TEKS UCAPAN
MAJLIS MENANDATANGANI MOU BERSAMA
INDUSTRI
dan
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
KV JUASSEH 2017
PERISTIWA
|
BUTIRAN PENYAMPAIAN
|
PENYAMPAI
|
1.
Mengumumkan Ketibaan Tuan Yang Terutama Yang Berhormat
Dato’ Seri Haji Hasan Bin Malek , Puan Sarinah
Binti Mohd Sari Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah wakil rasmi
Pengarah Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Tuan Zainal Abidin Bin Ahmad
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah , Wakil
Rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, YDP PIBG diiringi oleh
Tuan Pengarah KV Juasseh dan para tetamu kehormat dipersilakan.
Para Hadirin diminta berdiri.
|
Nizam
|
|
Nyanyian lagu negaraku
|
Yang
berhormat dato dan para hadirin diminta mengambil tempat dipersilakan.
|
Nizam
|
Alu-aluan
Protokol
|
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Sirih
berlipat sirih pinang
Sirih dari
pulau mutiara
Pemanis
kata selamat datang
Awal
bismillah pembuka bicara.
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
wbt dan Salam Sehati Sejiwa
2.
Tuan Yang Terutama Yang Berhormat Dato’ Seri
Haji Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO Malaysia.
3.
Yang Berusaha Puan Sarinah Binti Mohd Sari
Ketua
Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah
Wakil rasmi
Pengarah Pendidikan Teknik Dan Vokasional
4.
Tuan Zainal Abidin Bin Ahmad
Pegawai
Pendidikan Daerah Kuala Pilah
Wakil Rasmi
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
5.
Yang Berusaha, Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir,
Pengarah
Kolej Vokasional Juasseh
6.
Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa Dan Guru
Kolej Vokasional Juasseh, Tuan Hj Ropi Bin Hj Zainuddin
Barisan
pengarah/pengurus Syarikat Industri
7.
En Sarimen Bin Sapiei, Timbalan Pengarah
Akademik, KV Juasseh
8.
En Samsudin Bin Mamat, Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik,
9.
KV Juasseh
10.
Pn Zanariah Binti Mat Din , Ketua Jaminan
Kualiti KV Juasseh
11.
Barisan pengarah kolej vokasional/pengetua
sekolah menengah teknik/Wakil Zon Melaka Negeri Sembilan
12.
Barisan pengetua SMK dan SMA/Wakil Daerah
Kuala Pilah
13.
Pihak-pihak Media, Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua Bengkel, Ketua-ketua Program, Jawatankuasa PIBG, Para Pensyarah,
Para Waris Dan Para Pelajar yg dikasihi sekalian.
|
Nizam
|
Kata2 aluan pengacara majlis
|
Di majlis yang permai
ini, marilah kita memanjat kesyukuran kepada ilahi kerana dengan izin limpah
rahmat-Nya kita diberi kelapangan masa, kesempatan waktu untuk bersama-sama
dalam majlis yang penuh bersejarah ini.
Majlis juga ingin
mengalu-alukan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang
Berhormat Dato’ Seri Haji Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kuala Pilah, dan tetamu-tetamu kehormat sekalian
di Majlis Perasmian Penutup Karnival Kovaj, Majlis
Menandatangani Mou Bersama Industri, Anugerah Kecemerlangan Dan Pertandingan
Inovasi Kolej Vokasional Juasseh Tahun 2017 ini.
Semoga kehadiran kalian semua akan
memeriahkan lagi majlis yang penuh gilang gemilang ini.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.
Bagi memberkati dan memuliakan
majlis, dipersilakan Ustaz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Dengan
segala hormatnya dipersilakan,
|
Farrah
|
Bacaan doa
|
....................BACAAN
DOA.............................
|
|
Selesai doa
|
Amin Ya Rabb al-‘Alamin. Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ustaz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.
Kalau
dilipat sebesar kuku
Kalau
dibentang seluas alam
Yang
jauh diimbau
Yang
dekat digamit
Seuntai
salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa
Hadirin sekalian,
Majlis meneruskan acara dengan mempersilakan Yang
Berusaha Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir, Pengarah Kolej Vokasional Juasseh untuk
menyampaikan ucapan, dipersilakan.
.........................UCAPAN
PENGARAH KVJ...................................
|
Nizam
|
Selesai ucapan pengarah kvj
|
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pn Hjh
Fatimah Bt Md Akhir pengarah kolej vokasional juasseh atas ucapan sebentar
tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan
Sarinah Binti Mohd Sari Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah selaku
wakil rasmi Pengarah Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menyampaikan ucaptama. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
.........................UCAPTAMA PENGARAH
BPTV........................................
|
Farrah
|
Selesai ucaptama BPTV
|
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan
Sarinah Binti Mohd Sari Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Bahagian
pendidikan teknik dan vokasional atas ucaptama sebentar tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Yang
Terutama Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kuala
Pilah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan penutupan Karnival Kovaj, Majlis Menandatangani Mou
Bersama Industri, Anugerah Kecemerlangan Dan Pertandingan Inovasi Kolej
Vokasional Juasseh Tahun 2017. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
.........................UCAPAN
PERASMIAN PENUTUP YB ..............................
|
Farrah
|
Selesai ucapan YB
Gimik Perasmian
Persembahan Multimedia
|
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang
Terutama Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Hasan Bin Malek, Ahli Parlimen Kuala
Pilah atas ucapan dan penyempurnaan perasmian penutup sebentar tadi.
Hadirin hadirat yang di kasihi sekalian,
Seterusnya adalah gimik perasmian yang
akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Berhormat Dato’ Seri Haji
Hasan Bin Malek diiringi oleh Tuan Hj Ropi Bin HJ Zainudin, Puan Sarinah
Binti Mohd Sari, Tuan Zainal Abidin Bin Ahmad dan Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir.
Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan
............................GIMIK
PERASMIAN............................
............................PERSEMBAHAN
MULTIMEDIA.......................
|
Nizam
|
Selesai Gimik
Panggil untuk tandatangan MoU
|
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan
Yang Terutama Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Hasan Bin Malek, YDP PIBG Tuan Hj
Ropi Bin HJ Zainudin, Puan Sarinah Binti Mohd Sari Ketua Sektor Pengurusan
sekolah, Tuan Zainal Abidin Bin Ahmad pegawai pendidikan daerah kuala pilah
dan Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir pengarah kolej vokasional juasseh.
..................VIP TURUN DAN DUDUK........................
Lafaz doa
sudah dipanjatkan,
Alu-aluan telah
disampaikan,
Tibalah saatnya tinta
dititiskan,
Tanda ikatan sebuah
perjanjian.
Bunga seroja jual di pekan,
Menjadi hiasan kedua mempelai,
Tibalah masa yang dinanti-nantikan,
Bersama saksikan tandatangan Loi
....
Panggil
untuk tandatangan MoU
|
Farrah
Nizam
|
Semasa menandatangani MOU/ Loi
(kumpulan 1)
Selepas menandatangani MOU/ Loi
Panggil syarikat lain MoU
Selepas menandatangani MOU/ Loi
(kumpulan 2)
|
Majlis pada hari ini akan menyaksikan
penandatanganan antara kolej vokasional juasseh dengan
institusi pendidikan / latihan awam/ swasta dan industri iaitu dari ...
·
Syarikat
SDE Pintar (M) SDN BHD dari Petaling Jaya
.........................................................................................................
yang
telah bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program
Teknologi Penyejukkan Dan Penyaman
Udara Dan Teknologi Sistem
Komputer Dan Rangkaian manakala
·
Kolej
Komuniti Jempol, Kementerian Pendidikan Tinggi
.........................................................................................................
telah
bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program
Sistem Komputer Dan Rangkaian
·
Syarikat
MSY Enterprise, dari Senawang
.........................................................................................................
telah
bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program
TEKNOLOGI KIMPALAN
·
Syarikat
TEKAD NHF SDN BHD dr Seremban
.........................................................................................................
juga
telah bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi
program TEKNOLOGI ELEKTRONIK
Dipersilakan Pengarah kolej vokasional juasseh dan Pengarah/Pengurus
*
Syarikat SDE Pintar (M) SDN BHD
untuk bertukar Dokumen Perjanjian.
Dokumen perjanjian yang bertukar tangan menandakan kesepakatan telah dicapai.
Sebagai tanda penghargaan, majlis
mempersilakan Pengarah kolej vokasional juasseh untuk menyampaikan
cenderamata kepada Pengarah /Pengurus
*
Syarikat SDE Pintar (M) SDN BHD
Terima kasih diucapkan.
......... ulang untuk syarikat lain...
1.
Kolej Komuniti Jempol,
Kementerian Pendidikan Tinggi
2.
Syarikat MSY Enterprise
3.
Syarikat TEKAD NHF SDN BHD
Majlis diteruskan lagi dengan
menandatangani MOU / Loi bagi institusi dan syarikat yang lain. Oleh itu,
majlis mempersilakan
1.
Pengurus SERVIS HAWA DINGIN
& ELEKTRIK HM....................
2. Pengarah
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) MELAKA,
.....................................
3. Pengurus
MF SYAM WORKSHOP,...............................................
4. Pengarah
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PEDAS,...........
Diiringi oleh Ketua Program bagi :
1. Teknologi
penyejukan dan penyaman udara
2. Teknologi
pemesinan industri
3. Teknologi
automotif
4. Teknologi
elektronik
untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan
Majlis Menandatangani Perjanjian Mou / Loi. Dipersilakan.
Hadirin yang dihormati, sekali lagi kita akan
menyaksikan majlis menandatangani Mou /Loi ini antara kolej vokasional
juasseh dengan institusi pendidikan / latihan awam/ swasta
dan industri. Dimana,
·
Syarikat
Servis Hawa Dingin dan Elektrik HM, dr
Kuala Pilah
.........................................................................................................
telah
bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program
TEKNOLOGI PENYEJUKKAN DAN PENYAMAN UDARA
·
Pusat
Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka
.........................................................................................................
telah
bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN DAN TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
·
Syarikat
MF Syam Workshop dr Juasseh
.........................................................................................................
telah
bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program
TEKNOLOGI AUTOMOTIF
·
Institut
latihan Perindustrian Pedas (ILP),
.........................................................................................................
telah
bersetuju untuk melaksanakan Loi dengan Kolej Vokasional Juasseh bagi program
TEKNOLOGI ELEKTRONIK
Dipersilakan Pengarah kolej vokasional juasseh dan
Pengarah /Pengurus
*
Syarikat Servis Hawa Dingin dan Elektrik HM
untuk bertukar Dokumen Perjanjian.
Dokumen perjanjian yang bertukar tangan menandakan kesepakatan telah dicapai.
Sebagai tanda penghargaan, majlis
mempersilakan Pengarah kolej vokasional juasseh untuk menyampaikan
cenderamata kepada Pengarah /Pengurus
* Syarikat
Servis Hawa Dingin dan Elektrik HM
Terima kasih diucapkan.
......... ulang untuk syarikat lain...
1. Pusat
Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka
2.
Syarikat MF Syam Workshop
3.
Institut latihan
Perindustrian Pedas (ILP)
|
Farrah
Nizam
Farrah
Nizam
Farrah
Nizam
Farrah
Nizam
|
Penutup majlis MOU/Loi
Sesi fotografi
Cak Lempong
|
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Penolong Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Bahagian teknik dan vokasional, Pengarah
dan Timbalan Pengarah Akademik serta wakil dari Institusi Awam dan syarikat
Dengan ini sempurnalah sudah MAJLIS
MENANDATANGANI MOU / Loi DI ANTARA KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH BERSAMA INSTITUSI
PENDIDIKAN / LATIHAN AWAM/ SWASTA/ DAN INDUSTRI.
Seterusnya adalah sesi fotografi bersama
dengan pengarah / pengurus dari Institusi dan syarikat.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Hadirin sekalian,
Marilah kita sama-sama menyaksikan bakat
pelajar kolej vokasional juasseh melalui Persembahan Cak Lempong WARIS BUDAYA
di bawah pimpinan EN SHAHRIZAL BIN MOHD SHARIF.Dipersilakan.
......................................CAK
LEMPONG...................................................
|
Farrah
Nizam
|
Majlis Anugerah
Terima Kasih Caklempong
Panggil BPTV
Baca senarai
Anugerah
Cenderamata Hakim Inovasi
Umum Pemenang Inovasi
|
14.
Majlis mengumumkan Ketibaan Puan Sarinah
Binti Mohd Sari Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah wakil rasmi
Pengarah Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Tuan Zainal Abidin Bin Ahmad
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah , Wakil
Rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, YDP PIBG diiringi oleh
Tuan Pengarah KV Juasseh dan para tetamu kehormat dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan Cak Lempong
diatas persembahan sebentar tadi.
Warga dewan tersenyum manis
Hadir bersama ibubapa wibawa
Majlis Anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah didalam jiwa
Tanpa membuang masa lagi, majlis diteruskan dengan
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah bagi pemenang
pertandingan inovasi Kolej Vokasional Juasseh bagi Tahun 2017.
Bagi menyempurnakan penganugerahan kepada
para pelajar dan penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Ydp Pibg Tn Hj Ropi Bin Hj Zainuddin, untuk menjemput dan
mengiringi Yang Berusaha Puan Sarinah Binti Mohd Sari Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah wakil rasmi Pengarah Pendidikan Teknik Dan
Vokasional dan Puan Hajah Fatimah Binti Md Akhir bagi menyempurnakan
penyampaian Anugerah dan hadiah. Majlis mempersilakan.
Buat Pengetahuan Hadirin, Anugerah
kecemerlangan dan hadiah pertandingan inovasi yang bakal di berikan merupakan
hadiah berbentuk wang tunai, sijil dan hadiah iringan.
.........................................Rujuk
Lampiran ..............................................
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian
panel-panel hakim inovasi menghakimi sebanyak ..............produk inovasi
yang berlangsung semalam, majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata
kepada panel-panel hakim inovasi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan wakil ketua hakim inovasi iaitu tn haji mohd jahidi bin rosdi
untuk menerima cenderamata. Majlis mempersilakan
Majlis diteruskan dengan Pengumuman Pemenang Pertandingan
Inovasi 2017.
....................................Baca Teks
Inovasi...................................................
|
Nizam
Farrah
Nizam
Farrah
|
Cenderamata (BPTV)
Penutup
|
Di pohon ceri si burung
bayan
Mencari makanan ditanjung
puteri
Bingkisan diberi tanda
penghargaan
Atas kesudian puan kemari
Sehubungan dengan itu, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir, Pengarah
Kolej Vokasional Juasseh untuk menyampaikan cenderamata kepada
1. Yang Berusaha Tuan Zainal Abidin Bin Ahmad
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah , Wakil Rasmi Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan dan
2. Yang Berusaha Puan Sarinah Binti Mohd
Sari Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah wakil rasmi Pengarah
Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Terima kasih diucapkan kepada kepada Yang
Berusaha Puan Sarinah Binti Mohd Sari Ketua Penolong Pengarah Sektor
Pengurusan Sekolah wakil rasmi Pengarah Pendidikan Teknik Dan Vokasional atas
kesudian menerima cenderamata sebentar tadi. Dengan Ini Berakhirlah Sudah
Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan
Penyampaian Hadiah pertandingan inovasi Kolej Vokasional Juasseh tahun 2017
15. Majlis
sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Sarinah Binti Mohd
Sari Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah wakil rasmi Pengarah
Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Tuan Zainal Abidin Bin Ahmad Pegawai
Pendidikan Daerah Kuala Pilah , Wakil Rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan, YDP PIBG, pengarah-pengarah kolej vokasional atau pengetua-pengetua
sekolah menengah teknik/ wakil zon melaka negeri sembilan, pengetua-pengetua
SMK dan SMA Harian/ wakil, pihak
media, tuan-tuan dan puan-puan yang turut hadir menjayakan majlis yang penuh
bermakna pada hari ini.
16.
Mengumumkan Ketibaan Tuan Yang Terutama Yang
Berhormat Dato’ Seri Haji Hasan Bin Malek ,
Puan Sarinah Binti Mohd Sari Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan
Sekolah wakil rasmi Pengarah Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Tuan Zainal
Abidin Bin Ahmad
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah , Wakil Rasmi
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, YDP PIBG diiringi oleh Tuan
Pengarah KV Juasseh dan para tetamu kehormat dipersilakan
Bersinar mentari memberi cahaya
Cahaya bersinar panas terasa
Adat majlis ada pincangnya
Maafkan kami insan biasa
Gunung pantai tinggi
mengawan
Nampak dari Padang Temu
Sampai di sini tuan dan
puan
Ada hayat kita bertemu
Segala yang baik itu datangnya dari
Allah, dan segala yang buruk itu datang dari kelemahan pihak kami sendiri.
Sebelum berpisah, majlis mempersilakan
Yang Berusaha Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir dan Tuan Hj Ropi Bin HJ Zainuddin
untuk menjemput dan mengiringi En Khairuddin Bin Khalid ke sesi fotografi dan
seterusnya lawatan ke 21st Century Classroom. Dipersilakan.
Sekian, terima kasih.
|
Nizam
Ijal
|