En Sarimen bin sapiei timbalan pengarah akademik kolej vokasional juasseh atas ucapan dan penyempurnaan penutupan sebentar tadi

Tayangan Multimedia
Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian
Majlis penutupan pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersembahkan tayangan mulltimedia sempena  Bulan sains dan matematik yang telah berlangsung. Dengan segala hormatnya di persilakan
 .............................................................tayangan multimedia..............................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan tayangan multimedia sebentar tadi.

Penyampaian Hadiah
Majlis meneruskan acara dengan majlis penyampaian hadiah kepada pertandingan-pertandingan yang telah berlangsung. Untuk itu, Majlis dengan segala hormat dan penuh takzim mempersilakan yang di hormati en samsudin bin mamat dan pn lim yee pin untuk menjemput dan mengiringi Yang berusaha En Sarimen bin sapiei timbalan pengarah akademik untuk menyempurnakan pemberian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang. Di persilakan

**********************************Majlis Penyampaian Hadiah***************************


Terima kasih Pada penyampai

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang berusaha En Sarimen bin sapiei timbalan pengarah akademik atas kesudian menyempunakan penyampaian hadiah sebentar tadi.

Penutup

Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya

Sebelum itu , kepada semua warga kolej yang menyertai pertandingan yang di anjurkan dalam bulan sains dan matematik pada kali ini, Majlis ingin merakamkan sekalung tahniah kepada para pelajar yang Berjaya, manakala yang kurang Berjaya di harapkan tidak berputus asa dan cuba lagi pada pertandingan yang akan datang.

Kami  juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih.


No comments: