Search This Blog

Pages

Saturday, April 21, 2012

Teks Ucapan


MC Penyampaian Hadiah Bola sepak...

Bismillahhirrahmannirrahim…….

Terima kasih kepada pengawas yang bertugas…

1) Yang berusaha Tn Hj Mohd Shaari B Hussain, Tn Pengetua SMT DSMZ
2) Yang dihormati Pn Hjh Patimah Bt Hj Othman, GPK pentadbiran
3) En Abd Aziz B Abu GPK HEM,
4) Pn Halimah Bt Hj Ahmad GPK Ko Kurikulum
5) Guru-Guru kanan bidang
6) Guru-guru cemerlang
7) Guru-guru dan
8) Anak-anak pelajar yang di kasihi sekelian

A’km WBT dan Salam sejahtera..

Hadirin warga dewan yang dikasihi,
Buat pengetahuan yang berusaha tuan pengetua dan semua hadirin, baru-baru ini satu kejohanan bola sepak antara kursus bagi tingkatan 4 telah di adakan. Diantara tujuan utama kejohanan ini di adakan adalah untuk mencari bakat-bakat baru bagi pasukan bola sekolah pada tahun 2010.

Dikesempatan ini juga pihak majlis juga ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa kejohanan bola sepak ini berlangsung. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku sepanjang kejohanan, kami sebagai J/K pengelola aktiviti memohon maaf.


Mangkuk jorong pinggan jorong
Si jorong berisis buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan dibawa ke dalam hati

Warga dewan yang di kasihi sekelian,
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Buat makluman semua, piala dan hamper adalah sumbangan kooperasi sekolah dan en Jaafar B Abd Razak . jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En Razif B Satar untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha tuan pengetua Tn Hj Mohd Shaari B Hussain bagi menyempurnakan penyampaian hadiah,, dipersilakan.
********************Majlis Penyampaian Hadiah***************************************
Baca teks pemenang...

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha tuan pengetua dan en razif b satar yang telah sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Saya serahkan kepada pengawas yang bertugas ………………………………..…… untuk acara selanjutnya….

No comments: