Search This Blog

Pages

Thursday, May 5, 2016

MC PENYAMPAIAN SIJIL ANUGRAH DAN PELANCARAN BULAN KEMANUSIAAN

Bismillahhirrahmannirrahim…….

Terima kasih kepada majlis perwakilan pelajar yang bertugas…
Protokol

1.    Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Hajah Fatimah Binti Md Akhir
2.    Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
3.     Timbalan Pengarah Sokongan Akademik En Samsudin Bin Mamat
4.    Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
5.    Para pelajar kolej vokasional juasseh yang di rahmati sekelian



A’km WBT dan Salam sejahtera..

Penyampaian Persijilan Diploma Lanjutan Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015

Warga Dewan yang dimuliakan,
Bertepatan langkah transformasi pandidikan vokasional ke arah melahirkan generasi berkemahiran tinggi, beberapa orang pensyarah kolej vokasional juasseh telah menjalani proses pengiktirafan serta persijilan tahap tertinggi oleh Jabatan Pembangunan kemahiran mengikut bidang masing-masing melalui Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / NOSS berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu (PPT) yang dimiliki oleh pensyarah.

Melalui kaedah PPT ini, tiga orang pensyarah Kolej vokasional juasseh telah mencapai tahap prestasi yang ditetapkan melalui penilaian kaedah pengiktirafan pencapaian terdahulu dan seterusnya di anugerahkan persijilan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Tahniah di ucapkan.



Para Pelajar dan hadirin yang dikasihi,
Di kesempatan ini juga, pihak majlis ingin meraikan 9 orang warga kolej  yang telah di anugerahkan perkhidmatan cemerlang dari Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2015. Seramai 7 orang pensyarah dan 2 orang anggota kumpulan pelaksana telah di anugerahkan perkhidmatan cemerlang atas komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang tahun 2015. Warga kolej mengucapkan tahniah dan syabas atas persijilan diploma lanjutan dan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada warga kolej yang cemerlang ini.

Tinggi sungguh Gunung Daik
     Mercunya nampak terang berkilau
Kalau asal benih yang baik
     Jatuh ke laut menjadi pulau

Penyampaian sijil dan anugerah APC
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah. Sehubungan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berusaha timbalan pengarah akademik En Sarimen bin sapiei bagi menjemput dan mengiringi tuan pengarah Pn hjh Fatimah Bt Md Akhir bagi menyempurnakan majlis. Di persilakan
...........umum nama

Penyampaian Sijil dimulakan dengan mempersilakan En Muhd Zahid Bin Abdullah selaku Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam untuk menerima persijilan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam bidang Pengurusan Rawatan kayu, dipersilakan

Seterusnya dipersilakan En Mohd Arif Bin Abu Hassan menerima persijilan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran juga dalam bidang yang sama iaitu bidang Pengurusan Rawatan kayu, dipersilakan

Dan pemberian persijilan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di berikan kepada En Noorazizan bin Abd Aziz
Dalam bidang Pengurusan Pembuatan (CAD/CAM). Dipersilakan


Majlis diteruskan lagi dengan pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang 2015 dimulai Puan Hjh Norizah Binti Nordin selaku ketua jabatan pendidikan umum..dipersilakan
Seterusnya,

  1. En karunakaran A/L P.Arumugam
  2. Pn Asmaini Binti Ismail
  3. Pn Ruzilawati Binti Musa
  4. En Suhaimi Bin Andul Rahman
  5. En Norhasimi Bin Mohd Nordin
  6. En Suhairi Bin Nordin
  7. Pn Norleza Binti Mohd Zin
  8. Pn Junainah Binti Kamaruddin

Terima Kasih Penyampai
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia tuan pengarah Pn Hjh Fatimah dan timbalan pengarah sokongan akademik  yang telah sudi menyempurnakan penyampaian sijil dan anugerah sebentar tadi.

Pelancaran Bulan Kemanusiaan
Para pelajar yang dikasihi,
Bulan Mei merupakan bulan kemanusiaan.  Di bawah tema “  NILAI   KEMANUSIAAN  PENERAJU NILAI  KESEJAGATAN”, pihak unit kemanusiaan telah merangkakan pelbagai aktiviti menarik bagi melahirkan pelajar yang menghayati nilai patriotisme, menghargai dan menghayati seni warisan Negara, sihat dari segi fizikal dan mental dan memiliki emosi dan rohani yang stabil.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah:
1.1     Ceramah Israq Mikraj
1.2     Program Bestarikan  solat
1.3     Merekacipta kad ucapan 
1.4     Tazkirah / Ceramah
1.5     Kuiz , Folio dan teka silangkata 
1.6     Pertandingan sukan/ permainan,  indoorgame dan senamanrobik.


Ucapan Perasmian

Warga kolej sekelian,
Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata perasmian.

Majlis meneruskan acara dengan mempersilakan yang berbahagia tuan pengarah Pn hjh Fatimah Bt Md Akhir  untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pelancaran program bulan kemanusiaan .  Majlis dipersilakan

**********************************Perasmian Bulan Kemanusiaan***************************
Alhamdullillah, dengan berakhirnya gimik dan ucapan perasmian oleh yang berbahagia sebentar tadi,  maka rasmilah sudah majlis pelancaran Bulan Kemanusiaan.  Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia tuan pengarah Pn hjh Fatimah Bt Md Akhir atas ucapan perasmian bulan kemanusiaan “  NILAI   KEMANUSIAAN  PENERAJU NILAI  KESEJAGATAN” dan gimik pelancaran yang telah disempurnakan sebentar tadi. 

Tayangan Multimedia
Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian

Sebagai pelengkap acara perasmian pada pagi ni, seperti biasa marilah kita sama-sama menonton  tayangan mulltimedia sempena pencaran Bulan Kemanusiaan . Dengan segala hormatnya di persilakan
 .............................................................tayangan multimedia..............................................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan tayangan multimedia sebentar tadi.

Penutup

Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Dengan berakhirnya tayangan multimedia sebentar tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya . Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini. Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……  dan terima kasih. Saya serahkan kembali kepada perwakilan pelajar yang bertugas.